Friday, January 20, 2017

Are you Happy With you W.O.R.K ?

IF YOU DONT LIKE YOUR JOB - QUIT ... 

IF YOU ARE UNABLE TO LIVE A LIFE WHEN YOU QUIT  - THEN LEARN TO LOVE IT ...
(QUATE BY ME - NHHAS)
ha ha ha


 Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

ARE YOU HAPPY WITH YOUR WORK?

Yeah, I am happy. Insya Allah.

Maybe few years ago, I sometimes felt strongly dislike most of the things about my job. I woke up feeling so much stressed, hates, and sometimes there were tears on my eyes too, and sometimes when I was unable to cope with the stress, I just simply text my boss - "I'm not feeling well - EL today". #GilaSelamber.

But little thing that people know, every time I make such an "emergency break" like that - actually I'm staying at home to finish up all my office work at home in the peaceful of mind. WHY ???
Because if we're in the office, we normally have to attend endless meetings, to answer the phone calls to be bash by uncivilised people, bundle of emails, and other  additional work that may be directed from time to time, which cause too much stress until I cannot focus and in the end I give up with EVERYTHING. #BalikTdoLagiBagusDer.

It was a tough time for me back then - to have confidence, to have good direction in life/ career. Banyak buat salah. Banyak melukakan hati sendiri dan hati orang lain.  Maybe I'm not mature enough to handle the stress. I guess I take my job too serious. Like no fun in life at all #AgeFactor ... Ha ha ha.

After 9 years of working  - am I good in handling the work and life issues? Hmmm well, I need to admit that, I'm still not 100% among those have passion and still not really such a dedicated employee who still at office with full of sincerity and smiling face at 7.30pm during Ramadhan. Tak Best dowh. Mesti tak ada yang percaya ada ketikanya kami balik ke rumah pada jam 4 pagi dan sebelum 8.30 pagi esoknya kami dah kena masuk ke pejabat semula. ha ha ha. I myself can't believe that we are sooooo diligent to work like that. Ha ha ha. Masya Allah. 

But with experiences, meeting various type of people, I can say that thing that keep me alive and keep moving on, is that :

I LOVE MY COUNTRY which lead me to LOVE MY JOB.

As much as possible, I'll give 1000% commitment to my task because the consequences is kind of part of contribution to the well-being of my beloved country. Yes, still - I take my task seriously but calmly (errr ada ke perkataan ni - ha ha ha).

Kalau dulu nak makan pun rasa nak tercekik mengenangkan masalah yang masih belum jumpa jalan penyelesaian, tidur malam mimpi kena marah dengan kp, kena marah ngan ksn - gile nightmare and it make me hate my work and my life back then. Morning drives used to be full of bad thinking about almost everything. 

Merungut and membebel jangan dikenang.
Muka masam mencuka - perkara biasa. 
Tak sempat makan. Memarahi dan Dimarahi, bla bla bla ... 

ha ha ha. Tak matang sungguh.

But now at least I think I no longer hate my job. It instead felt fulfilling and BLESS.
I can drive to work with smile and my brain free from thinking about erm almost nothing.
I can eat my breakfast happily while driving even tho the clock already showed 820 am. ha ha ha. JIT beb JIT.
Keep calm - What will be will be.

I guess as you expose yourself (your brain, your emotion) long enough to any challenging environment, you will adapt to it sooner or later.

The tips here is to keep on moving

And I love the quotes share by sister farrah from famf tower 

"THE BEST WAY TO GET SOMETHING DONE is TO BEGIN".

Thorough experiences and meeting/ dealing with people;
  • I met with bright students who graduates but left with life issues - cause them unable to work even though they already get hired for good job. Syukur aku masih boleh buat kerja dan boleh bersabar dengan mehnah pekerjaan. Ya Allah - nikmatnya.
  • I met with good and talented engineers  - who has risk at his current post (risk that his contract may not be renew) because of silly office politics. Syukur aku masih ada kerja. Ya Allah - nikmatnya.
  • I met with a staff who met with an accident that cause paralyze in her daily life. Syukurnya aku masih boleh bergerak dan pergi kerja.
But me - still here, still bless with a lot of good things in life, and for now I just want to be a thankful and grateful servant of Allah + can live to benefit others and nature and all its contents.  Insya Allah.

Thank you Allah for all the nikmat given. Alhamdulillah.


17 Dec 2007 ~ 18 Jan 2017 marks 9 yrs 1 mnth 1 day we joined public service.
Happy 9th year working girls. 
24 to 27 years more to survive, Insya Allah.


My support system for de survival. 

