Tuesday, June 30, 2009
kisah adek beradek
Semalam tiba dari TI ke pjaya bersama mama, ayah n adik. esok, 1 Julai, adik akan memulakan A-levelnya di Kolej MARA Seremban. seperti biasa, kalau nak masuk kolej jer, dia akan mula buat kisah-kisah berciri mengada-ngada, tak mahu masuk kolej. Ne baju nak kena irom siap-siap, katanya "pls give me an inspiration". geram betul aku.... apa la kaitannya iron kan baju dia dengan inspirasi utk belajar? Sila bincangkan. Hihihihi. tapi rasa sedey pulak, bila memikirkan adik dah besar, tak lama lagi kalau ada rezeki, akan berangkat ke ausie to persue her study. hmmm...dalam rumah ne, semua dapat tawaran ke luar negara tapi finaly hanya adik sahaja yang bercirikan hendak pergi, yang lain semua lebey selesa berada di dalam negara. Aku? Owwwhhh bercirikan anak mak abah yang manja tahap menembusi cakerawala, mmg tak kan la pergi jauh2 bertahun-tahun..please la....setakat p berjalan, it's Ok. hihihi... abglong dah warning adik, U MUST GO, sebab abglong nak p berjalan-jalan....hahaha....
along, kenapa tak pergi US? ada la sebab musababnya dan sebenarnya Alhamdulillah dia tak pergi, sebabnya seminggu selepas tarikh along patut telah berada di US, WTC pun kena bom. masa tu, mama punya bersyukurla along tak jadi p US. sekarang dah jadi engineer dah pun.. dah jadi banker aku pun.... hihihihi
kan dah kata yang baik tu belum tentu baik, yang tak baik belum tentu tak baik....
Boy, kenapa pulak tak ke Germany? Isu scholarship dan surat tawaran. kesian sungguh. Dari dia kecik nak buat aerospace engineering, gomen p tawar chemical engineering...ngamuk la member... bukan nya result dia tak bagus. jpa ne kadang2 bagi offer tak baca bismillah agaknya... so dia pun sambung local jer...6 hb ne masuk buat master also in aerospace... alhamdulillah.
ai'man pun dah masuk skolah (ai'man adalah anak along yang baru berusia setahun 7 bulan, tapi telah pun masuk tadika main2)..... kesian...kecik2 dah kena p skolah... kira dia adalah lagi tere dari aku la yang berciri pergi skolah pada usia 3 tahun....hahahaha....
so mama ngan abah nampaknya mmg migrate terus la ke pjaya...hihihihi...boy wat master kat sini, adik kat seremban, so aku la AJK logistik terbaik. Yesss...lepas ne tak sunyi lagi tinggal sorang2......
tapi ada satu cerita yang tak begitu best.... aku telah jatuh sakit. aku tak pasti sakit ne di import daripada mana, tapi aku mula risau bila membuat pemeriksaan semalam (akceli dari last week semasa berjumpa Doktor yang garang di KKP) sumpah garang Doktor tu....rasa nak sumpah jadi sesumpah jer.... hmmm so semalam buat pemeriksaan di HTI jer, sebab di sana ramai kenalan mama, jadi biasanya aku mendapat rawatan yang terbaik (tapi rasanya kena p juga pantai sebab result blood test ambil 2 weeks to come out).
ok.....kisahnya, tengkuk aku mulai mempunyai bengkakan yang pelik, bermula dengan 1 dan 2 di sebelah kiri. pada mulanya aku just ingat aku tensi, menyebabkan benjolan2 itu ada, but then after2 weeks masih lagi tak hilang so aku pun p la jumpa Dr. di KKP. fisrt Dr. ne punya la sengal (grad dari UKM), sentuh leher aku pun tak mahu, agak2 korang, camna dia nak TEKA aku sakit apa, macam mana dia nak JUSTIFY ubat apa nak bagi. so she gave me an antibiotic sebab dia kata inflamation jer.....aku pun tak sure inflamation tu terjumpa kat mana...sebab aku tak batuk, demam, mahupun selsema dalam tempoh sebulan ne.... so tak apa la....aku makan la antibiotic tu seminggu, malangnya masih tidak lagi sembuh, tapi tak sempat ke klinik mahupun hospital kerana tak punyai masa utk berbuat demikian....last week afta balik dari kelantan, baru p pemeriksaan kali ke-2, jumpa Dr. lain pulak, kali ne Dr. ne ok sikit sebab nak la tgk bengkak tu macam mana. tapi yang tak sedapnya dia saspek TB. aku dah buat muka pelik....aku langsung tak batuk, demam, selsema mahupun mengalami susut berat badan. ala setakat reduce weight 1 2 kg sebab aku tak sempat makan tu normal la.... tapi still juga Dr. di KKP malas nak buat test dia bagi antibiotic jer... aku dah hangin dah.... sumpah hangin..... ne Dr grad USM kot kalau tak silap...
so afta a week masih lagi tak baik, dan kebetulan semalam berada di TI, before bergerak balik pjaya, teman mama ambil stock ubat2 an di HTI, maka mama telah memaksa menggunakan ciri-ciri dictator supaya aku menjalani pemeriksaan....
aku berjumpa Dr. Siti zufina yang baik hati....amat baik....sangat baik dan mempunyai tulisan yang cantik (tulisan tidak berciri Dr. kerana tulisan Dr biasanya buruk lagi huduh)....
