Pages

Friday, February 26, 2016

14022015 : Kutinggalkan Cinta di Okinawa - Ending

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Hari kelapan belas (18) = Hari pulang ke tanah air dan hari untuk meninggalkan cinta di Okinawa.

Pulang dari Ashibinaa ... operasi mengemas bag (atau pengemaskinian semula) pun bermula ...


 

Hani dah siap kemas bag ...

comel lah bapa mithali sorang ni ... 
beli hello kitty and mickey mouse ...
aku syak banyak lagi barang mainan best dalam tu ... hihihi ...
cer teka ni sapa? hi hi hi ... dak dafi hoccay ... 


still mengemas ... 


menjelang 3 pagi - siap berkemas ...
pergi timbang bag ...
terlajak ... 32kg ... ayyak ... 

datang dua bag + satu handbag ...
balik ? siap pinjam bag fiza ...
Jazakillah khayr fiza ... 


sedihnyaaaaaaa .....  dah di kosongkan ...

kenangan terakhir - barangkali ... 
tapi memang terakhir untuk kali ini ... dengan mereka -  mereka yang comel ini ...

depan tu bilik fiza ... 


4.30 pagi - siapalah turun paling awal ni ... 

Ni antara yang turun awal ...
Jica provide us super early breakfast.
ada roti, air dan buah....

 Semua melebihi had 30 kg - ada sorang kot 29 kg dan sorang lagi ngam-ngam 30kg...
bag paling berat 39kg.... kah kah kah ... sempoi baq ang ...
so no such thing lah nak "tumpang berat berkumpulan" ...
tawakal je ... banyak juga barang yang aku dah tinggal kat bilik...
tak tau nak let go apa lagi ... hu hu hu...


Hi partner ... hi hi hi ...


Wahidah tak turun-turun masa ni....
Rupa-rupanya wahidah terlelap...
Kami ketuk bilik beliau, tapi bilik tu memang pintu super tebal ...
memang tak ter bangunlah wahidah ...
Lambat juga wahidah turun ... 

Naik 3 van dari hostel OIC ke Naha Airport.
Masa tu jam 5.00 pagi dah...
Mama chie siap ikut hantar kami balik kat hostel tu pukul 5.00 pagi tu.
dalam tempoh belasan hari ni - tetiba kami semua jadi sangat rapat dan macam satu keluarga yang besar ...

Ada a few team member yang bergambar, tapi aku tak join dan aku tak ada salinan gambar kat luar tu ... aku tak join mengeluarkan kamera sendiri sebab aku ni clumsy ... kang dengan bag yang banyak tu segala - risau ada yang tercicir bagai... tu yang .. hmmm tak apa lah... cukuplah tu...
 Lepas salam raya dan said sayonara to mama chie, kami pun gerak ke airport naha...
feeling masa ni ... amat amat amat sedih...
dan amat mengantok juga.

Kami sampai airport Naha, pintu depan tu baru je dibuka... Ha ha ha... sampai-sampai, p solat subuh dulu kat babies room. 



pastu meneruskan urusan check in ... masuk je kapal terbang JAL tu terus ....
Zzzzzz ....


Sampai Kansai Airport, ada banyak jam jugalah untuk penerbangan pulang ke tanah air.
Tapi tidaklah sempat untuk kami keluar melawat apa ada kat Osaka tu.

Owh untuk makluman, JICA ni tegas lah...
Kalau surat tawaran ko datang 28/1 till 14/2, ko mesti keluar dari Jepun pada tarikh yang ditetapkan.
Tak boleh over stay walau pun passport ko hidup ke apa ke, memang tak boleh.
nak pergi kursus/ kerja - kena ada visa.
tapi melancong tak payah visa dah.
tapi senang citer, ko kena balik sebab visa kerja ko sampai 14/2 je.
Kalau kau over stay, kalau apa-apa jadi - pandai-pandai kau lah tanggung sendiri ...

