Pages

Tuesday, July 31, 2012

Selingan sikit - solat terawih dalam zam2 tower

Assalamualaikum wbt...
Ha... Dah lama tak bersiar-siar ke blog Haji Arshad...
Balik Tanah Melayu semalam baru sempat tgk... dan hj.arshad pamerkan gambar orang terawih kat lobi hotel zam2 tower....
(ala... menara jam besar depan masjidil haram - depan pintu King Abdul Aziz tu...)


 
Ha.... kan betul, macam entri aku tahun lepas yang abah solat kat dalam shopping complex....Heheheeee...
Can read HERE






time ne sapa tak p terawih tapi p shopping... pasti malu besar...
heheheeee....

Monday, July 30, 2012

Ramadhan di Bumi Melbourne - Siri 2

Siri 2

Assalamualaikum wbt...

Perjalanan ke Clayton...
 (macam pekan koboi daaaa...)

Dalam perjalanan, sempat snap a few picture... angle memang out lah...
asal boleh ajer konsepnya...







ok.... dah sampai ke destinasi dengan taxi besau gedabak... dan bayaran AUD138 ... Uhukkk...
tersedak banyak kali...
 
ok... berjumpa dalam siri 3 ... Insya Allah

Ramadhan di Bumi Melbourne

Siri 1 ...
layan picture dulu lah...

Assalamualaikum wbt...

Departure from KL - 18 Julai 2012 (28 Sya'ban 1433H) - 10.30 malam

...siap ada bag yang perlu ditinggalkan kerana terlebih weight...
maka, makanan disumbat dalam deuter angah...
sib baik depa tak timbang hand lugage angah...
heheheeee...


Arrived at Melbourne Airport - 19 Julai 2012 (29 Sya'ban 1433H) - 8.30 pagi


...budak kecek ne... memang perosak gambar yang berjaya...
 
Melepasi Imigresen - 2 jam...
2 jam rasanya diambil untuk melepasi Q di imigresen dan kastam...
waaa... give up... panas berpeluh-peluh..
ne pokcik baju biru bag biru ne, passportnya tertulis US.
Selambadot jer potong Q.
dan ada a few more warga US yang memotong Q depan kiteorang.
adek, yang terlebih baik hati tu allowed jer...
eish... angah ngn ibu tak bagi chance.
melampau betul. Orang lain pun Q juga.
mana boleh kurang ajar cam tu.
memang dasar !@#$%^&)....

Fuhhh!!!... Akhirnya... Berjaya keluar dari airport - tanpa sebarang rampasan makanan... Alhamdulillah.....
Tapi.... Q lagi... for the taxi...
see this... sepatutnya ada 7 bags.
(handbags not included)
tapi dah tinggal 6 sebab 1 dah kena tinggal...
heheheeee....

ok... sambung siri 2
bila "masa itu tiba"
(kisah pak cik taxi dari pakistan)

in case masa itu tidak kunjung tiba...
angah always wanted to do this...

Salam perantauan...
memandangkan hanya berada di melbourne ketika ramadhan, so tak boleh lah buat sampaikan salam aidilfitri... so angah buat Salam Ramadhan dari perantauan... hahahaha....

Buat semua pembaca Real Life is Real... mohon maaf salah silap. Semoga Allah terima amal ibadah kita dan terpilih menjadi hamba yang Allah sayang... Ameen.... INGAT!!!!
Walau di mana kita berada, walau di mana kita berpuasa, kita tetap berpuasa di bumi - Nya. berbumbungkan langit ilahi, bernaungkan kasih sayang Ilahi....
walau dengan siapa kita berbuka... mereka tetap hamba Allah... yang tunduk patuh mengerjakan perintah Nya.... Allahuakbar....

Wednesday, July 18, 2012

Jom tadabbur Al- Quran

click here to original post from Ust. Basit a.k.a Abu Anas Madani


Copy sket mukadimah:

PENDAHULUAN:



Tadabbur adalah isitilah yang digunakan untuk memahami dan menghayati al-Quran. Ia adalah saranan Allah dalam banyak ayat antaranya:


Ertinya: Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya (al-Nisa’[4:82]).



Juga firmanNya:
Ertinya: (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar (Sad[38:29]).



Juga firmanNya:


Ertinya: (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? (Muhammad[47:24]).



1-KEJADIAN ALAM MENURUT AL-QURAN

Ertinya: Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? (al-Sajdah[32:4]).
 
1.2 - SUSUN ATUR KEJADIAN ALAM


Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya! Yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan sekalian alam, Dan Ia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya, dan Ia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa. Kemudian Ia menunjukkan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: “Turutlah kamu berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!” Keduanya menjawab: “Kami berdua sedia menurut – patuh dengan sukarela.” Lalu Ia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Ia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui (Fussilat[41:9-12]).