May Allah bless, May Allah ease everything. Insya Allah.

Surah An-Nahl, Verse 97:
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Whoever does good whether male or female and he is a believer, We will most certainly make him live a happy life, and We will most certainly give them their reward for the best of what they did.


  

 
Us today ~ 20.01.2017
#girlfrensdayout
Celebrating 9 yearrs of frenship.

Missing Mila, Huda Kck and Lyn here.
But we proxy Nad n G for you both ok.
Surprise visit from Naza.
Having GOOD advice from Mai de consultant - hahaha - terpaksa gelak.
Sharing food with Cik Na - harap-harap tak jangkit sakit mata. hahaha.
And good photo by Kak Ros 

Thanx for the love and laughter together girls ...
love uols Lillahitaala.

Missing Mila, HudaKck and Lyn here.

Having dis support system for me to survive - masya Allah.
Its a great blessing. Alhamdulillah.




@Loves_nhhas.

Thursday, January 12, 2017

Diari Mimpi : HLP owh HLP ...

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Sebelum itu, ada ke yang nak tanya HLP tu apa? 
Okay HLP ni bukan MLM, Skim cepat kaya mahupun produk pelangsingan apatah lagi broker pasaran saham ... no ... no ... no ... 

Hahaha
#OkayFine #LawakHambar.

Okay serious mode turn on.

HLP ialah sejenis Hadiah Latihan Persekutuan  atau dalam bahasa mudahnya biasiswa yang ditawarkan kepada mainly kakitangan kerajaan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Masters Program (Ijazah Sarjana) atau PHD.

Bagi kakitangan gomen terutamanya dari kumpulan PnP - rasanya HLP ini memang tidak asing lagi lah kan. 

Berebut-rebut beribu-ribu (agaknya) permohonan yang diterima oleh pihak penganjur saban tahun.  Dan HLP ni juga jika tak silap ahkak - ada beberapa kementerian lain yang uruskan sendiri i.e. bukan semua diuruskan JPA (kalau tak silaplah) - contohnya HLP oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan - ni depa uruskan sendiri.  Lain-lain skim perkhidmatan, permohonan adalah menerusi penawaran yang dikeluarkan oleh JPA.

Maka jika nama kita tak ada CheGu mahupun DokTor mahupun Kapten di pangkal nama, maka perlu memohon melalui JPA - dibuat melalui penawaran oleh JPA menerusi portal eSila JPA dan kelulusan ketua jabatan masing-masing.

Selain HLP - iaitu biasiswa dari kerajaan malaysia,  sebenarnya - banyak juga tawaran biasiswa dari agensi luar negara lain seperti UK, New Zealand, Jepun (monbukagakusho), Korea dan sebagainya.  Dan syarat dari setiap penaja adalah berbeza. Kena rajin buka laman web (esila - JPA).

Yang pasti syarat asas dari kerajaan untuk kakitangan kerajaan yang nak memohon adalah :
  • Pegawai  Kerajaan  Kumpulan  Pengurusan  dan  Profesional  yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap.
  • Pada 1 Januari (tahun yang nak p study tu, a.k.a tahun penawaran HLP) , pegawai mestilah berumur tidak melebihi 45 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D) dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.  (tapi umur ni pernah berubah-ubah - so sila lah semak syarat setiap tahun - makin lama makin dilanjutkan usia ni. Dulu-dulu before 40 kau kena settle semua)
  • Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.

Ni paling penting: - sebab ni antara punca ramai juga yang tak lepas walau sekadar nak isi borang permohonan.
  • Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun skim perkhidmatan terkini secara berturut-turut (2013, 2014 & 2015). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.  

#SilaBerdamaiDenganBos #BuatBaikTerutamaDihujungTahun
hahahaha... gurau je.

  • Bersih  daripada  pertuduhan/tindakan  tatatertib  dan  bebas  daripada dakwaan  Mahkamah.  
  • Telah mengisytiharkan harta.  
  • Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa JPA.

Kalau pointer (Baca sebagai; CGPA) semasa Ijazah Pertama tidak begitu cantik - tempoh bekerja dan konsisten cemerlang LNPT perlu diusahakan untuk memohon HLP ini. Walau dia kata syarat 85% ke atas, sebaik-baiknya cuba dapatkan 90% ke atas lah.  

Ni syarat asas sesangat lah - dan syarat-syarat ni kadang berubah mengikut tahun penawaran.  Kena semak hoccay.  

Al-kisah - kita putar sedikit masa ke belakang.

