Pages

Wednesday, April 24, 2013

Ramadhan... No Regrets... Insya Allah...

 
Assalamualaikum wbt...
13 Jamadilakhir 1434H (24 April 2013)...
 
Lagi...76 Hari nak tiba Ramadhan...1434H...
 
 
 
 
 
Semoga selamat semua...sampai kepada Ramadhan dengan lebih sempurna
 
 

21 Julai 2011(1432H)

Be at our very best… be at all our potentially best when Ramadhan comes… Be prepared…

Don’t wait for that 1st Ramadhan for our fasting, reading quran, good deeds to people and so on.
Start our fasting today … (Rejab n Sya'ban)
Start reading Quran today...
Start engaging and visiting masjid/ musolla from today...
Start being generous from today...
Start invite people who need for meals from today...
Put our self up… Don’t wait and just do in for that 30 days of Ramadhan.
Keep continue good deed before and after Ramadhan.


Be a person who utilize our time with ibadah (even working, sleeping, eating, showering is also an ibadah if we make a niat as an ibadah)


And…
May Allah guide us and protect us to the right path…
May Allah bless us with knowledge and benefits…
May Allah bless us with hidayah and taufik to understand and implement the knowledge in our daily life…
May Allah guide us and bless us all…. Ameen Ya Rabbal Alameen….

Monday, April 22, 2013

dah kuar dah kuar...hah, baru happy nak tulis blog...

assalamualaikum wbt...
sebenarnya tak perlu pon wat announcement...
tapi saya nak kuar kan gak entri "ustazah kok @#$%^&)(" tu...
sebab... dia telah menimbulkan rasa annoying dan nak marah tiap kali singgah blog...
sampai nak update entri Trip to borneo part 3 pun rasa SEBAL sebab teringatkan statement annoying orang itu.
manalah mungkin boleh mempunyai rasa annoying terhadap blog sendiri bukan?
adalah comot dah huduh sekali perbuatan dan perasaan tersebut...
lebih2 lagi sebab si @#$%^&*)(*&^# itu lah bukan...
(istighfar huda... istighfar....)
 
btw, sebelum saya sambung citer,  sempena kehangatan kempenan pilihan raya 13 malaysia... saya nak copy and paste lah penyataan UZAR kat sini...
mainly for me and me and me... (its alwizz me and me and mee bandung???)
apahal rasa nak kena pangggg pulak si huda ne karang...
entri looser cam hilang pedoman... eish....
 
Hoccay.... anggaplah ini entri bersiar-siar tak ada GPS, i.e. jalan secara rawak dan rambang... dan supaya tak kelihatan looser sangat... saya nak kongsi perkara berikut:
 
Pedoman Memilih...
ku pilih malaysia,...... (sambil buat mode iklan....)
pedoman ini, ku copy and paste dari blog UZAR  di bawah entri seruan menjelang pilihan raya.
Seruan dan pedoman ini disampaikan oleh murshid... erm... siapa MURSHID?
 
MURSHID adalah perkumpulan asatizah, pendakwah dan ilmuan Islam yang meyakini bahawa pendekatan Islam yang Wasatiyyah merupakan cara yang terbaik untuk umat Islam melaksanakan Syariat Islam di dalam kehidupan mereka...
 

Berpegang kepada prinsip-prinsip fundamental yang telah digariskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam berkaitan politik, kepimpinan, hak warga yang dipimpin dan juga peranan segenap anggota masyarakat seumpama:
1. Prinsip Amanah
al-Quran: “Allah telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…. (al-Nisa (4): 58).
al-Quran (Ali Imran, (3): 103): “Berpeganglah kamu dengan tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai…”
Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam juga berpesan: “Setiap kamu adalah pengembala, dan setiap kamu bertanggungjawab ke atas gembalaanmu” (HR al-Bukhari).
 
