Pages

Saturday, August 28, 2010

NURULISM.COM - CONTEST DIALOG TIGA HATI

Assalamualaikum wbt....

(Nota: sticky post until 2 sept 2010: scroll down for new entry, kalau ada....)

Sebagai credit kepada rakan blogger yang disukai ramai yang telah meng iklankan kek saya secara FOC, maka saya participate lah dalam contest nurulism.com yang diadakan buat pertama kali....
tak pe ... tak pe.... ... give support... tapi kalau hadiah nya tiket penerbangan pergi dan balik melbourne.... yang tu haku ndak....hahaha.....
duit raya ke...
(maklumlah baru lepas kena SEDEKAH kat bph yang hampeh kerana meng clamp keta orang dengan cara kejam, pada waktu kejam....huhuhu)


(dalam hati masih tertanya-tanya watak siapakah sebenarnya kiri dan kanan tu)
(OKEH...CONTEST BERAKHIR, MAKA REMOVE THE STICKY POST)

Monday, August 23, 2010

Kalau Tak Pergi … Kita Mungkin tak tahu….


Assalamualaikum wbt...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…

Selain tidak punyai masa terluang yang banyak, sebenarnya 50 50 juga nk update entri yang satu ini. Tapi difikir-fikirkan balik, rasanya updatelah kot.

Dengan niat, mudah2 an dapat memberi maklum balas kepada donor dan customer, yang kami benar2 sampaikan sumbangan yang mereka berikan, Insya Allah.

Juga mudah2 an menjadi pengajaran dan peringatan buat diri ini tat kala aku terlupa, aku tergelincir daripada mensyukuri nikmat Allah, mudah2 an aku terpandang kembali entri ini. Juga mudah2 an ada manfaat yang dapat dikongsikan dengan pembaca, sekiranya blog ne ada pembacanya….

Mudah-mudahan entri ini dijauhkan dari sebarang unsur-unsur yang tidak sepatutnya, seperti riak mahupun mengaibkan orang lain… (nauzubillah)…
Kami bermohon pada Allah agar entri ini dapat memberi manfaat dan keberkatan dengan izin Allah jua.

Ok, bagi yang terima e-mel, mmg tahu, seperti tahun-tahun sebelum nya, di bawah TAYT, menganjurkan kutipan sebelum Ramadhan bagi mengumpul sumbangan untuk disalurkan kepada orang-orang yang memerlukan. Projok kali ini: MEMBERI MAKAN ORANG BERPUASA, (MALAYSIA, CAMBODIA, PALASTINE DAN INDONESIA), BERSAMA TAYT – 1431H.

Agihan dibuat di 8 kawasan di Malaysia (Wangsa Maju, Klang, Tampin, Melaka, Kota Bharu, Bachok,BB Bangi, Kulim, Johor), di 3 kpg di Kemboja (Kg, Champ, Kg, Seda, Kg. Labak) dan di Bogor, Indonesia juga di Palestin di bawah pihak aman palestin.

(haku terlupa paste di blog untuk sumbangan hari tu… emel ja… gomenei)

Terlebih dahulu terima kasih kepada SEMUA yang telah memberi sumbangan dan juga kepada semua sukarelawan yang terlibat dalam pengagihan bantuan ini.

Sabtu lalu, kami berpeluang membantu Kak Siti membuat agihan di wangsa maju…

Sebanyak 13 keluarga yang menerima bantuan yang terdiri daripada 11 keluarga yatim (balu) & 2 keluarga miskin sekitar wangsa maju dan setapak. (to be honest aku tak sure sempadan dua tempat ne, aku tembak jer nama nya setapak, sbb tgk signboard).

Kami pergi 3 kereta (dan sesat selama ada rasanya sejam lebih gara-gara salah tgk alamat, lepastu jual mahal masa kak siti nak guide ke rumah beliau….)

Tapi Alhamdulillah, kami dah asing-asingkan siap2 barang2 semua nya mengikut setiap penerima.

Pengagihan ini turut disertai 2 orang budak comel ne yang hmmmm aku bagi mereka A++++++….
Shifaa dan malik… dua budak yang sangat comel turut ikut serta dalam aktiviti ini (mereka anak saudara kak siti, mama mereka pun join sekali)….

