Lagu yang memberi kesan...
dalam kemewahan tapi penuh kepayahan mereka mempertahankan iman dan akidah.
bagaimana kita hari ini dalam kemewahan dan kesenangan tapi tewas dengan godaan duniawi???
@-----//----
Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi
Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana
Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina
Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga
Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang
Ya Allah…Ya Allah…
Senilagu: Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata : Pahrol Md. Juoi (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Pages
▼
Friday, November 26, 2010
Thursday, November 25, 2010
Kenangan Yang Indah
Tak semua yang kita nak kita akan dapat... sebenarnya kalau diperhalusi, banyak sungguh yang Allah dah beri tapi kita lalai nak bersyukur...
Tekanan - itu sebahagian daripada ujian kehidupan... Mudah2 an Allah beri aku kekuatan untuk bertahan.... Mudah2 an event yang dirancang ini dalam redha Allah dan dipermudahkan... Ameen Ya Rabbal 'alameen...
Allah berfirman dalam Surah Ar-Rad Ayat 11;
“Bagi setiap seorang ada malaikat penjaganya dari hadapan dan belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya.”

And again Allah say in Al-Quran Surah Al-Baqarah, Verse 286:
“Allah does not burden any soul with more than it can bear. In his favor shall be whatever good he does, and against him whatever evil he does. (Believers! Pray thus to your Lord): ?O Lord! Do not take us to task if we forget or lapse into error. O Lord! Do not lay on us the burden as you laid on those before us. O Lord! Make us not bear burdens, which we have no strength to bear. And overlook our faults, and forgive us, and have mercy on us. You are our Supreme Guardian. Grant us victory over the unbelievers!”

Allah dah janji juga dalam Surah an-nur ayat 26:
“wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”...

sebab Allah janji lagi; kali ne dalam Surah Al-Mu’min; ayat 60;
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan yang hina.”
Wallahulalam….
Moga Allah ampun kan kita daripada apa yang kita tau dan yang kita tidak tau…

Monday, November 22, 2010
Semuanya Best - My 1st Time...
Assalamualaikum wbt...
Dah dua minggu berturut-turut menghadiri aktiviti outdoor yang best.
2 minggu lepas - sesi dera kaki panjat broga, and hujung mgu baru ne, dera tangan pula main kayak, high rope, menjala ikan, flying fox, paint ball....

betul2 release tension...
Thank you Allah for giving me dis opportunity....
Baru balik dari Team Building yang best...

1st time dalam hidup main paintball... SWAT lagi... hahahaha
(walaupun haku mengelat jer lebih; masuk CLEAN, keluar pun clean. macam clean n clear pulak. yerlah dah aku nyorok blakang menda alah tu tak mau keluar2, pastu tembak tak tentu arah, hahahaha, yang kat luar kawasan pun kena serpihan marker aku, aku jer yang tak kena apa2 mark, pastu bila team di declare menang, muka poyo abis kuar dari persembunyian... hahaha...mesti yang lain rasa nak tembak aku secara bertubi-tubi)
ne main high rope n flying fox. erm tak lah 1st time, dah banyak kali main, so tak lah takut sangat... tapi muka turun flying fox tu tetap buruk, hahaha...maunya tak gayat, depan mata adalah pokok kelapa, salah landing, adei.... ICU lah jawabnya.
as usual, mengelat juga...
well safety 1st...
perkara kalau buat pertama kali dalam hidup, perlu pentingkan ciri2 keselamatan...
maka, aku pecah partner ngn Miss Lim...
so that we both are safe.... hahaha
dah lah naik kayak, eksyen jer lebih meng kayak, tapi tak bergerak pun menda alah tu... cis...
nasib baik naik ngn en.bani... kalau tak, mau aku ngn ms.lim tersadai jer kat starting point.
dah 2 2 pun kecik molek, tak reti berkayak... hahaha... tapi ms.lim pandai berenang
hah 2 umat sebelah tu, mmg kejam... terbalik kan kayak kiteorang... dah lah aku tak reti berenang... jap lagi, itu worang tarik haku naik atas, dan kaki terpijak mata kail... huhuhu sedey... dah injured, tak dapat main eco challenge...tgk dari jauh je, sbb kaki dah luka...
sbb sedey tak main eco challenge, tak mau ar letak gambar tu...
(padahal tu lah game yang paling aku nak main masa mula2 sampai. asal ajak outdoor, mesti aku tanya, "nak main game bawak tembikai ea"...
macam bebudak pulak... lastly tak dapat main...
heh you both hutang saya ea next time...
ha, ne pun 1st time juga - apa tah namanya g meng kasi ikan ke mengkisi ikan.
haku pun tak ingat daaa namanya... tapi macam main pukat dan jala lah...
ala.... g tangkap ikang... hihihi...
disebabkan kaki dah cedera semalam, maka aku g laut tangkap ikan PAKAI SELIPAR....
...hahaha...
well diaorang semua dah boleh terima agaknya, budak ne mmg mereng sket...
ikut suka hati haku jer...
walau pun tiada sumbangan, possing mesti ada...
...ok, gambar yang lain update kemudian...

