Tidak banyak perkara yang bermanfaat yang diupdate kebelakangan ini. Aku agak bizi dengan persekitaran kerja dan keluarga.
Semalam tiba dari TI ke pjaya bersama mama, ayah n adik. esok, 1 Julai, adik akan memulakan A-levelnya di Kolej MARA Seremban. seperti biasa, kalau nak masuk kolej jer, dia akan mula buat kisah-kisah berciri mengada-ngada, tak mahu masuk kolej. Ne baju nak kena irom siap-siap, katanya "pls give me an inspiration". geram betul aku.... apa la kaitannya iron kan baju dia dengan inspirasi utk belajar? Sila bincangkan. Hihihihi. tapi rasa sedey pulak, bila memikirkan adik dah besar, tak lama lagi kalau ada rezeki, akan berangkat ke ausie to persue her study. hmmm...dalam rumah ne, semua dapat tawaran ke luar negara tapi finaly hanya adik sahaja yang bercirikan hendak pergi, yang lain semua lebey selesa berada di dalam negara. Aku? Owwwhhh bercirikan anak mak abah yang manja tahap menembusi cakerawala, mmg tak kan la pergi jauh2 bertahun-tahun..please la....setakat p berjalan, it's Ok. hihihi... abglong dah warning adik, U MUST GO, sebab abglong nak p berjalan-jalan....hahaha....
along, kenapa tak pergi US? ada la sebab musababnya dan sebenarnya Alhamdulillah dia tak pergi, sebabnya seminggu selepas tarikh along patut telah berada di US, WTC pun kena bom. masa tu, mama punya bersyukurla along tak jadi p US. sekarang dah jadi engineer dah pun.. dah jadi banker aku pun.... hihihihi
kan dah kata yang baik tu belum tentu baik, yang tak baik belum tentu tak baik....
Boy, kenapa pulak tak ke Germany? Isu scholarship dan surat tawaran. kesian sungguh. Dari dia kecik nak buat aerospace engineering, gomen p tawar chemical engineering...ngamuk la member... bukan nya result dia tak bagus. jpa ne kadang2 bagi offer tak baca bismillah agaknya... so dia pun sambung local jer...6 hb ne masuk buat master also in aerospace... alhamdulillah.
ai'man pun dah masuk skolah (ai'man adalah anak along yang baru berusia setahun 7 bulan, tapi telah pun masuk tadika main2)..... kesian...kecik2 dah kena p skolah... kira dia adalah lagi tere dari aku la yang berciri pergi skolah pada usia 3 tahun....hahahaha....
so mama ngan abah nampaknya mmg migrate terus la ke pjaya...hihihihi...boy wat master kat sini, adik kat seremban, so aku la AJK logistik terbaik. Yesss...lepas ne tak sunyi lagi tinggal sorang2......
tapi ada satu cerita yang tak begitu best.... aku telah jatuh sakit. aku tak pasti sakit ne di import daripada mana, tapi aku mula risau bila membuat pemeriksaan semalam (akceli dari last week semasa berjumpa Doktor yang garang di KKP) sumpah garang Doktor tu....rasa nak sumpah jadi sesumpah jer.... hmmm so semalam buat pemeriksaan di HTI jer, sebab di sana ramai kenalan mama, jadi biasanya aku mendapat rawatan yang terbaik (tapi rasanya kena p juga pantai sebab result blood test ambil 2 weeks to come out).
ok.....kisahnya, tengkuk aku mulai mempunyai bengkakan yang pelik, bermula dengan 1 dan 2 di sebelah kiri. pada mulanya aku just ingat aku tensi, menyebabkan benjolan2 itu ada, but then after2 weeks masih lagi tak hilang so aku pun p la jumpa Dr. di KKP. fisrt Dr. ne punya la sengal (grad dari UKM), sentuh leher aku pun tak mahu, agak2 korang, camna dia nak TEKA aku sakit apa, macam mana dia nak JUSTIFY ubat apa nak bagi. so she gave me an antibiotic sebab dia kata inflamation jer.....aku pun tak sure inflamation tu terjumpa kat mana...sebab aku tak batuk, demam, mahupun selsema dalam tempoh sebulan ne.... so tak apa la....aku makan la antibiotic tu seminggu, malangnya masih tidak lagi sembuh, tapi tak sempat ke klinik mahupun hospital kerana tak punyai masa utk berbuat demikian....last week afta balik dari kelantan, baru p pemeriksaan kali ke-2, jumpa Dr. lain pulak, kali ne Dr. ne ok sikit sebab nak la tgk bengkak tu macam mana. tapi yang tak sedapnya dia saspek TB. aku dah buat muka pelik....aku langsung tak batuk, demam, selsema mahupun mengalami susut berat badan. ala setakat reduce weight 1 2 kg sebab aku tak sempat makan tu normal la.... tapi still juga Dr. di KKP malas nak buat test dia bagi antibiotic jer... aku dah hangin dah.... sumpah hangin..... ne Dr grad USM kot kalau tak silap...
so afta a week masih lagi tak baik, dan kebetulan semalam berada di TI, before bergerak balik pjaya, teman mama ambil stock ubat2 an di HTI, maka mama telah memaksa menggunakan ciri-ciri dictator supaya aku menjalani pemeriksaan....
aku berjumpa Dr. Siti zufina yang baik hati....amat baik....sangat baik dan mempunyai tulisan yang cantik (tulisan tidak berciri Dr. kerana tulisan Dr biasanya buruk lagi huduh)....
