Pages

Friday, February 25, 2011

Imam al-Shafi’i

“Whoever recites Qur’an, his value is amplified.
Whoever records hadith, his proof is strengthened.
Whoever learns jurisprudence, his status is ennobled.
Whoever learns Arabic, his disposition becomes gentle.
Whoever learns mathematics, his opinion will be copious.And whoever fails to defend his honor will not benefit from his knowledge.”

Imam al-Shafi’i

Wednesday, February 23, 2011

Dahi Cecah ke Sejadah


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan


Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan







Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah








Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?


Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad

Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia

Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi


Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Kerana ketika itu istighfar tidak menyelamatkan


Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan



Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudi



Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia

Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia


Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga


Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

(nota: sering dengar puisi ne di IKIM. Baru berkesempatan untuk google dan copy dari SINI. walau siapapun penulis asalnya, May Allah bless you...)


MogA bermAnfAAt... Insya Allah...

Tuesday, February 22, 2011

Even A Smile is Charity



May Allah bless the author - NAYZAK

bestnya jadi orang yang ada bakat ne...
dan lebih best lagi bakat yang Allah bagi ne digunakan pada jalan Nya...


Monday, February 21, 2011

Things to reAd


tak... tak... tak...
ini bukan untuk dijual...
ini untuk di baca...

Jom JaLan-JaLaN ke Masjid Besi, Putrajaya

Assalamualaikum wbt...
Date:12 Rabiulawal 1432H (15 Februari 2011)
Lokasi: Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan a.k.a Masjid Besi,Putrajaya...

...Jom JaLan-JaLaN ke Masjid Besi, Putrajaya...
*********************************************
eh, namya jom jalan-jalan ke masjid besi, kenapa masjid putra pulak take place ne?
hmmm... sebab nya saya suka masjid putra... sangat suka...
pastu gambar sebelah tu, office boss saya...


ok, ini adalah pemandangan daripada dewan solat utama, Masjid Besi...

gambar sedikit kabur kerana cuaca jerebu...

ne pun pemandangan daripada dewan solat utama, tapi dari cc yang berlainan...

lets catch the boat...





ok, boat dah sampai...jom naik...
menuju ke destinasi


i love this scenary

ok dah sampai...

Sekian, Entri tak ada motif... tak ada idea...
sekadar nak kongsi gambar yang baru ambil (*_*)

sebenarnya ada kisah kat masjid ne beberapa ketika dahulu (bukan pada tarikh gambar ne diambil), kisah masa ambil "dokumen pembinaan masjid"... memang lawak habis... biasalah kalau lawak tu mesti lah kes sesat... setengah jam melilau dalam masjid cari pejabat PKPU, daripada parking kat basement, sampai ubah parking kat tepi tasik, sampai ke kuarters masjid, last2 pintu PKPU tu sebelah parking kereta jer... punya lah kelakar... dari buka kasut sampai pakai kasut... jap lagi sampai PKPU, ustaz tu boleh perli baik punya...
Ustaz: "owh, perempuan kalau sesat kat masjid perkara biasa"
aku dan rakan dah buat muka blur.... apa maksud ustaz... pastu ustaz pun sambung:
Ustaz: "yer lah kalau pergi shopping complex, complicated macam mana pun tak sesat, tapi kalau masuk masjid memang sesat"...
dush.... nak cari pasal ustaz ne... gurau kasar nampak...
Me: "Ustaz, nak ke masjid saya belum pernah sesat lagi, Dewan solat utama saya tak sesat, tempat wuduk pun saya tak sesat, satu-satunya yang saya tak jumpa adalah pejabat ustaz... sebab tak ada sign board, dan ustaz bagi direction tak betul. ustaz pesan tanya pada "orang baju biru", tapi diaorang bagi salah direction sampai ke depan pintu rumah ustaz"...
(nota: sapa kata aku tak sesat dalam shopping complex... aku pernah je tak jumpa pintu keluar dalam the mines.... hahahaha....)

Sunday, February 20, 2011

Campaign Wear It Right...

Assalamualaikum wbt...
Hmm mudah2 an tukang kempen ne di beri hidayah oleh Allah utk sentiasa mujahadah dan istiqamah NAK JADI ORANG BAIK... NAK JADI ORANG YANG ALLAH SAYANG...
Ameen....

sUpPort for campaign Wear It Right

senang2 boleh juga baca usaha tanpa jemu Kak Ina dalam memberi peringatan pada semua...

Dan tulisan lapok INI

Thursday, February 10, 2011

Islam Terasing???

Lagi-lagi berita tentang penindasan umat Islam dipaparkan. Aku jadi hiba. Islam yang bermula dari keadaan asing dan kembali menjadi terasing. Benarlah seperti yang diriwayatkan dalam satu hadis.
Dari Tsauban r.a, katanya Rasulullah saw pernah bersabda: “Hampir tiba satu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang mengerumuni hidangan.”
Lalu sahabat bertanya, “Apakah ketika itu bilangan kami kecil, ya Rasulullah?”
Jawab Rasullah saw, “Tidak. Bahkan ketika itu bilangan kamu ramai namun cuma umpama buih-buih di lautan. Allah swt akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah swt akan mencampakkan penyakit wahn ke dalam hati-hati kamu.”
Lalu sahabat bertanya, “Apakah penyakit wahn itu wahai Rasulullah.”
Kata Rasulullah saw, “Iaitu cintakan dunia dan takut mati.”

