Pages

Monday, October 22, 2012

Belajar...

Assalamualaikum wbt...


Aku mahu belajar... aku mahu jadi orang yang terpelajar... aku mahu menjadi orang yang mengajar kan ilmu yang bermanfaat... Tapi aku rasa seperti tiada hati mahu mengisi borang untuk menyambung ke peringkat Sarjana... kerana, tiada bidang yang aku rasa aku minat dalam liputan penajaan yang dibenarkan. Bidang yang aku minat, tiada penajaan kerana fungsi kerja yang tidak berkaitan... tapi aku mahu belajar itu... Makanya aku perlu mengambil cuti belajar tanpa gaji?  Alammak...  mampukah aku... Macam tidak ja...Ustaz pesan... Kena YAKIN ja... dan jalan... Tapi mursyid pesan, kena lah ada plan yang proper, kewangan, kerjaya dan ilmu... jangan main terjah ja. Allah bagi akal fikiran dan iman untuk berfikir, menilai dan bertawakal.... (belajar kitab hikam)...
Dan lebih mencabar lagi... kena ambil TOEFL walaupun di universiti tempatan.   Adoiya...



tapi... pesanan ini menjadi penguat semangat...

Islam mewajibkan lelaki dan perempuan menuntut ilmu dan mengajarkannya pula, terutamanya ilmu yang berkaitan dengan fardhu ‘ain.

Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :“Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut.” (HR: Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :“Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi.” (HR: Ibnu Majah)

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dan maksudnya :“Malaikat membentangkan kepaknya kepada orang yang menuntut ilmu kerana ia gembira dengan apa yang diperbuatnya (menuntut ilmu ini).” (HR: Ibnu ‘Asakir)

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi yang maksudnya :“Sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, maka ia akan menemui Allah s.w.t., sedangkan jaraknya ketika itu dengan para nabi tidak ada, kecuali satu darjat kenabian.” (HR: Tabrani).

semoga saya ikhlas menuntut ilmu kerana Allah... RAbbi Yassir wala tu'assir....
permudahkanlah Ya Allah... permudahkanlah...
Ameen.....


Put your trust on Allah....

No comments:

Post a Comment

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)