Pages

Thursday, June 30, 2011

Kalau ikan pun makan roti mahal

Assalamualaikum wbt...

Hmmm... Hari ini semasa aku mencari emel lama, (actually tak lah lama sangat, nak cari emel Disember tahun lepas ja.) Ntah macam mana, inbox tu ter sort secara descending erm, i.e. dari emel tahun 2004 dulu kat atas, emel 2011 kat bawah sekali.  Dan mata aku terpandangkan emel dari seorang kenalan lama yang agak misteri, dan aku pun bacalah emel-emel lama tu... Hmmm kenangan betul... Tarikh emel tu Februari 2004... Dah lama kan... Dah 7 tahun dah.... Fuhhh... Dah older 7 years dah aku ne.  Pesan kawan lama tu secara berulang-ulang kat aku....

Tuesday, June 28, 2011

Solat Awal Waktu dan Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum wbt...

Harine nak kongsi tentang solat....

"Rasulullah bersabda: Pada suatu hari Rasulullah ditanya oleh seorang sahabat: Amalan apakah yang paling utama? Baginda menjawab: Solat tepat pada waktunya. (riwayat Bukhari dan Muslim).


Di samping itu, Rasulullah pernah bersabda: "Barang siapa yang bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuk, sujud dan khusyuk maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: "Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu). Tetapi barang siapa yang tidak bersolat, tidak dalam waktu yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujud dan tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata: "Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah, ia pun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya." (riwayat al-Tabrani dan Baihaqi).

Tuesday, June 21, 2011

Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk arwah tok cik yang telah kembali kerahmatullah hari ini, 21 Jun 2011 // 19 Rejab 1432H pada jam 9:40pagi.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.... Ameen

Monday, June 20, 2011

Allien of The Week

Assalamualaikum wbt...

Hmmm  out of office for one week for the purpose becoming allien of the week???  Apa lah yang ko dah pilih ne huda....Hwaaa.... seriously dah rasa macam allien ne... Tabah huda... tabah...

Besar ganjaran pahala bagi orang yang sabar dalam menuntut ilmu ne...

Bayangkan SEMUA dalam course ne gred F tetiba ada pulak allien ne gred E dok sebuk-sebuk turut serta...

Friday, June 17, 2011

Cuci Cuci Pastu Kotor Balik…

Assalamualaikum wbt....
Jom kita buat study case sikit...

Situasi 1:

Kereta kotor, malas nak basuh sebab alasan yang diberi “alah… cuci pun nanti kotor balik sebab kena hujan”. Maka kereta pun tersadai tidak dibersihkan.

Situasi 2:

Wednesday, June 15, 2011

Putrajaya bergegar...



Assalamualaikum wbt...
Ne gambar kejadian semalam... pukul 8.30 pagi.  my divisionmate punyalah kecoh... kenapa staff JPA berhimpun kat bawah... aku siap blh cakap, latihan kebakaran kot... hahaha...
punyalah kecoh, sampai boss keluar... then semua tertanya-tanya, kenapa??? kenapa??? dan kenapa???...
kebetulan aku dgr yang gempa kat NZ so aku pun cakap "mungkin depa rasa gegaran akibat gempa NZ kot"... pastu staff tolong p google; owh rupa2nya gempa kat sulawesi...

Monday, June 13, 2011

Wanita solehah,cerminan Ainul Mardiah...

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
(Surah Ar-rahman) -
diulang berkali-kali dalam surah Ar-Rahman


Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya, kerna ia adalah perintah dari Allah
menerusi surah an-Nur,ayat ke 30-31 seperti berikut:
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30)

Friday, June 10, 2011

Tambah Rezeki dengan Berkahwin

oleh: Ustaz Fathi Yusuf & isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin...
tarikh: 31 Mei 2011

Tambah Rezeki dengan Berkahwin

Islam sebagai satu jalan dan cara hidup komprehensif memberi penekanan penting meletakkan garis panduan serta piawaian tinggi yang terperinci bagi membimbing manusia ke arah keredaanNya.

Dalam Islam, perkahwinan dan hubungan suami isteri serta seisi keluarga adalah perkara mulia dipandang penting.

Car kissing...

Assalamualaikum wbt...

Lunch time hari ne... 2 jam... selalunya balik rumah... tapi disebabkan dokumen pstm ne tak siap lagi, maka tersadailah aku di pejabat.  Masalah mula timbul apabila, tangan ini gatal hijacked FB along...

hehehe... citer kak zaf "poorer rm400" sebab kiss kete orang... similiar to mine, last week... finaly, setelah 10 tahun memandu dengan rekod pemanduan yang bersih, akhirnya buat pertama kali dalam 10 tahun, aku hentam kereta orang...

