Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Selamat hari Jumaat...
semasa blogwalking minggu lepas, jumpa kisah ini di belog kak zakie. Kak zakie ni suka buat entri2 yang ada pengajaran hatta cerita makan pizza pun boleh dapat pengajaran... bagus betul...
owh btw, rupanya kak zakie, join segmen iktibar dari kisah tentera iskandar zulkarnain seperti kisah di bawah yang dianjurkan oleh blogger Sis NorAzimah dari blog "Asam Garam Kehidupan" ...
... Jom cekidaout ... - semoga ada manfaatnya untuk kita semua... Insya Allah...
Tersebut kisah tentera Iskandar Zulkarnain melalui sebuah terowong yang
tersangat panjang dan gelap. Terpijak oleh mereka batu-batu yang menyakitkan
kaki. Ada orang berkata sebenarnya terowong itu dipenuhi oleh emas, intan dan
berlian. Ada yang percaya, tetapi ada yang lansung tidak percaya.
Yang percaya mula mengutip apa sahaja yang tercapai oleh tangan sehingga
penuh kedua-dua tangan mereka. Ada yang membuka baju masing-masing dan membuat
bunjut sehingga penuh bunjut, dimasukkan pula ke dalam
mulut-mulut mereka. Yang tidak percaya tidak mengutip apa-apa berlalu begitu
saja.
Bila hampir sampai ke hujung terowong, cahaya samar-samar yang menyuluh
hujung jalan itu sehingga ternampaklah oleh mereka betullah di dalam terowong
itu dipenuhi intan berlian. Ada yang meminta kebenaran dari Iskandar Zulkarnain
untuk berpatah semula untuk mengutip segala khazanah berharga tersebut tetapi
tidak dibenarkan. Semuanya menyesal, menyesal yang amat sangat...
Yang paling menyesal adalah mereka yang lansung
tidak percaya. Yang percaya tapi hanya mengutip sedikit pun menyesal. Yang
mengutip banyak sehingga penuh baju dan mulut mereka pun menyesal.."
kenapa aku tak pinjam baju kengkawan, boleh isi banyak lagi. Dan yang paling
menyesal juga adalah mereka yang mengutipnya tetapi dek penat oleh perjalanan
yang jauh itu lalu dibuang kembali apa yang dikutip itu
*******
Aku pernah baca
kisah ni, tapi aku ingat2 lupa ibrah dia apa.
Perkataan di atas
" Ada orang berkata sebenarnya ...."
if tak silap aku,
iskandar zulkarnain yang berkata begitu ... If tak silap lah...(mohon sis nor azimah bagi pencerahan nanti)
Apa pun, my first
impression semasa baca short story di atas ni, dalam minda aku terus terfikir :
1. Sungguhlah
dalam hidup ni, peringatan demi peringatan yang Allah s.w.t berikan, untuk ikut semua
perintah Allah s.w.t i.e buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah
larang. Kita ada al-quran dan sunnah
rasulullah s.a.w untuk dijadikan panduan hidup, ada guru2 dan ulama2 untuk
dirujuk - buat yang beringat nak ambil kesempatan yang Allah beri ini untuk
kejar sehabis mungkin "ilmu dan amal"
... maka beruntunglah dia apabila pulang kelak bertemu Allah.
Bagi yang tak
percaya dengan janji Allah - maka penyesalannya bila pulang berjumpa Allah; di
azab, baru nak menyesal ... minta kat Allah supaya dapat di kembalikan semula
ke dunia... time tu, sorry lah beb... no more chance(s) given...
Banyak ayat dalam
al-quran yang menceritakan tentang penyesalan manusia di akhirat kelak kerana
tak percaya dengan janji Allah ketika di dunia...
(tapi aku tak
ingat ayat mana - Al-quran ku yang penuh 'label' dipinjam adek. Quran lain di
rumah, aku tak 'label' kan point2 yang aku selalu label kan)
2. Tapi ada juga
dikalangan kita-kita ni... Percaya dengan janji Allah, buat benda baik, apa
yang Allah suruh buat, kita buat; solat, puasa, zakat dan haji, etc. memang tip
top. Tapi ada certain point dalam hidup
ni, tiba2 dia teringin nak buat jahat ke - tengah2 buat jahat tu, nyawa dia diambil...
"times up man"... so sia2 lah amal kebaikan sebab mati dalam suul
khatimah (nauzubillah minzalik)...
atau dia ni ada
habit suka "ambik hak orang" i.e. suka mengumpat, memfitnah orang... so orang-orang ni, bila dia balik mengadap
Allah nanti - habis semua pahala amalan dia diberi kepada orang yang dia zalimi
/ umpat ketika di dunia dulu.