Ya Allah… memang benar musuh-musuh Islam telah dicabut darinya rasa hormat pada pengikut Muhammad saw ini. Saudara seagama kami diperlakukan seperti binatang. Dibunuh sesuka hati. Segala tragedi yang menimpa sekarang mungkin atas sebab kita sendiri sudah terpesong jauh dari pegangan Islam. Islam hanya tinggal nama. Ya Allah, mungkinkah Kau sedang menghancurkan mereka yang tidak cinta padaMu?

Sepertimana yang terlaku pada kaum-kaum yang terdahulu, Allah menghapuskan kaum yang engkar pada muka bumi ini seperti dalam firmannya:
Wahai orang-orang beriman, sesiapa di antara kamu yang berpaling dari agamanya, maka kelak Allah mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai Allah, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela, yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah diberikanNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui.” (al-Maidah:54)

Nauzubillah… moga-moga aku dan kaum keluargaku dijauhkan dari fitnah akhir zaman ini dan termasuk dalam golongan mereka yang berpegang teguh pada Deen-Mu. Amin ya rabb.

Mujahadah

Asslamualaikum wbt...
Dengan Nama Allah yang MAha Pemurah lagi Maha Pengasih
Kongsi nota kelas semalam...
Surah Al-Ankabut, Ayat 69:
"Dan orang-orang yang berusaha berjuang kepada agaman Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah adalah beserta orang yang berusaha membaiki amalannya"
Ustaz juga kongsikan Sabda Nabi SAW:
"Sebaik-baik dikalangan kamu adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya"...
Kalau ada sesiapa yang tahu hadis ne riwayat oleh siapa, harap dapat maklumkan.
Juga... 4 stages of mujahadah menurut Ibn Qayyum:
1. Mujahadah mencari hidayah Allah SWT.
2. Mujahadah melaksana hidayah Allah SWT.
3. Mujahadah menyampaikan / menyebar luaskan hidayah Allah SWT.
4. Mujahadah untuk bersabar untuk kekal (istiqamah) mencari, melaksana dan menyampaikan hidayah Allah swt.
Wallahualam...
Kelas Tafsir oleh Ustaz Nur Muhammad bin Muhamad Jamil
9-2-2011; 8.00-10.00 malam
Masjid Putra, Putrajaya.




Tuesday, February 8, 2011

...SeNyUM tAk pErLu KaTa ApA-Apa...



Alhamdulillah...


Melangkah ke pejabat pagi ini dengan perasaan yang kurang konsisten dan kurang stabil. Bunyi macam menakutkan. hehehe... jangan risau...
...SeNyUM tAk pErLu KaTa ApA-Apa...

Insya Allah tiada apa-apa. Maklumlah baru pulang daripada bercuti yang panjaaaaang...yang memenatkan.
Cuti a.k.a national service... memang memenatkan.


Kalau ikut schedule, pagi dan petang hari ini ada mesyuarat tapi mesyuarat pagi telah ditiadakan... maka, ada mesyuarat petang sahaja... semasa mesyuarat pagi, dengar kata angin bertiup kencang, makanya aku punyalah kecut perut untuk menghadapi mesyuarat petang ne... menggeletar kepala lutut. Dalam hati hanya Allah yang tahu betapa cuaknya aku. Penangan kena marah masa mesyuarat yang lepas masih terngiang-ngiang...


Dalam hati tanpa henti berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah, keadaan "angin" bertiup sepoi-sepoi bahasa sahaja...


tiada lain dapat aku ungkapkan melainkan...


Alhamdulillah.... terima kasih ya Allah...

...SeNyUM tAk pErLu KaTa ApA-Apa...

Monday, February 7, 2011

We are never ever the same


...Assalamualaikum wbt...

Some People Come Into Our Lives and
Quickly Go...

Some stay for a while and
Leave footprints on our HEARTS...

and...

We are never ever the same
anymore...

(note: recived this quotes so call "edisi bookmark" by my sahabat; Ili Izyan Safuraa on 2001)
with her remark "ili sayang huda"
huda sayang ili juga... frenship abadan abada... insya Allah

hehehe... tadi jumpa album lama, masa tgh melangut fikir macam mana lah nak balik Pjaya ne, dan terjumpa bookmark ne dalam album... memang memorable lah kenangan 10 tahun dulu... dulu hobby kami buat bookmark sebab banyak benar buku yang perlu kami 'MARK'...
tapi ili sangat kreatif, otak jiwang, pandai lukis, tapi terror science... camno tu... hehehe...

ili...saya ingin jumpa orang itu... huhuhu...