So memandangkan semua pun letih, kami lepak dan last shopping and shooting kat airport Kansai je lah ... nah ...







partner aku yang baik hati - telah menapaukan roti sampai ke Kansai ni ha.
tenkiu partner...




tak abes abes melompat ...











 dah dah dah ... jom masuk dalam ...

 
Q untuk melepasi imigresen ...
bersemangat aku asingkan resit dan barang untuk claim tax kat kastam...
last-last tak claim pun... ceh... kalau tidak,  boleh belanja minum kat dalam ...

 



Owh before naik MAS, selepas masuk melepasi balai pelepasan,  kami sambung shopping lagi kat duty free, menghabiskan saki baki yen yang ada ... murah gak dalam tu... unlike kat klia, lepas imigresen tu lagi mencanak-canak mahal ... duty free sangat klia weih ...
Tetiba aku "kehilangan henfon" ... kan dah kata aku ni clumsy... dah panik nak nanges...
jap lagi kena sound satu kali ngan khairul; "cuba bawak bertenang, cari satu-satu, pelan-pelan... Kiteorang tunggu ni" ....
ha ha ha... jumpa pun ... alhamdulillah... (*_*).




ada dua boyfrens tercicir kat Osaka ni ha...



mee hijau tu tak sedap. seriously...


MAS banyak empty seat masa ni.  Maka bolehlah conquer window seat sorang satu.
memandangkan dah habis window seat kena conquer, aku pun pindahlah ke mid row (4 seats) supaya aku boleh conquer 2 seats.

Partner aku dalam MAS adalah orang jepun.  
dia belajar kat ostrolia. so ni dia transit kat klia sebelum meneruskan perjalanan ke ostrolia.
masalahnya dia demam dan selsema yang sangat teruk...
macam ni lah rupa dia sepanjang berjam-jam perjalanan tu...
aku last2 rimas dengar dia batuk dan selsema... muka merah teruk giler...
aku tanyalah dia nak ubat tak (tapi dalam hati aku syak mesti dia tak nak - ye lah kot orang bagi racun ke apa kan)...
so memang dia tak nak lah kan ... sebab dia cakap dia ada bawak ubat... dia baru makan tadi...
so kena tunggu berapa jam pulak baru makan... tapi aku rasa ubat dia macam tak beri kesan je...
harap-harap dia tak kena kuarantin lah kat ostrolia tu - masa nak melepaskan imigresen tu kan...
tapi dia cakap dalam bahasa jepun lepastu dia translate : "thats very nice of you sister" ...
ha ha ha biasalah orang jepun ni kan bersopan santun...



Ruang solat dalam MAS ... Ada tirai ada sejadah.



ni dah sampai tanah air dah ... KLIA .

Dah nak dekat maghrib masa ni.
Rushing nak solat maghrib dan cari ahli keluarga masing-masing ...
Kami tak ada gambar ramai-ramai sama-sama ...
Masa ni Zu bagi kami Omiyage berupa hello kitty ... 
zu cakap sebab "terima kasih sebab jadi teammate yang baik dan awesome" ...
Sweet kan Zu ... 



Maka ... secara rasminya ... catatan kenang-kenangan trip ke Okinawa Japan ini berakhir di sini...

Sedih nya ... habes dah throw back session ...
Perasaan yang sama semasa perlu melangkah pulang ke tanah air setahun yang lalu. 


Okinawa, Japan ...
Satu perjalanan yang mengajar aku atau sebenarnya mengingatkan aku kembali akan banyak perkara yang aku mungkin dah lupa akibat rutin hidup yang "biasa" sehingga terlupa untuk menghayati erti sebuah kehidupan yang sebenar ...

Trip yang banyak mengajar aku ... 
Chillex lah ... Allah kan ada ... (baca SINI) ... macam mana kisah aku boleh TER JOIN kursus ni.
It was miracle and gift from Allah ... dan tak sangka entri aku INI telah menjentik hati seorang atheis juga ... Semoga ada cahaya hidayah buat beliau, Insya Allah...

