Assalamualaikum wbt...
Hyey... saya lagi... dah kenapa harine rajin sangat tulis entri entah... Mungkin saya ada "sebuku" atau mungkin "berbuku-buku" rasa yang tidak terluah kan... rasa geram dan menyampah yang diperam yang dipendam...
Hehehehe... harap ini boleh mengurangkan beban yang terpendam...
Minggu lepas saya ada training di tengah2 bandaraya kuala lumpur. Kebiasaannya jika saya ada kerja di KL, saya akan melihat lokasi nya. Jika berdekatan laluan tren, nescaya tren adalah pilihan utama, jika tidak, terpaksalah saya memandu menempuh kesesakan di jalan raya. Nasib baiknya, training kali ini, betul2 bangunannya di stesen LRT Ampang Park, maka naiklah tren seawal jam 759 pagi (ceh, awal ker.... hehehe... kawan saya semangat naik tren kul 736 pagi).... okay, saya bukan nak cerita perihal saya naik tren...
(sebab panjang sangat 'karangan' ne nanti ... hehehe...)
okay, apa yang saya nak 'sembang' ne dah lama saya "deraf dalam hati"... tapi tak tertulis-tulis mungkin kerana belum ada "rezeki nak menulis"...
Sindrom anti-sosial...
Hmmm korang pun mesti perasankan... kalau berada di tempat-tempat awam - contoh macam baru ne, dalam tren - erl & lrt, semua orang sibuk dengan gadget masing-masing (smartphone, etc) telinga bersumbat dengan 'earphone', mata kalau tak pejam, mesti tertujah di screen gadget sambil tangan "ketik sana, scroll sini" sama ada main game, update muka buku, stalk tweeter orang, or did some reading.... tapi bancian 60 minit menaiki tren 2 hari tempoh hari saya mendapati 50% main game(dalam 7 ke 8 orang disekeliling saya), 30% (dalam 4 ke 5 orang) menggodek FB dan baki 20% etc.
telinga - opkoslah dipekakkan dengan either lagu, nasyid, ceramah or apa saya tak tau lah.... tapi aweqs2 yang berdiri sebelah saya semua dengar lagu ler... ntah hapa2 nyer lagu saya tak tau sangat sebab saya jarang dengar lagu pelik2...
manusia hari ini terlalu sebuk dengan gadget...dengan smartphone dan dah jadi spesis yang mementingkan diri sendiri kan... tak peduli siapa pun diri / duduk sebelah kau... walau sekadar mengukir segaris senyum tanda hormat, senyum untuk sedekah di pagi hari. Mungkin ada yang akan berkata "hari ne tak boleh senyum or sembang ngan sebarang orang yang tak dikenali, nanti takut kena pukau, atau kena goreng..." hmmm ntah lah... betul juga....
Lantaran itu, kita pun teruskan lah juga dengan aktiviti "sellfish" tu dari hari ke hari tanpa ada rasa bersalah atau ikhtiar untuk memulihkan keadaan "senyap" yang ada hari ini.
Kadang tu, lebih "sengal" saya tengok, bila sekali-sekala kami keluar makan either with frens or family, saya tengok rata-rata "penghuni" meja-meja semua dok ngadap gadget masing-masing... kadang lebih "weing" lagi, datang 4 bersahabat, duduk semeja, tapi keempat-empat mereka semua "tekun menelaah" tab/ phone masing-masing sambil hapdet status kat FB... dah tu yang kau orang keluar berempat tapi "sembang dengan gadget" masing-masing sampai tak angkat muka tu dah kenapa?
hadoi.... kesiannya generasi hari ini... oh my goodness... semalam masa lepak2 borak gaduh2 ngan abah atas macam2 isu, tetiba abah ngomel buat ribuan kalinya tentang orang sekarang ne kalau cuti raya masa dihabiskan depan tv + makan + makan + makan + tengok tv ... langsung dah tiada ziarah dan dah tak ada langsung suasana raya... selamba jer saya jawab "dahtu nak ziarah apa, jumpa hari2 ziarah dalam FB, dalam whatsapps, time raya ziarah makan ngn ziarah tv jer lah"... hehehe...
kalau pun ada mak cik pakcik atok nenek sedara datang menziarah, (sebab deme tak ada smartphone n FB), sakit betul hati ku tengok budak2 kecik ne, bukannya reti nak pergi bersalam.... kalau salam pun, lepastu cepat2 lari masuk bilik or kembali mengadap tv atau gadget masing-masing... Bak kata mak dan opah aku.... "ntah apa lah yang di ketik sana, ketik sini...sampai dah tak nampak orang".... huhuhuhuhu....
tapi nak salahkan bebudak sangat pun tak boleh juga... mak pak yang muda-muda ne jugalah yang mengajarnya sampai jadi begitu...
tak caya malam kang korang g makan keluar korang tengok... mak pak yang muda-muda ne (baya2 iols lah kan - okay bajet muda hehehehe)... i mean generasi 80'an, kalau ada anak2 kecik, untuk mengelakkan anak menangis atau membuat onar dalam kedai makan, maka anak2 disogok dengan phone n tablet sama ada nak bagi diaorang main game atau tgk movie atau tgk kartun or wat ever...
