Pages

Monday, September 5, 2011

Selepas Raya Ini

Assalamualaikum wbt....

Hmmm selesai sudah seminggu bercuti puasa dan seminggu bercuti raya... Hmmm bercuti sakan aku tahun ini. Alhamdulillah. Allah permudahkan.  Apa pencapaian cuti lama2 ne? Biarlah rahsia.  Yang pasti sebijik kek pun aku tak buat... hahahaha...  padahal dah keluarkan semua bahan dan peralatan.  Penyudahnya tersadai di kabinet dapur sehinggalah aku balik semalam.   Adei.  Kenapa tak buat?  Biarlah rahsia.
Insya Allah,  hujung minggu nanti aku buat.  Nak kena membalas bekas kak aton dan en.raja yang aku pinjam semasa majlis sambutan puasa tempoh hari (ha sebulan pinjam buat harta kat rumah... hahaha)...
Insya Allah akan buat juga kek...atau kalau paling sempoi pun, aku balasi juga dengan kek lapis sarawak ku, atau aku beli jer lah kek apa2 nnt (ok beli ne adalah pilihan terakhir, yang kalau boleh tak nak masuk dalam senarai pun.... pemalas sangat duh...)

Hmmm...  Mujahadah Ramadhan telah berakhir,  mudah2 an kita semua istiqamah dengan ibadah sehingga bertemu ramadhan lagi...
Mujahadah bertadarus al-quran,
menjadi pencinta Al-quran,
menjadi pencinta majlis ilmu,
menjadi pencinta rumah Allah, 
meneruskan solat-solat sunat,
bersedekah dan berwakaf,
amalan berqiamulail,
berpuasa sunat, 
disamping sentiasa menambah baik kualiti ibadah fardu kita (solat, zakat, kerja),
menahan diri dari mengumpat dan perkara sia-sia, 
menahan diri dari marah dan
bermujahadah untuk jadi hamba yang Allah sayang. 
Insya Allah.

Hmmm Mujahadah nak melengkapkan puasa 6 hari dibulan Syawal juga nampaknya tidak mudah.  Banyak sebabnya.  Open house, kenduri kawin, kesihatan... Mudah2 an Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk menyempurnakannya...  Mohonlah kepada Allah dengan sebenar-benar permohonan.  Jangan biasakan diri sendiri dengan alasan-alasan remeh yang kita ciptakan sendiri untuk menghalalkan KEMALASAN kita.... nauzubillah.
Ingatlah... Jika kita ingat Allah, nescaya Allah akan lebih ingat kepada kita. Insya Allah.

Selepas ini nampak gayanya sibuk persiapan haji pula lah ya bagi yang bakal menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

Moga-moga Allah kurniakan ilmu yang luas dan mencukupi serta ilmu yang benar dan sahih, kesihatan dari sebarang penyakit, kecukupan perbelanjaan yang halal, dan kesempatan masa mengerjakan ibadah haji, umrah dan ziarah yang mabrur, dan mudah2 an amanah dalam pekerjaan yang bakal ditinggalkan telah disemupurnakan sebaik mungkin.

Raya tahun ini,  aku bertemu dengan dua rakan sekolah semasa disekolah rendah dan menengah yang aku dah tak kenal mereka.  Malu betul sebab orang kenal aku dan aku tak kenal diaorang.  Nampak sungguh tidak sopan.  Pada hari raya pertama tak balik rumah opah sebab ayah nak raya kat TI je, so kami beraya di rumah sepupu opah iaitu opah su kat padang tembak.  Pastu semasa nak balik rumah, kena melalui rumah anak angkat opah su.  owh rupa2 nya anak angkat opah su tu, anaknya satu sekolah dengan aku.   Muka selamba yaya jer aku kata tak kenal kot anak makcik tu, sekali bila anak dia keluar,  terus anak dia sebut...."lah huda ke.... memanglah kenal.  mana boleh tak kenal"  (aku bajet anak dia tak kenal aku... hahahaha) seriously memalukan...  teruk betul daya ingatan aku nak kenal orang ne.... lama2 bila dah sembang kat luar rumah tu, heh aku dah ingat dah dia.... weih masa skolah dulu orang nya kurus dan kecik jer... ne dah jadi bapak orang, dia pun dan besar banyak dari zaman skolah dulu. wife dia pun sangat baik dan comel.... hehehehe.
ok satu cerita tentang jumpa kawan lama.

