Pages

Thursday, August 13, 2009

Lucut kerakyatan hina raja – Mufti

Di paste kan bagi golongan2 yang tak mahu baca akhbar arus perdana kerana pelbagai alasan tersendiri....

“Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama"

Lucut kerakyatan hina raja – Mufti

Oleh ZULKIFLI JALIL dan SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 12 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.

Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara.

Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.

“Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau.

“Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya
,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.

Menurut Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan.

“Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,”
katanya.

Pada masa yang sama, kata beliau, Islam juga tidak membenarkan umatnya menghina agama lain kerana perbuatan saling menghina itu hanya akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram.

nihas - baca semua surat khabar, kemudian fikir secara rasional dan penuh berhemah.
LETAKKAN EMOSI DI BELAKANG AKAL DAN AKAL DI BELAKANG IMAN

6 comments:

  1. Saudari baca atau tidak akhbar yang tidak berarus perdana? Atau beralasan sendiri untuk tidak membaca?


    -Heyamujahid-

    ReplyDelete
  2. bukan setakat read, download, beli apa semua paper ada... normaly i read more than 1 n/paper.
    -nhhas

    ReplyDelete
  3. nihas - baca semua surat khabar, kemudian fikir secara rasional dan penuh berhemah

    tertarik dengan kenyataan yang ni, sejauh mana kita mampu berfikir secara rasional tanpa didorong oleh hawa nafsu? Sebaiknya rujuklah al-Quran dan Hadith.

    Jika ada 2 orang didepan anda yang sedang menghina Islam, dan anda diberi pilihan untuk membunuh salah seorang dari mereka, si A beragama Islam manakala si B bukan beragama Islam, yang mana akan anda bunuh?

    nhhas,
    tahniah kerana anda mempunyai begitu banyak masa utk membaca semua paper, saya sgt mencemburuinya. Tak lama lagi akan ada PRK lagi, maka akan "berpuasa" la dari membaca paper. Elok jugk,smpena puasa sama2 kita tukar dari baca paper kepada membaca al-Quran. InsyaAllah.

    Imam Abu Hanifah ra meninggalkan bacaan hadith dan berpaling kepada membaca al-Quran apabila datangnya Ramadhan.

    ReplyDelete
  4. tqvm lah semua atas comments kalian.
    PRK tu apa? PERAK??? hehehe...
    masa tidak banyak malah tidak cukup.

    TIPS: KURANGKAN TIDUR...
    MASA ITU NYAWA (TIME IS LIFE.

    nhhas

    ReplyDelete
  5. Utusan Malaysia

    Berita Harian

    TV3

    Rasanya itulah sumber rujukan tertinggi nihas jika dilihat gaya pemikiran beliau.

    Tak ke manalah nampak gaya Cik Nihas ni.

    Selamatttttttttttttttttt...........

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)