Disebabkan aku mengosongkan minda aku sebelum join trip ni ... akibat patah hati  maka ... ilmu yang diperolehi sepanjang kursus agak mudahlah nak dapat. sebab pergi dengan minda kosong ... tak nak serabut apa-apa...super tehgeh bunka ... buku nota pun tak ada ... ha ha ha... 

Selain TX1.0 yang awesome itu,  trip Okinawa ini kembali menggembirakan aku dengan sense of frenship yang dah lama tidak aku rasai semenjak terjun ke dunia pekerjaan ini...

Trip yang membuka minda aku tentang hakikat berdakwah (entri SINI dan SINI) ... Kadang tak perlu buka mulut, cukup sekadar melalui perbuatan, senyuman bahkan cara kita berpakaian boleh membuat orang tertarik pada Islam ... Kalau Islam itu terfitnah - sebenarnya portion terbesar penyebabnya adalah umat islam itu sendiri ... maka berusahalah ... tak dapat buat baik, tak buat jahat pun dah cukup baik...
Senyum banyak - banyak ... fikir yang baik - baik, cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik. Insya Allah ...



Dear all my beloved OkinawaFrens.

Aku sayang korang (sila sayang aku juga - kalao tak nanti aku jadi "hijau"...)
ha ha ha...

Terima kasih bagi sokongan untuk aku siapkan "dear diary" ni.
Korang baca tak?  Tak baca siap korang .... ha ha ha ...

Terima kasih untuk semua perkara menarik yang dibuat dan dikongsi bersama...
Mohon maaf salah silap ...
Mohon halal terlebih terkurang makan minum tambang dan sebagainya. 
Stay frens 4eva ... Insya Allah ... and All de best ...

pssst: Mahu kenal mereka dari sudut pandang aku?  
Baca acknowledgement message HERE ...

Pssst : kugugihkan hati menyiapkan belasan catatan ini punca asalnya ialah .... last month,  ketika aku buat photobook Okinawa, aku senyum nanges n gelak sorang-sorang ketika memilih gambar ... dan aku rasa rugi... jadi aku rasa baik aku conteng dalam blog... gerenti geng 14 orang ni baca gak walau senyap2... hihihi... last2 gelak ramai2 kat group WA...
Dan inilah  catatan trip aku keluar negara yang pertama yang berjaya aku TAMAT kan dalam blog .... yeay ... tahniah untuk diri sendiri ... ha ha ha...

SEKIAN ...  TAMAT ...

... I LEFT MY LOVE IN OKINAWA ...

#ILoveMyOkinawaFrens
#ThrowBackOkinawaStory
@loves_nhhas

Rekod catatan throw back yang lalu :

Hari 18 - I left my love in OKINAWA ... Cintaku tinggalkan di Okinawa ...



Thursday, February 25, 2016

13022015 : Solat Jumaat dan Ashibinaa, Okinawa

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

13022015 = Hari ke tujuh belas (17)

Hari ni boleh dianggap hari terakhir di Okinawa.  Kerana keesokannya jam 5 pagi kami dah kena bertolak ke lapangan terbang.

Hari ke-17 ni, sepatutnya "packing day"  ... tapi tak mungkinlah kami memerlukan 24 jam hanya untuk packing bag kan ... hi hi hi...

Maka haruslah ianya dimanfaatkan untuk last day sight seeing or last day shopping ...

Aku gigih juga membodek nak ke Churaumi - tapi setelah disekolahkan oleh kawan-kawan disebabkan tempoh masa yang sekejap, dan tak berbaloi dengan kos yang perlu dibayar - maka aku pun pasrah lah ... No Churaumi ... no laut ... hu hu hu... Ko paham tak... pergi okinawa dan tak pergi tengok laut dia yang cantik tu ??? Sama macam tak sampai Okinawa tu pun ...

hu hu hu ... nanges dalam hati ... 