90 markah utk Dr. Siti. Dr. membuat pemeriksaan tetapi dgn tidak sengaja dia telah tersebut depan mama, dikhuatiri aku kena leukimia, tumor, cancer, TB mahupun inflamation biasa...
4 perkara saspek utama tu tlh menyebabkan mama sangat susah hati...amat kasihan....
makanya aku telah diarahkan membuat blood test dengan serta merta bercirikan 4 tiub kecil....
darah telah diambil dengan 2 picagari yang besar size XL agak nya. percaya tak aku nangis ambik darah....hahahaha...sumpah penakut..... setiap satu tiub utk pemeriksaan yang berbeza...
2 tiub resultnya perlu di uji di Ipoh dan hanya akan diketahui 2 minggu lagi....
so afta blood test and x-ray, disahkn tiada TB (aku tanya Dr. kenapa tak batuk blh kena TB, tp Dr. tu tak explain pulak.....confius betul aku sehingga saat ini.)BTW alhamdulillah la tak ada TB.... unfortunately 1st blood test juga menunjukkan sel darah merah atau dalam bahasa biologi nya Hemoglobin adalah amat rendah iaitu berciri kan anemia..... Oh noooo.... again.... dulu masa kat U dah kena juga anemia ne.... Dr. telah memberi ubat dan vitamin tambah darah yang aku dan along gelarkan ubat busuk...kerana bila makan ubat tu nnt rasa bau badan yang tidak best.... biasanya aku akan escape ubat tu...... aku gantikan dengan makanan original seperti daging, bayam, dll....tapi kali ne confirm tak boleh escape sebab mama dah migrate ke sini, confirm dia akan paksa aku makan ubat busuk tu.....
haila.....
tapi disebabkan Dr. masih lagi ragu2 dengan bengkakan di leher aku, maka Dr. telah menghantar aku ke surgical clinic utk mengambil spesimen leher (tapi tak ambil lagi sebab kena buat appoinment dulu dan tarikh appmnt nya pada 13 julai ne - haila....aku ingat nak ambil di pantai jer la.....) Dr. tetap khuatir kalau2 aku kena leukimia mahupun tumor sebab bengkakan itu agak serius mat yus..... plus ianya amat menyakitkan ... seriously sakit kepala, leher, mata, semua rasa sakit....huhuhuhu... aku nangis tau..... di tambah pula, last week semasa aku stay di pejabat sampai 2 pagi, hidung aku telah mula berdarah .....
huhuhuhu ....seraam...... macam siri keliwon....
mudah2 an Allah jauhkan aku dari sakit pelik2 tu..... tak sanggup aku tengok air mata mama mengalir macam bercirikan paip pecah.... sumpah rasa bersalah kerana menyebab kan mama menangis.....
akceli mama amat sedih.... semalam masa otw balik pjaya, abah telah diserang semput (acute asthma) di dalam kereta.... dah lama abah tak semput... ne dalam kete tgh2 ghway plak tu....
aku telah memcut 160km/j utk sampai segera ke kl.... dah abah mendapatkan rawatan di HP. hambik ko....aku bermalam di kaunter emergency sepanjang malam tadi...... mama telah aku anta balik rumah ngn adik sebab mama pun bukan sihat sangat.... makanya jadi la kisah orang sakit menjaga orang sakit.....aku amat sakit tengkuk dan kepala dan of course aku tak dapat tidur langsung kat kerusi spital tu.... makanya hari ne aku terpaksa EL. dah la ada mesyuarat pagi ne...terpaksa minta staff aku wakil kan..... mereka kena biasakan diri ganti aku mulai sekarang, mana la tahu aku betul2 jatuh sakit kan....nauzubillah......
so ne abah dah ok skit...tapi aku susah hati juga sebab esok nak hantar adik ke seremban...... macam mana kalau abah masih lagi tak ok....mana la aku nak cari spital kat seremban tu pulak.....ne HP tak apa la 2km jer dari rumah aku.....
haila...... penatnya aku...dah amat berasa tidak sihat.... amat sakit sekali.... menulis blog sambil baring.....sebenarnya sedang menyiapkan laporan kerja ne... ada 4 laporang tertangguh yang aku MESTI siapkan malam ne juga.....
nihas.....(Mudah2 an Allah memelihara aku, mama, ayah dan adek beradek, anak saudara dari sakit-sakit yang merbahaya.....Amin....)
Thursday, June 25, 2009
2 pagi
Oh Allah please help us....
ku ingat kan afta event boleh bercuti panjang...rupa2 nya....jauh panggang dari api...
kronologi...
