Hari Isnin dan Selasa perbincangan dengan 2 SV, macam kena banyak correction.
Saya demam dan sakit mata.
Saya nanges hari2.
Due date submission esok.
Sebaris ayat pun tiada lagi.
SV saya adalah orang yang sangat particular dengan time line.
Saya nanges nanges dan nanges.
Demam dan sakit mata saya semakin teruk.
Kelas tetap berjalan seperti biasa.
Saya kena kuat semangat.
Tinggal sikit sahaja lagi.
Tapi bila saya rasa nak stay strong saya nanges lagi.
Sehingga saya terdengar lagu ni "Allah Bersama mu"....
Saya nanges sungguh2 dalam kereta semasa dengar lagu ni.
Terima kasih Allah sebab selalu ada bersama saya.
Saya yakin dengan janji dan pertolongan Allah.
Semoga Allah sentiasa bersama Huda, permudahkan urusan pengajian Huda.
Semoga Huda dapat siapkan projek yang berkat bermanfaat untuk ummah.
Semoga Huda graduate ontime dengan ilmu yang bermanfaat untuk ummah.
Semoga Huda dapat A untuk projek dan subjek time series.
Semoga Allah lembutkan hati lecturer bagi huda postpone submission minggu hadapan tanpa ditolak sebarang markah.
Semoga kita semua bahagia dan sejahtera dunia akhirat dalam jagaan rahmat kasih sayang Allah .... insha Allah aamiin....
#Allahbersamamu
#hapusairmata
Allah bersamamu, Allah bersamamu Allah bersamamu, Allah bersamamu
hapus air mata, balutlah luka biarlah berlalu segala sendumu tiadalah abadi duka cita yang terjadi tersenyumlah hadapi, terjagalah meski lelah
waktu kan berlalu bersama dirimu semua kan jadi indah cerita duka di masa lalu tiadalah abadi duka cita yang terjadi tersenyumlah hadapi, terjagalah meski lelah sang jiwa
kang kalau aku kata doktor malas - kena kecam pulak ...
I've tried my very best ... to put myself in "their shoes" ...
Aku perasan recently ni kalau jumpa doktor - diaorang macam dah malas dah nak check kalau kau datang cakap kau sakit. Dia be like
Doc : You sakit apa?
Patient : bla bla bla explain about the kesakitan.
Doc : So you rasa you sakit apa?
Patient : errrr kalau ai tau ai sakit apa - ai tak yah datang hospital kot... krik krik krik ...
Doc : okay lah - so you rasa you nak ubat apa?
Hadoiiii matik !
Aku tak tau lah kalau doctor tu ada bad patient sebelum tu ke, having bad day on that day ke.
tapi kenapa being so rude kepada orang yang tak bersalah pada kau???
why why why.
I know doctor also is human - ada hati dan perasaan. ada rasa letih dan minta di fahami.
TAPI ...
apa salah patient di atas ini? apa salah dia untuk terima jawapan macam ni hanya kerana kau menghadapi bad day ... patient tu pun orang kot weih. Bukan beruang.
Ntahlah.
#BeProfessional
#GetOffTheEmotional
#DocAreHuman
#PatientAreHumanTooooo
#AnotherReasonWhyIChooseNotToGoToHospital
#IKnowTheDocMustBeVeryHappy
#KurangSorangPatient
But to the good doctors out there who treat your patient in the most good treatment - May Allah bless you all with highest rank of jannah. Insya Allah.
For those who re shiftlessness - semoga ada setimpal-timpal pengajaran buat kamu.
Hydie
odie…. Cuti sekolah bakal menjelang tiba. Study pun sudah sampai
kepenghujungnya insha Allah.So apa lagi
#vacationmode #turnon.
Bagi
warga kota (baca sebagai klang valley dan selembah sewaktu dengannya), kalau
nak short vacay jauh dari hingar bingar kota kolumpo nun, the nearest we can go
is Port Dickson (PD).Yeay …. You got me
right. PD lah tempat short vacay paling awesome kalau kita nak p bercuti
something like weekend gateway gittew….
