assalamualaikum wbt...
sebenarnya tak perlu pon wat announcement...
tapi saya nak kuar kan gak entri "ustazah kok @#$%^&)(" tu...
sebab... dia telah menimbulkan rasa annoying dan nak marah tiap kali singgah blog...
sampai nak update entri Trip to borneo part 3 pun rasa SEBAL sebab teringatkan statement annoying orang itu.
manalah mungkin boleh mempunyai rasa annoying terhadap blog sendiri bukan?
adalah comot dah huduh sekali perbuatan dan perasaan tersebut...
lebih2 lagi sebab si @#$%^&*)(*&^# itu lah bukan...
(istighfar huda... istighfar....)
btw, sebelum saya sambung citer, sempena kehangatan kempenan pilihan raya 13 malaysia... saya nak copy and paste lah penyataan UZAR kat sini...
mainly for me and me and me... (its alwizz me and me and mee bandung???)
apahal rasa nak kena pangggg pulak si huda ne karang...
entri looser cam hilang pedoman... eish....
Hoccay.... anggaplah ini entri bersiar-siar tak ada GPS, i.e. jalan secara rawak dan rambang... dan supaya tak kelihatan looser sangat... saya nak kongsi perkara berikut:
Pedoman Memilih...
ku pilih malaysia,...... (sambil buat mode iklan....)
Seruan dan pedoman ini disampaikan oleh murshid... erm... siapa MURSHID?
MURSHID adalah
perkumpulan asatizah, pendakwah dan ilmuan Islam yang meyakini bahawa pendekatan
Islam yang Wasatiyyah merupakan cara yang terbaik untuk umat Islam melaksanakan
Syariat Islam di dalam kehidupan mereka...
Berpegang kepada
prinsip-prinsip fundamental yang telah digariskan oleh al-Quran dan Sunnah
Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam berkaitan politik, kepimpinan, hak warga
yang dipimpin dan juga peranan segenap anggota masyarakat seumpama:
1. Prinsip
Amanah
al-Quran: “Allah telah
memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila
kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…. (al-Nisa (4):
58).
al-Quran (Ali Imran,
(3): 103): “Berpeganglah kamu dengan tali Allah, dan janganlah kamu
bercerai-berai…”
Rasulullah
sallaallahu’alaihi wasallam juga berpesan: “Setiap kamu adalah pengembala, dan
setiap kamu bertanggungjawab ke atas gembalaanmu” (HR al-Bukhari).
2. Prinsip ‘Adl wa
Ihsan
“Allah telah
memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila
kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…. (al-Nisa (4):
58)
Rasulullah
Sallaallahu’alaihi wasallam, di antara lain yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah
mewajibkan berlaku ihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) dalam semua
perkara.” (HR Muslim)
Di dalam hadis lain,
baginda juga ada menyebutkan: “Barangsiapa yang berupaya memberikan manfaat
kepada saudaranya, maka hendaklah ia melakukannya” (HR Muslim);
Rasulullah
sallaallahu’alaihi wasallam juga menjanjikan menurut hadis yang disampaikan oleh
Abu Hurayrah: “Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu
kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya
daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang
mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di
dunia dan di akhirat.” (HR Muslim);
3. Prinsip Amar
Ma’ruf Nahy Munkar (Mengajak kepada kebaikan melarang
kemungkaran)
“Kamu (wahai umat
Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia,
(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada
segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah
(dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu
beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi
mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka:
orang-orang yang fasik.” (Al Imran (3): 110);
Rasulullah
sallaallahu’alaihi wasallam yang menyentuh persoalan tersebut, antaranya:
“Barangsiapa yang nampak kemungkaran hendaklah dia merubahnya dengan tangan, dan
jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia menggunakan lisannya, dan jika tidak
mampu hendaklah dia merubahnya dengan hatinya, maka itu adalah selemah-lemah
iman” (HR Muslim.)
Di dalam hadis yang
lain pula, Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam bersabda: “Ketua para syuhada
di syurga ialah Hamzah, dan seorang lelaki yang berdiri di hadapan pemimpin yang
zalim dan menasihatinya, dan kemudian dia dibunuh” (Hadis riwayat
al-Hakim.)
Baginda juga
menyatakan di dalam makna yang sama: “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang
benar di hadapan pemimpin yang zalim” (Hadith riwayat al-Tarmidhi, Abu Daud dan
Ibn Majah).
4. Prinsip
Islah
“Dan demikianlah
(sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu
(wahai umat Muhammad) ummatan wasata (satu umat yang pertengahan), supaya kamu
layak menjadi orang yang menjadi Syuhada (saksi dan pemberi keterangan) kepada
umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula
akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.” (al-Baqarah (2):
143)
Islah juga merupakan
tema asasi perutusan para Nabi dan Rasul. Pendekata, Islam sepertimana yang
telah diturunkan oleh Allah SWT ke atas manusia sekeliannya melalaui para Nabi
dan Rasul mempromosikan Islah secara hebat. Islah adalah tugas utama para
Khalifah di muka bumi sebagai manifestasi kepada pandangan dunia Tawhid mereka.
Tanpa Islah, proses ubudiyyah tidak akan berlaku secara berterusan dan diwarisi
turun temurun.
