Pages

Tuesday, March 18, 2014

Adakah kita yang pilih untuk BANGUN setiap pagi?

Edisi kemas kini... untuk motivasi diri jadi hamba Allah yang bersyukur setiap hari...





tulisan asal pada 16 Jan.2013


Assalamualaikum...
Semalam bangun seperti biasa bebel ....
Me :  "bestnya jadi macam ariff, boleh suka hati bangun pukul berapa ndak"...
Abah : hah ariff pulak cakap, best nya boleh jadi cam ade, boleh g jalan2, ada kereta, ada duit, mesti fun boleh beli apa sahaja.
Me : hahaha... he will not say that kalau dia tahu betapa tak bestnya jadi orang dewasa... kena g kerja, kena marah, kena bayar duit umah, duit keta, petrol, dan cost of living yang keep on increasing.
Abah : hmm bukan patut kena bersyukur ke? Kerja dah lah bagus, gaji banyak,  tak yah berpanas berjemur berhujan... beribu lagi orang yang nak duduk kat kerusi angah tuh... biasalah, what you get, you need to give back to others... bersyukurlah jadi orang yang boleh memberi, bukannya meminta...
Dussshhh!@#$%^... padan muka aku...  hahahaha...
ntah apa punya habit sejak kebelakangan ne, suka benar 'boom' balik lepas subuh. pastu kelam kabut bersiap pergi kerja. Sambil bangun dengan penuh kemalasan tu, selalu cakap kat diri sendiri... bestnya lah jadi macam adek ariff... bertuah punya budak. buat sekolah macam sekolah atok dia jer.
Patutnya kena pergi pukul 830 atau paling lambat pun kol 900.  tapi selamba jer atok (aka abah aku) cakap.  "Hmmm dia hanya pergi ikut pukul berapa dia bangun tidur. Kalau dia bangun awal, anta lah awal. Kalau dia buat perangai bangun jam 1030, kul 1100 abah antar ler dia g "sekuyah" dia tu.
Hahahaha.... selamba jer budak kecik tu... dah lah g kinder jer, mintak duit belanja yang tak boleh tahan tu.
"mama, uit... (sambil hulur tangan)"  - ok lah mama dia bagi seringgit.
pastu dia minta lagi "mama, uit ... (sambil hulur tangan) ". so my sister asked him.
"tadikan mama dah bagi".
ariff cakap .... "no... ne... (sambil tunjuk lagi sebelah poket seluar)"  ...
kah kah kah... kalau seluar dia ada 5 poket, setiap poket kena ada 'uit' .... jenuh kot.
hehehe... above ne selingan jer.  Sebenarnya saya nak kongsikan satu perkara which is related to my bad habit lately ne...
"Adakah kita yang pilih untuk BANGUN setiap pagi???"
Dan jawapan yang sudah tentu semua "tahu tapi buat-buat tak tahu dan tak mengaku" TIDAK...
Kita tidak memilih untuk bangun setiap pagi tetapi kita TERPILIH untuk bangun setiap pagi selepas Allah pinjamkan sedikit nikmat untuk berehat di malam hari.
Ada dikalangan kita yang tidak bangun bangun lagi selepas ditidurkan...
Namun... berapa ramai dari kita yang bersyukur dengan nikmat bangun pagi dalam keadaan sihat, aman, masih boleh mengamalkan Islam tanpa halangan, tanpa peperangan, masih ada secure job to attend.
Aduh... terlalu sedikit kita bersyukur...
Bersyukurlah engkau wahai hamba Allah yang masih "dibangunkan" pada setiap hari. Untuk meneruskan perjuangan sebagai Khalifah Allah dimuka bumi ini.
Once, aku remember, yang aku pernah menghadiri satu kuliah, then ustaz did mentioned...
"Tahu tak kenapa Allah bangunkan kita setiap pagi?"
"Allah bangunkan kita setiap pagi untuk 3 sebab:
1. sebab rahmat dan kasih sayang Allah.
2. sebab Allah nak bagi ruang dan peluang untuk kita bertaubat. peluang mendapat keampunan dari Nya dan
3. untuk peluang kita cari sebanyak mungkin pahala"...
Sebenarnya kita "tak nak bangun" sebab kita MALAS... kita tak pernah rasa susah... All the while kita selesa dari segala segi... Bila sedikit diuji (ujian dalam senang pulak tu)... dah down tak nak bangun pagi - penat, ngantok, bosan... dan macam2 alasan yang rasa nak bagi "pang" jer sebijik...
cuba bayangkan, kalau Allah betul-betul full fill kehendak kita dengan "tidak lagi membangunkan kita pada pagi tadi",  are we really READY to go and see ALLAH?  Bekalan kita, dah ready ke?
Astaghfirullahaladzim.... Aku memohon keampunan mu Ya Allah... moga aku menjadi hamba Mu yang bersyukur... Ameen....
So me and you and you and you who complain a lot, stop complaining.  Don't forget, that we have Allah the almighty yang always be here and there for us...