Macam-macam
benda boleh buat kat PD tu weih…. Ada army museum, lighthouse, 3D art gallery,
ostrich live farm yang boleh bawa anak2 beramah mesra dengan haiwan….
Hahahaha…. Dan paling penting nak mandi laut lah …. What else, PD kot…. main
bananaboat…. Syok weih ….
With all
the attractions, mestilah nak kena ada hotel yang selesa dan awesome untuk
berehatkan?
So
harini sis nak share 3 hotel awesome sis bagi 5 bintang. Sebab tak ada unsur2
seram dan merepekkan yang diviralkan.
Ha
amacam …. Terasa nak pergi sekarang juga kan…. Hahahaha ….
Come on
after hard work for a year, jom lah pergi me reward diri dan keluarga ….
Lexis
Hibiscus Port Dickson sebuah hotel 5 bintang dan merupakan chalet air.Ianya diberi nama Hibiscus kerana Chalet Air
disusun menjadi bentuk bunga hibiscus diatas air. Total rooms 522 chalet air
dan ada 4 jenis :
Villa
Eksekutif,
Premium
Pool Villa,
Panorama
Pool Villa dan
Sky Pool
Villa.
Setiap
satu bilik menawarkan pengalaman bermalam yang berbeza tetapi apa yang pasti, apapun jenis bilik yang dipilih akan menjanjikan
keselesaan hotel bertaraf 5 bintang. Insha Allah.
Upon
check in di lobi kita akan dibawa menaiki buggy ke chalet yang kita dah booked.
Infinity
pool persendirian membolehkan kita berenang di waktu siang sambil melihat
cahaya matahari menari di atas air laut Selat Melaka, atau bermain air diwaktu
malam dibawah langit yang dihias bintang. Drama sangat lah pula bunyi dia…. Hahaha… tapi
memang betul pun…. Take a look on the picture below.Dah hujung2 tahun ni banyak kenduri kendara
kan …. so nak jadikan destinasi honeymoon pun boleh.Swimming pool private dalam bilik ada, kat
main building hotel pun ada. Mandilah kau sampai puas.
Second in the list is Avilion Admiral Cove Resort.
Ini pun
sangat best dan awesome. Sis dah stay sini a few times. Selain bilik dan view
yang awesome, makanan kat hotel ni sedap dan harga dia berpatutan.
Avillion
Admiral cove merupakan penginapan berkonsep marina
resort dan terletak bersebelahan Admiral Marina & Leisure Club.
Hotel
ini dibahagikan kepada dua bahagian, yang pertama adalah View Wing yang
menawarkan 3 jenis bilik iaitu Superior, Panorama dan Straits Studio.
Bahagian
kedua pula diberi nama Vista Wing dan ia juga mempunyai 3 jenis bilik iaitu
Deluxe, Premium dan Executive Studio.
Setiap
bilik mempunyai speciality tersendiri.
Kalau
hanya perlukan bilik yang cantik tanpa view laut boleh memilih bilik superior,
Kalau
nak view laut daripada bilik korang, boleh menempah bilik Panorama.
Semua
bilik mempunyai reka bentuk kontemporari yang meminjam ilham dari persekitaran
yang tenang.
Untuk
entertainment pula korang boleh melakukan aktiviti menarik seperti memanah,
bermain volleyball, dan kalau berani menyahut cabaran, boleh melawan ombak
dengan menyewa kayak sendiri.
Tak caya
layan gambar2 yang sis bidik sendiri ni. #viewfrommyroom
abaikan kesemakan itu
Third in the list is Thistle Hotel Port Dickson.
5 start
hotel. Datang dari chain hotel fohfular di London. Sebelum p London ambil feel
dulu stay kat Thistle PD okay. Hahahaha ….
Hotel
ini menyediakan pengalaman menginap premium untuk pengunjung yang sukakan
kesempurnaan. Okay golongan OCD no complaint.
