Pages

Saturday, July 3, 2010

Kehidupan

Assalamualaikum wbt....

(ingatan buat diri ini yang terleka....)

1. mungkin kadang2 kita rasa kita down, kita letih kita jadi banyak merungut, kurang bersyukur, asyik menyalahkan kehidupan dan mungkin takdir... salahkan orang sekeliling...
yang salah sumer orang lain... yang betul ... hah always perasan diri sendiri sahaja yang betul...

2. recently aku sangat letih dan kurang energy... balik rumah after work, bersihkan diri, solat dan syahid... sib baik seminggu dua ne mama ngn abah ada rumah... balik rumah mama dah masak.... yummie... tu pun kadang2 aku tumpas after solat dah tertidur tepi sejadah... mmg letih.. tak sure kenapa... tak dak pun outstation... kerja mmg la extra ordinary banyak... sebab kena support keje pegawai lain yang p banci...(aku nak salahkan orang lagi.... buruknya perangai)...

3. kadang2 kalau dah over presure, mula la membebel2 ngn mama ngan abah... mama layankan aje... abah agaknya mengeluh dalam hati "apalah nak jadi ngan anak aku sorang ne..... semua pun dia tak puas hati"...

4. akhirnya semalam.... (thanx abah for such reminder.... love you much....)
semalam... balik ofis tak lah lambat sangat... pukul 6.30pm dah chow sin chow... tapi p bangi... p cari plastik2 dan aksesori Kek.... maklumlah ke arah menjadi usahawan KEK LAPIS yang berjaya... (CLICK HERE TO ORDER FOR KEK LAPIS SARAWAK) ... so p lah bangi ada kedai tu namanya YUmmies kot... ok after belek2 dan beli, masjid hasanah depan tu dah ada orang mengaji, tgk jam dah 7.30 pm, so singgahlah solat maghrib kat masjid hasanah.

(sangat suka masjid tu, i banyak kali p ke sana, dan takkan lupa p sana masa baru baik chicken pox dgn kawan dan masa tunggu kawan abis solat, pegang payung besar gedabak, padahal masa tu hujan sikit2 jer, lebih sikit dari renyai2, pastu kawan tanya "napa pakai payung besar kemain ne, hujan ne bukan blh demam pun"... hahahaha... chicken pox kan tak blh kena hujan... pastu kawan cakap, tak per, buruk sikit je muka, nnt baik lah tu, yang penting hati baik..... hihihihi kenangan... okeh mensimpang siur plak kisah ne....hihihi).

after solat, pulanglah ke rumah sebab janji ngn abah nak p cari sport shoes for we both; me n abah... sebab tatau abah dah lesing mana kasut dia, mine plak telah di kidnapp oleh adik (as usual, suka semua barang buruk aku, aku beli baru untuk dia, dia simpan dalam kotak tamau pakai....keliru haku)...
tapi bukak jer pintu bagi salam..."my daddy jom p beli kasut"... tapi abah tamau... sebab semalam BRAZIL vs BELANDA... hahahaha.... laugh people laugh.... BRAZIL sudah blh pulang....
BELANDA akan pulang tak lama lagi (ok aku tak tgk pun, abah, boy ngn mama jer minat bola... aku tak minat sgt)...
masa tgh kacau mama kat dapur, tetiba tersebut "ngantuknya...letihnya" dan terus landing atas sofa... pastu tiba2 abah datang dan bercerita....

abah: "tadi masa abah balik solat jumaat, ada anak muda melintas depan abah.

me: la ingat ada sapa pulak lagi nak minang angah .... hihihi...

abah: ish dengar le dulu, tak habis cerita lagi ne... hmm anak muda tu berkerusi roda... OKU le kiranya ne, dia tolak sendiri kerusi roda dia laju2 dan melintasi abah, dan terus menuju ke kereta dia, tak jauh la dia parking dari kete abah... dalam hati abah tertanya2, macam mana dia nak move himself inside his car, dan macam mana dia nak angkat kerusi roda tu dalam kereta dia... so abah spend masa utk tgk anak muda tu, and in case he needs help... ooo rupanya dia boleh buka roda di kiri dan kanan, kuncupkan kerusi dan angkat....pantas jer dia buat semua tu...

me: dalam hati dah blh agak dah apa ayat seterusnya... tapi buat2 tanya... lepastu?

abah: lepas tu abah balik lah... hahahaha... hmm apa yang abah nak sampaikan, tgk anak muda tadi, betapa DIA TIDAK MENGALAH PADA KEHIDUPAN, DIA TIDAK MENGALAH PADA KESUSAHAN... he still can drive, he still can go to mosque to pray... betapa kita hari ini, generasi muda hari ne, lemah, lembik, manja dan KURANG BERSYUKUR. Yang sihat tak mau p masjid.. n you, hari2 merungut keje susah... berapa ramai lagi orang yang SUSAH DALAM SUSAH. N angah, susah dalam SENANG. setakat cabaran ditempat kerja, berhadapan dengan kerenah orang yg tak nak buat kerja, stress sampai jatuh sakit, nak buat apa.... sekurang2 nya... angah g kerja ada kereta - tak payah naik bas, keje dalam aircond, office cantik, selesa, rumah selesa, lengkap... cuma Allah bagi cabaran sikit jer dgn kerja....
cuba bayangkan orang yang tak ada kerja, tak ada duit nak beli makanan, tmpat tinggal baik sikit jer dari reban.... kenapa KURANG BERSYUKUR....
bukan kah Allah dah janji, "Jika engkau bersyukur, akan Ku tambahkan lagi nikmat ku ke atas mu"....
Ingat Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu....
So kena kuatkan semangat, ikhlas kan hati dan kurangkan merungut serta menyalah kan orang...

Me: terus senyap dan ... erm, p mandi dan solat...dan rasa kesal sangat sebab this few days terlalu ikutkan hati/ emosi kerana rasa terbeban dan ter buli... habis dah ku lupakan segala prinsip2 yang dipegang sebelum ne... PUT YOUR TRUST ON ALLAH...

sebenarnya apa yang abah cakap tu mmg dah pernah tefikir "bnyk lagi orang susah dalam susah"... aku ne senang jer semedang... bila susah sikit dan tension... tapi tu lah, kadang2 nak pujuk hati ne, supaya sabar, redha dan ikhlas, ianya bukan lah semudah ucapan dibibir...tension tu dia datang sendiri... cuba juga senyum, tapi plastik sungguh senyuman tu...

apa2 pun, kena banyak istighfar...mohon ampun pada Allah, dan jangan buat lagi....

betullah nak jadi baik tu mudah, tapi nak istiqamah pada kebaikan tu yang payah....
Read This

Ok... go go chaiyok... hari ne gembira dah.... sebab dah ada sikit motivasi....
moga2 Allah beri aku kekuatan untuk terus ikhlas dan diberi hikmah serta kebijaksanaan serta keimanan dalam mendepani ujian - Nya...

remember THIS also....

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB : "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

2 comments:

  1. A really good post there sis..any way apa citer mesyuarat suara perkiasa 14 Julai lalu???


    Syariff,
    Makuhari, Chiba

    ReplyDelete
  2. orang sibuk banci dia p makuhari...
    pastu tak bagi souvernir... agak2 boleh dimaafkan tak orang ne... hihihih....

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)