5. Prinsip Akhlak
Mulia
Allah SWT menegaskan:
“Bantu-membantulah kamu di dalam hal kebajikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu
bantu-membantu di dalam hal maksiat dan permusuhan…” (Al-Maidah (5):
2)
Rasulullah
sallaallahu’alaihi wasallam: “Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk
menyempurnakan akhlaq yang mulia (makarim al-akhlaq)” (Riwayat Malik b.
Anas.)
Rasulullah
sallaallahu’alaihi wasallam kepada Abu Bazrah ketika ia berkata kepada beliau:
Wahai Rasululah, ajarkanlah kepadaku sesuatu yang dengannya Allah memberi
manfaat kepadaku.’ Beliau bersabda: “Lihatlah sesuatu yang menyakiti manusia,
maka singkirkanlah dari jalan mereka.” (Riwayat Ahmad di dalam
Musnad.)
************************************************************************************************************
MAKA... uNtUk itu... pesanan kepada
PARA WARGA
MALAYSIA MUSLIM YANG LAYAK MENGUNDI, AGAR:
1. Mengeji dan
mengelakkan diri dari memberikan sebarang sokongan kepada usaha meraih undi
melalui cara siaran gambar atau video berunsur lucah dan tidak bermoral sama ada
ia melibatkan ahli atau pemimpin dari apa parti sekalipun. Dilarang juga
menyebarluaskan video dan gambar terbabit hatta kalau ia benar sekalipun. Pihak
berkuasa yang terlibat juga boleh membuat siasatan seadilnya berdasarkan
undang-undang. Hal ini terpakai kepada seluruh warga Malaysia dari semua parti
dan bangsa.
2. Memilih mereka yang
mempunyai ciri-ciri pemimpin yang boleh menunaikan amanah, bersikap mesra-Islam
dan juga mempunyai ciri-ciri pemimpin yang telah disebutkan di atas.
3. Memilih parti yang
boleh memartabatkan Islam, berusaha ke arah tadbir urus yang baik (good
governance), keadilan dan juga amalan politik yang sihat.
4. Memilih calon yang
kuat berpegang dengan agama dan tinggi moralnya, hatta di kalangan bukan Islam
sekalipun, kerana pegangan agama dan moral akan lebih menjamin keadilan, amanah
dan integriti.
(me: yang ne susah kot... kawasan aku semua kafir jer yang bertanding... nak pangkah sapa ntah)
5. Mempertahankan harga
diri dengan tidak mengambil rasuah politik, samada, duit, material dan dalam
bentuk seumpamanya.
(me : mujur baca ne... baru ingat 'boleh' ambik duit balik kampung yang depa dok kata 'boleh ambik' tew...
banyak jer fatwa boleh dan tak boleh ambik... tapi bagi ai, tak mau lah ambik. apalah sangat 50 hengget tu pastu dalam hati was was... halal ke tak... huhuhuu... jangan risau... saya akan tetap mengundi... kerana...
ku pilih malaysia.... yeah..... 1M4U... tetiba...)
5. Berusaha mencari
keyakinan terhadap seseorang calon yang bertanding, partinya dan gabungan
bersamanya itu mampu dari sudut 'track record' untuk membawa lebih manfaat lebih
baik kepada kebajikan awam. 'Track record' adalah faktor penting bagi menilai
kebolehan dan skill calon, parti dan gabungannya untuk mentadbir negara
Malaysia.
(me: macam dah nampak 'cahaya' sket kat seruan yang ne.... BERUSAHA okey...)
6. Memahami konteks
politik di Malaysia yang mana terdiri dari pelbagai agama, bangsa, parti dan
juga memahami jumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan
di Malaysia adalah 112 kerusi parlimen dari 222 seluruh kerusi parlimen.
Justeru, pengundi disarankan agar tidak dibazirkan undi masing-masing kepada
parti atau calon yang kurang faedah kepada penubuhan kerajaan yang baik dan
ditegah dari sengaja merosakkan undi.
(me: hahahaa... kepada sahabat2 yang ada niat nak buat undi rosak, sebab tak tau nak pangkah sapa, tok sah ar angpa buang masa p beratur pastu p buat tocang kat muka orang2 yang bertanding... aku rasa ini perbuatan paling looser dalam hidup beb.....)
7. Menjauhkan diri dari
terjebak dalam aktiviti kafir mengkafir secara specifik kepada orang Islam
tertentu, ini kerana klasifikasi murtad atau jatuh kafir secara pasti tidak
layak diberikan oleh orang awam tanpa perbicaraan yang lengkap.
(me: yer setuju... jangan kafir mengkafir, fitnah menfitnah, munafiq me munafiq... adei... pendek kata, tok sah bazirkan pahala anda kepada orang yang anda kata itew)
8. Menggesa agar semua
pengundi yang berbeza kecenderungan politik dan parti yang disokong agar tidak
(sekiranya tercipta) memanjangkan 'permusuhan', 'sengketa' dan dendam ingin
memusnah kepada pihak yang berbeza. Sebaliknya, kembali berbaik dan hidup
harmoni sebagai rakyat Malaysia.
***********************************************************************************************************
hoccay... itew jer...semoga bermanfaat