90 markah utk Dr. Siti. Dr. membuat pemeriksaan tetapi dgn tidak sengaja dia telah tersebut depan mama, dikhuatiri aku kena leukimia, tumor, cancer, TB mahupun inflamation biasa...
4 perkara saspek utama tu tlh menyebabkan mama sangat susah hati...amat kasihan....
makanya aku telah diarahkan membuat blood test dengan serta merta bercirikan 4 tiub kecil....
darah telah diambil dengan 2 picagari yang besar size XL agak nya. percaya tak aku nangis ambik darah....hahahaha...sumpah penakut..... setiap satu tiub utk pemeriksaan yang berbeza...
2 tiub resultnya perlu di uji di Ipoh dan hanya akan diketahui 2 minggu lagi....
so afta blood test and x-ray, disahkn tiada TB (aku tanya Dr. kenapa tak batuk blh kena TB, tp Dr. tu tak explain pulak.....confius betul aku sehingga saat ini.)BTW alhamdulillah la tak ada TB.... unfortunately 1st blood test juga menunjukkan sel darah merah atau dalam bahasa biologi nya Hemoglobin adalah amat rendah iaitu berciri kan anemia..... Oh noooo.... again.... dulu masa kat U dah kena juga anemia ne.... Dr. telah memberi ubat dan vitamin tambah darah yang aku dan along gelarkan ubat busuk...kerana bila makan ubat tu nnt rasa bau badan yang tidak best.... biasanya aku akan escape ubat tu...... aku gantikan dengan makanan original seperti daging, bayam, dll....tapi kali ne confirm tak boleh escape sebab mama dah migrate ke sini, confirm dia akan paksa aku makan ubat busuk tu.....
haila.....
tapi disebabkan Dr. masih lagi ragu2 dengan bengkakan di leher aku, maka Dr. telah menghantar aku ke surgical clinic utk mengambil spesimen leher (tapi tak ambil lagi sebab kena buat appoinment dulu dan tarikh appmnt nya pada 13 julai ne - haila....aku ingat nak ambil di pantai jer la.....) Dr. tetap khuatir kalau2 aku kena leukimia mahupun tumor sebab bengkakan itu agak serius mat yus..... plus ianya amat menyakitkan ... seriously sakit kepala, leher, mata, semua rasa sakit....huhuhuhu... aku nangis tau..... di tambah pula, last week semasa aku stay di pejabat sampai 2 pagi, hidung aku telah mula berdarah .....
huhuhuhu ....seraam...... macam siri keliwon....
mudah2 an Allah jauhkan aku dari sakit pelik2 tu..... tak sanggup aku tengok air mata mama mengalir macam bercirikan paip pecah.... sumpah rasa bersalah kerana menyebab kan mama menangis.....
akceli mama amat sedih.... semalam masa otw balik pjaya, abah telah diserang semput (acute asthma) di dalam kereta.... dah lama abah tak semput... ne dalam kete tgh2 ghway plak tu....
aku telah memcut 160km/j utk sampai segera ke kl.... dah abah mendapatkan rawatan di HP. hambik ko....aku bermalam di kaunter emergency sepanjang malam tadi...... mama telah aku anta balik rumah ngn adik sebab mama pun bukan sihat sangat.... makanya jadi la kisah orang sakit menjaga orang sakit.....aku amat sakit tengkuk dan kepala dan of course aku tak dapat tidur langsung kat kerusi spital tu.... makanya hari ne aku terpaksa EL. dah la ada mesyuarat pagi ne...terpaksa minta staff aku wakil kan..... mereka kena biasakan diri ganti aku mulai sekarang, mana la tahu aku betul2 jatuh sakit kan....nauzubillah......
so ne abah dah ok skit...tapi aku susah hati juga sebab esok nak hantar adik ke seremban...... macam mana kalau abah masih lagi tak ok....mana la aku nak cari spital kat seremban tu pulak.....ne HP tak apa la 2km jer dari rumah aku.....
haila...... penatnya aku...dah amat berasa tidak sihat.... amat sakit sekali.... menulis blog sambil baring.....sebenarnya sedang menyiapkan laporan kerja ne... ada 4 laporang tertangguh yang aku MESTI siapkan malam ne juga.....
nihas.....(Mudah2 an Allah memelihara aku, mama, ayah dan adek beradek, anak saudara dari sakit-sakit yang merbahaya.....Amin....)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehonestly....
ReplyDeletei don't like dis type of comments...
ok
ReplyDelete