Bahaya Mandi Malam

(di copy n paste dari emel Kak Aton, lama dah akak ne anto, 21 April 2011, tapi baru ada kesempatan untuk baca secara bacaan yang betul2...)

*****************************************************************************

Baca penjelasan di bawah mengenai kes mandi malam. Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan.

Thursday, June 9, 2011

Cakap... Diam... Pandang... Gerak...

kebaikan itu semuanya terhimpun dalam empat perkara...
percakapan... diam... pandangan ... dan gerak

percakapan yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah sia-sia

diam yang tidak disertai dengan mengingati Allah adalah leka...

pandangan yang tidak disertai dengan pengambilan iktibar adalah lalai...

tiap-tiap gerak yang tidak disertai dengan penghambaan kepada Allah adalah kosong...

(Sayidina Ali bin Abi Talib)

Secebis kisah

Assalamualaikum...

Mengantuk...
Tapi ada banyak kerja yang urgent untuk dihantar...
Idea tak ada nak siapkan... macam mental block...

Macam mana ya?

Sepintas lalu...
Baru balik mesyuarat 3 hari ...
Terbeban dengan banyak nyer pembetulan nak kena buat dan kena submit FULL COMPLETE REPORT Hari isnin ne...
Ya Allah... mudah-mudahan sempat disiapkan...

Buat saya tersenyummm...
Kena ke shah alam...untuk mesyuarat 2 hari lepas...
Status... memandu sendiri  - ALONE...
Tempat - Hotel Concorder (tempat jumpa pakcik MZ dulu)
Tapi dulu pergi dengan Mahani n k-rin.
Depa yang sibuk bawak kete, aku sibuk bercerita...
makanya dah lupa jalan...seperti yang dijangka...
Alhamdulillah GPS memberi kerjasama yang baik kerana berFUNGSI dengan baik dan
Dapat sampai ke concorde dengan senyum lebar....
Dalam hati tak sabar2 nak khabar kat orang itu... sebab dia asyik bising suruh beli gps...
dia nyer respond ... mungkin sangat gembira kerana tidak akan disusahkan lagi selepas ini.
hehehehe... tapi ayat dia adalah KELAKAR:
"sudah sampai masanya saya berundur dari dunia gps yang semakin canggih... kena buat farewell utk old gps ne... e.gps dah tue, dah semput selalu..."

baiklah huda... moga tidak menyusahkan orang lagi... hiduplah dengan baik-baik...
chaiyok...

Insya Allah, Youl'll find the way...

Secebis kesabaran... secarik senyuman... penuh kesyukuran....

Ini pula,
Kisah minggu lalu...
Mendapat sms kecemasan dari insan yang dikasihi...
pertolongan diperlukan... tapi...
bantuan tidak dapat dihulurkan dalam masa yang diperlukan...
skuad bantuan dihantar terlebih dahulu...
dalam hati... doa dipanjat tiada henti....
Moga semua pulih kembali ...

Alhamdulillah... Allah bagi kekuatan untuk membantu jua
walau hanya sekejap cuma...

Adik pula bising...
"Angah bizinya... saya kecik hati angah tak jumpa saya..."
(OKEY angah pun kecik hati ko tak contact angah)
rupa-rupanya salah faham terjadi kerana masalah talian.
yang menghubungi tak dapat bercakap dengan dengan yang dihubungi...
yang menghubungi kecik hati, yang dihubungi pun kecik hati...
salah faham.... telah dibetulkan...
dapat jumpa...
CELCOM nak kena saman ne...
borak 3 jam... sampai jam 3 pagi...
semua mengantuk...
tapi pura-pura cergas...
masing-masing berkeras nak meneruskan perjalanan...
angah menggunakan kuasa veto paksa semua tido...
dapat tidur sejam sahaja...
kami meneruskan perjalanan pulang...
adikku juga telah pulang ke jepun...
adikku yang seorang lagi pulang ke "sg kurus"
angah dan boy balik umah ler...

Doa ku buat semua...

semoga kita semuanya selamat...
dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat...
Moga2 dalam pemeliharaan Allah selalu....

Ameen....

Friday, June 3, 2011

Surah Al-Kahfi (Ayat 83-110)

Surah Al-Kahfi (Ayat 83-110)
(83) Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya.
(84) Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.
(85) Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
(86) Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam, dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.
(87) Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian dia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.
(88) Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati.
(89) Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.
(90) Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
(91) Demikianlah halnya dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.
(92) kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.
(93)  Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
(94) Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?
(95) Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
(96) Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.
(97) Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
 (98) (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.
(99) Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.
(100) Dan Kami perlihatkan Neraka Jahanam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata;
(101)  (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingati Ku dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.
(102) Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan Neraka Jahanam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.
(103) Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
(104)  (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.
(105) Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.
(106)  (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahanam, disebabkan mereka kufur ingkar dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.
(107) Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
(108) Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.
(109) Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.
(110)Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.