Wednesday, September 30, 2015

Waktu Makan ubat yang disarankan...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hydie odie...Ogenkidesuka.
Nak share picture ni...

WAKTU MAKAN UBAT YANG BETUL Seperti yang disarankan oleh KKM...


Macam realistik sikit time ni... saya selalu bermasalah dengan timing ubat yang 3 kali sehari tu ... ooo rupa2 nya... ini panduannya... hihi...

Semoga bermanfaat ...

Uols yang jawab teka teki kenali ubat anda haritu ... tak nak emel kan alamat ke? Saya nak bagi ole2 awesome ni ...
Haha... kot ada yang dapat minyak cap kapak... ke... panadol ke... kannnn...

Big winner Sis FARAH dan Sis Nohas...
Yang gigih menjawab...
Sis BWSSSCik Ash Zafirahkak Aziesis Yaya IsmailSis Nora Karimsis Qaseh Abadisis ros reezaSis JMSis Deanne Morni,  mummy julia, kak zakie, cikgu etuza, angah dan semua yang menyertai segmen JOM KENAL ... meh emel kan address ye kat reallife.nhhas@gmail.com

Saya ada 15 item best nak bagi ni... kalau tak nak jangan nanges pulak tengok rakan lain dapat ... saya kira2 yang ikhtiar nak jawab haritu ada kot 12 orang ... hihi...

Saya bagi korang till 5 oktober 2015 ye untuk emelkan alamat ... senang g pjbt pos skali... maklum lah ...saya kan "RAJIN" g pejabat pos... hihi... 

Okay... share tu dulu.... Daaaa....
@LovesNHHas...

Tuesday, September 22, 2015

Jom Kenali Ubat Anda ... Jawapan kepada Q&A CARA-CARA SIMPAN UBAT

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hyde Odie... Waaa... sangat touching mouching dengan sokongan korang untuk kempen hidup sihat #KnowYourMedicine  yang dianjurkan sebelum ini... Kepada SEMUA yang menyertai JOM BERKENALAN ... Bukan pemenang yang ku cari ... Hanya sekadar ingin berkongsi secebis info yang ku perolehi ... Semoga ianya mendatangkan manfaat buat kalian dan mereka-mereka yang berada di persekitaran kalian - rakan, family, officemate, housemate, dan mate yang lain-lainnya...

thanx sis farah  dan kakak kembar - sis nohas  - sebab participate actively in your blog to create awareness among your readers ...
Terima kasih buat semua yang bagi jawapan, dan berkongsi pandangan, yang jadi rakan blogger picisan ni... terharu ... sob sob sob ... 

Tengs Sis BW, my dear SSS, Puan Wawa de vitamin lady,  Cik Ash de purple lady, Zafirah, Cikgu Etuza, kak Azie, sis Yaya Ismail, Sis Nora Karim, sis Qaseh Abadi, sis ros reeza, Sis JM, Sis Deanne Morni,  mummy julia, kak zakie, angah dan semua yang menyertai ... maaf tak dapat nak hyperlink semua ... sebab saya bersiaran dari hospital dan henfon yang terbalik ... hahahaha... bosan - bosan menunggu baca jawapan korang memang menghiburkan ... jom hi-5 sep sep ... jawapan kita cam sama jer... makna nya itulah pemikiran kita rakyat malaysia sebenarnya kan kan kan ... hihihih ...  I saw comment from my dear sister penyelaras duta kenali ubat anda bagi negeri selangor Sis Baiti, in my comment box. ... Thank my dear sister ... gigih menaip jawapan .. hihihih

So untuk itu ... ini lah jawapan - jawapannya ... i paste them here... dan siri #KnowYOurMedicine ni akan bersambung setelah saya berjaya melarikan diri dari hospital nanti ya... hahahaha ... wish me luck and good health everybody ...

JAWAPAN SOALAN BETUL ATAU SALAH - CARA-CARA SIMPAN UBAT MASYARAKAT MALAYSIA ...

Jawapan picture 4 tu hahaha... kita semua beri jawapan yang salah ... termasuk lah saya... sebab kita tak tau itu kotak insulin kan .... kak farah je perasan tu kotak insulin... hihi...

p/s : kalau rasa ianya bermanfaat ... please share... 

Jadi...jawapan yang betul mengikut piawaian pharmacist ialah...jeng-jeng:


picture 1; ubat yang dibiarkan dalam sampul bersama label adalah BETUL. Tetapi ubat yang dah siap asing dalam pillbox adalah SALAH. Dulu pegawai farmasi memang galakkan pakai pillbox tetapi kita perhatiikan banyak keburukan guna pillbox. eg; ubat terdedah kepada kelembapan which will compromise its stability & ubat yang berlainan jenis dibiarkan dalam 1 bekas dalam mudah berinteraksi antara satu sama lain. This eventually will reduce its efficacy. makan ubat pun tak optimized. 

picture 2: ini contoh yang BETUL ubat dibiarkan dalam sampul bersama label yang dah lengkap dengan info asas ubat tu. Jadi akan kurangkan medication errors; konsep 5B- pesakit yang BETUL. ubat yang BETUL. dos yang BETUL. cara pengambilan yang BETUL. masa yang BETUL.

picture 3: ni contoh pesakit yang sangat bagus & BETUL. Sepatutnya as a child, we should assist our parents to store medications properly. Sometimes elderly tend to consume wrong medications. ini common scenario yang kami jumpa dengan pesakit tua di hospital & klinik kesihatan.

picture 4: gambar ini sangat sangat SALAH. ubat yang dalam kotak2 tu sebenarnya stok insulin. ubat insulin yang belum guna sepatutnya kena simpan dalam peti sejuk sebab kalau simpan dalam suhu bilik akan tahan selama 1 bulan sahaja. insulin sanagat sensitif kepada suhu. sesiapa pernah belajar sains boleh kaitkan dengan struktur protein yang akan denatured jika suhu tidak sesuai. insulin ni guna untuk kawal gula pesakit kencing manis. yang kotak biru tu sebenarnya pen insulin yang guna untuk cucuk insulin ke dalam badan kami jumpa ramai pesakit yang tak faham cara penggunaan & simpan insulin yang betul. this is one of biggest challenge for pharmacists. ni mungkin sebab pesakit2 kencing manis ni biasanya orang tua. too many info during counseling session. jadi, farmasi pun banyak terima insulin2 yang tak dapat digunakan lagi yang sangat2 waste of money =(

picture 5: kotak insulin tu betul dah letak dalam peti sejuk tapi sebab pesakit ni letak kat pintu peti sejuk kita bagi SALAH untuk caranya. kalau letak di pintu peti sejuk, insulin ni akan terdedah kepada perubahan suhu bila kita buka & tutup pintu tu...yang paling bagus letak insulin di bahagian dalam peti sejuk..tempat yang kita biasa letak2 tupperware.

