Pages

Thursday, April 5, 2012

RESEPI IKAN ASAM PEDAS

Assalamualaikum wbt,

lagi resepi untuk adek.

orang lain jangan nyibuk. (waaah,... sombongnya haku)... heheheeee...
tak lah... maksud saya setiap daripada kita cara masak nya berbeza... kan kan kan...
ne resepi mak saya...
sentiasa sedap di lidah, tekak dan hati saya... ^_^

BAHAN-BAHANNYA:

1. 2-3 ekor ikan termenung (erm boleh juga ikan pari/ tenggiri/ikan jenahak). Jangan buat ikan siakap or ikan bawal dah ler. I never try that.
2. 2 batang serai dititik.
3. 1 bunga kantang – kau belah dua ajer. Gaya bebas.
4. Daun kesom / daun cenehom.

Perkara (5) hingga (8) – ditumbuk halus. ditumbuk bersekali lah maksudnya, tapi masuk satu2.
kau fahamkah adekku? hahaha....

5. 4 biji bawang merah.
6. 2 ulas bawang putih.
7. Sedikit halia (lebih kurang besar ibu jari kau ler).
8. Secubit/ sedikit belacan.

yang (9) ne tumbuk berasingan... kalau tak silap. hwahwahwa...
9.  3-4 biji buah keras – ambil isi jer yang kaler putih tuh (di tumbukhalus ya).

10. 3-4 sudu cili kering yang dah di blender.

11. 1-2 biji tomato (cadangan boleh dipotong 4 or 6 bergantung size tomatoman itu).

12. Air asam jawa secukupnya.

13. Garam secukup rasa.

14. Minyak masak untuk menumis

(agak2 ler, jangan banyak sangat, jangan sikit sangat sampai melekat kat kuali).

15. Air secukupnya.

CARA MEMASAK:

1. Panaskan periuk, kemudian masukkan minyak.
2. Masukkan bahan (5) hingga (8) yang ditumbuk halus tadi, kacau hingga kuning/ naik bau wangi.
3. Masukkan perkara (9) i.e. buah keras yang dah ditumbuk tadi.

4. Masukkan cili blender, kacau/ masak sehingga naik minyak.
5. Masukkan air biasa (anggaran 2 cawan) dan asam jawa (1 cawan),
    - yang ne adek agak2 lah saiz cawan/kuantiti air dan bilangan ikan nye yer.

6. Masak sehingga mendidih.

7. Masukkan daun cenehom. Bunga kantan, serai, tomato, dan garam secukup rasa. Masak sehingga kuah jadi pekat.

8. Masukkan ikan,

9. Bubuh lah gula sikt.
(sikit jer untuk neutralkan rasa pedas dan masam,jangan banyak kang manis lak, kena gelak baru tau)…

10. Masak hingga sebati (make sure ikan tu masak yer).

Tadaaa…. Dah siap…

don't ask me apakah nama menda alah ne semua dalam bahasa mat saleh, i don't know. (yet).
selamat memasak.... yer ker adek nak memasak? cam tak percaya sungguh. hahahaha...

2 comments:

  1. disebabkan huda tak update blog sangat ... nak godek-godek resepi dalam ni sat :)

    ReplyDelete
  2. asam pedas air tangan mak mestilah yang paling sedap ... walaupun kita follow resepi dia, rasa tetap tak sama kan :)

    asam pedas memang my feveret!

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)