Pages

Thursday, December 8, 2011

Hadis mengenai Haji

petikan hadis:


1. Riwayat Al-Bazzar:
"Orang yang kembali dari haji boleh memberi syafaat kepada 400 orang dari ahli keluarganya dan sesungguhnya bila dia kembali dari haji, dia kembali dalam keadaan tiada dosa sepertimana dia baru dilahirkan oleh ibunya".


2. Riwayat Ahmad
"Apabila kamu bertemu orang yang baru pulang dari haji, maka berilah salam kepadanya, berjabat tangan dengannya dan sebelum dia masuk ke rumah, mintalah dia mendoakan agar diampunkan dosa-dosa kamu.  Nescaya doanya akan diperkenan kerana dosa-dosanya telah diampunkan oleh Allah".


3. Riwayat Ahmad, Tabrani dan Baihaqi
"Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk ibadah haji adalah melebihi perbelanjaan yang dikeluarkan untuk jihad pada jalan Allah sebanyak 700 kali ganda".


Petikan diambil dari buku Kembara Hati di Tanah Suci oleh: Ustaz Ghazali Ibrahim

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)