Pages

Thursday, February 19, 2009

walimatul 'urus

Hmmm dah terima banyak sangat kad jemputan kawin ni. Nampaknya semakin ramai sahabat-sahabat saya yang akan mendirikan rumahtangga tahun ini. Tahniah buat sahabat-sahabat semua.
Oooopppps...bajet perlu diselaraskan ni.
Schedule: Mac (Melaka,Pahang, Perak), May (Kedah), Jun (Sabah). Hmm Sabah ni yang lemah lutut sikit ni. Tapi tak apa, akan cuba untuk penuhi undangan kalian. Insya Allah.

Hmm bercerita tentang walimah ni, saya terfikir tentang cara orang Islam di Malaysia meraikan hari bahagia a.k.a majlis kawin la...
Saya ni lemah sikit dalam bab2 menulis proper malay....saya akan cuba.
Ok, mesej yang ingin disampaikan : berkaitan dengan bersyukur dan keberkatan

Orang Melayu a.k.a Islam di Malaysia, kalau buat kenduri kawin, pasang khemah sampai 5 6, atau di mana2 dewan yang grand gitu KLCC la, PICC (rm 99.00/head) jemputannya juga bukan calang-calang. Tan Sri / Puan Sri / Dato / Datin adalah para VIP nya. Bersusah payah buat kenduri grand bagai nak rak berhabis duit supaya kenduri kita nampak GAH. Tapi hakikatnya, kita semakin jauh semakin melupakan konsep bersyukur dan konsep keberkatan.
Kita taksub nak orang puji majlis kita sampai kita terlupa untuk taksub supaya orang DOAkan kenduri kita. Kadang2 pujian yang diharapkan, kutukan dan umpatan pulak yang diterima...ishishish...
Kenapa yer kita kata begitu?
1. Bila kita jemput orang kaya raya tan sri dato seri yang berseri-seri ni, mereka ni dah biasa makan makanan yang sedap2, jadi makanan kita tu kategori yang sangat la biasanya bagi mereka. Ditambah pula dengan hiasan pelamin ke, bilik pengantin ke, memang adat manusia ni suka membanding-banding majlis orang ni majlis orang tu, lepas tu buat sesi KETUPAT a.k.a mengumpat atau dalam bahasa artis hari ni dipanggil BERGOSIP. Bukan ker dah berdosa tu, dan mungkin kurang keberkatan / kurang serinya majlis tersebut bila dihadiri oleh orang2 yang berseri-seri itu tadi.

2. Cuba kita jemput, orang2 miskin, anak2 yatim, kita raikan mereka sebagai tetamu VIP majlis kita (seperti yang di lakukan oleh Raja Muda Perak semasa perkahwinan baginda, VIP baginda adalah anak2 yatim), disebabkan mereka jarang dapat makanan yang sedap-sedap, bagi diaorang door gift lagi, mesti diaorang akan rasa happy dan best sangat. Kalau tak puji pun, paling2 mereka gembira dan tak BERGOSIP negatif tentang majlis kita. Mudah2 an ada mereka titipkan doa untuk kita.

Sekadar pandangan saya. Kalau ada yang nak beri komen, sila2.

sebenarnya bagi saya kena seimbang la, yang kaya raya pun kita jemput, yang miskin pun kita jemput. Sama2 berkongsi kegembiraan.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)