Ahkak telah bercita-cita untuk menyambung pengajian setelah 3 tahun berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, atas faktor-faktor persekitaran yang pelbagai, hasrat tersebut telah ditangguhkan.

Semenjak 5 tahun yang lampau pula, niat untuk HLP boleh dikatakan every year ada cubaan untuk memohon. Kira macam acah-acah memohon gitu. Bila ahkak sebut "cubaan" - ia bermaksud angan-angan je lah.  Borang tak pernah isi. Sebab tak pernah berjaya tulis proposal yang nampak cerdik di mata sendiri. Kalau self satisfaction pun tak lepas - kau rasa ? Orang lain baca - mahu kena gelak 7 keturunan. Hu hu hu ...

Ahkak bermimpian bersama seorang kakak senior ni - tiap-tiap awal tahun kami sembang dengan penuh angan-angan untuk mohon.  Acah-acah tulis proposal tapi selalunya proposal tu berakhir dengan NAMA + NO IC + TUJUAN dan OBJEKTIF sahaja. Ha ha ha... Sampai masing-masing dah up grade pun masih tak mohon juga. Kakak senior tu dah tak boleh memohon dah sebab gred dia dah tinggi (our silent policy - sampai certain gred, dah tak boleh mohon - tapi ni syarat organisasi kami buat masa ini le - bukan syarat JPA - dan namanya silent policy - kadang ada je special case yang dibenarkan memohon - ikut nasib lah) ...

Bidang pula? Saban tahun bertukar-tukar minat dan cabang proposal.
In short - bagi ahkak; ahkak sebenarnya tak bersedia kot nak memohon.
a.k.a I'm not really sure what I want to study - or actually I just need certain knowledge on certain/ specific subject.  Bukan sebab nak sangat seketul sijil yang bernama master mahupun phd ini.  #kononnyalah #IniSemuaDunyawiSaja ...

Nak buat course apa? Subjek apa? Di mana? Proposal nak tulis topik apa?
Kau nampak tak kekeliruan identiti di situ.

Kenapa?
Bidang kerja ahkak boleh dikatakan new area for our scheme, sampaikan JPA tak tawarkan bidang ini dalam skim ahkak. Kalau ahkak nak memohon bidang yang diklasifikasikan dalam skim ahkak seperti syarat yang digariskan (adakalanya syarat bidang berubah setiap penawaran) , rasanya ahkak tak mampu - sebab ahkak dah lama tinggalkan formula-formula ni. Kau suruh ahkak kira median pun belum tentu ahkak ingat, apatah lagi kalau kau sembang dengan ahkak tentang probability, sampling mahupun distribution - mau ahkak acah-acah pengsan kat situ. 

Maka, bidang tu kita anggap - bye bye lah.  Bukan tak boleh buat - Insya Allah boleh ... tapi nak menulis proposal untuk bersaing merebut kuota HLP ni - dibimbangi gagal sebelum berjuang.  We've numerous people with their subject matter expert - lengkap dengan methodology bagai - and people like me - menangislah daku dibucu katil jika cuba untuk bersaing. Ha ha ha. HLP ni ada kuota mengikut bidang. Maka adalah penting untuk kau tau bidang yang kurang persaingan tapi on demand dalam perkhidmatan dan negara. Ni dikira part of IKHTIAR dan TIPS lah.  Apapun semuanya bergantung pada rezeki jua. #tips HLP no.1

Then, after that year, I've tried to venture totally new area for me i.e. economy (seumur hidup tak pernah ambil subjek ini secara formal) - sekadar tahu basic concept sahaja.  To venture in this area - I bought A LOT OF BOOKS to refer to study, I red numerous articles and journals too ... 

Kau nampak tak kegigihan seorang ahkak. Ha ha ha... Yes I put an effort there. Walaupun tak adalah beria sangat study. Acah-acah je ... 

My former favourite boss - amat tidak menggalakkan ahkak buat bidang stats - walaupun dia terror stats (all my bosses terror gilak stats okay - jangan cuba2 nak temberang diaorang) but he said "buat apa nak pening kepala buat stats - susah - baik kamu buat ekonomi je".

Dalam hatiku "errrr ekonomi lagi susah sebab aku tak ada basic langsung" ...

Maka mimpian itu berkuburan bergitu sahaja.  Sehingga satu saat - aku jelas apa mahu ku ... namun saat itu - komitment untuk memastikan adik aku habis belajar - membuatkan aku tunggu for another 3 years okay ... 

Maka jadilah kisah penantian 5 tahun.
Menyesal ? Langsung tak - alhamdulillah. 
Sebab? Aku selalu percaya "kita merancang - tapi perancangan Allah selalu terlalu sempurna untuk kita rungutkan" ... 

