Pages

Tuesday, April 19, 2011

A smile can change a life

It’s so hard to explain
What I’m feeling
But I guess it’s ok
Cause I’ll keep believing
There’s something deep inside


Something that’s calling
It’s calling you and I
It’s taking us up high


Healing, a simple act of kindness brings such meaning
A smile can change a life let’s start believing


And feeling, let’s start healing


Heal and you will be healed
Break every border
Give and you will receive
It’s Nature’s order
There is a hidden force
Pulling us closer
It’s pulling you and IIt’s pulling us up high


Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
Seek only to give and you’ll receive
So, heal and you will be healed




by; Sami Yousef @---/---Healing

Monday, April 18, 2011

Kebetulan atau takdirnya begitu?

Ingat entri INI 8.4.2008 significantly 18.4.2011... nampaknya bukan lagi "mungkin"... err... kena tunggu 3 tahun lagi ke? harapnya tidak... hmmm... sekali lagi terjatuh...GEDEBUKKK...

Sunday, April 17, 2011

Surah Al-Insyiqaaq (Terbelah)



Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

...hari ne kongsikan nota kelas minggu lepas...



Surah Al-Insyiqaaq; ayat ke-6

"Wahai manusia, sesungguhnya engkau telah bekerja dengan bersungguh-sungguh menuju Tuhan mu, maka pasti engkau akan menemui - NYA"

(nota: setiap manusia di dunia ini sama ada disedari atau tidak adalah dalam perjalanan menuju Tuhan nya. Dia tidak dapat tidak, akan menemui Tuhan nya untuk menerima pembalasan dari Allah dari perbuatannya sama ada buruk atau baik)

Surah Al-Insyiqaaq; ayat ke-7

Kemudian sesiapa yang diberi surat amalnya dengan tangan kanannya.


Surah Al-Insyiqaaq; ayat ke-8

Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan.


Surah Al-Insyiqaaq; ayat ke-9

Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.


Surah Al-Insyiqaaq; ayat ke-10

Dan sesiapa yang diberi surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya.


Surah Al-Insyiqaaq; ayat ke-11

Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya.


Surah Al-Insyiqaaq; ayat ke-12

Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.


Surah Al-Insyiqaaq; ayat ke-13

Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!

Thursday, April 14, 2011

KSS



...ini adalah apa yang bakal kami KSS kan 2 minggu lagi...

Tuesday, April 5, 2011

The Audience - n The Reason of having blog


Assalamualaikum wbt...
(ceh tajuk omputih, isi omMelayu... tak apa, I'm proud to be Muslim n Malay)


Tiba2 petang ne terasa nak cek statistik blog. Sebenarnya tak pernah cek pun. sebab erm berpemikiran, ada ker orang view blog ne... huh...

Tapi, er, terpinga-pinga pulaks, mengapakah ada arrival dari : US lah (377 arrivals), Rusia lah, Canada lah, Netherland pun ada, Jepun pun... aiseh... apa dan siapa yang meng review? apakah kata kunci yang mereka search? aiseh... menimbulkan rasa suspen dalam hati.


Sebenarnya, pengakuan ikhlas ne... aku ada blog bukan untuk orang baca... huhuhu... blog ne hanya suka-suka untuk diri sendiri semata-mata. Niat asal kenapa ada blog ialah:

1. aku suka menulis. tapi semenjak di tahun 4 Universiti, sudah kurang menulis. Asyik mengira sahaja. bila kerja di firm pun begitu. Laporan tak perlu karang panjang-panjang. yang penting fact and figure. Situasi seperti ini menjadikan kualiti penulisan aku amatlah mendukacitakan. Jadi ne dikira macam "latih tubi" lah...

2. Kualiti yang buruk ini berjaya dikesan semasa di Jabatan ini. Bila diarahkan menulis kertas konsep bagi sesuatu projek, atau menulis kertas-kertas pembentangan untuk dibentangkan sama ada di dalam mesyuarat, ataupun semasa menjadi ucaptama jemputan universiti (er, tolong tulis jer, pastu sampai hari pembentangan, kena chicken pox, makan inche boss ler present, boss bengang jer masa tu)... hehehe....

