Pages

Saturday, August 6, 2011

Projek Ramadhan Palestin


Mari ramai - ramai bersedekah membantu mereka berbuka puasa dan berhari raya.
Boleh salurkannya menerusi Aman Palestin
1st round dah hand over tu aman palestin...
kalau masih ada yang berhajat, silalah...
boleh bagi direct to aman palestin, dan boleh juga bagi menerusi saya. Insya Allah.
(saya bukanlah anggota AP dan aman palestin pun tak pernah lantik saya untuk kutip,  tapi saya dan team, sering buat collection dan menyalurkannya menerusi aman palestin,).
kalau readers ada saluran lain yang diyakini dan dipercayai, teruskan juga ya....

semoga ramai yang mendapat manfaat dan kita pun mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah swt.

Macam yang pernah cakap, aman palestin pun ada macam2 projek yang berlangsung sepangjang tahun.
Readers boleh:

1. Taja anak yatim (buat masa sekarang RM150.00 per anak yatim)
boleh hubungi mereka direct or nak join saya dan team pun boleh... Kami pull collection beberapa orang dan taja anak yatim sekadar yang kami mampu.
(mudah2 an ini bukan untuk "tunjuk bagus", tp nk maklumkan, AP ada pgm ne, dan ramai yang dah join, a.k.a boleh dipercayai, jadi tak perlu khuatir)

2. Tajaan pelajaran (yang ne saya tak berkesampatan join buat masa ne, mungkin boleh call AP for details)
3. Tajaan pembinaan hospital.
4. Tajaan Umum.

semua maklumat ne boleh browse thru laman web AP
atau call jer nombor yang tertera.
Pejabat mereka di Bandar Baru Bangi.

saya pernah membaca hadis dibawah ini (tapi tak pasti hadis sahih atau bagaimana, belum kaji), tapi ianya menguatkan semangat saya untuk membantu rakyat palestin....

Sebuah hadith daripada Mu'az bin Jabal bahawa Rasulullah s.a.w. menegaskan dengan maksudnya:

"Allah Maha Besar akan memberi kamu kekuatan untuk menawan Asy-Syams (Palestin) selepas kewafatanku. Orang laki-laki dan wanita akan bertahan di sana sampai kiamat. Sesiapa di kalangan kamu yang memilih salah satu dari pantai-pantai Asy-Syams (termasuk Gaza) atau Baitul-Mukaddis adalah mereka itu berada di dalam jihad sehingga hari pengadilan".

Hadith daripada Abi Umamah Al-Bahili bahawa Rasulullah s.a.w. mengingatkan dengan maksudnya:

" Sekumpulan dari kalangan umatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh-musuh mereka dan orang-orang yang menentang mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian. Para sahabat bertanya; "Di manakah mereka hai Rasulullah?.

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Di Baitul-Mukaddis dan kawasan sekelilingnya".

(Riwayat Abdullah bin Ahmad dan At-Tabarani)

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)