Kita adalah insan
Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana
Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya
Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan
Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana
Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa
(lagu: Yantzen/ Rabbani)
Title: Insan
Thursday, November 18, 2010
7 golongan
Assalamualaikum wbt...
7 Golongan Yg Mendapat Naungan Arasy Allah Swt
Hadith:
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)
Huraian:
Terdapat tujuh golongan yang bakal mendapat naungan di hari akhirat kelak iaitu:
a) Pemerintah yang adil
Ini kerana tanggungjawab yang dipikul oleh pemerintah dalam melaksanakan keadilan itu adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya. Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat kelak.
b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya
Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika di alam remaja kerana di usia muda seseorang itu mendapat peluang yang banyak untuk menghadapi masa hadapannya, badannya sentiasa sihat, tenaganya kuat, pendengaran dan penglihatannya tajam dan sempurna. Bahkan di masa muda juga berbagai-bagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan-rintangan ini bahkan usia mudanya itu diisi dengan amal ibadat serta memberikan khidmat cemerlang kepada agama, masyarakat dan negara.
c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
Sesungguhnya terdapat hadith yang menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan diketegorikan sebagai suatu sedekah. Maka apatah lagi bagi orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid dan sentiasa mengunjunginya untuk beribadah, ganjarannya tentulah lebih besar lagi.
d) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah
Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas-batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan tersebut mendapat pahala, restu dan keberkatan daripadaNya.
e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!"
Ini menunjukkan tentang keimanan dan ketaqwaan yang sebenar telah berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina tanpa takut tentang dosanya.
f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah. Sesungguhnya tidak ramai orang yang dapat menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya melainkan akan terdapat jua perasaan riya' dan ingin menunjuk-nunjuk supaya mendapatkan pujian atau sanjungan dari orang ramai atau sekurang-kurangnya ada orang yang mengetahui kebaikan yang dilakukannya itu.
g) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah
Inilah sifat muslim mu'min sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati tentang kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-sifatNya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara-perkara yang melalaikan.
***mudah2 an Allah bagi kekuatan untuk terus berada pada jalan yang diredhai Nya

Broga Hill @ 13112010 (ep akhir)
Broga (ep akhir)
hihihi...ingat kan ep 3 tu dah last dah...
eish... mana mungkin...
kalau broga, tak ambil view berikut, macam bersamaan tidak lengkap perjalanan anda, dan hukumnya HARUS pergi lagi...
... bergambar kenangan di papan tanda......ok bye bye...
...ok jumpa lagi dalam misi akan datang...
assalamualaikum wbt
Broga Hill @ 13112010 (ep2)
Ok, sambungan entri di bawah (Broga Hill ep:2)
below hanya gambar subuh hingga lah matahari terbit...
pemandangan sahaja...
Subhanallah... sangat nice view