Pages

Friday, March 15, 2013

Siapa tak mahu cantik – sila angkat tangan

Assalamualaikum wbt...

Hmmm betul, siapa ya yang tak mahu kelihatan cantik. Pasti terbit rasa bangga kalau berjalan ada mata-mata yang mencuri pandang. Itu mungkin bagi sesetengah individu. Kenapa pulak hari ne tiba2 rasa nak tulis pasal cantik ya. Hihihi… (seperti biasa mukadimah pasti panjang dan tah hapa2. Kalau sabar, teruskan pembacaan).


Hmmm aku sangat meminati photography. Suka mengambil gambar pemandangan yang cantik, gambar bersama rakan dan keluarga tatkala keluar beraktiviti bersama dan gambar anak2 saudara yang comel dan suka buat macam2 gaya yang boleh mendatangkan sayang dan rindu tiap kali menatapnya. Dan bila pulang, berkongsi gambar dengan rakan, pasti akan timbul komen2 comel seperti ini (contoh jerlah);

“ei…buruknya gambar aku…”
“ei… nape mata aku terpejam”
“hah gambar ne jangan letak atau tag dalam FB or blog ya… tak suka gambar ne”

Hihihihi… ini sebahagian lah dari komen yang diterima tiap kali gambar2 tu dipulangkan. Tapi komen dari cik na baru2 ne paling best masa aku kongsikan gambar2 pemandangan ketika di Taman Botani bersama beliau pada hujung minggu lepas.


Da, boleh tak saya nak ambil gambar pemandangan yang awak tangkap ne jadikan cover buku”….


Hihihi… terkejut lah jugak, nak dijadkan cover buku pulak tu… hihhi tak sangka pun gambar “bodo-bodo” tu pun boleh mendapat tempat. Tak apa lah, walau itu sekadar cadangan beliau – belum tentu boss nya approve, tapi macam terharu pulak ada orang appreciate gambar yang diambil (tak touch-up guna “sabun cap photoshop” pulak tu)… hihihi… Alhamdulillah… Itu semua Allah yang anugerahkan…

Tak apa lah my dear fren, gunakan sahaja, semoga bermanfaat. :)

Hmm cerita tentang sabun cap photoshop ne, sebenarnya serba salah juga nak tulis, tapi tak apalah. Nak tulis juga… hihihi… harap tiada yang tersinggung kerana ini sekadar pandangan peribadi base on observation and discussion bersama beberapa orang rakan.

Penangan sabun cap photoshop ne ada kalanya aku rasa melampau lah juga. Cantik memanglah cantik tapi cantik sehingga hilang originality gambar asal, ada makna ke? kita yang memandang, walaupun itu gambar kita, tak rasa ke macam kita menipu diri sendiri. Hihihi… aku ingat lagi gambar konvokesyen yang diambil 4 tahun lalu. Punyalah cantik kedai tu touch-up sampai aunty tu gantung buat display dan aku suruh dia turunkan. Melampau betul cantiknya sampai dah rasa “itu bukan aku”…

Touch-up sikit2 buang parut ke hapa, boleh lah dipertimbangkan lagi, tapi kalau daripada berkulit gelap menjadi cerah seperti penangan fair n lovely, macam erm tak best lah bagi aku. Mungkin ada yang rasa nak counter attack,
biar lah, kiteorang nak gambar kiteorang cantik. Sedap mata memandang”.Iye,ke? kalau begitu teruskan sahaja. Kalau sanggup menipu dan ditipu. Sila kan… anda tahu siapa diri anda. Hihihi…

Aku berpandangan, kita terlalu mengejar kecantikan fizikal, terlalu mendambakan pujian orang sekeliling, sehingga kita lupa apakah kecantikan sebenar sebagai seorang muslim yang sejati. Pernah tak kita terdetik dalam hati bila sedang bersiap2 solek segala bagai nak keluar rumah, menjaga penampilan supaya cantik dipandangan mata yang memandang, adakalanya kita lupa nak bertanya;
“ne penampilan aku ne, Allah redha ke tidak ne. tiap langkah yang diatur, malaikat kiri dan kanan catat apa ne”.pernah tak terlintas dihati : “aku rasa aku puas hati dah dengan penampilan hari ne, tapi bagaimana kepuasan pada syariatullah.”
Pakaian, make-up demi menjaga penampilan, jangan sampai jadi fitnah pada Islam dan perlu juga menjaga syariatullah. Biar cantik dipandang mata, cantik juga disisi Pencipta kita. Cantik tu bukan sekadar fesyen dan gaya, bukan untuk memukau mata si jejaka, tetapi cantikkanlah diri kita dengan akhlak dan peribadi mulia, sopan bersulam malu dijiwa kerana jati diri muslimah sejati adalah untuk menarik cinta dan kasih Ilahi. Kecantikan luaran hanya sementara, kecantikan jiwa dan iman yang lebih utama dan perlu dipantau setiap masa. Jika indah pada pandangan manusia, moga2, lebih indah iman dan taqwa yang dipandang Pencipta kita…Ameen...

