Pages

Tuesday, March 15, 2011

Khalifah Umar Abdul Aziz


Pada suatu hari beliau ke pasar membeli dua buah pelita. Satu adalah bagi kegunaan peribadi dan keluarganya manakala satu lagi adalah bagi kegunaan negara/ kerja-kerja berkaitan urusan negara. Pada setiap malam beliau memasang pelita kegunaan peribadi bagi membaca dan menulis. Apabila menjalankan urusan negara, baru beliau memasang pelita yang satu lagi. Sehingga ada satu kisah, pada satu malam, seorang jiran datang bertandang ke rumah beliau, dengan segera beliau memadamkan pelita yang sedang digunakan dan menyalakan pelita yang satu lagi.

Apabila ditanya oleh jirannya: "mengapa tuan padamkan pelita tadi dan menyalakan pelita yang lain".

Jawab beliau "Pelita yang tadi kepunyaan kerajaan dan saya hanya gunakan apabila menjalankan urusan rasmi. Pelita yang baru dipasang ini kepunyaan peribadi dan keluargaku. Saya tidak boleh gunakan pelita kerajaan bagi urusan peribadiku".


Ketahuilah beliau yang dimaksudkan adalah Khalifah Umar Abdul Aziz atau
Nama sebenarnya ialah Abu Jaafar Umar bin abdul Aziz bin Marwan bin Hakam bin Ash bin Umaiyah bin Abdi Syams. Ibunya bernama Laila Ummu Ashim binti Ashim bin Umar al-Khatab (Khalifah al-rashidin yang ke-2). Ini bermakna Khalifah Umar Abdul Aziz adalah cicit(keturunan) kepada Khalifah Umar al-Khattab.

Menurut buku yang aku baru sahaja selesai membacanya ini "Umar Abdul Aziz; Bayangan Khalifah al-Rasyiddin", karangan Abdul Latip Talib. Umar Abdul Aziz dilahirkan di Halwan pada tahun 61H (683M), tetapi kebanyakan pendapat yang popular mengatakan beliau lahir pada tahun 63H (684M) di Kota Madinah ketika tentera Yazid bin Muawiyah dari Damsyik menyerang kota suci itu. Beliau wafat pada tahun 101H.

Banyak kisah yang dipaparkan walaupun tidak secara detail, tetapi ianya ternyata memberi kesan yang kuat buat aku. Betapa dalam hal sekecil "pelita" pun Khalifah Umar Abdul Aziz begitu berhati-hati, takut-takut ter guna sesuatu yang bukan haknya. Tapi kita pada hari ini (peringatan buat diri sendiri), terlalu banyak perkara/ barang yang bukan milik/ hak kita, yang seringkali kita abaikan dan menggunakannya sesuka hati untuk tujuan peribadi sama ada kita sedar atau pun tidak. Tak payah pergi jauh, cukup sekadar kita pergi kepada stationary yang dibekalkan untuk kegunaan pejabat, tapi antara sedar dengan tidak, sengaja atau tidak, kita kerapkali ter gunakannya untuk tujuan peribadi. Benar, bukan niat kita nak "mencuri" pen pejabat, tapi lantaran kita yang menganggap remeh perihal pen yang kita anggap terlalu kecil itu, ianya akhirnya menjadi rutin yang berpanjangan sepanjang tempoh perkhidmatan. Benar, its not a big deal, mungkin ada yang akan berkata "pen aje, bukannya mahal sangat. tempat kerja kita tak berkira pun". tapi hakikatnya ia tetap bukan milik kita. Mungkin tanpa kita sedari, dek kerana menggunakan pen itu menyebabkan catatan2 nota kuliah/ilmu yang kita catatkan, tidak memberi kesan di hati lantaran kurangnya keberkatan kerana menggunakan sesuatu yang bukan menjadi hak kita.

Itu baru pen. Macam mana dengan "menggunakan kemudahan internet di tempat kerja yang sepatutnya menjadi medium kita mencari bahan yang dapat memberi pulangan yang positif kepada tempat kerja, sebaliknya kita gunakan untuk tujuan peribadi seperti facebook-ing, blog-ing, YOuTube-ing, etc. etc. etc...

Astagfirullahaladzim... Banyak nya kelalaian yang kita dah buat antara sedar atau tidak, sengaja mahupun tidak...

Ya Allah... mudah2 an ada secebis keampunan Mu buat hamba Mu yang lalai ini.