2. Prinsip ‘Adl wa Ihsan
“Allah telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…. (al-Nisa (4): 58)
Rasulullah Sallaallahu’alaihi wasallam, di antara lain yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) dalam semua perkara.” (HR Muslim)
Di dalam hadis lain, baginda juga ada menyebutkan: “Barangsiapa yang berupaya memberikan manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia melakukannya” (HR Muslim);
Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam juga menjanjikan menurut hadis yang disampaikan oleh Abu Hurayrah: “Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim);
 
3. Prinsip Amar Ma’ruf Nahy Munkar (Mengajak kepada kebaikan melarang kemungkaran)
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” (Al Imran (3): 110);
Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam yang menyentuh persoalan tersebut, antaranya: “Barangsiapa yang nampak kemungkaran hendaklah dia merubahnya dengan tangan, dan jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia menggunakan lisannya, dan jika tidak mampu hendaklah dia merubahnya dengan hatinya, maka itu adalah selemah-lemah iman” (HR Muslim.)
Di dalam hadis yang lain pula, Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam bersabda: “Ketua para syuhada di syurga ialah Hamzah, dan seorang lelaki yang berdiri di hadapan pemimpin yang zalim dan menasihatinya, dan kemudian dia dibunuh” (Hadis riwayat al-Hakim.)
Baginda juga menyatakan di dalam makna yang sama: “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemimpin yang zalim” (Hadith riwayat al-Tarmidhi, Abu Daud dan Ibn Majah).
 
4. Prinsip Islah
“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) ummatan wasata (satu umat yang pertengahan), supaya kamu layak menjadi orang yang menjadi Syuhada (saksi dan pemberi keterangan) kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.” (al-Baqarah (2): 143)
Islah juga merupakan tema asasi perutusan para Nabi dan Rasul. Pendekata, Islam sepertimana yang telah diturunkan oleh Allah SWT ke atas manusia sekeliannya melalaui para Nabi dan Rasul mempromosikan Islah secara hebat. Islah adalah tugas utama para Khalifah di muka bumi sebagai manifestasi kepada pandangan dunia Tawhid mereka. Tanpa Islah, proses ubudiyyah tidak akan berlaku secara berterusan dan diwarisi turun temurun.
 
5. Prinsip Akhlak Mulia
Allah SWT menegaskan: “Bantu-membantulah kamu di dalam hal kebajikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu bantu-membantu di dalam hal maksiat dan permusuhan…” (Al-Maidah (5): 2)
Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam: “Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia (makarim al-akhlaq)” (Riwayat Malik b. Anas.)
Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam kepada Abu Bazrah ketika ia berkata kepada beliau: Wahai Rasululah, ajarkanlah kepadaku sesuatu yang dengannya Allah memberi manfaat kepadaku.’ Beliau bersabda: “Lihatlah sesuatu yang menyakiti manusia, maka singkirkanlah dari jalan mereka.” (Riwayat Ahmad di dalam Musnad.)

************************************************************************************************************
MAKA... uNtUk itu... pesanan kepada
 
PARA WARGA MALAYSIA MUSLIM YANG LAYAK MENGUNDI, AGAR:
 
1. Mengeji dan mengelakkan diri dari memberikan sebarang sokongan kepada usaha meraih undi melalui cara siaran gambar atau video berunsur lucah dan tidak bermoral sama ada ia melibatkan ahli atau pemimpin dari apa parti sekalipun. Dilarang juga menyebarluaskan video dan gambar terbabit hatta kalau ia benar sekalipun. Pihak berkuasa yang terlibat juga boleh membuat siasatan seadilnya berdasarkan undang-undang. Hal ini terpakai kepada seluruh warga Malaysia dari semua parti dan bangsa.
2. Memilih mereka yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang boleh menunaikan amanah, bersikap mesra-Islam dan juga mempunyai ciri-ciri pemimpin yang telah disebutkan di atas.
3. Memilih parti yang boleh memartabatkan Islam, berusaha ke arah tadbir urus yang baik (good governance), keadilan dan juga amalan politik yang sihat.
4. Memilih calon yang kuat berpegang dengan agama dan tinggi moralnya, hatta di kalangan bukan Islam sekalipun, kerana pegangan agama dan moral akan lebih menjamin keadilan, amanah dan integriti.
(me:  yang ne susah kot... kawasan aku semua kafir jer yang bertanding... nak pangkah sapa ntah)
 
