salam.
hari ni cuti (sabtu memangla cuti) semalam dah cuti sebab hari pekerja, dan aku berada di Kedah menghadiri majlis pernikahan kakak kembar (lain mak lain abah) di Padang Serai.
Penat tahap kronik (ala-ala macam cronical narnia la kot), within 24 hours, aku travel dari KL-Kedah (bertolak pukul 8mlm 30Apr-tiba pukul 2pagi 1Mei) dan bertolak pulang semula ke KL; Butterworth - KL (4ptg 1mei, tiba umah 10mlm 1 mei), dan pagi ni mama kejut awal2 pagi kerana aku ada kelas. dan aku lambat 6 minit ke kelas pagi ni. ustaz ngajor aku baik punya tersengguk-sengguk kat belakang (sebab tu aku duduk belakang supaya blh curi2 tdo) haippp...tak baik sungguh perangai...ngantuk n sangat la letihnya. maklum la dalam perjalanan yang blh aku panggil fast n furious tu, aku bukan sekadar pergi makan dan balik semula ke KL yer. Aku kan adik kembar, so aku la tukang2 sibuk+menyibuk+penyibuk kat situ. aku la jadi driver pengantin, aku la cameragirl pengantin, aku la tukang bawak hidang, aku la tukang basuh pinggan. ishishish...aku sungguh pelik dimanakah aku mendapatkan tenaga yang luar biasa tu. Kerana aku sekarang berada di tahap keletihan yang luar biasa. tapi esok aku berazam nak jogging 100 pusingan kat kawasan apartment aku. tgk pengsan kat pusingan ke berapa...hihihi...
Oooopps...tapi hari ni aku tak der rasa nak cerita ttg majlis kakak, sebab gambar x abis upload lagi (tak dapat la nak menunjukkan betapa kembarnya aku dengan kakak, sebabnya aku ni 1st time p rumah kakak, mak aih sungguh2 membuat kontroversi gara2 muka yang sangat la sama. Iyer ker, aku tak rasa plak sama sangat, sebab kakak lagi comei (pasai tu kakak kawin dulu, adek ni, rukun nikah 1 pun tak fulfil lagi) :))dan aku sedang menyiapkan mengedit video kawin kakak...haila kak oi jangan adek siapkan tahun depan udah ler, sekarang bizi tahap mengalahkan PM (PM pun ada masa p lepak2 kat pudu...huhuhu), ditambah dengan laptop yang dah rosak, uish, malas sungguh nak p beli baru, ingat macam p beli minyak masak kat mydin ker...rasa cam nak bawak balik pc kat umah jer la camni, lagi pun aku dah upgrade pc tu ke tahap terbaik, so kira lagi besh dari laptop la, cuma yang tak besh ianya tidak mobile...huhuhu...boleh la, aku tgu ada dana2 tambahan baru beli laptop baru...
actually aku agak lesu hari ini gara2 diganggu gugat tidur aku di dalam bas semalam. aku punya la letih, naik jer bas, terus Zzzzz.....sampai bukit merah, tiba2 telefon aku berdering. i received a call from my besh fren, dari sarawak. Tuh dia, aku pun tak sure topik apa sahabat aku ni nak hilite sebenarnya, dari topik isi kebosanan, topik buat master,topik hutang p sunway lagoon,topik p daftar haji, topik kenduri kawin k.has kat chemor mgu depan, dan secara tiba2 masuk la topik munakahat...hahahaha....masuk kitab munakahat (bila la kiteorang ni nak kawin), maka panjang sungguh la isu itu dihuraikan...hihihihi... rilex la beb. usaha-usaha juga, pride kena maintain beb. tak per, put your trust on Allah. dari pada kawin dengan orang yang tak baik, lebih baik kita meneruskan kehidupan kita dengan baik-baik disamping memberi kebaikan kepada orang lain... sesungguhnya yang baik dikalangan kamu adalah yang banyak memberi manfaat kepada orang lain :)
ok, my dearest fren, saya mendokan kesejahteraan anda...impatiently waiting u to come back, n lepak at my new house + tunaikan janji p sunway lagoon (besh tau umah baru aku-mesti ko rasa tak mahu pulang lagi .... hihihi...perasan sungguh aku ni)
sebut tentang usaha bab2 kawin ni, kawan2 aku suka sungguh mengusik, kata mereka ala tak salah kalau perempuan yang mulakan dulu, Saidatina khadijah pun meminang rasulullah s.a.w..... iyer memang la betoi dik oi, tapi korang ni baca sirah nabi jangan la baca sekerat-sekerat, baca la betul2 sampai habis.... saidatina khadijah tak pinang sendiri, saidatina khadijah melamar menerusi hambanya yang lelaki.... ada adab2 yang perlu dijaga....wallahualam...
nihas
p/s: (kat opis tgh siapkan report untuk konsultan sesat mana ntah, tiba2 jer muncul nak mengkonsultankan kerja2 kat sini, n memandai jer deme pass kat aku suh layan mamat ni...kan dah kena wat keje extra).....
layan!!!..selamat hari sabtu!!
ReplyDelete