Yang halal itu jelas, yang haram itu juga jelas. Allah dah turunkan guideline sebagai panduan hidup kita. Tinggal lagi, kita yang menentukan pilihan mengikut citarasa iman dan ilmu di dada dan kepala.
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat” ( Surah Al-A’raaf: ayat 26 )
Tidak kurang yang mendakwa, dengan pakaian cantik dan tampil bergaya, wanita memiliki keyakinan yang lebih untuk berdepan dengan suasana. Benarkah itu yang tersemat dijiwa? Benarkah? Selamat bermuhasabah... adakah sebenarnya kita malu untuk keluar dengan gaya "biasa-biasa sahaja?"
Adakalanya berpenampilan dengan kononnya fesyen muslimah, adakah ikhlas untuk mendapatkan redha Allah? atau malanglah kiranya si pemakai tatkala hatinya sebenarnya masih dahagakan pujian manusia.Justeru, busana muslimah yang disarung hanyalah kosmetik untuk kelihatan sopan semata-mata, bukan jujur untuk menjalankan perintah Yang Maha Esa.

Tertarik dengan satu firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 33:
Maksudnya : “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah salat, tunaikanlah zakat dan taatilah ALLAH dan Rasul-NYA. Sesungguhnya ALLAH bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”

Yang dikalerkan dibawah ne (point 1 - 8), aku copy paste dari emel kak Ina;

Ciri-ciri yang digariskan di dalam Islam, berpandu al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW ialah :
1. Menutup aurat sebagaimana sabda Baginda : Telah berkata Aisyah RA “Sesungguhnya Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi SAW dengan memakai pakaian yang nipis. Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya
2. Tidak nipis sehingga nampak bayangan tubuh badan dari luar. Rasulullah SAW menegaskan di dalam sabda Baginda yang bermaksud :“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah, kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh” (Riwayat Muslim).

3. Tidak ketat atau sempit, tetapi longgar dan selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh terutama bahagian dada dan pinggul wanita, yang mengiurkan nafsu lelaki, mengecurkan keinginan syahwatnya dan seterusnya dapat menutup aspek kehaiwanan dari golongan itu.
4. Warna pakaian itu suram, tidak garang dan tidak terlalu terang. Tidak menyerlah atau menyilau pandangan, sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya ( terutama pakaian seperti jubah atau abaya). Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi SAW ketika mereka keluar rumah adalah berwarna hitam.
5. Tidak sekali-kali memakai bau-bauan yang harum, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu lelaki. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai zaaniyah, iaitu pelacur atau penzina. “Wanita apabila memakai wangi-wangian, kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini ( iaitu pelacur ). ” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
6. Tidak menyerupai ( bertasyabbuh ) dengan pakaian lelaki iaitu tidak meniru–niru atau menyerupai pakaian lelaki. Ibnu Abbas RA berkata: “Rasulullah SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki” (Riwayat Bukhari).
7. Tidak bertasyabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik.
8. Pakaian itu bukanlah bertujuan untuk libasush-shuhrah, iaitu untuk bermegah-megah. Menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan gaya.
Sebagai guideline:
Allah telah berfirman menerusi Surah An-nur ayat 31;
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Dan lagi firman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." ( Surah al Ahzab ayat 59 ).
Wallahualam….
Ditulis bagi peringatan diri ini yang selalu lupa… Moga2 menjadi hamba Nya yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Nya…. Moga-moga Allah anugerahkan kita hati yang tunduk patuh pada perintah Nya.
Ameen.


...nhhas...
Penulisan asal pada
16 Disember 2010
10:37am

2 comments:

  1. :) ne kalau blh bagi award ne, ko le pengunjung setia blog terbengkalai haku neh...hihihi

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)