3. Lagi sebab mengapa ada blog, ialah, kebanyakan perkara-perkara menarik yang dijumpai, contohnya kisah2 yang memberi pengetahuan, atau nota2 kelas, aku selalu save dalam pendrive ja. then bila pendrive corupt, hah menggelabah lah dan sering kecewa kerana tak ada back up. nak print banyak-banyak, rasa membazir pula. jadi aku rasa dengan menyimpannya secara live di blog, memudahkan aku untuk merujuknya pada masa akan datang/ bila2 ianya diperlukan... hatta kadang2 nak buat kek coklat/ nak masak rendang yang buat sekali tak sekala tu, terlupa ingredient, hah kan boleh cek dalam blog ja. jadi adanya blog ini bukan untuk orang lain baca, tapi untuk rujukan sendiri ja.

4. Pada asalnya aku coretkan juga tentang aktiviti bersama rakan-rakan sebagai kenangan di masa hadapan, tapi semenjak aku membaca etika blog dari UZAR, membuatkan aku menarik balik beberapa entri yang pernah di siarkan sebelum ini. tambah-tambah pula semenjak tau "ada orang baca" blog ne. Semenjak itu, aku bertekad, aku hanya ingin simpan sesuatu yang bermanfaat sahaja, yang tidak mengaibkan orang dan tidak mengundang masalah... dan mudah2 an mendatangkan pahala. andai kata ada yang termendarat di blog ini, semoga bermanfaat, dan jika ada yang aku tersalah, mohon ditegur secara baik... bukan dengan bahasa2 kesat seperti penyokong tegar sesuatu parti politik yang suka mencaci maki orang tu... sory to say, but that is their attitude. mudah2an mereka tidak mendatangkan fitnah pada islam...


5. Disebabkan tujuan ada blog adalah untuk kegunaan diri sendiri, maka ia memang serve the purpose; memang betul2 berguna. Contoh (selain daripada resepi), tempoh hari semasa aku berkursus, perlu memberi pengucapan awam, lepas satu-satu topik yang aku plan nak sampaikan, telah di kidnap oleh orang lain. Maklumlah aku presenter kedua terakhir. nasib baiklah blog ne punyai koleksi kisah yang pelbagai yang boleh di public speaking kan. dan ada ketikanya ada orang bertanya tentang doa2 tertentu, juga boleh rujuk blog. aku bukan lah pandai, aku bukan lah baik... tapi aku nak jadi baik... insya Allah... selagi ada nyawa, selagi itu peluang tetap ada.... doakan ya...


6. Lagi sebab kenapa ada blog ialah aku meminati photography. dan aku suka upload gambar yang diambil yang cantik pada pandangan aku. bunyi nya macam syok sendiri, tapi izinkan aku menyebutnya secara brutal "blog aku, suka hati aku ler"... hehehe... kebanyakan gambar yang di publish ada lah gambar tentang alam... ianya sering mengingatkan aku betapa cantik nya alam ne... Betapa hebatnya Allah menjadikan ciptaan yang hebat2 ini. Dan juga menjadikan aku insaf juga menitipkan rasa syukur sebab Allah menganugerahkan aku mata untuk melihat keindahan alam ini, menganugerahkan aku pendengaran untuk mendengar 'muzik alam', memberi aku kaki untuk melangkah menerokai alam ciptaan Nya ini. Semoga aku menjadi hamba Nya yang bersyukur. Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah.


7. kenapa aku tak letak senarai follower di blog... hehehe... sehingga entri ini ditulis, aku ada 5 jer follower. ada yang kenal, ada yang tidak. sebenarnya tak jangka pun ada orang nak follow blog ne... sebab rasanya nothing best to offer... wallahualam... kepada follower, jangan kecil hati ya... bukan tak nak publish list of follower, tapi sebenarnya aku takut bila ada follower. menjadikan aku sedikit berkira-kira setiap kali untuk publsih entri....