Sehingga adik berada di tahun akhir - ahkak mula isi borang dan menulis proposal - lagi ... hi hi hi. Ahkak isilah borang permohonan secara atas talian bagi penawaran sesi 2016 (tawaran dibuka pada Jun 2015) - namun - sekali lagi, takdir menentu segala - ahkak baru isi borang online, next few days - ahkak sakit - dan dimasukkan ke hospital - dan MC selama lebih seminggu.  Ketika itu - ahkak TAK SEMPAT SUBMIT PROPOSAL.  Ada banyak juga preparation and procedure to submit for the proposal. Maka ... bye bye HLP 2016 - consider tidak memohonlah, ahkak hanya buat step yang pertama sahaja i.e. isi basic application online.  hu hu hu. Konsep dia anda dikira memohon jika anda selesai submit proposal dan mendapat sokongan ketua jabatan a.ka. permohonan lengkap anda selamat sampai ke JPA sebelum tarikh tutup.

Tapi ada pengajarannya - dan hikmah dia terlalu besar ... yang terlalu aku syukuri ... Alhamdulillah - terima kasih Allah - sebab menahan aku dari memohon.

As I always said " put your trust on Allah. Allah has better plan for you".

Tanpa mengenal apa itu PUTUS ASA - sekali lagi ...
Ahkak memohon sekali lagi pada penawaran sesi hlp 2017 - yang mana permohonan dibuka pada Jun 2016 yang lalu, keputusan layak temuduga pada Oktober 2016 dan keputusan temuduga pada Disember 2016 - bagi memulakan pengajian sesi 2017.

Yes I apply for this session but with different proposal - AGAIN - because my current boss said "if I proceed with my last year proposal yang tak sempat submit tu - dia  takkan sokong. Which is - kalau dia tak sokong, permohonan ahkak tidak akan dipanjangkan ke CS, bila tak masuk bilik CS - kau jangan haraplah permohonan tu sampai ke JPA.  Nampak?  Banyak "pintu penapisan" yang perlu ahkak lepasi. 

 It's not easy I tell you. At least for me lah 

#sedarDiri #SiapalahSaya #tetiba #takAdaKenaMengena

Nak buat proposal tu dah satu hazab duniawi #kekdahnya.

Maka - kita dapatkan contoh proposal cemerlang gemilang terbilang dari rakan-rakan di JPA untuk dibuat benchmark (#BenchmarkKeMeniru - hahahadoiii).

Owh - bagi ahkak lah kenapa kita kena tiru proposal rakan-rakan dari JPA ni - sebabnya mereka ada kursus penulisan proposal HLP baq ang.  Kami? nan hado - pandai-pandailah kau goreng tulis proposal tu.  All seniors from my department yang ahkak kumpul proposal diaorang - dah macam-macam style.  Stylo wa cakap lu.

But since ahkak has few frens kat JPA nun - minta ihsan diaoranglah kongsikan proposal diaorang.  Dah sah-sah depa p kursus kan - haruslah proposal mereka cemerlang gemilang dan terbilang.  Bak kata pepatah - kalau nak meniru - tiru lah dari golongan yang dah berjaya ye. hihihi... #tips HLP no.2.

Jazakallahu khair Ketua Wan, Presiden Izue and Adni - banyak tolong saya dalam penyediaan proposal haritu. Siap datang pejabat bagi personal coaching, bagi semangat. Masya Allah. Mana nak cari kawan-kawan calon ahli syurga macam ni kan. Alhamdulillah.  Semoga Allah merahmati kalian. Dan senior-senior yang lain yang bagi pinjam proposal dan sama-sama bagi tips kongsi info, bagi semangat untuk saya mohon tempoh hari. You know who you are. Semoga Allah merahmati kalian. Aameen.

Maka dipendekkan cerita - ahkak berjaya submit proposal tu dalam tempoh beberapa jam - 4 jam kot penyediaan. Tapi input nya ahkak dah memang standby, dah ada download dari awal tahun - ahkak kan suka membaca journal. #tetiba. 
Kau bayanglah attempt to apply dah 5 tahun, last2 4 jam je ahkak kerjakan proposal tu.  Alhamdulillah - idea datang disaat-saat akhir. Tapi susunan bahasa dan format - macam huru hara juga lah sebenarnya.