Hotel
yang merangkumi kawasan tropikal sebesar 36 hektar ini mempunyai persekitaran
yang indah penuh dengan taman luas dan laluan jogging.
Bilik
yang dihias cantik mempunyi ciri yang unik kerana tab mandi terletak hanya
beberapa langkah sahaja dari katil gittew.
Family room yang awsome
Bilik
yang menghadap laut memberi tetamu peluang untuk menikmati pemandangan matahari
terbenam yang romantik bersama orang yang tersayang. Okay drama lagi. Hahahaha….
Hendak
bersiar-siar hirup udara pula? Jom jalan-jalan di private beach khas buat
tetamu hotel sahaja. Tidak kira korang merancang percutian romantik atau
melancong bersama keluarga dan rakan, terdapat 251 bilik dengan perkhidmatan
bertaraf antarabangsa yang pasti membuat masa korang berbaloi-baloi gittew.
Maka
apa tunggu lagi.Sila buka apps
Traveloka sekarang.Yes I said NOW.
Hahahaha …. Supaya korang dapat cari hotel yang sesuai. Lambat kang melepas.
Jangan cakap sis tak payung k.
Dalam
Traveloka korang boleh bandingkan harga ikut tarikh yang dirancang untuk pergi
bercuti. Lepas tu boleh juga buat booking direct dengan Traveloka. Senang tak
payah nak pergi ke website yang berlainan.
Happy
Holiday everyone. Stay healthy stay happy and stay away from trouble k.
hydie odie .... Counting the days to 11.11.18 ....
Picture source: google
Yesza u got it right 11.11 is the shopping festivals across the country .... And as usual .... Lazada has A LOTTTTT of items in various category to offer.
SIS dah LAMA glerz tak shopping seriously. Memandangkan dah kalah datathon haritu yang mana hadiahnya merupakan sebiji handphone! (selain cash).... maka sis terpakslah beli sendirikan. Thanx LAZADA for the Lazada's 11.11 Shopping Festival. So here 3 items that I wish to have this time! Let's Chekidout First and foremost wishlist of the year of course lah handphone yeay! Tapi nak beli handphone apakah di LAZADA ini. So jom kita tengok brand phone yang ada di LAZADA ni. Top 4 brand LAZADA mobile phone is huawei, apple, xiomi and samsung. Nak Huawei P20 tapi mahai nau sampai RM2.6K Hmmmm tapi reputasi seller 5 star ratings. Okay boleh consider lah ea.
Obviously memang stress and kesuntukan masa sekarang. Time is ticking very very very fast. Rindu nak membebel kat blog - tapi betul-betul kesuntukan masa ....
Sebernarnya nak tulis tentang terima kasih tapi biarlah dulu .... Nak tanya .... korang ni kalau di beri tajuk karangan espeyem "Kisah kapal selam" - apa korang nak tulis ea? Ha nak cerita pasal paskal the movie ke?
Apa dialog legend dalam movie ni yang korang ingat
"clear to fire"
"kasi ajaq sket depa p"
"sakit nak mampuih tapi tak mampuih lagi" 😅
"Shoot to kill"
"How many kingdoms know nothing of us"
tapi paling terkesan
"negara apa hantar askar dia untuk mati tuan" ---- deep! ðŸ˜
Solute to all army in the air, via the sea as well as on the land.
May Allah bless all our front liner heroes Insha Allah.
Hahaha. I came across this notes.
Tahun lalu, encik boss kongsi madah ni. Sangat deep kan. Bagi ai deep lah. Dia baca kuat-kuat dalam bilik lab pastu gelak sorang-sorang - ai suh lah dia share ... hihihi
Apa penilaian korang tentang sehelaian nota kapal selam ini? Oh by the way - ai je yang menggelarkannya "kisah kapal selam". Penulis asal - ai tak tau. Harap beliau halalkan.
Bagi ai - pesanan ni walaupun nampak sempoi yak amat - tapi amat dalam.
Dulu aku ada kapal - ramai menumpang ...
Sekarang aku kayuh sampan - sorang pun tak pandang ...