Kita bukan kita hari ini jika tiada rahmat kasih sayang dan keampunan daripada Allah...
Bangunlah...bangunlah ditengah malam... mencari keredhaan dan keampunan Allah... bangunlah...untuk nyatakan kesyukuran kita atas nikmat dari Nya...
Allah is always here and there and everywhere for us...
untuk itu, saya kongsikan terjemahan dari surah Al-Muzammil (surah ke 73 dalam Al-Quran).
surah ini sangat bagus dan menginsafkan
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(1) Wahai orang yang berselimut .
(2) Bangunlah (sembahyang Tahajjud) pada waktu malam, selain dari sedikit masa (untuk berehat).
(3) Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu.
(4) Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan Tartiil.
(5) Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahi yang berat.
(6) Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
(7) Sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira-bicaranya.
(8) Dan sebutlah nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepada-Nya dengan sebulat-bulat tumpuan.
(9) Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.
(10)  Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.
(11) Dan biarkanlah Aku membalas orang yang mendustakan itu, orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah sedikit masa kepada mereka.
(12)  Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang.
(13) Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
(14) Pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta hancur-lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah bersepah.
(15) Sesungguhnya Kami utuskan kepadamu seorang Rasul yang menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.
(16) Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya.
(17) Maka bagaimana kamu dapat menjaga diri kamu kalau kamu kufur (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?
(18) Langit (yang demikian besarnya) akan pecah belah dengan sebab kedahsyatan hari itu. (Ingatlah), janji Allah adalah perkara yang tetap dilakukan-Nya.
(19) Sesungguhnya ini menjadi peringatan. Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil jalan yang membawa kepada Tuhannya.
(20) Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahawasanya kamu bangun selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama seperduanya, atau sepertiganya; dan segolongan dari orang yang bersamamu; padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak dapat mengira kadar masa itu, lalu Ia menerima taubatmu; maka bacalah apa yang mudah dari Al-Quran. Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang yang sakit; dan yang lainnya orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari kurniaan Allah; dan yang lainnya orang yang berjuang di jalan Allah. Maka bacalah apa yang mudah bagimu daripadanya; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
 Nota :
Al-fatihah untuk arwah abg nordin (staff di office) yang telah kembali menemui Pencipta kita Rabbul Izzati semalam 3 rabiulawal 1434H (15 jan 2013) setelah bertarung against cancer for +- 2years...
Al-fatihah juga untuk arwah aizam (staff di division dan our good and memorable frenz) - yang telah kembali menemui Allah pada 27 Jamadilakhir 1433H (19 mei 2012). also battle against cancer tapi only for +- 2 months...
Hmmm... iyer, mengingati dan menziarahi 2 sahabat ini, buat aku termenung bermuhasabah...
Bersyukurlah engkau wahai hamba Allah yang masih "dibangunkan" pada setiap hari. Untuk meneruskan perjuangan sebagai Khalifah Allah dimuka bumi ini.
Till write in again...
Salam
nhhas - 16/1/2013

2 comments:

  1. Tanpa rahmat kasih sayang Allah SWT, siapalah kita kan, sehebat mana kita, kepadaNya kita akan kembali, moga Allah memberi kekuatan untuk sentiasa bersungguh dan istiqomah dijalanNya.

    ReplyDelete
  2. kalau diri ni yg 'boom' balik pas bangun, alamatnya tak bangun-bangun :)

    nasib baik perempuan ada cuti yer ... boleh la bangun tidur lambat sikit kekadang. hehe :p

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)