Pages

Wednesday, April 28, 2010

BE A GOOD BOSS



BE A GOOD BOSS

and

HOW TO PLEASE YOUR BOSS

Sebelum anda baca article nya seperti picture below;
i would like to dedicate this MUG - TO A GOOD BOSS...

kalau rasa not good tak payah sibuk2 nak hadiah ne...
...Sila baca article ini...


nota:

1. kalau kita rasa nak orang senyum kat kita, bawak2 la reti senyum kat orang ...

2. Jadilah spesis yang cakap serupa bikin...

3. Learn to respect than u'll earn the respect...

4. Darah tetap merah walaupun anda tu BOSS... tak der nya tukar jadi kuning ke, kaler pelangi ke...

wallahualam...

Ok Dah Faham - Msg Noted

Assalamualaikum wbt...

ok sekarang telah faham... hari ini boleh menyanyikan lagu wonderpets...
Telefon... Telefon Berbunyi...
(tapi tiada haiwan dalam bahaya...hehehehe)....

Ok, msg telah difahami....
HUDA.... LAIN KALI SILA REPLY EMEL DAN MSG YANG MASUK KE DALAM HANDPHONE DAN MAIL BOX ANDA...

hihihi...
hari ne, n semalam i believe ramai la menerima panggilan from states sebab aku tidak sempat mereply emel mengkhabarkan telah menerima laporan dan segala bagai amendment mereka...
(totemo gomene... ima wa watashi no isogashidesu...) = tatau bahasanya betul ke tidak... maksudnya...
minta maaf... sekarang saya agak bizi....
hihihi...

ok noted... lain kali jangan buat lagi... kesian diaorang...
MORAL: cukup lah walau sekadar jawab "terima kasih. telah terima dan sedang dalam semakan"...
same goes nak pesan to others, if i do have readers, kalau orang anta msg tu, jawab la walau pun sekadar reply OK, TQVM ... It means a lot to others yeah...
ingat lagi pesanan penaja yang ini?

Tuesday, April 27, 2010

IMAN BENTENG KEKUATAN UMMAH

Surah al-Ankabut: ayat 1-3: seperti berikut:

(1): Alif, Laam, Miim
(2): Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(3): Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta

(nota: tiada orang beriman yang tidak di uji Allah)


Merujuk surah at-tawbah: ayat 23-24:

(23) : Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudaramu sebagai pemimpin jika mereka memilih kufur atas iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin, maka merekalah orang yang zalim.

(24) : Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbangkan akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya; kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik.

**********10 pintu syaitan mengganggu manusia****************
[Rujuk SINI]

Tuesday, April 13, 2010

Tabung Perubatan Mangsa Perang GAZA

...Assalamualaikum wbt...
...Promosi datang lagi...
Nak tolong satu perkara tak? Akceli bukan tolong saya – tlg saudara seislam kita di palestin… Tolong beli/ jual sekeping tiket/seat pun jadilah utk tabung perubatan mangsa perang gaza – sempena majlis makan malam amal.




MAJLIS MAKAN MALAM AMAL : TABUNG PERUBATAN MANGSA PERANG GAZA.
TARIKH: 23 MEI 2010 (AHAD)
MASA : 7.45 MALAM-11.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN PERDANA FELDA
(PERDANA GRAND BALLROOM)
JALAN MAKTAB, OFF JALAN
SEMARAK.

Program:
1. Persembahan nasyid – muadz dan Nazri (ex-Raihan)
2. Tayangan video,
3. Bacaan sajak
4. Jualan buku dll utk tujuan sumbangan
5. Lelongan serpihan masjid al- Aqsa

Harga 1 tiket/seat RM150 sahaja… (bagi yang ada di tangan saya sahajalah, kerana lain table, lain price tiket nya ya... ne paling murah kalau tak silap)

Mungkin RM150.00 tu agak banyak bagi sesetengah orang, saya mencadangkan sesiapa yang benar-benar nak pergi dan mampu, eloklah beli satu tiket untuk diri sendiri. tetapi bagi yang kurang mampu tetapi masih berhajat nak bersedekah, berilah seberapa yang termampu. kami akan kumpulkan, cukup RM150.00, kami beri 1 tiket, jadi hanya seorang sahaja yang akan pergi walaupun tiket itu berkongsi 5 orang (misalnya seorang rm30.00) kerana tujuan utamanya untuk sumbangan, makan itu hanya satu kaedah untuk Aman Palastine kutip derma.

If nak, saya blh tlg dapatkan tiketnya sebab saya diberi a few tiket utk dijual…. Atau blh call pihak Aman Palestin sendiri…

Anjuran: amanpalestin http://www.amanpalestin.net/

Monday, April 5, 2010

Ikhlas

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
serta seluruh ahli keluarga dan sahabat baginda...
Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid
Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar "SANG BERANI"
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : "Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran"
Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar "QARI"
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.

Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : "Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu"
Dijawab semula : "Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar "DERWAMAN"
maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka ...
( Riwayat Muslim, no 3527, Kitab al-Imarah) ...
Ya Allah...berikan aku kekuatan untuk IKHLAS SEMATA-MATA kerana MU Ya Allah...