5. Mempertahankan harga diri dengan tidak mengambil rasuah politik, samada, duit, material dan dalam bentuk seumpamanya.
(me :  mujur baca ne... baru ingat 'boleh' ambik duit balik kampung yang depa dok kata 'boleh ambik' tew...
banyak jer fatwa boleh dan tak boleh ambik... tapi bagi ai, tak mau lah ambik. apalah sangat 50 hengget tu pastu dalam hati was was... halal ke tak... huhuhuu... jangan risau... saya akan tetap mengundi... kerana...
ku pilih malaysia.... yeah..... 1M4U... tetiba...)
5. Berusaha mencari keyakinan terhadap seseorang calon yang bertanding, partinya dan gabungan bersamanya itu mampu dari sudut 'track record' untuk membawa lebih manfaat lebih baik kepada kebajikan awam. 'Track record' adalah faktor penting bagi menilai kebolehan dan skill calon, parti dan gabungannya untuk mentadbir negara Malaysia.
(me: macam dah nampak 'cahaya' sket kat seruan yang ne....  BERUSAHA okey...)
6. Memahami konteks politik di Malaysia yang mana terdiri dari pelbagai agama, bangsa, parti dan juga memahami jumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan di Malaysia adalah 112 kerusi parlimen dari 222 seluruh kerusi parlimen. Justeru, pengundi disarankan agar tidak dibazirkan undi masing-masing kepada parti atau calon yang kurang faedah kepada penubuhan kerajaan yang baik dan ditegah dari sengaja merosakkan undi.
(me: hahahaa... kepada sahabat2 yang ada niat nak buat undi rosak, sebab tak tau nak pangkah sapa, tok sah ar angpa buang masa p beratur pastu p buat tocang kat muka orang2 yang bertanding... aku rasa ini perbuatan paling looser dalam hidup beb.....)
7. Menjauhkan diri dari terjebak dalam aktiviti kafir mengkafir secara specifik kepada orang Islam tertentu, ini kerana klasifikasi murtad atau jatuh kafir secara pasti tidak layak diberikan oleh orang awam tanpa perbicaraan yang lengkap.
(me: yer setuju... jangan kafir mengkafir, fitnah menfitnah, munafiq me munafiq... adei... pendek kata, tok sah bazirkan pahala anda kepada orang yang anda kata itew)
8. Menggesa agar semua pengundi yang berbeza kecenderungan politik dan parti yang disokong agar tidak (sekiranya tercipta) memanjangkan 'permusuhan', 'sengketa' dan dendam ingin memusnah kepada pihak yang berbeza. Sebaliknya, kembali berbaik dan hidup harmoni sebagai rakyat Malaysia.
 
***********************************************************************************************************
hoccay... itew jer...semoga bermanfaat
 


Thursday, April 18, 2013

5 baris jer... tapi boleh...

menitiskan air mata...bila dengar lagu ini

Sejauh mana...Langkah ku di sana...Aku melupakan Mu

Seluas mana...Kau beri padaku...Masih ku angkuh pada-Mu

Segalanya dusta...Gelap mengaburi ku

Ya Allah...Apa yang bisa...Ku tebus kepada-Mu...Atas dosaku

Ya Allah...Ku hina terasa...Biar ku bersujud...Untuk ke syurga-Mu

(petikan lagu "aku yang berdosa")

sesungguhnya...
***sesusah mana nak jadi baik,selagi ada nyawa, peluang itu tetap ada.
Doakan saya juga ya, kawan-kawan***

Surah Al-Baqarah, ayat 186.
Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu tentang Aku maka (jawablah): sesungguhnya Aku amat hampir; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.

semoga bermanfaat...insya Allah.

p/s: bukan senang nak jadi senang dan bukan mudah juga nak jadi baik. tapi selagi masih bernyawa, peluang untuk jadi hamba Allah yang saleh tetap ada. Insya Allah.

Wednesday, April 17, 2013

Fatih Seferagic - Idola Kecil / muda mudi...

 
 
Allah....
Macam imam masjidil haram jer dah mendengarnya.
Macam Misyari Rashid pun ada...
 
semalam balik kije, along ngn abang long panggil "tengok dan berkenalan" dengan Fatih Seferagic
(*_*).
 
