Pages

Monday, May 31, 2010

Kek Lapis Asli Sarawak - Membeli sambil Menderma

Assalamualaikum wbt...

Jom Beli Kek Lapis Sarawak - Pilihan yang lebih pelbagai pada harga yang berpatutan...
Juga; anda boleh membeli sambil menderma...
Kindly visit: http://www.keklapisasli-sarawak.blogspot.com/
or just click on picture below...



Tuesday, May 25, 2010

Tabung Perubatan Mangsa Perang GAZA - Terima kasih

Assalamualaikum wbt...
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
***Makan Malam Amal***
Tabung Perubatan Mangsa Perang GAZA
23 Mei 2010// 9 Jamadil Akhir 1431H
Dewan Perdana Felda
*******************************************
.Jazakumullahu khayran khatira.
Moga Allah memberi sebaik-baik balasan kepada tuan/puan yang telah sama2 menderma untuk tabung perubatan gaza ini... Ameen
Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir – seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi sesiapa yang di kehendaki – Nya. Dan Allah Maha Luas (kurnia Nya) Lagi Maha Mengetahui.”(Al-Baqarah: 261)





Tabung Perubatan Mangsa Perang Gaza - sempena Makan Malam Amal.
Dua daripada penerima bantuan perubatan atas usaha pihak Aman Palestin dan rakyat malaysia yang menghulurkan bantuan...Jazakallah..

Mereka adalah antara ribuan mangsa keganasan israel. Memang israel sengaja mahu menjadikan rakyat palestin cacat anggota dengan tujuan untuk membunuh semangat perjuangan mereka. Ribuan mereka mengalami pelbagai bentuk kecacatan pada anggota kaki, tangan, badan, otak dan sebagainya, baik lelaki mahupun perempuan, dewasa hata kanak2 dan juga bayi yang tidak berdosa.

Lelongan Amal:
1. Replika Kubah Assakhra
2.Kepingan Logam Kubah Masjib Qibly.

Kepingan Logam Kubah Masjib Qibly.
Info:
Berasal dari zaman pemerintahan Al-Mamluki pada akhir kurun ke-8H.
Potongan daripada Kubah Masjid Al-Qibli ditanggalkan sekitar tahun 1950-an.
Masjid ini dikenali sebagai Masjid Qibli kerana terletak di bahagian selatan Masjid Al-Aqsa dan menghala ke Masjidil Haram di Makkah yang merupakan kiblat umat Islam. Ia asalnya merupakan masjid kecil yang dibina oleh Mu'awiyah bin Abi Sufyan sebagai tanda tempat solat Umar Al-Khattab ketika mula membuka Masjid Al-Aqsa. Saidina Umar menolak pelawaan ketua paderi al-quds ketika itu supaya bersolat di dalam gereja, kerana tidak mahu umat islam menuntut hak ke atas gereja tersebut.

Lelongan untuk kutipan amal.
Replika Kubah Assakhra.



Bacaan sajak oleh Prof Madya Dr. Lim Swee Tin – Fakulti Bahasa; UPM
Persembahan Nasyid oleh Kumpulan Marjan





Persembahan Nasyid oleh Nazrey Johani


Bagaimana anda boleh terus membantu???
Terus hulurkan bantuan bagi meringankan beban:
Saluran boleh dihantar menerusi pertubuhan-pertubuhan yang ada bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan; antaranya seperti Aman Palestin.
Sumbangan boleh disalurkan ke:

AMAN PALESTIN BERHAD
menerusi:
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
1202 9010 0478 80

MAYBANK MALAYSIA BERHAD
5622 6301 0787

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Aman Palestin Berhad
No.1, Jalan 3/3b, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 03-8926 7019
Fax: 03-8925 9963
www.amanpalestin.net

atau mana-mana badan seperti global peace, viva palestina dll.

...Insya Allah...

Monday, May 17, 2010

Berdoalah...

***In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful***

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan engkau yakin ia akan dikabulkan, ketahuilah bahwa Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai”.
(Hadith riwayat al-Tirmidzi, dihasankan oleh Sheikh al-Albani).

Dan Tuhan mu berfirman:
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina” [Ghafir 40: 60]


...Ikhlas dan Put Your Trust on Allah...

Surah Al Lail

...In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful ...

[1]Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya dengan gelap-gelitanya.
[2]Dan siang apabila ia lahir terang-benderang.
[3]Demi Yang menciptakan lelaki dan perempuan.
[4]Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.
[5]Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertakwa.
[6]Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik.
[7]Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).
[8]
Dan orang yang bakhil dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya.
[9]Serta ia mendustakan perkara yang baik.
[10]Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapatkan kesusahan dan kesengsaraan.