Picture NO. 6 ; yang macam pencil box biru tu adalah pen insulin...kesian makcik ni sepatutnya pen insulin tak perlu simpan dalam peti sejuk... boleh letak pada suhu bilik & jauh dari kanak-kanak ye..kan ada pulak cucu bawa pergi sekolah pen insulin tu...pernah ada pesakit datang bawa pen cakap pen rosak walaupun baru je pakai...bila selidik rupanya pak cik tu letak dalam peti sejuk. dalam pen ada ada skru & tiny parts yang dibuat dari besi. jadi bila terdedah kepada suhu yang ekstrem...macam konsep pengembangan & pengecutan akhirnya kan buat pen jadi rosak sebab mekanisme dia dah rosak...

picture 7 dan 8: pesakit ni pun sngat-sangat BAGUS. saya bagi 5 bintang *****

picture 9: ni la bentuk ubat insulin dalam cartridge. pesakit ni saya rasa dia keluarkan cartridge once dia dah guna. sebenarnya cara ini SALAH. ini kerana cartridge insulin ni akan terdedah kepada udara yang mana terdedah kepada bakteria. Ingat, insulin ni akan msuk directluy kedalam badan...jadi kita perlu pastikan cartridge yang dah guna perlu sentiasa ada dalam pen insulin. boleh buka once insulin dalam cartridge dah haBIS. selalunya 1 cartridge insulin ada 300 unit, average pesakit guna yang basal insulin hanya kurang dari 10 unit sekali sehari. Jadi 1 cartridge boleh tahan sampai sebulan. 

p/s: banyak lagi info dah bagi...huhu..

Semoga bermanfaat ya ... sementara menantikan entri akan datang - kalau rajin ... ziarah lah web ni ... KNOW YOUR MEDICINE (KENALI UBAT ANDA)

@LovesNHHas

p/s: bagi yang rasa dia gigih jawab dan wajar dapat hadiah... sila emel kan nama alamat dan henfon... insya Allah nanti saya poskan .... INSYA ALLAH ... 
Sebab nak cari yang jawab betul semua macam tak ada je... hahaha...
reallife.nhhas@gmail.com

Sunday, September 20, 2015

C.O.N.V.I.N.C.E


Jazakillah khayr Sis Farah 
For this cute graphic thinggy...
Hihihi.... comel lah korang... macam2 respond ...

Macih sis farah... memenuhi permintaan kita...

Btw ... quote tu sgt general but really meaningful.

Sy berasakan ... majoriti yang membaca quote ini ... 
first dalam minda mesti "terbayangkan seseorang "yang buat korang mcm machine dan robot ... kan? :-)

Tapi kadang2 kita lupa sebagai manusia or mungkin staff bawahan ... kita ni rebel ... nk" buat perangai " ... sbb nak ckp kt boss "lu ingat wa sapa? Lu punya kuli ka" ...

Huhuhu...

Sama2 renungkan... 

Bagi saya ... yg berada di "barisan tengah" ni ..  quote ni sgt meaningful sebagai check and balance...

As ketua... saya kena fikir perasaan org bawah.
As staff ... saya kena letak kan juga diri di tempat boss... bukan senang nak buat keputusan sebenarnya... jadi, berlebih kuranglah... sebagaimana kita mahu orang bersikap baik terhadap kita dan bertimbang rasa... sebagai mana itulah juga yang patut kita lakukan terhadap orang lain... insya Allah.

So the right word is .... jangan gaduh... jangan paksa ... sebalik nya bincang elok2... dan cuba YAKIN kan dan pengaruhi mereka in a positive way and win win situation...

After all ... chill lah ... Allah kan ada...

Put ur trust on Allah ... :-)

@LovesNHHas

Saturday, September 19, 2015

Jom berkenalan ....

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hyde odie ... fuhh dah weekend lagi ... tapi still "on job" ... ayyakk... cepatnya masa berlalu... benda nk buat lak banyak... 

Ehh...Korang nak berkenalan tak?
 Dengannnn ... UBAT ... haha ... 

Jom ... hari ni saya nak tanya a few soklan cepu cemas ... nak ajak korang berkenalan dengan satu spesis yang dipanggil U.B.A.T

Siapa tak pernah makan / guna ubat sepanjang hidup dia? 
Cepat mengaku : PERNAH @ TIDAK? 
 jangan tipu... tipu dosa tau ...

Soklan kedua... 
Apa itu ubat?
Or apa yang korang tau tentang ubat ..

Soklan ketiga ...
Tengok picture bawah ni...
Betul ke salah cara simpan ubat tu ...
Picture 1 :

Picture 2 :

Picture 3 :

Picture 4 :

Picture 5 :

Picture 6 :

Picture 7 :

Picture 8 : 

Picture 9 :

...
Tengok 9 gambar ni ... sebenarnya ini penemuan yang kiteorang perolehi semasa siri2 "turun padang" bersama komuniti di kawasan-kawasan luar bandar lah biasanya ... cara mok cik pok cik ni simpan ubat lagu mana ...
Dan surprisingly ... "haku rasa haku tere"...
Rupa2 nya ada gak salah nya cara aku simpan ubat... salah cara ambik ubat ... nasib baik lah blom pernah salah ambik /makan / guna ubat...
Di sebabkan banyak benda aku rasa aku tau tapi rupa2 nya aku pun tak tau ... salah pemahaman ... aku rasa korang pun mesti ada sikit sebanyak salah tentang perihal ubat - ubatan ni ...

Nak hadiah tak? Haha ... Jom kongsi jawapan korang ... 
please feel free to join dis session... jawab jap soklan kat atas ni...
Boleh kita kongsi info jom...

Nanti aku bagi jawapan dalam next entry... insya Allah ...

Okay... till then... Semoga bermanfaat ya...

#LovesNHHas...

p/s: tahukah anda  .  Jumlah ubat berdaftar dengan kementerian kesihatan malaysia sehingga 19.9.2015 ni ... katanya melebihi 24ribu jenis ubat ...
Huiyooo.... vanyak betul... 

So JOM... KENALI UBAT ANDA ... 

JAWAPAN... ADA KAT SINI

Wednesday, September 16, 2015

MessAgE to de WorLd


 Chill lah ... Allah  kan ada

YouR LifE is A messAgE to de WorLd...
Make sure it is INSPIRING ...


Weekdays Special ...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Happy birthday my beloved land MALAYSIA...
semoga malaysia aman sejahtera dan bebas dari sebarang niat jahat sama ada dari dalam atau luar malaysia... Insya Allah ...