Apa yang best nya ttg budak duaorang ne, dah lah kecik molek, berebut-rebut nak bawak barang yang paling berat dan paling besar iaitu BERAS. Adei… si kakak tu tak apalah lagi sebab kira dah besar lah juga, si adik tu… rasanya beras tu separuh dari berat dia… J… kiteorang ne risau je, jap lagi ada juga yang berbuka si malik ne… hihihi… sampai rumah yang ke berapa ntah tak ingat, 10 kot, masa tu dah azan zohor, kira mmg tgh panas terik lah juga (nasib baik tak hujan, Alhamdulillah), dia lari2 ne nak bawak juga beras, berebut dgn shifaa, jap lagi dia cuit aku, “kakak tolong pegang kejap, kakak bawak sampai depan tu je, nnt malik bawak bagi kat makcik tu”… hihihi…. Malik…malik….dah penat, tapi nak juga tu…

Then, sampai masa g umah yang last, dia buat muka seposen “mama jom lah kita balik, malik dah letih ne”….hihihi …. malik …malik… sampai dah longlai tak larat berdiri lah budak tu… last2 dia duduk tdo dalam kereta, kami sambung lah sebab dah tinggal last house….

Apa yang menarik, mereka bukan ikut sekadar suka-suka…. Mereka faham kenapa mereka agihkan barang-barang tersebut dan siapa penerimanya. Mereka faham orang susah untuk dibantu…mmg tabik spring kat budak2 ne….

Malik yang dah tumpas keletihan

Sebenarnya ada gambar ne jer…. Gambar masa susun barang… pastu gambar rumah yang last – rumah kak fatihah….
Dalam 13 penerima ne, ada 2 kes yang amat2 menyentuh hati….

Dalam deretan rumah di area taman setapak tu, percaya tak korang, di hujung barisan rumah teres tu ada satu rumah (rasanya bangunan terbengkalai, macam rumah tinggal), jauh sikit dari rumah teres terakhir , aku hingat kan dah jalan mati dah, sebab rumah yang last tu rumah cina, aku pun dah terpelik-pelik, nak g bagi makanan kat rumah cina ke, bukan bagi kat orang yang berpuasa ke…lagipun tu rumah teres, 2 tingkat lagi… rupa2 nya, ada rumah tak siap di situ, dalam keadaan terbengkalai dan dhaif serba-serbi… anak ramai, siap ada baby baru lahir umur 3 bulan (SORRY tak ada gambar, sbb adik2 ku segan nak ambil gambar, plus mmg tak sampai hati betul nak ambil gambar… yg aku pulak tak terfikir nak ambil gambar ke hapa…. Dalam kepala ingat nak agihkan barang jer…mmg tak fikir menda lain dah…, juga bimbang menimbulkan fitnah dan rasa kurang senang pada penerima) …. Tak tak tak… kami bukan para-para YB pun yang nak masuk TV… kami Cuma sampaikan amanah orang…

so dalam keadaan yg macam tu, buat aku terfikir, hmmm betapa kita kena bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, betapa dalam KL yang serba macam ruang blh mencari sumber pendapatan ne, ada juga orang yang hidup dalam kedhaifan sebegitu. Bagi aku, tak cukup sekadar pada masa ne sahaja kami serahkan bantuan. Mesti kena ada tindakan susulan. Macam mana nak bantu akak tu keluar dari belenggu kemiskinan…. (dalam hati tertanya-tanya….apa jadi dengan Banci Isi Rumah Miskin, apa jadi dengan sasaran sifar miskin Malaysia 2010????) Insya Allah, sesuatu akan dilakukan…. Insya Allah….

Moga Allah bagi kekuatan dan kesempatan. Ameen.
Kes kedua, rumah last sekali – rumah kak fatihah… rumah akak ne, ok banyak, dan akak ne pun sporting habis… ok jer, siap gelak2 jer possing ambil gambar…

(dalam hati aku: aku kagum dengan akak ne….sangat-sangat kagum…terlalu kagum)…wajah nya ceria tidak mempamerkan sebarang duka, at least pada kami yang boleh diklasified kan sebagai tetamu.