Ertinya: (Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)! Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya, Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.  Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), – Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya; Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya); (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu (al-Nazi’at[79:27-33]).


1.3-TEORI BIG BANG

Ertinya: Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (al-Anbiya’[21:30]).

1.4-ARASY & AIR SEBAGAI MAKHLUK TERAWAL DICIPTA

Ertinya: Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa, sedang “ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: “Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati” tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: “Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)” (Hud[11:7]).


2-SOLAT MENURUT AL-QURAN


Ertinya: Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah) (al-Ma’idah[5:55]).

2.1KEWAJIPAN SOLAT TIDAK GUGUR WALAU SEGENTING MANA SEKALIPUN SITUASI


Ertinya: Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya (al-Baqarah[2.239]).



Ertinya: Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina (al-Nisa’[4:102]).
 
 
Sebenarnya banyak lagi... meliputi topik : PENCIPTAAN ALAM, SOLAT, SEDEKAH, REZEKI, POLITIK, MU’AMALAT DENGAN BUKAN ISLAM, SIFAT SOLEH & BAKTI KEPADA IBU BAPA


JOm baca terus di page Ust. Dr. Basit di link ini : ABU ANAS MADANI






Tuesday, July 17, 2012

Sumbangan Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim

Assalamualaikum wbt....
Semoga Allah terima sedekah jariah kita...
terutama di bulan ramadhan yang mulia ini...
Insya Allah.
ameen... ya rabbal a'lamien...





Monday, July 16, 2012

1st Assignment

Assalamualaikum wbt...

I always wonder what country will b the luckiest for me for my 1st oversea assignment.hehe.
And who will be the lukiest person to accompany for my musafir. Haha... So the luckiest combination is temporary bodyguard (TPBDG) n Jakarta.

Ok, dia adalah teman yang boleh diharap. gentleman n agak protective. Alhamdulillah. Cuma dia looser sket bab jalan. Masuk blok M pintu lain, pastu dia dah pening camna nak balik.haha...
Dan dia juga berperanan sebagai tukang angkut segala bag aku yang berat macam nak pindah rumah tu.

Hm mari kita mula dr awal.

Ok. Organizer booking flght on 155pm malaysia time... Ok.aku dh gusar.135boarding time.122 zohor.sempatkah aku utk lari dari surau ke gate 10.aku ne agak 'badi' dgn klia.tiap kali departure ke mana jua destinasi pasti ditempatkn di gate yg paling hujung.
hujung ke hujung lah gate vs surau. hm setelah aku congak2, aku rasa sempat aku nak lari. lagipun aku yakin kapal terbang akan tgu aku. at least sehingga nama kena announce 3 kali including 'last call for nhhas.

Makanya,aku maklumkan keTPBDG, aku perlu masuk jam 12, utk survey jarak gate vs surau dan perlu ready for prayer. He understand and just follow me for early check in even tho he still wana hang around outside.  Dan siap teman "g sukat jalan" antara boarding gate dan surau :-)

Dah lama tak ke international departure thru KLIA, So as usual, salah kaunter imegresen. Sambil sengeh2,imegresen tu pun ty kenapa tak ke mesin pengimbas for local. Haha... Mana aku tau kat mana. Personel trip naik air asia je.hehe.

1st thing aku perlu buat bila masuk ialah mencari gate G10.  Owh... sungguh sedey kerana tak dapat naik aerotrain.... waaaa... dah lama tak naik menda alah tu kat KLIA...

Hmmm... Jauh sungguh. Memang hujung sekali. So TBDG pun teman lah g sukat jalan. Dan ada imegresen staff di G10, for me to ask if there is enough time for me to do aksi 'kejar-mengejar'... Actualy nak maklumkan kat imigresen tu 'wait for me until i finish my prayer.'hehe.

Dalam hati aku masih berdoa agar flight delay. Tapi yang hampehnya, flight memang benar2 delay,cuma tidak dimaklumkan.huhu... Delay 1/2 jam lak tu.hehe. Alhamdulillah. Thank you Allah.

Sebenarnya malam sblm tu dah terdetik alangkah bgs kalau flght delay 10minit.hehe... Akhirnya Allah bg flght delay 30minit.hambek kau.aku sangat gembira.tapi mamat netherland n s'porean yang duduk sebaris dengan aku dalam flight dah ngomel ckp MAS lembab. Nak lempang je rasa. Macam lah airline lain x pernah delay.

Mamat netherland yg dok sblh aku dok dgr i-phone dia dan aku rasa dia begitu menghayatinya sampai menggoyang2kan kepala...

Yang aku pulak dok sebelah dia baca al-quran.

Punya bagus combination tersebut. Hehee...