Owh... happy birthday wan san... semoga panjang usia dalam iman dan taat serta jadi orang yang Allah sayang selalu... insya Allah...

*** jom sembang kosong sempena cuti hari jadi Malaysia hari ni...

I've been busy with a lot of work ... 
famous quote among staff here "kerja bercambah - cambah ... bila nak siap weih" ...
@haks... 

A part from being busy .. ve been tested or still being testing with a lotttttt of life test. Allahu rabbi ... may Allah ease everything ... insya Allah...
.Gambar di cetak dari belog sis farah.

Chill lah Allah kan ada ...

Today ... while doing office job at home ... 
Tengok2 jam... ayyakkk sudah petang... sudah pukul 6... baru nak p masak...
Haha... jiran-jiran mengisi masa lapang dengan pergi ke kelas memasak makanan western... padahal mereka ni semua tere masak... tak tau lah sapa ajar sapa tu... haha... jiran searas velanja sebekas 3 jenis spagethi... jazakillah khayr kak nor... and me masuk dapur ... masak jap ... tgh2 masak dah masuk maghrib... solat... quran... dah masuk isyak... alamak.... homework tak siap lagi .... esok dah kerja ... huhuhu... acaner ni... cepatnya masa berlalu ... "masa untuk pulang juga semakin hampir" ... ayuh bersedia ...

Minggu lepas fiza san velanja nasik arab sempena hari jadi dan sempena keluar hospital... kebetulan wahidah pun ada meeting kat putrajaya ... maka having lunch together... 
Jazakillah khayr fiza... semoga Allah murahkan rezeki awak dan sayang awak selalu ...
Buat Hani jica... jika awak baca ni...
Haha... jangan jeles... fiza velanja saya...
Hihihi....

Okay ... sekian sembang kosong ... dari orang yang tak siap homework...
Hwaaaa ...

@LovesNHHas



Tuesday, September 15, 2015

The Daily Reminder 10 : All it takes

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...
Dikongsikan catatan ringkas dari The Daily Reminder Conference (29&30 aug.2015) yang lalu.
Semoga ada manfaat yang dapat di kongsi bersama.


All it takes by shaik omar el banna
29 Aug.2015 (14 Zulkaedah 1436H).

1.       We live in very rough time - time of much 'fasad', corruption, oppression, muslim blood are cheap, etc. do we care? do we really care? we claim we care but...

2.       We also have lost our 'dream'..most of our dream for ourselves and our family is all dunia (best education, best house, best salary etc)... BUT for akhirat we have very low aspiration.. the lowest level of jannah...is okay for us.

Rabia ibn kaab was one of ahli suffah (the poor who have no house, no food, no wife and even the cloth he was wearing was not enough to cover him properly) one day ..

Rabia b.Kaab, said:
"I was with Allah's Messenger s.a.w. One night, and I brought him water and what he required. He said to me: 'Ask (anything you like)'. I said: 'I ask for your company in Paradise.' He (the Holy Prophet) said: 'or anything else besides it.' I said: 'That is all (what I require)'. He said: 'Then help me to achieve this for you by devoting yourself often to prostration' " (Sahih Muslim).

SubhanAllah! he has nothing of this dunia and he didn't bother to ask any?!!!. If he had asked, RasullAllah s.a.w. would have asked the other sahabat and they will be racing to fulfil his requests to help Rabia..but no...his focus was jannah...not only jannah but TO BE WITH RASULALLAH S.A.W.!

And of course jannah is not easy thus RasulAllah s.a.w. told him 'help me to acheive this for you.....'

3.       All our sacrifices, worries, priorities are mostly about dunia but no or minimal  worries about akhirat. 

4.       We complain about the leaders, the ulamas and the ummah. they should do 'this' and 'that'..but we just sit on our butts...as long as we are ok..our family is safe..we have good income...the ummah is not my problem! ask ourselves... 'what have I done for Islam beside complaining and criticizing others?'

5.       We want others to change/improve first...actually we must change/improve ourselves first - improve our character - it is not enough to just look after our family (wife and children). we have 'time and money' for dunia BUT we don't have 'time nor wealth' for the deen. ON THE DAY OF JUDGEMENT, ALLAH will ask us to show from our deeds - what have we done for our deen :((

6.        The story of musab bin umair, his sacrifice and the success of his dakwah. it was reported after a year of of his dakwah in madinah...there is a muslim in every house in madinah! Allahuakbar! imagine how happy he will be on the day of judgement! (you can read more about musab bin umair - link below) http://www.islamtomorrow.com/articles/Musab_bin_Umair_envoy.htm

7.       Conclusion:

  • Darkness/ bathil & corruption will easily fade away with light / truth. ( I think the speaker mentioned this verse. (17:82) And say, "Truth has come, and falsehood has departed. Indeed is falsehood, [by nature], ever bound to depart").
  • It only take someone to lit the light...do not wait for the next person to do it.

May Allah choose us and use us for His deen. aamiin


Buat Sister Yona - Semoga Allah merahmati mu sentiasa dunia dan akhirat, Insya Allah.

Monday, September 14, 2015

Solat di luar negara dan Solat dalam Kapal Terbang

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hydie odie ... 

Haritu sembang-sembang di WA dengan dak tecik bernama siti roro ni ... ala ... siti yang menaip... Kenal ?  Kalau tak kenal ... pergi berkenalan dengan budak tecik tu ... Dia balik tak de ole ole utk akak huda... siap lah dia ... hahahaha... 

Sembang punya sembang ... tiba - tiba masuk bab solat di luar negara dan solat dalam kapal terbang ... solat hormat waktu, etc. ... Korang kalau pergi luar negara  ... macam mana atau di mana korang solat? Kalau dalam kapal terbang, macam mana korang solat?

ada yang mungkin bernasib ntah lah baik ke tidak , tiap kali p oversea dia "uzur" .. .. hahaha.. boleh lah pulak yer... hihi ... jangan buat - buat uzur sudah.

ada yang setiap kali p oversea, dia dah study supaya dia tau surau/ musolla/ masjid ada kat mana...

bagi lelaki ... macam mudah jer rasa ... mana - mana pun boleh solat ... kan ...

hihihi ... okay ... untuk aku yang tidak pernah uzur time p oversea kecuali p mekah lah sebab haritu p 44 hari kan... dan untuk aku yang memang bukan jenis study itinerary dan location ... mari aku kongsikan sikit macam mana atau di mana boleh solat jika anda stuck di tengah2 bandaraya di luar negara - tak sempat nak balik hotel / hostel dan tak jumpa surau/ masjid/ prayer room.

untuk wuduk - boleh lah ambil wuduk di toilet... seriously orang pandang ko pelik gak basuh2 muka siku segala kat sinki ... tapi tolong lah jangan buat kerja gila p angkat kaki basuh kat sinki yer.  kalau p negara yang toilet kering, mau ko kena marah kot kat situ... ntah lah aku tak pernah lah pulak try ...  basuh kaki -  ambil air dengan botol mineral dan basuh lah kat dalam toilet yer...  untuk lelaki senang kan ... bawak sebotol mineral, ambil wuduk tepi park pun boleh ... untunglah... 

okay ... untuk solat ... 