Esok aku hilang- orang ingat aku dah karam ...
Padahal masa tu aku dah ada kapal selam ...
hihihi ... betul ke masa kita senang ramai
je yang mengendeng ? Ramai kaki ampu + kaki bodek dan sebagainya.
tapi bila kita dah tak jadi orang
"have-have" - boleh depa buat - buat tak kenal. hihihi ...
Sungguhlah malang kalau kau dihimpit manusiawi sebegini ...
Tapi - aku selalu disogokkan dengan
pepatah "What you give, you'll get back" .... things that similiar to
"Buat baik dibalas baik, buat keji dibalas keji" ... Gittew ...
Tapi pastu aku selalu fikir lagi - kalau
dah macam tu - kalau lah kata ditimpa nasib so-call-malang... takkan lah setiap
kali pun gara-gara apa yang kita buat kat orang lain sebelumnya.
Contohnya macam ni :
Sorang warga emas ni - diabaikan oleh
anak-anak dan ahli keluarganya (due-to-so-many-reasons) adakah sebab dulu-dulu
dia pernah abaikan parents dia? Kalau begitu - sekarang dia dibalas pula
oleh anak-anak dia? Dan since anak-anak dia tidak berbuat ihsan kepada
dia - adakah dimasa akan datang cucu-cucu dia pula akan mengabaikan anak-anak
dia? and the chain keep on continue? is it? seriously ? Hmm I don't
think so. If you ever came across this "bad-chain"
thinking - just help yourself with dis mentera "it's OKAY. let us just
stop this BAD CHAIN" kan kan kan. hihihi...
You know recently - there are a lot of
people who are having deep dead depression. People get stress easily with
simple thing. Why people are sad? Why why why?
Kita akan happy kalau kita dapat apa yang
kita nak, apa yang kita bayang. Kalau kita dapat lain dari yang kita
angan-angankan kita akan murung.
We love to received gifts - but we always
love the gifts more than we love the GIVER. kan?
Contoh - kita suka kalau dapat hadiah dari
so-call-orang-yang-sayang-kita. Tapi dalam hati kita ada juga harapan
yang bukan-bukan nak permintaan bukan-bukan sampai kita tak fikirkan kebaikan
yang ada didepan mata.
Dalam hidup ni Allah the most merciful the
most gracious - already bless us with a lot of good things but it just our bad
habit - less grateful but have a lot of complaint.
So bila semua benda kita tak puas hati dan
asyik nak komplen je kan ... Allah tambahkan lagi penglihatan untuk tengok
benda-benda yang tak puas dimata dan hati kita kan.
Dan sifat kita ni = suka "take
credit" ... Kita suka nak menempa nama dengan hasil usaha orang lain. Kira
macam pepatah lembu punya susu - farm fresh yang dapat nama kan ... hahahaha
.... boleh gittew.
Dan kita suka sombong - contoh kalau kita
pandai, kita sukses - kita selalu rasa kejayaan tu semua atas dasar usaha dan
kerja keras kita, atas dasar kebijaksanaan kita.
Kita lupa - siapa yang bagi kita bijak tu?
Siapa yang bagi kita sihat dan semangat untuk berusaha?
Bila kita tak dapat apa kita nak - kita
selalu salahkah takdir sebab tak menyebelahi kita. Tapi kita lupa ...
Kita merancang, Allah adalah sebaik-baik
perancang. Usaha harus diiringi dengan tawakal taqwa dan redha.
Kita berdoa bukan sebab kita kena bagitahu Allah apa yang kita nak.
Sebab Allah MAHA Mengetahui dan Maha Memberi .... tapi kita berdoa, kita
berusaha sebab itu sebagai tanda penghambaan kita kepada Allah. Prayer
and Effort is an act of worship to Allah. Tanpa kita meminta pun Allah
dah terlalu banyak memberi untuk kita.
Contoh - pernah tak masa anak-anak kecil
yang masih baby ni - para ibu ini berdoa supaya anak-anak ni boleh / reti nak
merangkak, berjalan, bercakap, makan dan sebagainya? Very rare kan.