Kami lepak agak lama di rumah kak fatihah kerana selain dari kak siti yang dah kepenatan (she’s pregnant, tapi kuat kan hati dan semangat juga g agih barang), ada sesuatu yang istimewa di rumah kak fatihah. Kak Fatiahah adalah seorang balu yang kematian suaminya dan seorang anak perempuannya. Sekarang tinggal bersama 2 orang anak perempuan nya kalau tak silap usia 11 dan 9 tahun, dan punyai seorang anak istimewa berusia 7 tahun. Yeah beliau mempunyai seorang anak istimewa, namanya Irfan. Aku tak sure sangat nama penyakit irfan tapi yang pasti ada masalah pada tulang belakangnya menyebabkan irfan tidak sempurna seperti kanak2 yang lain. Dia hanya terkulai layu di pembaringan nya atau dipangkuan ibunya. Ya Allah, betapa tabahnya dan betapa kuatnya semangat ibu ini menjaga dan membesarkan anak2 nya…. Tidak tunduk pada kesusahan hidup…. Wajahnya masih boleh tersenyum… tutur bicaranya baik (sbb ada rumah tu kiteorang g, makcik tu gaya cakap mmg brutal habis….. haila macam-macam kes)….dan apa yang paling aku kagum, dalam kesusahan hidup kak fatihah ne, beliau sebenarnya juga membantu orang yang lebih susah daripada beliau…. SEE….. susah pun boleh bantu orang yang lebih susah dari dia…. Allahuakbar….. Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu untuk menggerakkan hati – hati kita pada kebaikan… Akak ne siap boleh tolong orang yang lebih susah daripada dia…. bagi aku, dah rasa akak ne susah dah…tapi akak ne tetap tahu ada orang yang lebih susah yang wajar dibantu. Dan beliau memberi bantuan mengikut kemampuan dirinya sendiri….. Allahuakbar….
Malunya kita yang kategori senang ne, tapi suka mengaku susah..
Dah kau hari2 sebut kau tak ada duit, kau susah, hah padan muka Allah bagi susah betui2… (geram aku pada sesetengah orang)….

Adakalanya biar miskin harta janganmiskin jiwa…. Allahuakbar… Moga Allah beri kita kekuatan untuk terus beramal dan menjadi hamba yang diredhai- Nya… Ameen…

Akhir sekali... terima kasih pada Hajah dan Kak Siti yang banyak mengajar saya dan beri peluang kepada saya untuk terlibat dalam perkara-perkara seperti ini selama ini. Banyak yang saya pelajari.

Terima kasih pada adik-adik tersayang serta rakan-rakan yang dikasihi kerana turut sama dalam aktiviti ini. Moga Allah memberi sebaik-baik balasan pada kalian atas segala-galanya.
Hanya doa yang mampu aku panjatkan moga hidup kalian sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah... Ameen...

Petang tu kami semua berbuka puasa di KGPA dengan Aman Palestin

(kecuali kak intan dan mahani - mereka ada hal)

Sekian.....semoga beroleh manfaat....

Thursday, August 19, 2010

Projek Perkampungan Islam


Assalamualaikum wbt,
Dikongsikan sekiranya ada yang berminat. Hebahan ini saya terima dari kakak yang dikasihi....
Insya Allah sahabat yang memanjangkan perkara ini adalah sahabat beliau yang pernah pergi ke tempat yang dimaksudkan (rakan office). Saya paste kan sekali emel asal.
Jika ada yang berminat boleh menghubungi sendiri no yang tertera atau melawat ke alamat yang tertera...
wallahualam....
jazakallah...
***emel asal*********
(from En. Shamsol to Puan Jamilah)
Salam Jamilah,

The orphanage is Maahad Tahfiz (Anak2 Yatim) Darul Tahzib at Teluk Kumbar (near Puspakom). The mudir is Ustaz Hj. Shahul Hamid of Al Azhar. Ust Shahul is a well known penceramah in Penang masjid/surau circuit. He has monthly lectures in Kedah, Langkawi and Brunei. Also he opens classes to belajar kitab2 muktabar from Ulama' every Tue and Friday after Isya at his pondok for outsiders like us. Menuntut ilmu is fardhu ain and he is generous enough to spend time until late night to teach people like us (non pondok student) pondok style education (guru, kitab, nota, soalan)

Currently Darul Tahzib is planning to expand it's school by buying a 5-acre land for a perkampungan Islam in Teluk Kumbar. This perkampungan Islam will provide free schooling and accomodation for orphanage/OKU (buta) ahli2 hafiz, rumah orang tua2, ibu tunggal and orang2 susah. Currently orang2 buta OKU Islam mendapat pelajaran di St. Nicholas untuk bermain muzik, craft, dll. There they also teach org2 buta Islam mengurut. Terdapat satu kes yang dijumpai oleh Ustaz Shahul one Hafiz perempuan mengurut kaki lelaki untuk cari nafkah. Dan tiada rumah Islam dedicated for org2 tua dan ibu tunggal. Ustaz Shahul feels that this is fardhu kifayah that somebody has to do it, or else semua umat Islam Pulau Pinang akan sentiasa di dalam dosa kerana tiada solutions for these people.

The school now needs funds to build this safe-haven. Currently it is launching a wakaf campaign of RM25/sq.ft for this land. A tax-exemption receipt will be given to contribution more than RM500 (i.e. 20 sq.fet). I'm one of the person pemegang amanah for this collection. I feel RM2000 per professional household (RM1000 per spouse) is reasonable for professionals like us in Motorola. It's 100% tax exempted anyway.

Sedekah makanan/consumable is considered sedekah sabil, i.e.one time pahala once they consume the food. Also rumah anak2 yatim usually is well fed. This wakaf donation will be considered Sedekah Jariah, i.e. the pahala will be continuous until kiamat Insya'Allah as long as people use our wakaf. Imagine we get percentage of pahala from these ahli tahfiz using our wakaf, masyallah. Allah maha pemurah.

I can bring the rombongan to go to Darul Tahzib any weekends and meet Ust Shahul at his pondok. The wakaf donation is open until end of this year. But if we want to have barakah Ramadhan, payment can be made during the Ramadhan month. I can be stationed in techno at zohor for the collection if you want.

Pls war-war kan this berita. We can tell our children that we contributed to this wakaf once it was completed Insyallah, and kita boleh singgah to attend kuliah every after prayer in the masjid in this perkampungan Islam. (there's already a donor to build a complete masjid, now we need the land) You also can sedekah jariah for this wakaf on behalf of other people, i.e parents, tok, tok wan, etc.

Thanks for your attention.

wassalam, Shamsol.

Tuesday, August 17, 2010

Wish List No. 4 - Yong Tau Foo Taiping

Wish List No 4
Assalamualaikum wbt....
...teringin nya...
...masalah nya hanya pernah ditemui yang sedap ini di taipin dan teluk intan sahaja...
hwaaa...bila nak balik rumah ne...
harap masih dijual...hwa....teringin nyer...tersangat-sangat...sangat..dan sangat...
tuh dia...
[kredit gambar - di ambil secara merambu ramba di blog orang lain - seperti sini]

Wednesday, August 11, 2010

Surah Al-Baqarah : ayat 177

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa.

(Surah Al-Baqarah : ayat 177)

Pantun Ramadhan...

Assalamualaikum wbt...

Semalam macam - macam versi pantun ramdhan diterima... hihihi...
Ada tema tetamu. ada tema anatomi vs kereta, ada tema universiti...

Terima kasih lah kawan-kawan atas ingatan itu...
Ok, Aku paste kan sebahagian nya yang menarik untuk dikongsikan...
Nanti tahun depan boleh lah kot ada yang nak paste balik... hihihi...

Pertama:
Nama saya Syaa’ban… Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaiatu REZEKI dan dua anaknya iaitu SAHUR dan IFTAAR. Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucu mereka iaitu RAHMAT, BARAKAH DAN KEAMPUNAN. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan EIDUL airlines. Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda…insya Allah… Ameen.

Kedua:
Jangan lupa RENEW LESEN MULUT,
Servis HATI
Kawal Kadar Pencemaran MATA & TELINGA
Pelihara Enjin PERUT
Tax MINDA & Cukai KESABARAN
Anda mungkin salah seorang pemenang Anugerah Malam Lailatul Qadar 2010

Ketiga:
Wahai tetamu Ramadhan, Jadikan Ramdhan sebagai UNIVERSITI yang mengajar KULIAH-KULIAH IBADAH, TUTORIAL IMAN, ASSIGNMENT TAQWA & AMALI ISLAMI.
semoga kita peroleh IJAZAH KEREDHAAN ALLAH.

Sekian, dikongsikan.
Semoga bermanfaat....

Monday, August 9, 2010

Mega Pahala - Ramadhan 1431H

Assalamualaikum wbt...
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1431H.
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mencari peluang meraih sebanyak mungkin pahala di bulan yang mulia ini.
Moga amalan kita diterima sebagai amal soleh yang bernilai di sisi Allah.
Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah kerana menyampaikan kami pada Ramdhan kali ini...
Kepada semua anda diluar sana...
Mohon ampun dan maaf atas salah dan silap saya sama ada secara sedar mahupun lalai.
...regards...
***nhhas***

sumber gambar

Ke PELIK kan di Kenduri Kawin


Assalamulaikum wbt...

Mudah-mudahan pandangan kali ini bukan bertujuan untuk smash sesiapa kerana ia adalah pandangan aku secara keseluruhan berdasarkan series of observation and discussion. Dan ingi disuarakan sebagai satu rasa TANDA TANYA...
Jangan salahkan adat menyebabkan manusia jadi kurang BERADAB.

Aku tak pastilah orang lain, tapi recently aku perasan SATU ADAT BARU (depa lah kata adat, tak pernah pulak aku dgr adat peliks tetapi berlaku ini; jadi aku kira ianya bukan adat tetapi TREND semasa sahaja – wallahualam).

Satu trend peliks yang berlaku sekarang adalah, “door gift kenduri kawin” hanya diberi kepada orang yang menghulurkan hadiah kepada mak/ayah/ tuan rumah pengantin atau hulurkan “sampul cepu emas” kepada mereka. Kalau tak hulur, dan hanya datang bersalam, maka si tetamu yang datang meraikan hari bahagia si pengantin ne tadi akan pulang dengan tangan kosong (walaupun sekadar bunga telur juga tidak diberi).

Woohoo… adat peliks apakah ini. Walaupun ada ketikanya tetamu datang terus meletakkan hadiah di meja hadiah, tetapi disebabkan tak bagi hadiah tu hand to hand kepada mak/ayah/ tuan rumah pengantin, maka juga si tetamu ne tidak akan diberi apa2. Begitu juga kalau tetamu ne datang let say, ada 5 in the family, takkan lah setiap dari family member tu kena “buat huluran”, untuk dapatkan bunga telur…
Waawww..apa sudah jadi pada fenomena masyarakat hari ini. Mungkin bukan disemua tempat, tapi dah banyak berlaku sekarang. Sangat banyak. Sudah sangat sedikit kalau kita p kenduri kawin, akan ada gadis-gadis membawa bakul berisi bunga telur/ cakes/ coklat/ apa2 lah sebagai door gift untuk diberi kepada SEMUA tetamu yang hadir dengan meletakkan di sisi tetamu semasa tetamu sedang makan atau semasa tetamu melangkah pulang.

Kadang2 doorgift nya bukanlah bekas canggih-canggih sgt, gula-gula jer pun, itu pun nak kena tunggu tetamu “hulur” gift baru tuan rumah nak bagi “doorgift” kah…

Adakah kehadiran tetamu yang hadir itu semata-mata mereka mengharapkan “bunga telur”? aku yakin tidak… tetamu bersusah payah datang ada yang dari jauh untuk meraikan pasangan pengantin baru, tapi our sense of appreciation already gone with the wind gara-gara trend peliks tetapi berlaku ini…

Bunga telur tu bukan berapa duit sgt pun… alang-alang tak mau bagi, jangan bagi terus pada semua…

Tetamu yang hadir bukanlah mengharapkan bunga telur tu sangat (rumah depa ayam tandori pun ada…)

Tetapi appreciation terhadap susah payah orang hadir tu…. Ke tuan rumah fikir, appreciation telah ter beri dengan bagi tetamu makan free???? Ayooo? Macam tu ka? Nak door gift, u all kena bagi “gift” dulu…

Haila…. Moga kita dijauhkan daripada adat-adat peliks yang menjadikan kita mengikut adat (konon) tapi jadi kurang beradab…

(tgh fikir – ada kawan cakap, KO TAK DAPAT DATANG WEDING AKU PUN TAK APA, YANG PENTING BAGI HADIAH…. Erm tgh fikir….nak pergi ke tak…nak pergi ke tak….)…huhuhu….

Friday, August 6, 2010

Kecil vs Besar




Assalamualaikum wbt...

Perkara kecil pun kita tak mampu buat apatah lagi nak buat perkara besar.

1. Kita bercita-cita "Kalau lah aku kaya, kan bagus, boleh tolong orang susa".
Masalahnya, nak terus "mula sedekah bila dah kaya". Kenapa tak boleh mulakan dengan amount yang kecil dahulu?

2. Sedekah, bukan semesti dengan DUIT. Sedekah senyum pun payah. Sedekah kata-kata yang baik yang tak menyakitkan hati orang pun payah.

Orang bertanya dengan baik, niat untuk menyapa, contoh:
Ms y: "Ms X, nak kemana pagi-pagi ne"
Ms x: "Dah bawak wallet ne takkan tak tahu lagi nak pergi mana"

oh... kenapa begitu KESAT sekali jawapan nya???
Kita memandang terlalu jauh dan tinggi dan terlupa perkara-perkara kecil. Sedangkan setiap saat dan ketika amalan kita dicatat...
Maka...mulakan dengan "SEDEKAH YANG KECIL" sebelum melangkah "SEDEKAH YANG LEBIH BESAR"...

Kalau yang kecil pun tak mampu nak sedekah, dikhuatiri bila "dah kaya" nanti, lagi rasa SAYANG NAK SEDEKAH harta yang pada hakikatnya adalah milik Allah jua...

So let's start with simple SEDEKAH i.e. SENYUM

Thursday, August 5, 2010

Lagi byk beli makanan

Assalamualaikum wbt...

Lagi puasa…lagi byk beli makanan….hihihi…pastu byk buang makanan….pembaziran....huhuhu

Jumpa artikel neh...

Markets in Muslim lands rally during Ramadan-study
On Wednesday 4 August 2010, 4:22 SGT
* Stocks in largely Muslim nations outperform in Ramadan
* Researcher cites greater optimism during the month
By Scott Malone

********************************************************************************
BOSTON, Aug 3 (Reuters) - Ramadan, the holiest month of the Islamic calendar marked with fasting and prayer, is also an uplifting time for stock markets in predominantly Muslim countries, according to a study by the University of New Hampshire.
Stock markets in Oman, Turkey, Kuwait, United Arab Emirates, Qatar, Pakistan, Jordan, Egypt, Morocco, Tunisia, Malaysia, Bahrain, Indonesia and Saudi Arabia generated average returns of 38 percent during the month of Ramadan over the years 1989 through 2007, according to the report compared with their average 4.3 percent returns the rest of the year.
Ahmad Etebari, a professor of finance at the university in Durham, New Hampshire, who was lead researcher on the study, said he was surprised by the finding.
"Fasting is quite an ordeal during those long summer days in the Middle East," said Etebari, who was born in Iran. "I expected to see the opposite."
Since Ramadan is determined by a lunar calendar, its starting date varies from year to year. Etebari found that the markets he analyzed performed strongly, regardless of the timing of Ramadan.
Etebari concluded that the rally resulted from greater optimism during Ramadan. "This is behavioral," Etebari said. "It stems from psychology."
Observance of Ramadan is expected to start on or about Aug. 11 and finish on or about Sept. 10.
In the Middle East, Dubai's main index <.DFMGI> and Abu Dhabi's benchmark <.ADI> are both down so far this year, while stocks in Indonesia <.JKSE>, an officially secular country that has the world's largest Muslim population, are up about 20 percent.
"The implication of our find for investors is obvious," Etebari said. "Investors seeking fast profits in the Muslim world should try to profit from the fast." (Reporting by Scott Malone)


Pesta Makan Buah

Assalamualaikum wbt...
Sapa nak ikut p makan buah-buahan tempatan... Makan ramai-ramai, bayar sendiri-sendiri okek....hihihi...


Tuesday, August 3, 2010

Islam Way of Life

Assalamualaikum wbt...
Perkara yang comel dan bermanfaat perlu dikongsikan di SINI