Fatih Seferagic dilahirkan di Jerman pada 1 Mac 1995, kemudian berpindah ke Amerika pada usia 4 tahun. Dia seorang Hafiz Al Quran di Baltimore.
Fatih Seferagic adalah warganegara Bosnia yang dilahirkan di Jerman. Kemudian beliau berpindah ke Amerika Syarikat ketika berusia 4 tahun. Beliau sekarang menetap di Baltimore. Beliau berjaya mengkhatam hafiz Al Quran dalam tempoh 7 tahun di Islamic Society of Baltimore di bawah seliaan Syeikh Qari Zahid & Qari Abid
Fatih kemudian berpindah ke Dallas untuk belajar bahasa Arab
 
 
Maka huda...
Kena tingkatkan usaha untuk membaca Al-Quran dengan baik dan tartil.
Kepada rakan2 yang ada anak2, kena tanamkan tekad dan lipat gandakan usaha supaya anak-anak boleh membaca Al-Quran dengan sempurna...dan beramal dengannya dengan benar... ameen....

Monday, April 15, 2013

TABUNG PERUBATAN PALESTIN

 
Assalamualaikumw wbt...
 
Jemput semua untuk memberi sumbangan dan menyertai Hi-Tea ne... Price for 1 seat RM100. 

Jika tak sertai Hi-Tea, tapi nak bagi sumbangan solely untuk tabung perubatan ini atau untuk tujuan lain juga amat-amat digalakkan/ diperlukan.... Boleh layari...
http://www.amanpalestin.net/

Boleh pas thru me or if pas terus kat aman palestin pun boleh.

Bank Islam
12029010047880
Maybank
562263010787
CIMB
12150001242107

 Resit/ slip bank in boleh emelkan terus ke


(tulis kat situ : utk tabung perubatan palestin)

 jazakillah...

papehal blh jer contact terus urusetia aman palestin seperti no. tertera k...
 
Semoga Allah permudahkan laluan hidup kalian semua... ameen...
 

 
Pernah berkesempatan turut serta dalam mengumpul donation untuk tabung perubatan GAza pada tahun 2010... and continuously participate in Aman Palestin, as well as Viva Palestina programme for Palestin such as penajaan for anak yatim, students, ramadhan dsb. Boleh click SINI.
Not only me, but with all my dearest frens and family who continuously gave their support...
Jazakallah semua... Semoga Allah terima amalan kita semua...sebagai amal soleh yang bernilai disisi Nya...Ameen.
 
Sebenarnya, AP, VP dan saya percaya lain2 organisasi juga manyak jer buat program untuk palestin ne... tinggal lagi kita nak bantu atau tidak... Insya Allah mereka ini jujur dan amanah dalam menyampaikan amanah2 kalian...
 
Jazakallah semua....

p/s: uols kenal as-syahid syeikh ahmad yassin?
iols nangis kot masa nengok kisah beliau... huhuhu
 

Thursday, April 11, 2013

My Best Fren Wedding - Part 2

Assalamualaikum wbt...

Reception Ili & Ansar @ Taman Botani, Putrajaya 7 Apr 2013 (26 jamadilawal 1434H)

Hmmm  tugas dan tanggung jawab rasmi pada hari tersebut adalah menjadi pengapit...
btw, saya ne kan selekeh serta cepat gabra... siap boleh cakap kat ili,
me : boleh tukar buat kerja lain tak? angkat hidang ke? ish aku segan ne...
ili : banyak ar ko punyer angkat hidang..