... Allah
gambarkan orang yang semacam ini sebagai orang yang muflis di akhirat kelak
....
(nauzubillahiminzalik
- moga Allah jauhkan daripada terjadi kepada aku dan kita semua... Insya Allah)
3. Memang sifat
manusia ni - tak pernah cukup, tak pernah puas.
Terlalu banyak kemahuan, terlalu banyak yang Allah dah beri, tapi
terlalu sedikit kita menitip rasa syukur kepada Allah s.w.t. Manusia begitu tamak dalam
memperbanyak harta. Manusia tidak pernah merasa puas dan merasa cukup dengan apa yang
ada.... aku pernah
baca yang berikut; cuma tidak dapat trace ini dari al-quran atau hadis (jika
ada yang tahu - mohon share)
“Bahawa
kebanyakan manusia itu sentiasa bersifat tamak serta tidak pernah bersyukur,
jika kami berikan satu lembah
emas nescaya dia akan meminta lagi, kemudian bila kami berikan dua lembah emas
sekalipun, namun dia tidak juga
berasa cukup lalu memintanya lagi.”
Last but not least ...
4. Islam tidak menegah atau menghalang umatnya mencari
kekayaan dan kebahagiaan hidup di dunia, sebaliknya apa yang ditekankan ialah
memburu kebahagiaan hidup di dunia janganlah sampai lupa tanggungjawab
mempersiapkan diri dengan amalan serta bekal kehidupan di akhirat.
Allah berfirman
yang bermaksud:
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang
telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan
janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan
berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik
kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah
engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berbuat kerosakan " (Surah Al-Qasas, ayat 77)
(Surah al-qasas ayat 77 ni ... semasa Allah
ceritakan tentang Qarun yang sombong itu - sila buka Al-Quran anda dan
cekidout)
Jika tidak silap, pernah juga terbaca sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Bekerjalah kamu untuk kepentingan di dunia
ini seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beramallah untuk
kepentinganmu di akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.”
(Hadis riwayat - to
confirm di riwayatkan oleh siapa ...)
Sekian semoga ada
pengarajaran yang dapat direnung-renungkan dipagi jumaat ini.
Buat Sis NorAzimah dari blog "Asam Garam Kehidupan" yang menganjurkan segmen
"ambillah iktibarnya" ini...
terima kasih kerana bagi kami exercise minda dan hati di pagi hari dengan
menganjurkan segmen yang bermanfaat.
Nanti share yer,
apa ibrah yang digariskan sebenarnya dalam kisah ini.
loves ... @nhhas
Segmen yg dianjurkan tu memang baik sebab itu kakak join. Manusia ada akal tapi kadang akal tak terjangkau apa yg sepatutnya...
ReplyDeleteBiar pun peringtan demi peringatan merata-rata dan diulang-ulang tapi tetap tak merubah hati. Itulah pentingnya IMAN dibaja. Kalau tak lama-lama 'layu'...
Salam. dari segmen blogger Nor Azimah, perkongsian yang bagus lagi manfaat. thanks
ReplyDeleteboleh saya betulkan... sebenarnya tiada siapa yg kata dalam terowong tu ada emas atau permata tapi seorang malaikat yg mengikuti rombongan Iskandar tu memberitahu kita telah terpijak sesuatu yg kalau sesiapa ambil akan menyesal dan yg tidak mengambil juga menyesal... bila dah keluar dari dunia gelap tu baru tau yg itu permata... jadi yg ambil menyesal sebab ambil sikit, yg tak ambil pun menyesal sebab tak ambil....
ReplyDeletemenarik cerita atas tu.. semuanya menyesal, yg tak dapat memang menyesal, ni yg dah dapat pun menyesal. manusia memang ada sikap tamak. harap-harap kita jadi manusia yg sentiasa bersyukur. nice sharing nhhas :)
ReplyDeleteBro najib...
ReplyDeleteso kiranya ibrah drpd cerita ni sbb "tamak" lah ea?
semoga kita istiqamah dalam membuat kebajikan/kebaikan dan bermujahadah melawan hawa nafsu yg jahat..
ReplyDeletesebuah kisah yg penuh teladan..utk dunia dan akhirat..
dah ada keputusan admin anjur segmen ni ya..anda lah yang bertuah dan pilihan yang tepat oleh nor azimah. tahnia Etuza dah baca ...iktibar anda memang terbaik tepat..etuza lebih bnyk iktibar bagaimana kita usah buruk sangka kepada insan lain..memang hebat anda. alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDelete