Pages

Wednesday, August 11, 2010

Pantun Ramadhan...

Assalamualaikum wbt...

Semalam macam - macam versi pantun ramdhan diterima... hihihi...
Ada tema tetamu. ada tema anatomi vs kereta, ada tema universiti...

Terima kasih lah kawan-kawan atas ingatan itu...
Ok, Aku paste kan sebahagian nya yang menarik untuk dikongsikan...
Nanti tahun depan boleh lah kot ada yang nak paste balik... hihihi...

Pertama:
Nama saya Syaa’ban… Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi bersama isterinya iaiatu REZEKI dan dua anaknya iaitu SAHUR dan IFTAAR. Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucu mereka iaitu RAHMAT, BARAKAH DAN KEAMPUNAN. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat penerbangan EIDUL airlines. Hargai mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda…insya Allah… Ameen.

Kedua:
Jangan lupa RENEW LESEN MULUT,
Servis HATI
Kawal Kadar Pencemaran MATA & TELINGA
Pelihara Enjin PERUT
Tax MINDA & Cukai KESABARAN
Anda mungkin salah seorang pemenang Anugerah Malam Lailatul Qadar 2010

Ketiga:
Wahai tetamu Ramadhan, Jadikan Ramdhan sebagai UNIVERSITI yang mengajar KULIAH-KULIAH IBADAH, TUTORIAL IMAN, ASSIGNMENT TAQWA & AMALI ISLAMI.
semoga kita peroleh IJAZAH KEREDHAAN ALLAH.

Sekian, dikongsikan.
Semoga bermanfaat....

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)