Pages

Monday, January 3, 2011

Wish list no. 6: Memorial Visit ke Parit Buntaq

Assalamualaikum wbt

Sebenarnya nak buat tajuk wish list no. 6: Memorial Visit ke Parit Buntaq.

Aku rindu teramat sangat nak ke PB semula. Peluang yang tercipta tempoh hari - for the reunion tak dapat dipenuhi kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan i.e. ayu bertugas haritu. dah janji dengan dia, dan aku tak suka last-last minit tukar plan. jadi aku duduk rumah jer minggu tersebut. Insya Allah ada kesempatan aku nak menjejak kaki ke PB. Dan lebih manis lagi kalau dapat pergi bersama-sama rakan yang dikasihi dan dirindui. aku masih ingat pada fathiah, liza, ayu, check, wahidah, dan zanaaaaa.... yeay baru minggu lepas dapat jumpa zana...gembira sangat, alhamdulillah.... (errrr....sebenarnya ne jer kawan yang aku ingat...hehehe)

dua minggu lepas, berpeluang balik ke TI, (dah lah balik naik bas, mentang2 lah ada bas dar putrajaya direct ke TI, tapi mmg serik... kalau boleh memang tak mau naik bas tu lagi.... waaaaa.... dia pusing 2 jam dalam KL baru nak keluar... perjalanan TI-PTRJAYA yang cuma 3 jam dah jadi 5 jam..... adei lah... tak apa...kita lupakan kisah bas itu...

sampai jam 2 pagi, abah yang jemput... pagi esok nya (Sabtu) - breakfast bersama Zana-kawan lama masa skolah rendah (darjah 1-4)... hehehe... Thanx Zana, belanja aku breakfast...

lama tak borak dengan zana, menyebabkan breakfast nya jadi panjang. sebenarnya boleh dipanjangkan kepada lunch tapi memandangkan zana nak ke ipoh dan aku pun perlu bersiap untuk ke kenduri Om dan kemudiannya pulang ke putrajya, maka disingkatkan pertemuan itu. mudah2 an Allah izinkan kita bertemu lagi... Insya Allah...

Berjumpa dengan zana, membuatkan aku berasa rendah diri dan insaf, betapa aku amat-amat mensyukuri segala nikmat yang Allah anugerahkan buat aku... terlalu banyak Ya Allah...
Aku bersyukur pada mu Ya Allah... Jangan sesekali Kau jadikan aku hamba yang tidak bersyukur Ya Allah.... aku tidak mahu... Cukuplah Engkau bagi ku Ya Allah... Cukup lah cinta Mu buat hamba mu yang serba dhaif ini dan amat mengharapkan Mu Ya Allah...
Terima Kasih Ya Allah untuk segalanya.... Alhamdulillah....

Nota:
Hatinya telah sejuk kembali...
Alhamdulillah... Thank you Allah...


Kepada anda... thank you for the chocolate and guide and erm, nasi goreng jam 2 pagi...hehehe... mama khutbah 3 hari straight pasal chocolate tu... hehehe... thank you ... May Allah rewards you with the best rewards, Insya Allah...

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)