1. Solat di changing room / fitting room.
Cari mall, dan p solat kat bilik tukar pakaian ... Bawak lah 2 3 helai baju nak p test ... dan p lah solat kat situ.
kat airport bandaraya besar biasanya dia ada sediakan PRAYER ROOM (campur semua agama pun ada - tapi yang selalu p orang Islam lah ... p solat), macam kat melbourne dia panggil prayer room - semua agama punya lambang pun hado... dulu2 prayer room melbourne airport tak de tempat wuduk, so kena ambil wuduk kat toilet. sekarang dah ada tempat wuduk, tapi campur pulak laki perempuan, so aku ambil wuduk kat toilet tapi basuh kaki kat tempat wuduk, atau kalau adek aku ada - aku suruh dia "jaga pintu" dan aku p ambik wuduk kat bilik tu ... hihihihi ... 

Macam kat Osaka - Kansai Airport - memang ada SURAU - memang utk orang islam.. tapi baru je lah ada nya pun... alhamdulillah ... comel kan jepun... hihihi...

2. Solat di bilik menyusu/ mothers room.


rasanya ni solat dalam mothers room kat Okinawa ni... ni bukan gambar saya yer. hihihi...
(ni zu punya kerja lah ni yang mengambil gambar ni... hihihihi)

3. Solat di jalanan.

ni solat kat tepi jalan kat starbuck kat ashibina,Okinawa.
(zu juga lah ni yang p ambik gambar ni .. tengs zu, ada modal buat contoh)

ni solat kat tempat orang camping kat A Maze n Thing kat pulau phillips, Melbourne.

Bawak lah alas and always wear attire yang solat friendly atau kalau rajin nak bawak telkung ... pun boleh... jangan lah bawak telkung putih... aku jarang arh pakai telkung solat tepi jalan... selalu alas dengan kain batik,  tudung mmg ready utk solat, cuma aku bawak selapis lagi stokin dalam bag... kot kadang2 kotor ke, or ter jarang kat ibu jari dan tumit, boleh lah pakai 2 lapis.  Sebenarnya aku standby je bawak telkung cotton aku yang kaler2 tu, incase tudung or seluar/ skirt terkotor, boleh lah ku sarung kan kan kan kan... tapi so far alhamdulillah okay...

Solat dalam flight.
 Travel ke luar negara seperti Eropah, US, OZ, NZ - mengambil masa perjalanan yang lama.  Jika ada kemampuan, tengoklah jadual penerbangan dan cuba ambil penerbangan yang paling minimum  terkena solat dalam kapal terbang ... kalau tak dapat elak, tak apa lah... teruskan... tapi kena belajar lah - bila masuk waktu solat,macam mana nak bersolat dalam kapal terbang ....

my verryyyyyy firssstttt time solat atas kapal terbang sangat lah tak berilmu... bila ingat balik, rasa nak tampar je diri sendiri laju-laju sebab tak belajar betul2... main ambik jer wuduk kat toilet, pastu solat dekat seat - konon nya hormat waktu ...mendarat je cepat2 cari prayer room - kalau ada waktu solat semula kalau tak ada waktu kena qada.... dalam hati .... that's it... no more excuse tak ada ilmu... mesti belajar sebab nampaknya aku macam kerap kena travel.

Sebenarnya - kenapa aku suka naik MAS - sebab MAS ada screen at every passenger seat.  so ko boleh tengok lokasi ko berada di mana, arah kapal terbang tu terbang dan meneka arah kiblat dan MAS ada sediakan ruang solat... siap ada sejadah okay... boleh lah sujud (walau pun kepala ada sikit rasa gegaran bila sujud dalam flight)... tapi sekurang-kurangnya puas hati ... 
tapi kalau naik air asia pun boleh juga... tanya kan sahaja kepada pramugari ketika anda nak solat tu kapal terbang sedang terbang di lokasi mana ... kalau dia tak ting tong dia akan bagi tahu...
dan ko boleh study siap2, at certain waktu where you going to be and waktu apa yang bakal masuk di kawasan itu ... sebagai mana kau boleh study itinerary  dan place to go... sebagai itu lah kau harus study bagaimana kau boleh sempurnakan setiap waktu solat mu walau di mana jua engkau berada.

Okay, alhamdulillah UZAR, kenal UZAR? Ustaz Zaharudin Abdul Rahman (yang mana wife beliau - Sis Ina merupakan idola aku ... hehehehe... kalau berminat boleh lah baca entry tentang HARI BERSAMA IDOLA ... tapi tak lah penting pun...
yang penting ... sila click LINK INI untuk panduan SOLAT ATAS KAPAL TERBANG ... yang dijelaskan oleh UZAR ... Penerangan yang ringkas dan amat mudah difahami ... 

Semoga kita sama-sama dapat manfaat untuk sama-sama berusaha menjaga solat kita walau di mana kita berada, Insya Allah.

Dimana bumi dipijak, langit dijunjung ... kita sesungguhnya berjalan memijak bumi Allah, berbumbungkan langit Allah ... jangan sombong ... Solat lah... sebelum kamu disolatkan. ... Allahuakbar ...

Logo halal luar negara ...

owh dah alang - alang tu ,  aku kongsikan list halal di luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM ... sebab aku selalu terhilangkan list ni ... so aku tempek dalam blog... senang aku nak rujuk ... list ni guru al-quran aku yang kongsikan... sebab aku kalut-kalut p Jepun haritu ... kering hati tak nak makan... sabar betul guru ku menerangkan satu persatu perihal solat dan makan kepada ku.  Semoga Allah merahmati anda wahai guruku ... insya Allah ...








 Okay... itu sahaja yang nak kongsi ... rakan - rakan yang sering travel - meh lah kongsi dengan saya - bagaiman dan di mana korang solat ... boleh lah jadi panduan untuk saya dikemudian hari .. insya Allah...

Semoga bermanfaat ...

@LovesNhhas


Al fatihah ...

Sehingga jam 12 tengah malam ini waktu malaysia ... lintas langsung sidang media dari Kelana Jaya ... melaporkan ...
Daripada 8 jemaah haji Malaysia yang hilang dalam kejadian kren runtuh di Mekah ... 4 jenazah wanita telah dikenal pasti... 1 jemaah lelaki ditemui (beliau salah jalan ke penempatan jemaah Thailand) ... dan 3 lagi masih belum diketahui statusnya ...

