Pages

Friday, September 30, 2011

Top three leadership qualities

A 2008 study conducted by the Economist Intelligent Unit, entitled Growing Global Executive Talent, showed that the top three leadership qualities that will be important over the next five years include:
1.the ability to motivate staff (35%);
2.the ability to work well across cultures (34%);
3.and the ability to facilitate change (32%).
The least important were technical expertise (11%) and "bringing in the numbers" (10%)”
P/s: kan dah ckp hari tu ...
Leadership is not just about telling others to do a good job.  It is about ensuring that subordinates have the capabilities and opportunities to do a good job.  This means that, among other leadership qualities, leaders must also possess supervisory skills. The key to being an effective leaders lies in the ability to influence and inspire employees and work teams. Successful supervision is about better understanding of self and others

Tuesday, September 27, 2011

Saree - for sale

Saree ne dari india.
makcik p conference haritu, so beli saree...
ne ada yang vouge cantik superb...
ada yang berkenan tak?
harga nya 8ribu rupee ++.
convert malaysia ringgit = rm550.00

roger lah kalau berminat.
ada 1 jer lagi tinggal

Patah Lagi

patah untuk kali kedua.
cermin ne sahaja dah buang duit aku +-rm600.
 maka untuk itu, kita bertukar kepada versi skema + makcik tua.
tak kesah lah


Tuesday, September 20, 2011

Checklist 1 - Done; Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.... Syukur sangat alhamdulillah.... segala puji selayak nya untuk Allah yang Maha Berkuasa. Maka benarlah janji Allah...tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Surah 94: alam nashrah.... Ayat 5 hingga 8

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5)

(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7)

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (8)

Sungguhpun 4 liang injection kena hari ini, menahan diri dari nak mengamuk dan bakar KKP, 3 kali masuk TH Putrajya, buat muka seposen g imigresen... Alhamdulillah... Semua selesai... walau pun dengan titisan air mata...

sungguh... tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
Put trust on Allah.

Terima kasih Allah...

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain...

p/s: makanya... moh ler huda weih, siap kan keje mike sebelum berangkat yer...


Thursday, September 15, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah....

Terima kasih Allah...

Ya Allah HambaMu datang menyahut panggilanMu,
Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu,
hambaMu datang menyahut panggilanMu,
Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu,
hambaMu datang menyahut panggilanMu,
sesungguhnya segala pujian,
nikmat dan pemerintahan adalah KepunyaanMu tidak ada sekutu bagiMu

Wednesday, September 7, 2011

Kalau Anda Seorang BOSS

Assalamualaikum wbt....

BOSS = Buat Orang Susah Selalu

Erm,  nak ke kalau anda ne seorang BOSS, dan dilabel oleh anggota seliaan anda sebagai seorang yang Buat Orang Susah Selalu ? Mesti lah tak nak kan.

Jadi kalau anda jadi BOSS, bukan sekadar anda perlu TUNJUK BAGUS dihadapan BOSS anda dan anggota anda,  tapi anda mesti berupaya untuk INSPIRE anggota anda untuk JADI BAGUS dan HEBAT.

Kalau anda seorang sahaja yang bagus,  penat tau nak buat kerja.  Dan asyik kena sabotaj dengan staff.  Nak ke macam tu?

Jadi, INSPIRE lah orang sekeliling anda untuk jadi orang yang bagus,  sekurang-kurangnya mereka tahu mereka BUKAN BEKERJA untuk anda,  tapi mereka bekerja kerana Allah dan mereka sebenarnya orang yang bagus dan HEBAT.

Moral - jangan PERASAN BAGUS SANGAT.

Monday, September 5, 2011

Selepas Raya Ini

Assalamualaikum wbt....

Hmmm selesai sudah seminggu bercuti puasa dan seminggu bercuti raya... Hmmm bercuti sakan aku tahun ini. Alhamdulillah. Allah permudahkan.  Apa pencapaian cuti lama2 ne? Biarlah rahsia.  Yang pasti sebijik kek pun aku tak buat... hahahaha...  padahal dah keluarkan semua bahan dan peralatan.  Penyudahnya tersadai di kabinet dapur sehinggalah aku balik semalam.   Adei.  Kenapa tak buat?  Biarlah rahsia.
Insya Allah,  hujung minggu nanti aku buat.  Nak kena membalas bekas kak aton dan en.raja yang aku pinjam semasa majlis sambutan puasa tempoh hari (ha sebulan pinjam buat harta kat rumah... hahaha)...
Insya Allah akan buat juga kek...atau kalau paling sempoi pun, aku balasi juga dengan kek lapis sarawak ku, atau aku beli jer lah kek apa2 nnt (ok beli ne adalah pilihan terakhir, yang kalau boleh tak nak masuk dalam senarai pun.... pemalas sangat duh...)