Sebagai timbal balik, hari ke-17 ni kami pun plan untuk ke Ashibinaa ... 

Haaa... ada apa di Ashibinaa? Jom cekidout...

Sebelum itu, sebenarnya hari ke-17 ni hari Jumaat terakhir di Okinawa,  maka de boyfrens berhasrat untuk pergi menunaikan solat jumaat di Okinawa.




2 gambar ni sahaja yang aku temui dari slide pembentangan Ketua Wan. 
Pastu sembang dengan Muhaimin, menurut min ...
Beliau pun tak ingat nama masjid yang diaorang p solat jumaat tu. Tapi menurut min, itu satu-satunya masjid yang ada di Okinawa. Muslim Japanese yang hadir solat Jumaat hari tu tak ramai - ada kot dalam 1-3 orang . Jemaah pun memang tak ramai - ada dalam 50 orang jelah kot . Kebanyakkan yang hadir adalah orang luar termasuklah pelajar Malaysia yang belajar di sana.  Kat sinilah diaorang jumpa Edy dengan apa ke ntah nama adik dari malaysia tu - sedang study di Okinawa.  Menurut min lagi, khutbah disampaikan dalam Bahasa Inggeris, dan jamuan disediakan selepas solat Jumaat.
(Sumber: min ) hi hi hi ... 


Tapi de boyfrens ni sangatlah best, di mana de boyfrens telah ... mengaturkan de girlfrens supaya selamatlah girlfrens semua sampai ke Ashibinaa disebelah pagi - sementara tak tau boyfrens merayap p mana pagi tu sementara tunggu solat Jumaat ... 

Then de boyfrens dengan baik hatinya menapaukan piza, roti dari cafe Jica selepas solat Jumaat untuk kiteorang yang mungkin hampir kebuluran dekat Ashibinaa tu.  Kami tinggalkan meal card kat de boyfrens untuk diperabeskan.
Ye lah, esok dah nak balik pukul 5 pagi... meal card banyak lagi duitnya... hi hi hi...











jumpa mama chie ...
dia memang dah cakap semalam masa graduation - nak join kiteorang merambu kat ashibinaa.
Pastu mama chie bagi kami Omiyage sebab dia tak sempat beli Omiyage dan bagi kat kami semasa Graduation semalam - yerlah, sebagaimana kami berjadual padat, begitu juga mama chie - dia kan jaga kami sepanjang kursus... hi hi hi...
tapi aku syak dia tak terfikir nak bagi sehingga dia tengok ryo san bagi - hi hi hi - mungkinlah.
Yang penting dia sporting dan enjoy je layan kesewelan dan kenakalan kiteorang.
Yang penting dapat juga omiyage dari mama chie....
doumo arigatou mama chie...


while waiting fiza did some shopping...

while waiting fiza and wahidah tried some cloth rasanya ...
Dak ni ngantok sebenarnya ... ha ha ha ...


Jom ... Marc Jacobs ...
hi hi hi ... 


fiza shopping fossil ...
she did a lottttttt of shopping here in Ashibina ... 

bag shopping fiza - Tommy Hilfiger baq ang ...
apa lah yang fiza beli ni ye ...
seriously bag ni memang besar ...




berbondong-bondong shopping bag masing-masing ... 


This young lady - Hani ...
Shopaholic terunggul ... she's among de team member who brought huge amount of money from tanah air ... and she successfully spent them all ... sambung lagi dengan kad kredit...
Tu call minta "clearance" dari encik asben kot... hi hi hi...
hani hani ... 

Eh eh eh ... terserempak dengan kawan-kawan dari tanah air...
Ha ha ha ... 

 

Seriously baju ni comel ...
okaylah price dia...
tapi mengenangkan bag dah tak muat ...
hmmm tengok je lah ye...


Lepak makan dan minum di Starbuck Ashibinaa ... dan solat pun kat luar starbuck tu ...
Tak jumpa fitting room yang sesuai untuk solat.