[11]Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?
[12]Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah (tentang yang benar dan yang salah).
[13]Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia.
[14]Maka Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang.
[15]Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka.
[16]Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar.
[17]
Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa.
[Ayat : 18]
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya.
[19]
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas.
[20]
Hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi.
[21]
Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (dengan mendapat segala yang diharapkannya).

Friday, May 7, 2010

The Journey Continue

Assalamualaikum wbt...

Masih di pejabat... tapi nak pulang dah... Dah melalui dua minggu yang memenatkan... penat kerja, penat dengan kerenah orang tak nak buat kerja... Hmmm... next week, outstation, kerja lagi, diner lagi... huhuhu... Mudah-mudahan Allah beri kekuatan dan kesihatan untuk terus bertahan... Mudah2an Allah ilhamkan hikmah dan kebijaksanaan agar mudah faham dan mudah mendapat penyelesaian terbaik terhadap sebarang isu... Ameen...
Ya Allah permudahkan lah perjalan pekerjaanku, permudahkanlah dan berilah kejayaan perjalanan dan hasil Banci Penduduk 2010, berjayakanlah sistem Newss kami, permudahkanlah juga MKSP ku... Ameen....

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Ku”.

Kerja itu juga satu ibadah. Ini adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan. Malangnya, ramai dikalangan kita pada hari ini hanya tahu kerja itu sebagai satu ibadah tetapi tidak sedar dengan hakikat yang sebenar-benarnya bahawa ia adalah satu ibadah. Bagi mereka yang sekadar tahu, mereka memandang ringan amanah dan tanggungjawab dalam bekerja, dan kurang penghayatan berbanding jika kerja itu dilakukan dengan penuh kesedaran bahawa ia adalah satu ibadah.

Sebagai contoh, sekiranya solat zohor yang di fardukan adalah sebanyak empat rakaat, dan pastinya tiada siapa yang berani dengan sengaja ‘memotongnya’ menjadikan ianya sebanyak 1 atau2 rakaat mengikut kesukaan diri masing-masing. Tetapi mengapa dalam bekerja sering kedengaran masalah etika dan tanggungjawab seperti ponteng kerja, curi tulang, main game dan membuang masa semasa bekerja?

Selamat bermuhasabah diri Huda... AKU NAK JADI BAIK..... AKU NAK JADI BAGUS...
Baik bagaimana? Bagus tahap mana?
Mudah2 an Baik dan bagus mengikut piawaian yang Allah gariskan.... Insya Allah... ameen....

chaiyokkk....

Sebelum memulakan kerja setiap hari, tanyalah hati kita apakah niat kita untuk bekerja. Pastikan niat kita adalah niat yang baik – mencari rezeki yang halal yang diberkati Allah S.W.T. untuk membentuk diri , keluarga dan masyarakat yang diredhai Allah. Ingatlah dalam tiap tutur kata dan amal perbuatan kita seharian, ada yang memerhatikan kita. Pergerakan kita dipantau menerusi “CCTV” yang tidak kita nampak keberadaannya tapi kita yakini kewujudannya.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud,
Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat.” (H.R. al-Bukahri dan Muslim)

Kerja akan menjadi satu ibadah apabila dilaksanakan dengan cara yang terbaik iaitu dilaksanakan dengan ilmu, kemahiran dan disiplin yang tinggi. Umat islam perlu menguasai pelbagai cabang ilmu, mempunyai kemahiran berfikir yang tajam dan cepat di samping menguasai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan, agar sistem penyampaian dapat dilaksanakan dengan efisien.

Dan juga sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud,
“Bahawasanya Allah S.W.T suka seseorang dari kamu membuat kerja dengan elok (itqan).” (H.R. al-Baihaqi).

Dan mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa dan sentiasa dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah.

Firman Allah S.W.T. di dalam Surah al-Hujuraat ayat 13, yang bermaksud:
“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Sehingga bertemu lagi - balik dari outstation yang paaaaannnnnjaaaannnnggggg....(gaya macam outstation dlm hutan yang tak der coverage je....hihihi)

Assalamulaikum w.b.t.

Omedetoo Chika

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah...
Congratulation to Chika & Family

Monday, May 3, 2010

Better Never Be Late

Assalamualaikum wbt...

Ada yang kata
Better late than never...tapi ayah pesan
Its better never be late...
Ada yang kata
Nak berubah tu bukan mudah...
tapi aku rasa
Nak istiqamah pada perubahan tu lagi payah...
Ada yang kata
Ko nak jadi baik macam mana lagi...
Aku pulak tertanya-tanya
"Baik" tu, apa definisi nya...
Fe-C ada berkata
Learn from your mistakes...
tapi ayah sering ingatkan
Its better learn from others mistake...
(kerana harga yang perlu dibayar utk satu kesilapan - selalunya tiada diskaun)