Tapi mamat tu ok gak.rajin dok senyum kat aku.aku rasa dia nak nyembang,tapi aku tak ada mood nak bersembang semalam.so just senyum balik dan meneruskan bacaan.

Biasalah,perasan diri sendiri adalah aweq cun.heheee...Kecik comel aje. so tadi imigresen malaysia pun tanya, g jakarta, study ke. Hehee... See i told you, i look young because of my size. Hehee...

Dan disebabkan 'kecik', susah benar nak panggil pramugari/a untuk ambil plate aku yang dah 'finished'. Makanya mamat netherland itulah yang memanggilnya...hehe...

Ok. Kami touch down jakarta jam 4ptg malaysia time...

Sangkut juga di imigresen jakarta - dia tak bagi aku masuk sebab dia cakap aku masuk atas urusan kerja kena ada visa.  Ntah yer ntah tidak... Mulanya cam panik juga, padahal organizer dah maklumkan tak perlu visa...  Pastu dalam hati berkata "lantak kau lah... Kau tak bagi aku masuk, aku call organizer, hah kau pergi berdebat dengan dia".  Eleh... pastu imigresen tu bagi jer masuk...  siap bagi warning... Dalam hati LANTAK KAU LAH....
Pastu aku cakap lah kat TPBDG what happened. TPBDG gelak jer. sebab TPBDG boleh jer masuk tanpa kena warning.  Dia cakap... orang tu buli aku jer sebab aku kecik sangat (tu lah kadang2 payah juga cun sangat ne). TPBDG pesan, next time, pergi ke kaunter imigresen perempuan.  Pastu aku marah lah TPBDG sebab dia yang suruh aku g kaunter mamat poyo tu tadi.... hangin hangin ....

Ok, masuk aksi menunggu taksi... ok semua ne TPBDG yang buat, aku relax jer menunggu... heheeee...

And the best part TPBDG bayarkan semua tambang sepanjang trip kat sana... hahahaha... tak suruh aku pay back pulak tu. Memang TPBDG ne tak berkira langsung (at least pada masa itu)... hahaha.... tapi aku ne kan baik.... mana boleh buli orang sampai tahap macam tu... so i did pay for our shopping, dinner dan way back journey...

Hmmm cerita shopping ne pun ada gak menariknya... tapi cerita lain kali lah kalau rajin... cuma just kalau "lain kali"  itu tak pernah muncul sbb aku kan PEMALAS tulis blog dan tiada masa itu emas yang banyak, SO...  i just wanna say Alhamdulillah.... thank you Allah for sending this TPBDG dan our counter part from BPS yang menemani kiteorang bershopping...
tapi tak shopping sakan sebab aku bawak 900ribu jer... hampeh... sebab shopping tiada dalam agenda balik kerja... huhuhu... dengan 900ribu, apalah sangat yang dapat dibeli.... huhuhuh.... so sight seing sahajalah... better than nothing huh.... dan hasil masyur shopping as usual lah TPBDG yang bawak... hahahaaaa... padahal duit kat bilik banyak jer lagi... berjuta-juta.  Tapi bila difikir secara halus,  itu caranya Allah nak avoid aku daripada GILA SHOPPING... sampai habiskan semua duit....
dan natijahnya... aku ada banyak baki bila balik. boleh sambung shopping kat aussie minggu depan... ceh... memang dasar shopaholic
Sebenarnya banyak lagi nak cerita.... tapi mood dah hilang... jadi.... cerita lain kali jer lah... itu pun kalau "lain kali"   itu muncul (*_*)...

(nota: catatan live from kota jakarta)...


see.... so small... extra small...

Tuesday, July 10, 2012

Hmmm...

Assalamualaikum wbt...

Bukan senang nak jadi orang berlapang dada ne.
Kadang-kadang rasa bersalah juga bila fight back semata-mata nak tegakkan kita tak bersalah dan apa yang kita buat tu betul.

Ntah lah... kadang-kadang... sangat annoying... Hwaaa.... Apa saya nak cakap ne... tapi apa pun... saya ada sikit presure... sekarang... sekarang... rasa nak ... grrrrrr...

Thursday, July 5, 2012

…THE DRYER ... THE BETTER ...

“…no study is less alluring or more dry and tedious than statistics…


…unless the mind and imagination are set to work”
 
William Playfair,
The Commercial and Political Atlas (1801)

 
“You complain that your report would be dry [without the graphics]…
…THE DRYER ... THE BETTER ...

Statistics should be the dryest of all reading


I keep saying the sexy job in the next ten years will be statisticiansThe ability to take data - to be able to understand it, to process it, to extract value from it, to visualize it, to communicate it is going to be a hugely important skill in the next decades…because now we really do have essentially free and ubiquitous data. ”
(Hal Varian)