hahaha... ok, saya sampai kat shangrila teman ili bersiap (padahal beliau dah siap dah)... saya bukan reti nak tolong pakai veil lah, tudung bagai kat orang... sendiri pun comot jer... hehehe... tapi seriously tak tipu saya sangat segan kot jadi pengapit beliau... Memandangkan saya jadi pengapit beliau, maka saya tak boleh pegang kamera di awal waktu, dan the best part is, saya lupa nak minta tolong inchi inchi photographer guna kamera saya dan ambilkan gambar...  but i think gambar i ada kot dalam kamera diaorang tapi opkos lah belum dapat lagi. Saya hanya sedar saya tak ada gambar sendiri dalam kamera sendiri malam tu masa tengah transfer gambar... sedey gler dalam hati...
bila cakap kat mak...
ma say : "lah, kalau dah kamera sendiri ada gambar sendiri, baik tak usah jadi photographer... ne photographer tak ikhlas ne...."...
me : hahaha padan muka saya... ;-)

btw... selepas menjadi pengapit, saya ambil kamera dalam bonet dan memulakan aksi sebagai photographer... thanx to Mr. Shahril Mustapha, Mr. Ben and Mr. Nan (i tak der link beliau) atas perkongsian ilmu dengan saya ttg photgraphy dan cara2 menggunakan kamera dengan lebih baik... Saya budak baru belajar... huhuhuhu... so gambar2 yang saya ambil di Putrajaya rasanya lebih ok berbanding di Ipoh...
(gomene Ili)...


ok, papan tanda ne i jumpa kat simpang rumah (kt trafict lite) masa otw nak p shangrila... siap berenti kat tengah tuh pe snap gambar tapi guna handphone i yang dah jatuh banyak2 kali ne, so kureng lah sket kualiti... kamera i letak kat belakang, kang by the time nak capai, sesia kena marah ngan kete belakang, walhal dah kena hon pun time ne... hehehe...
selalu tengok sign board orang jer, ne tetiba ada orang yang kita kenal rasa cam... eeeeiii bestnya...
tapi kalau nama sendiri, lagi best kot... muahahahahaha.... poyo betul.... ok lah... jom layan gambar selepas official task ended...
 
her parents...

her cousins...
 

her big n happy sempoi family.
eh, adalah gambar i secoit kat situ....
hehehehe....
rasanya nan kot amek kan...tqui tqui...

her aunties

didi

didi and toksu kot?

didi lagi... hehehe

international kot garden wedding kawan i ne... hehehe
 


tak pasti siapa, tak diaorang ne sangat ceriaaaaa...
 

her sister - anyah...
syirah tak nak senyum langsung...
sedih mak su ili dah kawin...
apa lah syirah ne... ok apa dapat paksu baru ;-)
kids... biasalah kan... hehehe
 
her nephew, ahmad...
he want my camera actually...
hehehe

...with their parents...
 
...with their family...

...her family...
 
...ganas betul lah budak sorang ne...

i like this one too...
ili... sila rajin memasak okey...
 
 
ansar's auntie

kawan mak ansar (if tak silap)
happening betul aunties ne...
(*_*)
 
with his brother...

semangat dia cakap kat ili;
"kak, nak pinjam bunga boleh tak?"
alahai... comel betul lah si ali ne...
(*_*)
macam kate n will lah pulak.. hehehe...
 
and now, saja2 ikut inchi inchi photographer wat outdoor.
tapi i dah tak ada mood time ne... letih.. hehehe...
 




...saya suka picture ne...
...dan juga ini...
 

ne lah inchi inchi photegrapher...
 
 
dan bawah ne... hehehe...
i cedok kat FB ili...
 
 
boleh lah ada buat kenangan....
tapi aku rasa dua2 pengapit ne ting tong...buat rosak gambar jer...
muahahaha....
 
 
akhir sekali, buat ili...
saya sayang kamu...
selamat pengantin baru...
 
Semoga Allah merahmati Ili dan Ansar...Semoga Allah rezekikan kalian kebaikan dan kesejahteraan didunia dan akhirat
Semoga Allah menjaga mu selalu di 'sini', di 'sana' dan di mana-mana jua...
saya sayang kamu tahu... Jangan lupakan sahabat mu nan seorang ini...

Semoga kalian berbahagia dan selamat di dunia dan akhirat, di 'sini', di 'sana' dan di mana-mana jua... Semoga Allah sayang kita semua selalu... Ameen...

 
Ok.... itu jer yang sempat di edit...

stay tune... stay alive... stay healthy...stay happy and stay away from MASALAH.... hehehehe....
********************

salam sayang semua...nhhas...
 