kemudian,pada hari raya ketiga, kami sekeluarga balik kampung abah,  dan menghadiri perkahwinan sepupu di manjung.  masa tengan tunggu abah berborak bergosip sakan dengan sedara mara nya,  aku, boy n adek lepak buang masa sambil minum air bergelas-gelas.  tiba2 mama tengah sembang dengan seorang makcik yang "vouge".  dan mama tanya... "ingat tak siapa ne?"
dalam hati,  rasa macam biasa tgk, tapi tak ingat siapa.... rupa2nya guru yang paling tidak menyukai aku dan aku pun tak suka dia masa skolah dulu... panjang kisahnya.
mula2 rasa macam tak nak salam,  tapi tiba2 terlintas dalam hati,  "eh eh... sombongnya kau huda,  dah rasa diri tu hebat sangat ke nak jadi orang biadap ne.  Bukan ke kita ne hebat kalau kita dapat menahan diri dari membalasi perbuata buruk orang terhadap kita"....
maka, terus berdiri dan p bersalam.  ishishish... moga Allah ampunkan kelalaian aku itu.

pastu "makcik" a.k.a cekgu kat skolah lama aku tu (dia tak pernah mengajar aku pon),  suh anak dia jumpa aku.... hahaha.... ein.... aku lupa ein anak dia....  ein lah antara penyebab kenapa permusuhan ini semua berlaku (ewah... pandai pulak aku nak salah kan orang)....
tapi sebenarnya aku dengan ein dah berdamai semasa meninggalkan sekolah menengah dulu.  pastu aku dah tak jumpa ein dah walau pun kitaorang belajar dan bekerja di negeri yang sama.
masa jumpa ein pada raha ke-3 tu, memang nampak ein dukung seorang budak comel rambut blonde, tapi aku tak cam itu ein sebab muka dia memang lain sungguh berbanding zaman skool... memang sangat lain.  dia kelihatan lebih tua dari usia dia sebenar dan kelihatan tak sihat.  tapi anak n wife dia sangat comel...

ok habis kat situ kisah kawan skolah lama yang aku jumpa.

raya ne juga,  kami kehilangan 2 orang yang rapat dengan keluarga.

 pada hari raya pertama,  petang lepas asar, kami ke rumah tok sahak (a.k.a atok boy)...
masuk jer bagi salam, anak tok yang sambut,  pastu boy tanyalah,  "tok ngan opah mana?"
pastu anak tok cakap "tok sahak dah tak ada.  tok dah meninggal dunia 22 ogos haritu".

hah kau. tercengang, terkedu dan sedey betul.  boy memang tau tok sahak sakit dari tahun lepas, dia memang kalau balik, biasanya kalau dia ada masa, dia akan ziarah atok sahak ngn opah dia.  tapi rasa sangat ralat (terkilan) sebab atok meninggal kami tak tahu.

dan tarikh 22 ogos tu abah tak ada kat TI sebab g taklimat haji di ipoh. 

maka tinggallah opah sendirian sekarang.  kami borak2 ngan opah, lama lah juga.  tabah betul opah ne... huhuhu... kami ajak opah ikut g kenduri kawin boy 23 ogos ne kat rumah  sebelah perempuan, tapi opah cakap opah tak boleh keluar rumah, tak habis tempoh lagi.  Mulanya aku cam blur jap, tempoh apa?  tiba2 teringat,  tempoh edah bagi isteri yang kematian suami.   bagus betul opah.  masih ingat dan ikut hukum.   ramai orang sekarang yang tak tau perkara ne bila suami meninggal, suka2 hati jer keluar rumah ke sana ke mari... hukum tu weih... adei....

tapi opah kata, dia nak lepak rumah masa kenduri kat rumah kiteorang nanti...  dia suruh kiteorang ambil dia kat rumah... Ok beres... no problemo...

aku sebak betul ingat arwah tok sahak ne.... orang nya baik, alim.  tiap kali jumpa dia mesti dia akan pesan banyak2 kali (masa tu aku belajar kat U lagi),  so dia selalu cakap kat kiteorang,  buat lah apa pun. pergilah kemana jua,  jangan tinggal sembahyang.... sakit dan susah macam mana pun, JANGAN PERNAH TINGGAL SEMBAHYANG, jangan tinggal baca Al-Quran....
huhuhu... tok sahak dalam kenangan... semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh dan beriman... Al-Fatihah....

5 syawal 1432H(2 Spet 2011) pula kami mendapat panggilan telefon dari sedara abah kat kampung memaklumkan opah long pulak meninggal dunia.  makanya abah ngn boy bergegas balik kampung pada hari sabtu dan aku juga menangguhkan kepulangan ku ke ptjya ke hari ahad.  Al-fatihah utk opah long....  moga ditempatkan dikalangan orang2 soleh dan beriman....

Bersedialah wahai huda... mati itu pasti datang... cuma bila?  bersedialah huda.... bersedialah....

huhuhuhu.... sekian... cerita raya aku....

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)