Al Fatihah ... semoga roh mereka yang pergi dicucuri rahmat ... ahli keluarga yang terlibat semoga tabah dan redha dengan ujian ini... Allahuakbar...

Semoga Allah mudahkan urusan jemaah haji 1436H untuk berwukuf dan menyelesaikan ibadah haji minggu hadapan dan dikurniakan haji yang mabrur ... insya Allah ...


Sunday, September 13, 2015

Check List Kursus JICA - Okinawa, Japan

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh …

Aku dah lama nak buat entri ni.  Senarai semak / Checklist Kursus JICA OKINAWA. Fasiliti JICA Okinawa. Owh, JICA Okinawa juga dikenali sebagai Okinawa International Center (OIC).
Panduan yang mungkin berguna untuk next batch yang bakal ke JICA di Kepulauan Okinawa, Jepun.
Sebab semasa aku nak pergi dulu, info tentang JICA Okinawa ni macam minimum sangat yang dapat dijejaki. Tak pasti lah sebab aku tak pandai cari atau memang tak berapa nak ada. Dan mungkin boleh jadi panduan di masa akan datang bila aku perlu menghadiri kursus diluar negara lagi ... hihi.. COTI ke?  kan... 
Wan san maklumkan next batch akan berangkat selepas Raya Aidil adha,  then ada rakan ku adik nya juga terpilih ke YLP ke-2 ini, membuatkan aku rasa ingin menulis sikit sebanyak tips yang mungkin berguna untuk mereka yang bakal pergi sebab masa kami pergi dulu memang bodo2 kena goreng dengan si Shirley (dari pejabat Jica KL tu)…hihihi … sebenarnya tak boleh salahkan Shirley sebab semua pedoman yang Shirley bagi tu BENAR untuk JICA di main land tapi tidak begitu terpakai di JICA OKINAWA. Macam sangat berbezalah… Mungkin Shirley pun tak pernah sampai jica Okinawa kot…sebab Okinawa tu jauh…. Selalu orang g jica main land jer… its okay Shirley… anda telah dimaafkan… hihihi…
Okay jom cekidout … apa yang boleh saya share…

Bag
  • Bawak lah bag yang besar / banyak empty space… sebab barang kat jepun macam murah untuk personal use macam baju, kasut, uhukkk.. rugi lah kalau tak beli.  As for me… macam vengong juga lah, sbb bawak bag kecil bersaiz 24” sahaja (rasa macam tak nak maafkan diri sendiri jer… hahahaha.
  • Sila cek airlines apa yang anda naiki, dulu kami - daripada KL, depa bagi MAS, tapi dari kansai ke Naha, Okinawa kena naik JAL. JAL ada syarat baggage in term of bag size, tapi so far aku tengok bebudak tu bawak bag besar lepas je.  Majority bawak bag luggage 2 (tak termasuk bag laptop yer). So bawak lah satu bag 30” dan 20”… 24” pun boleh.   Rilex…. Tak de orang gelakkan ko. (at least batch aku pergi semua bawak 2 bag besar)… hihihi… afterall ko yang nak heret bag tu… tak susahkan orang pun.. so okay jer.



 PAKAIAN

  • Kalau ikutkan taklimat masa kat JICA KL tu … bagus punya kena goreng bawak sut lengkap blazer segala, tak boleh pakai jeans lah, tak boleh pakai baju kurung lah… sesungguhnya semua itu dusta belaka.. (pls note, only in Okinawa).
  • Kat Okinawa ni diaorang macam rilex2 je. JICA main land mungkin lebih skema dan strict kot… agaknya lah aku pun tak tau sebab tak pernah sampai.
  • Tapi kat Okinawa – rilex jer boleh pakai jeans. Aku jenguk juga kelas orang2 dari Negara lain – okay je pakai jeans dan shirt (berkolar). Tak yah nak semangat sangat pakai kemeja dengan tali leher.
  • Masa first day kelas, cikgu kiteorang, Rio san cakap tak yah lah pakai tali leher… hahahaha…sebab our gentleman pakai office attire lengkap dengan tali leher... Tapi selaku kakitangan kerajaan yang perlu menjaga nama baik perkhidmatan awam (pls note…. Kita PERGI MEWAKILI PERKHIDMATAN AWAM DAN NEGARA MALAYSIA – OFFICIAL VISIT). So sebaiknya jagalah adab termasuk berpakaian. Rakan2 yang lelaki pakai jer seluar slack dan kemeja.  Blazer kami bawak untuk tujuan official seperti lawatan ke ministry, ke pejabat polis, dan ketika graduation… aku rasa as officer, blazer tu wajib ada dan bawak lah… bukan berat pun.  Cuma aku ler macam tak puas hati sikit sebab aku suka pakai baju kurung, masa taklimat kat KL si Shirley tu dok pesan “don’t wear labuh-labuh one ar, u must bring laddies slack okay” …. Hadoiii… aku ada palazzo, ada jeans, and the rest aku suka pakai baju kurung or skirt labuh… ada lah slack sehelai dua … tapi disebabkan tak pernah pergi, maka ikutlah cakap si Shirley ni… aku pun g lah beli slack baru … giler sejuk tengah2 musim sejuk kat Okinawa tu kena pakai seluar slack…. Dah lah baju kurung bawak 2 pasang je… Sudahnya most of the time especially waktu lawatan kerja luar, aku pakai jeans aku yang warna hitam tu sebab tak nampak sangat macam jeans... (sebab aku rasa rude g kelas pakai jeans yang obviously jeans macam jeans biru tu, dan tak ada orang g kelas pakai jeans pun – utk kelas aku lah). Dahlah bawak sehelai tu je jeans. huhuhu... Tapi bagi korang2 yang kurus, tak yah risau sebab korang boleh beli jeans vanyak dan murah kat UniQlo... bagi yang size besar, bawak lah sendiri ye, sebab aku tak jumpa size besar kat sana. Orang jepun ni kurus2 sangat semuanya... Hihihi. 
  • Tapi not to worry, tak nak bawak baju banyak pun boleh…. Sebeb MESIN BASUH dan MESIN PENGERING pakaian disediakan…. Kadang2 mesin pengering tu macam sewel sikit tak berapa kering … so anda ada 2 pilihan : i.e keringkan sekali lagi (which is not good for your baju)…  atau setelah di keringkan kali pertama – anda sangkut lah sekejap dalam bilik …kena aircond, kena heater dalam bilik tu – kering juga.
  • Bawak lah sabun cuci baju yang mencukupi tau… aku bawak jenis serbuk supaya tak berat bag. 
  •  IRON tak payah bawak… semua nya disediakan.