And the best part - no one help me out to read/ gave some advice on my proposal including my boss sebab hari nak submit tu dia sakit gigi. kih kih kih. Dan tiada esok untukku kerana itu hari terakhir hantar permohonan hardcopy (i.e. proposal dan borang online yang telah di print beserta segala sijil mijil dan surat2 sokongan iringan).  
#ProposalSyokSendiri.
#lastMinutePerson #janganTiruAksiIni

Turun naik hakak panjat tangga (sebab nak tunggu lif lambat) - ke pejabat dak ptd yang baik hati tu - tanya pasal application dan suruh dia tunggu - jangan balik lagi sehingga dia terima borang hakak - boleh gitu?  Hadoiii  dasar last minute haku ni.
Dan hakak juga menolong seorang rakan yang berada di pejabat cawangan yang jauh - untuk submit permohonan beliau - so I've double job to do - my set of application and help her to print and submit her set of application.  Semput baq ang.  

Ahkak berjaya submit tak? 

Akhirnya - Alhamdulillah - pukul 5.30 ke pukul 6 ptg tah. Baru setel semua. Nasib baik pegawai ptd yang  baik hati tu nak tolong tunggu - siap semak application hakak satu-satu.  Jazakillah khayr BH - semoga Allah merahmati kamu dan mudahkan urusan-urusan mu, Insya Allah.

So in the end - total application last year from our department - 12 submission - tapi yang Datuk CS sokong untuk ke JPA ada 7 sahaja.  

Adakah ahkak termasuk dalam 7 permohonan yang disokong ke JPA? 

Bersambung .... 

sebab entri ni dah panjang sangat. Hihihi.

Errr ... tapi ada ke orang yang nak tau sambungan kisah diari mimpi ni?
Hurrmmm...

Thanx for reading ...

@loves_nhhas.


Tuesday, January 10, 2017

IT'S So REAL ...

They say that love never lasts
That love never lives to see another day

 But what I know deep down inside
It's what I feel and it's so real

I gave it up all for You
And there ain't nothing that I won't do

 All I know deep down inside
It's what I feel and it's so real with You!

Allah, 
everyday I'll try to be as true as I can to You
'Cause loving You the best I can
Will always be my number one and only plan

Yes everyday I'll try to be as true as I can to You
'Cause loving You the best I can
 Will always be my number one and only plan

 They say: "You're out of your mind"
"Don't you know that love fades away?"
They say: "It only brings you pain!"

 But what I feel is so real!
I gave it up and turned to You
'Cause I know what Your love can do

OH Allah open up our hearts
And make us feel how it's so real with You!
Allah, everyday I'll try to be as true as I can to
 You 'Cause loving You the best I can

Will always be my number one and only plan
Yes everyday I'll try to be as true as I can to You


#SoREAL

by Raef ft. Maher Zain


Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung pada niatnya, dan 
sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. ...
#Hadis No.1

#Hadis40
#betulkanNiat
#luruskanLangkah
#rapatkanSaf
#Lillahitaala




Friday, January 6, 2017

Sexual Harrasment

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-
"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"
Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.
" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.
Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"
"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.
"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.
" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.
"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.
" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.
"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"
"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.
"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"
"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.
Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.

PERINTAH DARI ALLAH : PASTI PUNYA HIKMAH
Sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

BANTAHAN KAUM WANITA
"Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.
"Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?" Tanya saya kembali.
"Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?" Bingung sekali lagi mereka nampaknya.
"Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal"
"Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah " terang saya.
"Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?" Balas mereka dengan penuh minat kali ini.
"Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing" Jelas saya. 
"Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur".

Artikel PENUH pada CAPAIAN INI : AURAT WANITA : Apa Sudah Jadi
Artikel di atas ini di petik dari penulisan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.


Pesanan ahkak pula... 

Berusahalah.
Bukan demi fesyen.
Bukan demi trend.
Bukan demi hipokrasi.
Berusahalah walaupun payah.
Benar bukan semua yang bertudung itu orang baik.
Tapi sekurang-kurangnya dia cukup baik sebab tak buat orang lain berdosa ter tengok aurat dia.
Benar bukan semua yang pakai tudung itu suci hatinya.
Tapi siapa kita untuk menghakimi dia.
Sama seperti si #kononMuslimah - jangan pandang rendah kepada yang belum menutup auratnya dengan sempurna.

Setiap hari semua orang sebenarnya sedang usaha untuk jadi baik.
Berusahalah yuk.
Step by step.
#pesan2dengankebenaran
#pesan2dengankesabaran

Semoga bermanfaat ...

@loves_nhhas


#Hipster vs #chipster.
#motivasinhhas
#selfnote
#tegurTandaSayang
#pilihjadidirisendiri
#pilihjadibaik
#pilihpergisyurga
#usahaSampaiJaya

Insya Allah