Mudah2 an menerusi pembacaan kisah Umar Abdul Aziz, dapat memberi kekuatan kepada aku untuk bermuhasabah dan kembali "memimpin" diri. Umar Abdul Aziz menjadi khalifah kepada dirinya sendiri sebelum beliau menjadi Khalifah Bani Umaiyah yang menjadi pemimpin negara Islam yang begitu dihormati dan disayangi oleh orang ramai.
Beliau memilih untuk menjadi khalifah kepada diri sendiri tatkala orang lain berebut menjadi KHALIFAH yang mentadbir negara. Sesungguhnya orang yang tidak mampu memimpin dirinya sendiri tidak akan mampu memimpin orang lain apatah lagi memimpin sebuah negara.

Betapa adilnya Khalifah Umar Abdul Aziz ini sehingga Hassan al- Qishab berkata "Aku melihat serigala diternak bersama sekumpulan kambing pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz". (maknanya, serigala tu boleh aman tanpa mengejar dan membaham kambing).

Betapa makmurnya kehidupan rakyat di zaman pemerintahan beliau sehingga 'Umar bin Asid' berkata "Demi Tuhan, Umar bin Abdul Aziz tidak meninggal dunia hingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki itu berkata kepada orang ramai "Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada siapa yang mahu menerimanya kerana semua sudah kaya. Sesungguhnya Umar Abdul Aziz menjadikan rakyatnya kaya raya".

Hakikatnya, betapa zuhud dan amanahnya beliau sehingga Abdul Rahman bin Qasim bin Muhammad berkata "Saya melihat Khalifah Umar bin Abdul Aziz meninggal dunia dengan meninggalkan 11 orang anak lelaki. Namun harta yang ditinggalkannya cuma 17 dinar sahaja. Lima dinar digunakan bagi membeli kain kafan, dua dinar belanja tanah perkuburan dan sepuluh dinar lagi dibahagikan kepada 11 orang anaknya".

Allahuakbar... Dimanakah kedudukan kita pada hari ini...

Sesungguhnya aku amat takut untuk menghadapi hari-hari seterusnya kerana khuatir sekali di mana kedudukan aku di sisi Allah... Betapa banyaknya kelalaian dan kekhilafan yang di lakukan...
Mudah-mudahan Allah beri kekuatan untuk berubah kepada jalan Nya. Mencintai Nya dan di cintai Nya.
Masa yang ada aku rasakan semakin suntuk, untuk aku kejarkan betapa banyaknya ilmu yang masih belum aku pelajari, betapa banyak nya kisah Rasulullah SAW yang belum aku telusuri. Betapa banyaknya ajaran Nabi SAW yang belum aku amalkan. ajaran al-Quran yang belum aku praktikkan.

Macam mana nak duduk dekat dengan NAbi SAW diakhirat nanti kalau kita tak kenal Nabi, macam mana nak harapkan di akhirat kelak Rasulullah SAW melemparkan senyumannya kepada aku, kalau aku tak kenal baginda, tak kenal kaum keluarga baginda, tak kenal sahabat2 baginda, tak amalkan sunnah baginda...
Allahuakbar.... Aku takut...

Masa seakan-akan sudah terlalu suntuk memburu aku...
Allah... adakah kesempatan buat diriku... Adakalanya bila membaca terjemahan Al-Quran, yang menceritakan penyesalan orang kafir yang minta dikembalikan semula ke dunia untuk mentaati Allah lantaran kekafiran mereka ketika di dunia dulu mengundang musibah di akhirat,

Aku jadi gerun. Aku jadi takut. kerana 20 tahun nikmat usia yang Allah kurniakan ini, sudahkah aku gunakan seperti yang sepatutnya yakni "menjadi khalifah Nya". Sudah tertunaikan ikrar ku usai bacaan doa iftitah yang di baca sekurang-kurangnya lima kali setiap hari "sesungguhnya solatku, hidupku dan matiku hanya lah untuk Allah".... Benarkah sudah kita praktikkan? Sama2 lah kita bemuhasabah... Moga2 Allah mengampunkan kita daripada apa yang kita tahu dan tidak tahu. Moga2 Allah bagi kita peluang untuk kembali kepada Nya dalam keadaan yang suci bersih.

Sedikit sedutan daripada buku yang aku baca ini pada muka surat 200; memetik kata-kata Khalifah Umar Abdul Aziz:
"Sembahyang itu tiang agama. Mereka yang tidak bersembahyang itu seperti meruntuhkan agama. Sembahyang itu juga mencegah seseorang itu melakukan kejahatan. Oleh itu saya perintahkan gabenor dan hakim mesti bersembahyang. Begitu juga dengan anggota tentera. Malah banduan juga diwajibkan bersembahyang dengan harapan mereka berubah menjadi baik. Apabila pemerintah baik dan rakyat juga baik, maka terciptalah negara yang aman dan makmur serta dicucuri rahmat Allah SWT"

wallahualam...

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)