Skema ... hihihi...
But it show respect to the organizer and we earn respect from them too...
Mr. Konda sangat terharu menerima omiyage dari kami.
Dia boss kat tempat kami visit ni ... dia pegang sendiri omiyage tu dari mula dia dapat sampai dia hantar kami balik kat bas... Yang tu memang buat kami semua terharu...

Disalah satu tempat visit... Ni tempat server sebenarnya.
server dia tepi laut yang sungguh lah nyamannya...
kami minta kebenaran nak pergi ambil gambar kat situ... hihihi...

DUIT

  •  JICA bagi elaun – tapi tak lah banyak sangat. Jika tak silap,  kurang dari separuh dari yang kerajaan bagi kalau kita pergi atas biaya kerajaan… hihihi… tapi ianya mencukupi…. Untuk 18 hari stay dapat dalam 50ribu yen cash tidak termasuk duit makan. Makan tidak diberi cash tapi diberi dalam bentuk meal kad, ada fix amount, kalau kau habiskan meal card tu dalam 8 hari, lagi 10 hari sila lah survive sendiri... Sesungguhnya meal card tu banyak jer baki. hihihi. Bagi aku cukup jer.  Aku bawak duit sendiri 32ribu yen… dan balik aku ada baki 40ribu yen lebih… bukan tak nak “habiskan”…. Kalau ikutkan hati … macam-macam aku nak beli… tapi tu lah aku bawak bag kecik sangat, dah tak muat nak membeli belah. Nak beli baru macam tak jumpa yang berkenan di hati. Kawan2 aku bawak beratus2 ribu yen dan Berjaya menghabiskan kesemua wang mereka dan siap sambung guna kad kredit…. Gila betul… hahahaha….


MAKANAN
  • Makanan halal dijamin oleh JICA… hahahaha… kalau kau yakin, kau makan… kalau tak yakin jangan makan…  Why I said that? Sebab aku tak yakin dengan breakfast sebab dia letak halal ngan non-halal sebelah menyebelah…. Memang lah JICA make their best effort utk asingkan peralatan like penyepit makanan, sudu garfu semua asing…. Tapi ko boleh percaya tak orang-orang lain tak guna penyepit tu utk ambik halal and non-halal food since dia dah letak makanan tu sebelah menyebelah. Bukan semua orang faham halal tu apa. They just know -  no pork no alcohol.   Again kalau ko yakin silakan makan… aku tak yakin, so aku just ambik roti/ fries atau makan kat bilik… after all aku bawak makanan banyak juga… berat arh bag kalau balik dan tak habiskan… Misi perlu kosongkan bag dan pergi shopping... hihihihi…
breakfast free .. so serve buffet
  • Tapi untuk lunch dan dinner iNsya Allah aku yakin sebab untuk lunch dan dinner kita order then baru dia serve.  Okay lah don’t worry … makanan bukan isu sama sekali kat JICA.
 
for lunch and dinner, choose your menu from this sample..

cutlery yang diasingkan.

salmon yang sedap. dapat makan sekali jer. uhukkk ...
  • Tapi aku bawak makanan sendiri…. Aku bawak semua jenis nasik brahims (okay tipu aku tak bawak sendiri – ahkak wahidah yang tolong bawakkan, sebab masa aku pergi tu, kat putrajaya tak ada stock brahims … akak wahidah jumpa kat area KL so aku kirim lah dia belikan… dah alang2 dia beli tu dia bawak lah sekali… hihihihi… macih kakakku… semoga Allah membalasi jasa2 mu sebab memberatkan bag mu dengan nasik2 adik mu ini… hihihihi…
  • Okay … bagusnya YLP ni sebab pergi secara beramai-ramai dak malaysia . So korang blh create group whatsApps dan pakat2 lah barang makanan yang nak di bawak… Macam kami pakat2 ada yang bawak serunding, ada yang bawak sambal - segala macam jenis sambal ada, yang tak pernah kutahu wujud pun time tu lah tahu kewujudannya, and aku bawak sambal ikan bilis goreng kering… banyak sungguh mak aku masakkan … ada kot sekilo setengah… aku buat pack kecil2…. Ramai ooo peminat… time makan bukak le makan ramai2. Owh bawak lah sweets (gula-gula) kot2 mengantuk dalam kelas… hahahahaha.
  • Tapi makanan basic lain2 bawak sendiri lah yer. Apa yang aku bawak?  Brahims rice. Roti gardenia sebuku. Tuna, meggi (sila lah bawak pelbagai perisa… hahahah tengah2 kelas tetiba aku buat lawak nak makan laksa…. Dah lah tak bawak megi laksa… huhuhuhu sedih pulak rasa), aku bawak coklat dan kurma sebab itu source of my energy…. Kalau kau sesak2 lapar, kurma cepat bagi kenyang dan senang di bawa. Aku bawak biskut sikit, mushroom soup…. Errr… tu je kot… Owh dalam team kami ada pharmacist ... so dak tecik tu lah yang mengangkut ubat-ubatan ...untungkan... hihihi...
  • Owh sila lah bawak Tupperware makanan dan eco bottle.  Kadang2 kena g tugasan luar, boleh lah tapau makanan sendiri…
  • Dan sila bawak plastic cling yang balut makanan time kenduri tu or aluminium foil.  Yang ni aku baru belajar masa aku dah sampai sana. Kak long lyana yang ajar.  Bawak cling plastic alas kat tray makanan…. X de lah ko was-was… sebab kat café … makcik café tu bising marah kalau ko bawak Tupperware sendiri sebab makanan tak boleh tapau… tapi kiteorang selamba je tapau… aku selalu tapau fries… se tupperware penuh…  ala aku kan tak makan pagi… kira okay lah tu… hahaha. 
 
aluminium foil dan cling plastic

INTERNET
  • Hahaha… ini paling sengal lah kena goreng kat KL…. Errr sebenarnya tak lah kena goreng sangat… aku baca riwayat ada seorang ladies ni g JICA Tokyo sama time dengan kiteorang, dia cakap kat class room Tokyo memang tak ada internet sebab diaorang nak suruh ko fokus dalam kelas…. Tapi di Okinawa, since ianya mmg tempat untuk membangunkan ICT, of course WI-FI is everywhere… tapi wi-fi kat kelas tak sekuat wi-fi kat hostel…  bilik aku depan router… hahah internet laju oooo besttttt… Macam - macam boleh download. Siap aku download abes twins of faith lectures.
  • AL-kisah, semasa kami menghadiri taklimat di KL, si pentaklimat cakap tak de wi-fi… semua kena guna wired internet…. And we’re like what ??? zaman canggih ni jepun tak de wi-fi? ”  Siap boss aku pinjamkan dia punya router ke hapa benda ntah namanya supaya aku boleh meng wi-fi kan bilik aku.. tak yah lah pakai wire kan… Tapi bila masuk je JICA hostel, internet laju je… hahahaha… tak yah risau okay. Nota: boss aku ni dulu tahun 2008 dia pernah mengahdiri kursus di JICA Tokyo kot if tak silap…tapi dia lagi legend lah pergi 6 bulan, masa tu anak sulung dia baru lahir…. Tabah kan… balik2 anak dah besar.  So inchi boss ni lah yang banyak bagi aku pedoman.  
  •  Masa sesi penutup memang kiteorang pesan suh JICA OKINAWA bagi taklimat betul lah apa fasiliti yang ada kepada para peserta sebab wrong information memang sangat menyusahkan kiteorang esp bab pakaian dan internet. 


