Pages

Thursday, February 16, 2012

Sujud sesujudnya

Halakah, 30 Safar 1433H. (24 Jan 2011).



Tajuk: Sujud sesujudnya.


Panel: Ustaz Mohd Hasnil bin. Abu Bakar.

(kongsi nota hasil tontonan Halakah)

Rujuk, Surah al-hajj,ayat 18.
Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah, matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-ganang, pokok-pokok kayu, binatang-binatang yang melata, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula yang berhak ditimpa azab; dan sesiapa yang dihinakan Allah maka tidak ada baginya kemuliaan. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkan-Nya.
Ada hadis mengatakan ketika kejadian gerhana,rasulullah s.a.w ty pd sahabat,tahu tak matahari itu ke mana?
Dan jawab rasulullah s.a.w, matahari ini bersujud di bawah arsy Allah. (rujuk tafsir ibnu katsir)

Rujuk,Surah al hijr ayat 98.
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang yang sujud.

Surah ar-ra'ad,ayat 15:
Dan kepada Allah bersujud segala yang ada di langit dan bumi dengan sukarela atau terpaksa; dan juga bayang-bayang mereka di waktu pagi dan petang.

(Insaflah, kerana semua makhluk bersujud kepada Allah termasuk bayang-bayangnya)

Kehidupan adalah hamparan sejadah yang besar.

Bukan sekadar dalam solat.

Lambang pengabdian kita kepada Allah S.W.T.

Setiap saat dan ketika,azan berkumandang diserata dunia,bermakna setiap saat sentiasa ada hamba Allah yg bersujud kepada Nya.

Maka kita perlu rasa malu jika ketika kita nak buat dosa/kesalahan, tapi ada orang lain yang sedang bersujud membesarkan Allah.

Dalam sehari Allah perintah kita sujud dalam solat 34 kali sahaja sebab in total cuma ada 17rakaat solat fardu.

Rujuk: surah al-baqarah ayat 34.
Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat kecuali Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Iblis pada asalnya banyak berzikir pada Allah,banyak ilmu sehingga menyebabkan iblis takbur dan berasa diri hebat

Rujuk: surah at-taubah,ayat 112.
Orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara, yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, dan yang menjaga hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang yang beriman itu.

Kesimpulan:

Rujuk surah az-Dzariyat ayat 56-58.

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku (56).

Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku (57).


Sesungguhnya Allah, Dialah sahaja Yang Memberi rezeki, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya (58).


Kalau engkau bawa hati mu mengagungkan kebesaran Allah, engkaulah ... (to check FB ustaz hasnil, x sempat salin)

"sujudlah dan kamu akan dekat dengan Allah, dan sesungguhnya Allah lebih dekat daripada urat leher mu"…

Surah Al-Baqarah, ayat 186.

Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah): sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)