Sebab bila anak tu dah lahir - kita memang secara semula jadi akan expect
anak ni akan boleh bercakap dan berjalan dan fasa-fasa kehidupan seterusnya.
Bila anak-anak kecil kita boleh merangkak, boleh berjalan, boleh
bercakap, boleh makan, boleh buang air - sebenarnya kita jarang pun bersyukur
dan berterima kasih kepada Allah yang Maha Memberi tanpa kita meminta kan kan
kan. Tapi cubalah anak tu diuji sikit dari norma perkembangan kehidupan -
ha mulalah kita menggelabah. Baru nak doa - baru nak usaha. Lebih teruk
lagi - terus salahkan takdir dengan aya-ayat drama cliche "Why me? why me?
why me?" huhuhu ...
Amboi - eksyen kau ye - sebab apa pulak
kau tak boleh diuji.
So konsep dia kat sini ai nak cakap ...
erm terima kasih + bersyukur + sabar + jangan ada persepsi
buruk terhadapa apa + sesiapa sahaja.
Bahagia itu ada pada hati yang tahu erti
syukur, pada tingkah laku yang tahu menghormati dan berterima kasih
(sebagai menzahirkan kesyukuran) ...
Tidak perlu fikir jauh ...
Kadang-kadang kita think too big and too
far sampai kita lupa untuk bersyukur dan berterima kasih dengan benda-benda
kecil tapi sebenarnya sangat significant dalam hidup kita.
Contoh ....
Toilet and cleaner
Sudahkah anda berterima kasih kepada
cleaner yang cuci kediaman apartment kita? cleaner yang cuci pejabat
terutamanya tandas pejabat kita? Nampak kecilkan pekerjaan mereka. Mungin
setengah orang rasa "nampak kotor" kan. Tapi pernah tak kita
sudi nak kotorkan tangan kita untuk bersihkan common area kediaman apartment /
kawasan kejiranan kita? pernah tak kita terfikir kalau tak ada cleaner
kat toilet office or kat supermaket or kat airport or any public area - what's
going to happen when we wanna use that facility ... I believe most of us have
at least an experience tentang nak p toilet (let say public toilet) - tapi
tiba-tiba toilet tu kotor tahap gaban.mulalah kita menyumpah seranah
kenapa tak ada cleaner / cleaner tak buat kerja makan gaji buta etc.
Tapi bila kita jumpa toilet yang bersih -
kita lupa nak bersyukur dan lupa nak ucapkan terima kasih kepada orang yang
membersihkannya. Oh come on ... Jangan pandang rendah kot pada cleaner -
depa sanggup bersihkan toilet PUBLIC yang macam-macam kebiadapan pengguna
mereka temui setiap hari - and kita tak sudi pun nak ucap terima kasih apatah
lagi nak menyapa mereka dengan sekurang-kurangnya seukir senyuman ikhlas ...
huhuhu...
Jangan bangga sangat dengan kedudukan yang
kita ada hari ini. Mungkin di sisi Allah - si cleaner ini lebih mulia dari
kita.
Kecil tapi significant.
Sampai hari ini aku masih terkenangkan
kisah aku, ibu dan adik di Melbourne pada Ramadhan 2012 yang lalu. First
day of Ramadhan dan kami baru sampai Melbourne sehari sebelum itu. Dalam
keadaan yang amat tidak biasa dengan "tempat orang" ... pada hari
pertama ramadhan, we went out to melbourne city. Kami agak keburuan untuk
pulang ke clayton. Dan kami missed a bus to go back home - which caused
us to wait there for about almost or more one hour - still tak ada bus.