CENDERAHATI
  • OKAY, orang berbudi, kita berbahasa. Memandangkan kerajaan Jepun menaja kita menghadiri kursus ini, silalah bawak omiyage untuk mereka.  Kebiasaannya kita akan dapat orang2 yang mengiringi kita sepanjang waktu rasmi kita di sana. Diaorang ni macam fasi kita lah, akan ada sepanjang masa rasmi - kelas, visit, graduation, etc.. Boleh jadi tukang order makanan, tukang translate, dan sebagainya. Macam kami ada 3 orang; mama cheih, koby san, dan Larry san.  So kami bawak omiyage untuk mereka.  Dan kami bawak Omiyage untuk SEMUA cikgu yang mengajar, dan semua tempat yang kami  ada official visit.  Omiyage ni bolehlah korang kongsi duit ramai-ramai dan share beli atau korang dapatkan cenderahati dari jabatan masing-masing.  Bawak dan pack kat sana.  Hasil pungutan dari unit korporat masing-masing, kami dapat lah sikit sebanyak omiyage yang boleh diberi dari Malaysia disamping Omiyage yang dibeli dan dibuat sendiri… hahaah…. 
kotak putih tu omiyage dari jabatan aku je.
Jabatan orang lain - mereka bawak sendiri... hihihi..
siap kami beli batik sarawak lagi... cantik ooo...
  
sesi mem pack omiyage di ruang rehat Jica Okinawa.


yeay ... dah siap packing ... 
  • Omiyage paling win ialah frame muka kiteorang…. Hahahaha… aku siap pesan “boleh tak visit kat Dept. police tak yah bagi frame muka kita – aku rasa macam wat jenayah lak ada muka kita dalam pejabat polis” …. Hahahaha…vengong kan.

Sebenarnya nak ambik gambar ramai-ramai.
dah ambik pun kat JICA KL. Tapi gambar tu kurang cantik - tak sharp.
so kena lah tempek macam ni. Pun boleh lah ye... 
siap salah eja lagi... hihihi...

 BUSINESS CARD

Okay sila bawa "business card" ye. Kad nama official ... jangan bawak kad bisness online korang pulak... hahaha ... Sebab orang jepun ni katanya ... semua ada bisnes/ pengenalan diri... termasuk lah orang pencen... hanya mafia dan yakuza jer yang tak ada or tak share kad diaorang... haha... kalo korang g visit mana2 mesti ada orang nak exchange kad dengan anda. 
Haritu kiteorg ada "global session" ... lagi lah perlunya ada bisness card tu...
So jangan lupa bawak ya.

JAGA ADAB

Jaga adab, jaga akhlak, jaga solat dan rahsiakan rahsia kerajaan.  Jangan simply share everything okay.  Bertapis lah sikit ketika knowledge sharing session, assignment and etc..  Only share what ever available in official web or released document.  Hihihi…kadang-kadang eksited sangat sampai terkeluar semua cerita… it should not be okay…  Bab solat pulak,  korang tengok lah waktu solat dan jika kelas tu terkena waktu solat, sila lah berterus terang dengan pengiring korang minta dia nego untuk re-arrange jadual kelas supaya tak ganggu waktu solat ... so far tak ada masalah... Mereka sangat memahami.

Okay ... sebenarnya ada lagi nak letak tapi boleh lah tu dulu yer.  Ada kesempatan nanti sambung. Tetiba aku terlupa apa nak tulis... hahahaha....

okay ... semoga bermanfaat ... Untonglah dapat pergi churaumi aquarium dan tokyo ....  sob sob sob.
#Jeles.

@Loves NHHaS

The Daily Reminder 9 : Pursuit of the hereafter

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...
Dikongsikan catatan ringkas dari The Daily Reminder Conference (29&30 aug.2015) yang lalu.
Semoga ada manfaat yang dapat di kongsi bersama.


Refer Quran verses (28:76-83).

Indeed, Qarun was from the people of Moses, but he tyrannized them. And We gave him of treasures whose keys would burden a band of strong men; thereupon his people said to him, "Do not exult. Indeed, Allah does not like the exultant.

But seek, through that which Allah has given you, the home of the Hereafter; and [yet], do not forget your share of the world. And do good as Allah has done good to you. And desire not corruption in the land. Indeed, Allah does not like corrupters."

He said, "I was only given it because of knowledge I have." Did he not know that Allah had destroyed before him of generations those who were greater than him in power and greater in accumulation [of wealth]? But the criminals, about their sins, will not be asked.

So he came out before his people in his adornment. Those who desired the worldly life said, "Oh, would that we had like what was given to Qarun. Indeed, he is one of great fortune."

But those who had been given knowledge said, "Woe to you! The reward of Allah is better for he who believes and DOES RIGHTEOUSNESS. And none are granted it except the patient."

And We caused the earth to swallow him and his home. And there was for him no company to aid him other than Allah, nor was he of those who [could] defend themselves.

And those who had wished for his position the previous day began to say, "Oh, how Allah extends provision to whom He wills of His servants and restricts it! If not that Allah had conferred favor on us, He would have caused it to swallow us. Oh, how the disbelievers do not succeed!"

That home of the Hereafter We assign to those who do not desire exaltedness upon the earth or corruption. And the [best] outcome is for the righteous.
  1. Qarun was tested with the wealth/ joy of life. He was excessively happy with these blessings. He thought his blessings were from his own efforts.  He became arrogant and tyrant. He was not kind to people.
  2. We too often forget that our blessings (intelligence, knowledge, skills, good jobs, good looks, nice family, wealth, peace and security) are from Allah s.w.t. Many times we had said/thought that we have 'this' and 'that' because of our efforts and intelligence. NO! they are not. These blessings are from Allah s.w.t. and they are our TEST.