 

pizza ada, nasik lemak pun hado...
tapau dari cafe jica.

memanfaatkan free wifi di starbuck.


kak long and zu ... 

solat zohor kat penjuru starbuck ... 
berhampiran parking...
ada juga yang usha - apalah muslim ni buat ...


dah dapat duduk port ni memang tak nak bangun dah.
a few p shopping - ada yang lepak sini jaga barang and tempat ...



populasi Okinawa ni seriously super peramah.
dari hari pertama kami sampai ketika jalan - jalan ke San-A yang sejauh 2 km tu (entri SINI)...
ada je adik-adik jepun ni yang tegur kami disepanjang perjalanan...

Pastu semasa outing menaiki tren ke T-Galeria (entri SINI) dan kokusai street ( entri SINI) ... 
yang ada makcik jepun dalam tren bersembang sakan dengan kak long lyana - sampai kak long dah buat gaya chicken dance dah punya melayan sembang ngan makcik tu sebab masalah bahasa kan...
yang kami ni dok gelakkan kan long je... bukan nak pergi hulurkan bantuan ringankan beban kat kak long... ha ha ha...  kak long cakap dia siap rasa nak bukak stokin suh kira jari kaki bila makcik jepun tu tanya "berapa lama kat Okinawa" ... ha ha ha... kadang kita paham soalan, nak jawab tu yang tak reti ... hi hi hi ...

Kat Ashibinaa ni, giliran aku lah pulak kena bahan.
Tengah-tengah lepak kat starbuck ni, ada atok ni datang ajak layan sembang.
Mujurlah atok ni boleh berbahasa inggeris... broken pun broken lah...
BI aku pun james broke juga... ha ha ha... 
so layan lah atok ni sembang.  tua dah lah juga orangnya.  dia ada anak kat singapore katanya.
habis dia citer pasal anak cucu dia... tabah betul aku melayannya.
dari jauh dah nampak si Hani gelakkan aku ... ha ha ha... 


Sportingkan atok ni ... hi hi hi ...
Lupa dah nama atok ni sapa ...


lepas tu de boyfrens pun sampai ... bersama kawan baru yang mereka temui di masjid tadi...

Depan ashibinaa ni ... ada laut ... boleh je jalan kaki ... tapi aku takut nak g sorang.
memandangkan depa semua dah kepenatan so tak ada sapa nak temankan aku g laut tu...
Tapi Edy (student malaysia yang study kat Okinawa dengan isteri beliau) ... hantar kiteorang balik OIC dengan kereta beliau ... sebelum tu, Edy singgahkan aku kat laut tu untuk ambik gambar ... 
Jazakallahukhayr Edy dan adik yang kulupai namamu (sorry dik) ...
Dapat gak akak merasa p laut masa hari cerah.  Tapi masa ni dah nak dekat maghrib dah...



balik ke OIC - eh eh eh ... sempat makan malam sebelum cafe tutup...
so belanja edy dan adik tu makan... 
Wife Edy patut join sekali tapi wife Edy tak sempat sebab nak balik dari fakulti dan ambik anak lagi.




Sedihnya ... dah nak balik tanah air.

Sungguh cintaku tertinggal di Okinawa ... sob sob sob ...
Rindu betul moment kat Okinawa ni dengan rakan-rakan ...

Dannn malam tu kami tak tidur sebab kena kemas barang.

at least aku tak tidur lah ... 
sebab pukul 4 pagi dah kena bangun. pukul 5 pagi kena gerak g airport Naha ... 

Bersambung ... Hari ke-18 i.e Hari Terakhir di Okinawa.
Insya Allah.

sob sob sob ... while writing dis entry pun aku boleh menangis...
hu hu hu ...

#ILoveMyOkinawaFrens
#ThrowBackOkinawaStory

@loves_nhhas

Rekod catatan throw back yang lalu :

Hari 18 - I left my love in OKINAWA ... Cintaku tinggalkan di Okinawa ...