8. Kalau ada entri yang di copy paste, jangan lokek untuk meletakkan LINK asal dari mana anda copy... Kenapa nak mengaku ianya penulisan anda bila mana ianya ternyata bukan? Sesungguhnya penipuan yang paling dahsat ialah menipu diri sendiri... lagipun kenapa perlu letak link asal, ialah, kalau penulisan itu ada yang tersilap, sekurang-kurangnya penulis asalnya ambil maklum dan boleh mengambil tindakan pembetulan... so sama jugalah term and condition di sini... Copy lah apa nak copy, tapi nyatakan asalnya supaya kalau aku salah, ada orang boleh betulkan.... Insya Allah...

9. semoga entri ini boleh memberi sedikit panduan kepada rakan yang masih cari idea apa nak isi dalam blog mereka... ramai yang cakap pada aku "hmm nak juga ada blog, tapi tak tahu nak tulis apa"... kongsilah apa sahaja yang bermanfaat... Sentiasa sematkan dalam hati niat yang betul terhadap sesuatu entri. jangan mengaibkan orang... Anda bertanggungjawab terhadap apa yang anda tuliskan. Once it was published, ianya dah jadi milik umum. there is no such thing "blog aku, suka hati aku"... jadi berhati-hati.... tulis cermat, diri selamat, semoga bermanfaat.



Sesungguhnya segala puji-pujian itu selayaknya untuk Allah SWT yang MAHA BERKUASA.

Setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Semoga kelebihan yang kita miliki dapat memberi manfaat kepada mereka disekeliling kita,
dan
semoga kekurangan diri kita tidak menjadi beban dan masalah kepada mereka disekeliling kita.
insya Allah...


...terima kasih semua yang membaca blog saya...

Friday, April 1, 2011

hahahaku mmg xberubah

assalamualaikum wbt.haha.haku kt klia.dari zaman blajo dulu,hobi aku adlh 'berkejar mengejar bas ekxpres tiap kali nk blk kpg. slalu aku sampai,termengah2 kejar bas.ada sekali tu dh halfway,tiba2 hp ttgl,pastu patah blk ambik.hm blh plak call pakcik bas suh tgu aku.pastu ada skali tu,dhlh lmbt blh plak g basuh baju.kwn2 yg slalu tlg anta slps abglg n alg aku grad adlh yus ngn roy. tiap kali diaorang tlg anta g kt tmpt bas kt sri putri tu msti diaorang bebel n marah aku sbb terhegeh2 lmbt.tp so far belum r pnh kna tgl. dan hrne buat keseekiankalinya, aku nk g outstation ne ngn opismate aku merangkap best fren aku (identiti dirahsiakan). dh lh dah mmg lmbt, w/pun umah aku ngn tren stsn tu 5min je, tp kalau dh kuar 945 pg nk kejar tren pkl 950,pttnya sempat. skali dh sampai dpn tren stsn ne, mmbr aku jerit mmg spss nk kna blasah 'hudaaaa aku ttgl kasut dlm kete aku'...adoi dn dia pakai sliper buruks jer. flight ktorg plak sama ngn kp... maka aku tpaksa pth blk umah aku sbb dia par kt umah aku.glers ar hbs sume trafic lite aku lgr.n aku manage utk smpai kt tren stsn,1min b4.berlari2 aku kjr n tak smpat hy dsbb kn lif lmbt bukak pntu.bengggaaaanngggg... elok je ktorg turun bwh,tren pun berlalu. ms tu br 950.nxt tren 1020.djangka smpai klia 1035.flght pkl 11.mslhnya kalau x sbb nk drop bag besar masuk luggage,aku smpt ja tgu next tren.tp sbb nk cek in lug,kna r naik teksi.mahal gle.rm 53... n lbh rasa nk ngamuk,smpai je klia dumumkn flight delay 1120pg.bengangnya...rugi 53hinggit..naik tren td pun xpa.ne semua kasut punya pasal.huhu. okk sekian. lintas lgsg dr KLia.