Antara point yang menarik:
Nasib Melayu di bumi Melayu
Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.
Tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik.
Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah.
Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.
Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.
Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu?
Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.
Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah?
Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?
Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi. (Read More)
(me: Pelik, meLAYU ne toleransi atau mereka tak sedar hakikat ini atau mereka sekadar tidak ambil peduli. Kerana mereka telah selesa at least for the time being... Lama-kelamaan memang layu sungguh la melayu ne. tiba2 teringat kata2 lama "Takkan Melayu Hilang Di dunia"...feww.... mula sangsi... walau tak hilang tapi macam tak wujud, apalah ertinya)nihas-meja berserabut+laci dah macam kapal pecah, fuh kalah meja director...erm tak meja director lagi horror.
naper meja berserabut yer? banyak kerja kena buat eh?
ReplyDeleteBukan sahaja orang Melayu, malah orang Islam secara umumnya dah mula bersikap tak nak ambil tahu apa yang berlaku terhadap umat Islam sendiri.
meja serabut sebab ada kerja tak nak buat. hihihi.. boleh x gitu?
ReplyDeletetak eh.. dilanda garuda 707.
hmmm it seems tat, saya rasa orang melayu ne jadi gini sebab dah selesa sangat. then tgk la, kita marah bila bangsa asing minta itu ini, tapi bila scholarship bagi kat non bumi, tak ada pun orang melayu p berpiket ke apa depan pejabat menteri. ini menunjukkan kita merelakannya. lepastu jgn la kutuk kerajaan pulak kan?
ada orang tu baru naik kerusi dah tunjuk taring bagi semua ke cina, lagi la teruk, sekarang dah pandai bakar2 pegang2 lilin pulak dah... tak tahu la apa nak jadi....
kesimpulannya, tepuk dada, tanya minda, tanya iman, ada tak kita doakan untuk umat islam, bangsa kita dalam doa kita seharian? doa yang benar2 doa dengan penuh pengharapan... hmmm....
Nihas;
ReplyDeleteYou shouldnt delete heyamujahid comments.
You should open for free debate and discussion.
You are writing in open cyberspace. You should be responsible.
You shouldnt be afraid to give your opinion. And you should be brave to READ others view.
But, by reading your copy-paste writing, I can say that you are narrowing your mind by detesting other races.
If you cant accept multiracial Malaysia, pack up your luggage and move to Zimbabwe-a good place for people like you!
Regards;
Hakifimin
Assalamualaikum wbt…
ReplyDelete1.Saya tidak mempunyai blog untuk mencari permusuhan – I’m not even know you guys.
2.Permusuhan yang sedia ada pun tidak dapat diselesai, kenapa harus ditambah. I should or I shouldn’t itu saya yang tentukan – nama pun blog saya.
3.saya nak copy paste pun – itu hak saya sekali lagi NAMA PUN BLOG SAYA.
4.saya boleh accept kalau bagi penerangan seperti zaki, kuantan. Saya delete kerana kalian tidak berhujah secara orang berilmu dan beriman.
5.heyamujahid atau sesiapa sahaja boleh la kemukakan hujah, fact and figure kepada blog saya, tiada masalah, tapi kalau salam tak bagi, hujah tiada fakta, mengata orang lagi, saya hanya perlu membuang sampah sarap tersebut.
6.zimbabwe atau malawi sekali pun saya tidak kisah - semua pun bumi Allah.
7.again, saya delete kerana saya tidak rasa perlu memanjangkan permusuhan. Sebab debat kalian tiada fact n figure. Tiada berilmu. Kalian punyai pilihan sama ada utk mengemukakan fakta atau mengata orang, tapi malangnya kalian memilih pilihan ke-2.
8.selamat berpuasa – so banyak2 la bersabar daripada masuk lawn orang ”buang sampah”.
9.Insya Allah, selama mana anda setia membuang sampah di sini, selama itu la saya setia membuang sampah sarap tersebut.