Sedangkan waktu berbuka dah makin dekat. Sangat dekat. Ko panik
gile okay ... nak buka puasa makan apa. itu bukannya malaysia yang kau
boleh drop by at any place to have a halal food. Ditambah dengan negara
mat saleh ni - semua kedai pun tutup awal ... memang panik. Until seorang
uncle pemandu teksi (maxi-taxi okay - i.e teksi besar yang van tu - yang kalau
kita naik - tambang dia mahal gile) .... dan uncle tu berhenti depan kami dan
hantar kami balik Clayton for FREE. Masya Allah - for free + saat ko
sangat terdesak + aku nak bayar pun uncle tu tak nak .... Hwaaa sampai
hari ini kami masih mengingati uncle tu dan insya Allah sentiasa mendoakan
beliau ... Allahuakbar ... Semoga Allah ampunkan dosa-dosa beliau dan
memberkati hidup beliau dunia dan akhirat. Insya Allah.
Orang Kecil Tapi Nilaiannya besar.
Dalam perjalanan dari pejabat pulang ke
rumah pada waktu tengah hari - di susur kiri naik ke flyover untuk pulang ke
rumah - aku selalu perasan ada seorang uncle - tukang sapu kawasan
putrajaya ni, beliau dah siap-siap tukar baju + kain pelekat dan sedia
untuk solat zohor - di bawah pokok di tepi highway on the way aku nak balik
rumah tu ... Setiap kali melihat beliau - aku rasa nak break dan turun minta
uncle tukang sapu tu doakan aku yang banyak dosa ni. Allahuakbar. kadang aku
rasa dia jauh lagi mulia dari aku yang poyo kerja dalam aircond pakai
cantik-cantik ni tapi SOLAT PUN JARANG-JARANG diawal waktu. Allahuakbar
aku sangat nak turun jumpa pakcik tu nak ucap terima kasih sebab jaga kawasan berhampiran
rumah aku - jaga putrajaya yang aku sukai ini, dan mungkin doa orang-orang
macam pakcik tu yang buat negara kita ini masih selamat dan dilindungi Allah
dari segala mala petaka.
Nak harapkan orang kita? Kehidupan
yang terlalu selesa menyebabkan kita selalu lalai untuk bersyukur kepda
PENCIPTA kita ... We always have not enuff and ASK FOR MORE.
why we always love the gift but not the GIVER.
Huhuhu ... hati terasa begitu sayu
sehingga tak dapat meneruskan penulisan ....
Jika penulisan ini tiada sambungannya
selepas ini ... i just wanna thanx everyone for all your kindness dari aku
kecil sampai aku besar ni sampai akhir hayat aku ... maafkan aku sebab banyak
yang aku tak sempat nak ucapkan terima kasih secara terus atas sebab-sebab yang
hanya Allah yang tahu. Tapi ketahuilah anda semua amat saya hargai dan
insya Allah saya doakan kalian. Please keep me in your doa too.
Terima kasih mama abah adik beradik
anak-anak buah-buahan saudara mara guru-guru rakan bosses, maid, tukang
pengasasuh masa kecik, cleaner kat rumah, cleaner kat office, cleaner kat semua
kawasan yang aku dah jejaki dengan nyaman, pakcik bawak teksi, pekerja di pasar
dan pasaraya etc ... anda amat significant dalam kehidupan saya. Dan anda juga
- yang bangun pada pukul 8.00 pagi 10 tahun yang lalu ketika saya menghadiri
temuduga - saya ter teks anda satu soalan bertanyakan jawapan - hanya anda yang
menjawabnya ... Dengan asbab anda menjawab soalan saya - saya dapat pekerjaan
saya hari ini dengan izin Allah. Dengan asbab adanya anda (selain mama
abah dan orang-orang lain) menjadikan saya berada di sini pada hari ini.
Ketahuilah anda sentiasa dalam doa saya - walau anda mungkin dah tak
ingat pun kisah ini. Dan sehingga hari ini saya tak pernah belanja anda
pun. Terima kasih semua ... saya sayang kalian semua. Moga Allah
menyayangi kita semua dan memberkati hidup kita dunia dan akhirat.
Maafkan saya atas semua salah silap saya.
Doakan saya pulang bertemu Pencipta dalam husnul khatimah dan iman yang
sempurna.
Semoga kita dapat jumpa lagi di syurga
nanti. Please look for me in jannah. Insya Allah.