sebab tu bebudak sekarang ramai yang "lambat bercakap" - tak caya g tgk statistik kementerian kesihatan... jenuh nak kena bawak g terapi bercakap... (tak termasuk yang memang ada sakit lah)... ne yang saya maksudkan yang sihat, tapi lambat cakap sebab parents bagi anak2 "cakap" dengan gadget je....
ntah lah... saya pun tak boleh nak cakap apa sebab saya tak ada anak... dan anak2 sedara saya pun mempunyai perangai yang sama... "mama, atok, where's your phone...we wanna play game"... lebih "bagus" lagi, dia yang ajar mama diaorang macam mana nak main game tu... hadoi.... tapi at least terkawal sebab they used their mom n atok's phone...
kawan saya laaaaagiiiii bagus.... anak umoq 6 tahun dah ada ipad sorang sebijik weih... autie huda pun tak ada ipad anak2 sekalian....
katanya, dia belikan tablet murah2 kat anak dia tapi anak dia tak nak sebab katanya "tak sama dan tak cantik macam mama ngn abah punya"... selamba jer anak dia "lesingkan"....
adoi.... ntah lah....
(p/s: kawan saya cakap saya ne tak bijak sebab saya tak main game dalam smartphone... huhuhuhu ada ke patut.... ntah ler... nak beli satu gak lah... nak buat main.... tgk bijak ke tak lepas ne)....
pastu gejala 'smartphone' seperti yang didedahkan dalam ntah metro ahad kot, ntah saya tgk kat nasi lemak kopi O semalam, tentang perilaku remaja yang semakin jatuh akhlak ne bertukar2 gambar tak senonoh thru smartphone sebelum teruskan relationship yang songsang...arghhhhhh ....tertekan jiwa aku mendengarnya... satu lagi masalah gejala kejatuhan akhlak... (korang g google sendiri ar, nak tulis pun malu)....
tu tak termasuk lagi, saat kau duduk termenung, tetiba jer ada seorang hamba Allah ne, snap gambar kau, upload dalam dia nyer FB or belog.... pastu tag kat kawan2, ulas bukan2 buat menambah dosa....
zaman sekarang ne semua benda nak update sepantas kilat, tanpa menggunkan kepala akal yang sepatutnya SMART a.k.a BIJAK untuk menilai sesuatu sebelum "sesuatu" tindakan diambil, sebelum "sesuatu kata" di hapdet, sebelum sesuatu gambar di muat naik. tak fikir ke, akan memalukan orang dsb.nya? kadang2, fobia saya kalau tengok orang pegang telefon tala ke arah saya... huhhuhuhu.... sebab menda ne pernah jadi to our circle of frens...
nampaknya phone dan gadget sahajalah yang "smart" sebab tu nama dia "smartphone"... manusia yang pakai phone tu tak smart langsung .... @#)(*&^%@#$ lagi adalah...
kadang generasi muda hari ne (alamak, tetiba terasa tua), i mean group age adek2 dan sepupu2 saya yang muda2 lahir tahun 1990 an ke atas ... memang kemaruk dan ketagih gadget lah... pastu diaorang ne macam tak ada perasaan... orang tengah sibuk buat kerja pun diaorang bukannya nak tolong... No wonder lah bila ada segelintir anak muda seperti allahyarham Ammar dan Dr. Lutfi fadhil, orang pandang diaorang macam dah sangat mulia... sebab mereka ne sedikit "luar biasa" dari set2 batch generasi mereka...
hmmm kalau ada gadget tu, dapat dekatkan diri dengan Allah, dapat menambah baik hubungan sesama manusia, telefon mak ayah atok nenek kat kampung, kot ler ada manfaatnya....
ntahlah generasiku dan malaysiaku....
sebagai penutup, saya kongsikan satu kisah untuk renungan yang buat saya menangis tengah hari ini....
semoga bermanfaat....
Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.
Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Ditatap isinya,
"Salam.
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.
Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.
Abah tak minta banyak...
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini.
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.
Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.
Maafkan abah atas segalanya."
---------------------
Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.
Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.
Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.
(dicedok dari belog haji arshad)
**************************
bawak-bawak ler tepon mak abah dan balik ziarah mereka kat kampung yer...
kita selalu lupa nak hargai apa yang kita ada... pastu nyesal nangis tiada guna apa bila mereka sudah pulang untuk selamanya.... huhuhuhuhu....
teknologi tu patutnya memudahkan ke arah kebaikan, mengeratkan hubungan kekeluargaan, menghubungkan yang jauh dimata...tapi sentiasa dekat dihati...
tapi generasi kini telah menyebabkan teknologi yang ada mencipta peribahasa :
jauh dimata dekat dihati ---> dekat dimata tapi tak sembang sampai nyawa dibawa pergi....
nauzubillah....
tapi generasi kini telah menyebabkan teknologi yang ada mencipta peribahasa :
jauh dimata dekat dihati ---> dekat dimata tapi tak sembang sampai nyawa dibawa pergi....
nauzubillah....
semoga bermanfaat...
loves... nhhas....