  1. Most of the time, we too become arrogant with our blessings. Therefore we all need to be reminded that the test of blessings require us to DO RIGHTEOUS deeds. Use our blessings for the sake of Allah s.w.t and the 'deen' before it is too late. Be kind to people. Don't be arrogant.

ps. wealth/money often comes with corruption



Buat Sister Yona - Semoga Allah merahmati mu sentiasa dunia dan akhirat, Insya Allah.

Saturday, September 12, 2015

The Daily Reminder 8 : Promosi Winter Cloth + Solat berjemaah


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Jom bantu saudara islam kita di syria ...
Semoga infak kita yang sedikit ini ada nilaian yang tinggi di sisi Allah...
Bagi yang pernah merasai musim sejuk itu... ya Allah... sangat sejuk...
Sesejuk sejuk melben tu... masih belum sampai 0 degree.
Sesejuk sejuk aku di madinah hari tu... baru 12 degree...
Pun aku sarungkan 4 lapis baju...
Apatah lagi mereka...

Jom bantu...

Boleh hubungi no yang tertera jika ada sebarang kemusykilan ...

Sungguh menyayat hati mendengar dan melihat berita tentang pelarian syria di benua eropah.
BACA BERITA INI : 

Cuba bayangkan... jika itu berlaku kepada kita di malaysia 
(nauzubillah ; minta Allah jauhkan)...
Atas malaysia - tanahThai. 
Bawah malaysia - kota Singa.
Agak -agak mana nak lari?
Kita hanya ada satu tanah - tanah melayu a.k.a MALAYSIA yang perlu kita pertahankan kerana ini tanah tumpah darah kita ... tiada lain...

Ayuh... kita kumpul ahli keluarga kita rakan2 jiran tetangga kita ... 
Buat promosi besar2 an...
Daripada kita viral kan gambar2 "funny lah konon" membahan dan menghina pemimpin negara. Daripada kita berarak menyokong  pem"Bersih" yang juga diragui Bersih nya ...
Adalah lebih baik... kita viral kan...
Kempen kan kepada ahli keluarga rakan jiran tetangga ... turun SUBUH berjemaah... atau
At least maghrib dan isya berjemaah dan buat solat hajat besar-besaran ... 
(Lagi bagus kalau 5 waktu berjemaah).
Mohon agar Allah turunkan pemimpin yang zalim dan angkat pemimpin Islam yang adil...
Mohon agar Allah tunjukkan kebenaran siapa benar ... siapa salah.
Mohon agar Allah pelihara keselamatan kita dan tanah air kita yang tercinta ini...

Bangunlah solat berjemaah ... 
solat hajat ramai2...
Solat tahajud ...

Kalau kau boleh viral kan "membahan" pemimpin.
Kalau kau bangga turun mem "bersih"...

Kenapa KAU MALU viral kan...
Kempen subuh dan solat2 fardhu berjemaah.
Kempen solat hajat besar -besaran seluruh Malaysia.

Allah berfirman dalam Al Quran ... antaranya ...

Surah Al Baqarah ;Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang yang khusyuk. (Ayat 45)

Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar.
(Ayat 153)

"... mintalah pertolongan dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat ...

Kau rasa2 Allah nak tolong ke kalau kita melawan kejahatan dan kemungkaran dengan kemaksiatan?
Dia yang kita rasa bersalah tu kot lah dah tentu ke tidak salah kita tak tahu...
Yang pasti tukang sebar gambar dan kenyataan yang menghina dan memfitnah / fwd tanpa tahu kebenaran ... dah tentu tentu ada saham "mengumpat"... **berpanjangan pulak tu...

Jadi ... dalam baki masa yang ada ini... jom kita baiki keadaan dan kesilapan ini...

Semoga Allah ampunkan dosa2 kita dan pelihara keselamatan kita dan bumi Malaysia ini ... insya Allah ...

Sungguh aku gusar dengan peringatan2 ini...


Allāh says,
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَى أُمَمٍ مِنْ قَبْلِكَ فَأَخَذْنَاهُمْ بِالْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ
“We sent messengers to many nations before you and We seized them with extreme poverty and loss in health so that they might turn to us in repentance.” 
[1] Al-Qur’an, Surah 6, Ayah 42

Allāh says,
وَلَقَدْ أَخَذْنَاهُمْ بِالْعَذَابِ فَمَا اسْتَكَانُوا لِرَبِّهِمْ وَمَا يَتَضَرَّعُونَ
“And We had gripped them with suffering as a warning, but they did not surrender to their Lord, nor did they humbly supplicate.” 
[2]Al-Qur’an, Surah 23, Ayah 76

وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ
“And whatever affliction befalls you, it is because of what your hands have earned.” 
[3]Al-Qur’an, Surah 42, Ayah 30

أَوَلَا يَرَوْنَ أَنَّهُمْ يُفْتَنُونَ فِي كُلِّ عَامٍ مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ لَا يَتُوبُونَ وَلَا هُمْ يَذَّكَّرُونَ
“Do they not see that they are put in trial once or twice every year yet they do not turn in repentance, nor do they learn a lesson from it?” 
[4]Al-Qur’an, Surah 9, Ayah 126

Allāh says,
وَبَلَوْنَاهُمْ بِالْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“And we tested them with blessings and misfortunes so that they may turn in repentance” 
[5]Al-Qur’an, Surah 7, Ayah 168

Allāh says,
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“Corruption has appeared in the land and the sea because of what the hands of men have done, that He may make them taste a part of that which they have done,so that they may turn in repentance.” 
[6]Al-Qur’an, Surah 30, Ayah 41

Allāh says,
وَلَنُذِيقَنَّهُمْ مِنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَى دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“And We will make them taste of the nearer punishment (of this world) before the greater punishment (of the Hereafter)so that they may turn in repentance.” 
[7]Al-Qur’an, Surah 32, Ayah 21

Allāh says,
وَلَقَدْ أَهْلَكْنَا مَا حَوْلَكُمْ مِنَ الْقُرَى وَصَرَّفْنَا الْآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“And We destroyed the towns which are around you, and We have shown them the signs in various ways so that they might turn in repentance.” 
[8]Al-Qur’an, Surah 46, Ayah 27

Allāh says,
وَمَا نُرِيهِمْ مِنْ آيَةٍ إِلَّا هِيَ أَكْبَرُ مِنْ أُخْتِهَا وَأَخَذْنَاهُمْ بِالْعَذَابِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
“And there was not a sign which We showed them except that it was greater than the sign before it! And We seized them with affliction so that perhaps they might turn in repentance.” 
[9] Al-Qur’an, Surah 43, Ayah 48

After identifying the illnesses, Allāh prescribes the exact same cure.
Allāh wants us to repent.