Pages

Tuesday, June 17, 2014

Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

NOta ceramah Sambutan Maulidurrasul S.A.W. ; 
“WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH”
Ustaz Nushi bin Mahfodz.
19 rabiulawal 1434H (31/1/2013)
*************************************************

Bismillahirrahmanirrahim...
Allah mengiktiraf Nabi S.a.w sbg contoh terbaik.
Rujuk surah al-ahzab ayat 21.
Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah)."
Islam must move fwd, tapi jgn lupa tgk “cermin pandang belakang”.  Kena belajar dan faham sirah. Kena tahu sikap dan teladan rasulullah s.a.w dan para sahabat.  iSLAM hari ini kalah dan lemah kerana generasi islam hari ini tidak tahu sejarah islam sebenar. Sejarah kegemilangan islam, kehebatan islam di zaman rasulullah s.a.w dan para sahabat. 
Ramai yang tidak benar2 memahami apa yang islam ajar, apa yang Allah perintah untuk lakukan dan tinggalkan.  Tiada kefahaman kerana tiada ilmu.  Dan tiada initiative untuk menuntut/ mencari ilmu.
Antara syukur dan sabar, yang mana lebih mudah?
Syukur akan jadi mudah kalau kita ingat/tahu ianya lebih dari sekadar “alhamdulillah”. "Alhamdulillah" is just a mukadimah dalam bersyukur. (tu pun mujur lah kalau sebut).
Syukur perlu dibuktikan dengan perbuatan dan tindakan. Bukan sekadar lafaz Alhamdulillah dan sujud syukur. 
Manusia hanya cari Allah bila susah.  Contoh, apabila tak ada kerja, rajin pergi masjid, rajin berdoa, tapi bila dah dapat kerja solat pun lewat dan dihujung waktu atau kadang2 tertinggal terus.
So, sabar adalah lebih bagus dari syukur sbb bila susah, manusia sabar dan ingat serta cari Allah.
Syarat nak cinta nabi s.a.w. :
i.             Kena kenal, cinta dan harap kepada Allah.
ii.            Kena kenal hari akhirat.
iii.          Sentiasa mengingati Allah.
Kena selalu Tanya “apa”  ; apa persediaan kita?  Bukan “bila / siapa” ; bila nak kiamat?
Ibrah kenapa Nabi s.a.w. lahir tahun gajah?
Abrahah dah buat macam2 ciptaan gempak di negaranya untuk tarik orang datang ke negaranya tapi manusia tetap tak tertarik untuk pergi.  
Manusia lebih tertarik nak pergi makkah sebab ada kaabah sbb “spiritual”. 
Justeru, abrahah serang makkah.  Tapi akhirnya dia dan tenteranya di kalahkan oleh burung ababil yang kecil yang dihantar oleh Allah.
Again,   saiz dan kuantiti bukan faktor kejayaan.  Dengan bantuan Allah, yang besar pun akan jadi lemah. Apa yang penting KUALITI.  nak dapat kualiti yang bagus, kena ada ilmu dan iman.
Kayu ukur islam dalam ketamadunan adalah pemikiran bukan pada ketinggian bangunan.
Manusia kena cantik baru bangunan cantik.  Kalau masjid besar dan cantik, tapi tiada manusia yang berada di dalamnya, yang mengimarahkannya,  tetap tiada gunanya.  Islam itu cantik kalau manusianya cantik.
Kenapa baby kena diazankan oleh ayahnya.  Nak bagi simbolik, ayah bertanggungjawab bagi ilmu dan iman kepada anak.  What you give, you get back.
Kalau masa lahir ayah bagi anak /baby dgr azan thru iPhone jer, takut2 time ayah tu nak mati, anak2 pasang talkin dan bacaan al-quran guna iPhone juga.
Sbb anak pun tak reti baca Quran.
Anak2 dimomok kan untuk “glamer dan gembira nak masuk tv  ... tidak dididik untuk “gembira nak masuk syurga”. 
Orang yang hebat adalah orang yang berhijrah.  Hiduplah kamu ne dimuka bumi ini sebagai orang yang dalam perjalanan (traveller).  Traveller sentiasa perlu prepare untuk perjalanan i.e. ada bekalan.  Niat travel adalah nak bawak balik “kekayaan”  ke “tempat asal”.
Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau orang yang sedang musafir” (HR Bukhari). Dalam hadits lain: ”Untuk apa dunia itu bagiku? Aku di dunia tidak lebih dari seorang pengendara yang berteduh di bawah pohon, kemudian pergi dan meninggalkannya” (HR At-Tirmidzi). >
Cth.  Analogy... macam orang indon yang datang kerja kat Malaysia.... susah payah kerja keras siang malam sebab nak bawak balik harta dan duit ke Negara asal (nak cari bekalan).
Begitulah analogy kehidupan manusia... matlamat akhir adalah akhirat. So kena lah ada bekalan utk dibawa blk. Bekalan tu pula kenalah bekalan yg benar dan valid.
Mukjizat para nabi adalah sesuai dgn zamannya.  Cth, zaman nabi musa, tgh zaman kegilaan terhadap sihir,  so mukjizat nabi musa adalah “sihir” yang hebat melalui tongkatnya.
(nota: its not ‘sihir’, it is mukjizat. )
Rujuk doa nabi Ibrahim a.s. menerusi Surah al-baqarah ayat 129....
Lesson learnt : kita kena berdoa bersungguh-sungguh dan sampai betul kepada hajatnya.
Minta secara spesifik hajat kita. Bukan doa yang sekadar general.  Doa bukan bertujuan beritahu Allah apa kita nak, sebab tanpa beritahu Allah sudah lebih mengetahui dari diri kita sendiri.  Doa adalah nak tunjuk sifat rendah hati kita dan sifat lemahnya kita. We are nothing kalau Allah tak beri.  Semua yang ada didunia ini Allah yang beri pinjam kepada kita.
Alam – ilmu – ulum (sains) – membawa kita kenal  Al ‘alim.
Belajar sejarah bukan sekadar nak lulus exam.  Belajar sejarah untuk kehidupan, untuk cari ibrah (pengajaran dan pelajaran).
Akhlak nabi s.a.w adalah al-quran . maka orang islam kena hidupkan Al-quran.  Dah hidupkan al-quran, kena lah sebar2 kan ilmu islam, ilmu alQuran.  Dipamerkan melalui akhlak kita.
Ilmu sahaja tapi kalau sombong tetap tak jadi apa.  So kena ada “makanan hati”. 
Makanan dalaman bagi jiwa dan hati manusia adalah al-quran, selawat, majlis ilmu, solat, solat malam.
Makruf (kebaikan) dan munkar (kejahatan) tak boleh bersekali sebab makruf akan kalah.  So kena sentiasa tegakkan amal makruf nahi munkar.
Petikan Doa Nabi Ibrahim A.s menerusi surah al-baqarah:
{126} Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman: "(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan mengheretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.
{127} Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail meninggikan binaan asas Baitullah itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
{128} Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang yang berserah diri kepada-Mu, dan jadikanlah keturunan kami umat yang berserah diri kepada-Mu dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani;
{129} Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat-Mu dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmat (Sunnah), dan mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(terjemahan al-Quran di cedok dari laman web JAKIM)

1 comment:

Nak Komen?
Silakan.Moga beri komen yang bermanfaat. Setiap yang kita tulis Allah akan nilai.Betul tak? (*_*)