Pages

Sunday, December 18, 2011

money

its really good and cool to have a lot of money.... a lot of blessed money...
hehehe

assalamualaikum wbt...
sebenarnya...
minggu ne baru ada masa nak keluar shopping dengan adek.  hehehe... rasanya ada dua bulan setengah tak masuk alamanda kot. semalam shopping barang rumah... Kesian betul peti ais.  tiada makanan yang bermanfaat untuk memasak.  Nasib baik lah minggu ne tak ada tetamu (ke tak ada tetamu sebab tuan rumah tak bagi tetamu datang.... hehehehe) Hari ne pulak pergi pasar.  Pun dah dua bulan setengah tak masuk pasar.  Jadi setelah dua bulan, hari ne, pertama kalinya saya back to the kitchen.  Dalam hati rasa macam tak jadi jer masakan aku.  tapi alhamdulillah.  masih boleh memasak.... alhamdulillah.   benchmark nak tahu masakan boleh diterima ialah kalau adek nak makan. sebab budak tu memang susah nak suruh makan nasik.  hehehehe.

Hmmmm rindu lagi kat makkah and madinah... hehehe... dua bulan duh tak payah masak.  celik mata je, makanan dah tersedia.  tinggal nak makan dengan tak nak makan ajer. Kecuali "masak mee segera" dan buat air milo yang (adek kata milo ngangah sedap.... hahaha.... ayat bodek nak suh angah buat milo dia setiap kali).  Tapi betul lah. Alhamdulillah... sepanjang kat sana, aku tak ada masalah tak ada selera makan.  semua berselera aje.  kecuali masa aku demam dan sakit tekak beberapa hari bukannya tak ada selera, tapi tekak terlalu sakit sampai tak boleh nak telan makanan.  hehehe... tu pun turun juga bancuh milo sendiri (yang perasan sedap sangat tuh) makan cicah roti.  pastu sampai 2 minggu lebih tidak dibenarkan makan buah-buahan yang tersedia kerana akan mengundang semula batuk... sedey betul.  Time aku batuk tu lah depa nak keluarkan grapes,  buah lai, limau..... ne semua yang aku tak boleh makan.  sebab bila batuk, nnt demam, mak tak bagi p masjid.  sedih tau.  duduk kat tingkap tengok masjid dan orang jalan ramai-ramai p masjid.  owh... sedey.   jadi, demi nak pergi masjid, aku tengok ajer ler deme semua makan buah secara berseronok-seronok....  tapi bila dah sihat,  dah tak ada dah buah-buahan yang best sebab masa tu dah nak pergi madinah.. Jadi sambung makan best kat madinah pulak.  fuyooo.. buah-buahan nya dihidang macam perumpamaan yang mak suka cakap "hidangan raja sulaiman".... best.  terbaek.... Alhamdulillah. Masa mula-mula sampai madinah, rasa nak terlompat-lompat jakun tengok depa hidang buah kiwi dengan sangat lah banyak nya.  terlalu banyak... pastu tak ada orang makan.  Dalam hati aku jangka, mesti jemaah lain ne tak ada pisau dan tak tau camna nak makan kiwi.  Memandangkan aku ada pisau dan kalau tak ada pun,  i know how to eat without using knife, maka apalagi, pesta makan kiwi lah dengan adek.  siap tapau bawak balik malaysia.  tapi dah hujung-hujung nak tinggalkan madinah,  ramai dah jemaah pandai makan kiwi, maka aku yang selalu lambat balik dari masjid dan lambat muncul di tempat makan ne,  dapat tengok kiwi dalam piring orang lain jer lah... hehehe...dah habis.... tak apalah. Alhamdulillah... Allah dah bagi banyak dah.  Bawak-bawaklah makan buah lain pulak.  Pisang pun besar-besar dan sedap. Manis.... Limau pun sama. besar, sedap dan manis.  Cuma epal aku langsung tak makan rasanya.   Tak sure kenapa tak ambik.  hehehe... Semua buah-buahan segar dan sedap kat sana.  Berkat doa Nabi Ibrahim a.s untuk kota mekkah dan berkat doa rasulullah s.a.w untuk makanan di kota madinah.   Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhamad s.a.w, keluarga serta sahabat baginda... demikian juga untuk Nabi Ibrahim a.s dan keluarganya....

hmmm dua bulan tak kisah nak fikir apa nak masak.   redha je dengan apa sahaja makanan yang disediakan.  Makan untuk ibadah.   bukan hidup untuk makan.   Alhamdulillah.  tak sempat rasa lapar sepanjang kat sana. Terima Kasih Allah.  mudah-mudahan kami menjadi hamba Mu yang bersyukur.
Hmmm... ne dah balik Malaysia,  kalau tak masak, kalau tak p kedai beli makanan, berlaparlah jawabnya. Hehehe.... tak apa.  Makan itu pun satu ibadah.  Untuk ada kekuatan bagi menjalankan tugas sebagai khalifah Allah.  betul tak.

ok... semoga ada kesempatan untuk menulis lagi.  Selamat beribadah semua....

p/s:  semalam lalu depan primavera.... waaaahhhh ada SALE.... ishishish... kasut tu macam memanggil-manggil jer.  Malam pulak masa tengah lipat baju n jemur baju, tetiba ada cerita confessions of a shopaholic,  adoiya... tersengih-sengih depan tv... hohoho... good reminder supaya jangan lah dimusim Y.E.S. ne aku gatal-gatal melawat KLCC. Bak kata adek-adek aku, angah memang perlu dijauhkan dari KLCC, as she love klcc very much.  KLCC je jahat "pow" duit angah tiap kali angah singgah.... hahaha... betul. i love shopping at klcc.  sebenarnya klcc tu tak adalah mahal sangat esp. time sale. alamanda betul punya mahal.  satu malaysia ada sale, dia camtu gak tak ada sale.  i don't like.  setahun boleh kira berapa kali je aku masuk alamanda dan shopping kat situ.... tak best betul.  kalau terpaksa je baru pergi.... sebab itu lah terhasilnya tag line kat atas tu.....
its really good and cool to have a lot of money.... a lot of blessed money...
hehehe
tak perlu bag dan wallet berjenama.
walaupun pakai "envelope" jer,
tapi amount nya lagi umph berbanding guna handbag bonia.

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)