My Best Fren Wedding

Assalamualaikum wbt...
 
hari ini kita berehat seketika dari siri Travelog Trip to Borneo.... dan melayan hasil cubaan saya yang seterusnya dengan kerjaya tak berapa nak rasmi a.k.a photographer....(muahahahaha...berani seh mengaku photographer)...
Sebenarnya...
saya ada cerita tentang dak ili neh.... My best fren since 12 years ago... tapi... cerita tu i update kemudian setelah mendapat perkenan tuan punya diri dan encik suaminya... sehingga saya mendapatkan limpah perkenan tersebut, jom kita layan dulu gambar-gambar ne...
 
30 Mac 2013 bersamaan 18 Jamadilawal 1434H...
Actually ili nikah on 29 Mac 2013 (17 Jamadilawal 1434H) i.e. petang jumaat. Sepatutnya, saya menjadi pengapit beliau untuk kedua-dua belah majlis, Ili dan Ansar. Tetapi memandangkan saya baru pulang dari Borneo, dan amat susah untuk mendapatkan cuti lagi, maka saya minta ili cari orang lain jadi pengapit untuk event di Ipoh... Lagipun sebenarnya, saya memang tak berapa nak boleh kerjaya interframe jadi pengapit bagai... sebab saya kan selekeh dan selalu salah tingkah cepat gabra... jap lagi buat rosak majlis orang jer...  Saya mohon nak jadi photographer jer... tapi ili insist gak mesti jadi pengapit dia at least untuk one side.... then i said ok - let it be Putrajaya version...
 
So, astri lah yang jadi pengapit Ili masa wedding @ Ipoh...
Aiman and Astri
(both are Ili's cousin)


 
 
Kononnya pagi Sabtu, 30 mac tu saya nak bertolak lepas Subuh... Hah memang "lepas subuh sungguh..." sebab terlelap atas sejadah pas subuh, menyebabkan terbangun pukul 830. time tulah baru kalut nak cari kamera - rupanya memory card plak tak clean lagi, bateri tak charge... eiiii macam2 lah kau ne huda....and time tu lah along buat lawak (tak tak saya yang buat lawak) ... orang tu memang dah kabo nak datang umah minggu tu sabtu or ahad, tapi kan saya demam seminggu pastu g borneo, so umah cam not in place... so kemas2 umah jap sket... dan bertolak dengan lambatnya....  hmmm.. memandangkan itu penghujung cuti sekolah penggal pertama.... jalan jammed giler kot kat highway ipoh....  nampak ne... budak ne dah stress tahap gaban... dah lah lambat... dilambatkan lagi oleh kesesakan di highway....  sabar huda sabar... istighfar manyak2....jap lagi salah masuk jalan pulak... kena pusing medan kit yang jammed tew.. haku stress betul... harap tak ada saman ler... dah lah bawak kete melebihi had laju.... huhuhuhu....
 
...self picture untuk menceriakan diri sendiri....
 
 Dipendekkan citer sebelum saya merapu dengan lebih panjang dan mengarut....  erm, saya sampai lambaaaaat gilers.... 10 minit sebelum rombongan ansar sampai.... tapi alhamdulillah... i manage to meet my dear fren before the event.... so i think it should be ok, and i enjoy the day... so layan lah picture yang sempat i edit ne... special dedication for Ili & Ansar... Selamat pengantin baru uols....


 
 
Abu cam pegang kipas satay jer...hehehe
 
 
 
  


ili penganting yang rock dan brutal...
muahahaha...
 
 

 


Ben pun gelak guling2 masa saya tunjuk gambar ne... sambil berkata :
"biar betul korang ne... apa ada dalam cawan tu?"



Anakanda Nur Ain Wirdania...
memang kerjaya dia memanjat pelamin sampai runtuh munga...
hahaha..
siap tinggal contengan kat guest book ili.
 
 
 


 
 

Ok.... itu jer yang sempat di edit...  ok sambung lagi versi putrajaya ....

stay tune... stay alive... stay healthy...stay happy and stay away from MASALAH.... hehehehe....
********************
salam sayang semua...
nhhas...