16.6 - event
19.6 hingga 23.6 - ke kelantan for official occasion
23 - 24.6 - stay back kat opis utk ISO (sampai 2 pagi)
25.6 - rehearsal iso
26.6 - event iso
1.7 - ke kolej mara seremban selaku supir.
2.7 - meeting mou.
hwaaa...aku nak rehat...
kalau la boleh dapat suami kaya yang membahagiakan, nescaya aku confirm pasti berenti kerja....
huhuhuhuhu....
ne aku tgh tgu staff compile kan data.
mata dah nak tertutup...hidung dah berdarah....sumpah sejuk macam peti ais.....
-nihas
Monday, June 8, 2009
PuTeRiKu SaYaNg
Disebalik bersih wajahmu
Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Aduhai puteriku sayang
Wednesday, June 3, 2009
Jemputan kawin kawankawan
malangnya tarikh kawin nya 12, 13 dan 14 jun. sorry la frens, bukan tak nak p, tapi kalau dah kawin nya sorang kat kuantan, sorang kat kelantan, sorang kat KT, Besut, pontian, sorang ntah kat mana, how me to go, sebab on 16th is my event. cuba kawin kat presint 9 sorang, kat presint 11 sorang, presint 5 sorang...kan sonang.
aiseh...kaco betui la 16th june.....tapi kan aku nak habaq mai satu hakikat, sebenarnya tarikh 16 june tu aku yang pilih. apa rasional pemilihannya? (rasanya aku guna ramalan nujum pak belalang)...hahahaha....tak ada la. ada la sebabnya kenapa tarikh tu terpilih....tapi hakikatnya yang ramai orang tatau, aku la penyebabnya event di buat pada 16 june. of course la comitee yang approved tapi aku yang propose. penyudahnya aku yang menyesal. tak dapat p induksi, tak dapat p kenduri kawin. huhuhu....tak dapat nak kata apa selain daripada PADAN MUKA.
apa2 pun sekalung ucapan tahniah buat sahabat2 yang mendirikan rumah tangga.
1. Kros & A.Fan
2. Azhar & Nik
3.Anum & Azmi
4. Kak linda & pasangan
5. Ayu & pasangan
6. Fariz & pasangan
7. k.HAS & pasangan
8. linda & pasangan.
juga tahniah buat wani yang akan mengikat tali pertunangan pada 12 june'09. sudah sampai masa ko eh. hihihihi....
eh hello...pasangan ku dimana ya....hihi...
Kata mereka ttg what you did last weekend
(pemalu rupa-rupanya kawan2 ku nak drop komen kat sini).
1. Dik huda kck a.k.a huda jr.
Hua3…mcm tau2 je kami berkaroake…rugi mila x join kami…kikiki..nk dgr gak suare mila
Mai bab fakta mmg respek la…
Kak huda boleh jadi penglipur lara yang terer bab mengolah citer sadis menjadi citer lawak antarabangsa…kuang3
Tapi mmg excited pun dapat jalan2 g utara, sampai lupa diri..wakaka…(seronok woo melihat pemandangan, kan cik na?hihihi…)cik na dah pecah rekod cross jambatan penang…hehehe...
2. Cik Mila F1
Hahaha...xyah korang dgr suara sy x merdu ni....
Nsb baik dgr radio time drive, if x mesti ttdonyer...
Mila n music xdpt dipisahkan....
Hehehe...
smpai umh dlm 11 mlm, nak tcabut kaki....
hanya tuhan jer tau btapa penatnye ktorg...
Huda, mai n lyn...
Kita mmg hebat...
Travel 700 km n drive 10 jam...
Tak penah lg dgr org wat keje gler ni....
3. Cik Mai - sasterawan merangkap perang lepastu kawan
Cheq na, P kat WRJ tu leh cabut dah...dah lulus cabaran merentas Penang Bridge....hehehe
memetik kata2 cik mila
Huda, mai n lyn...Kita mmg hebat...
What you did last weekend - Season Finale
Aku? Confirm la tak tapau. Rasa nak masak mihun tom yam malam ne. Lgpun bukan jauh, esok lusa blh p makan kat situ lagi. Hihihihi...
Tapi batik tadi mmg cantik. Dah la pok cik kelate tu bagi harga yang reasonable. Of course la kalau beli kat trganu lagi murah, tapi cost nak ke terengganu tu nak kena ambil kira juga kan…tapi tadi seyes la 200 pun baju dah cun abis…ne kalau aku pakai depa la kata, konpem dato’ pun tenggelam. Ish korang ne, pandai sungguh mulut bermanis2 gula-gula lollipop gitu. (Nota: aku seorang yang suka observe baju batik orang especially baju batik dato’ mmg seyes baju dia semua lawa2)….haila…sapa nak hadiahkan aku batik sutera satu..cepat angkat tangan….satu jer….please….
Huhuhu..so afta jogging di stall batik, we went back, and malamnya aku pun baru la nak buat keje skolah secara terhegeh-hegeh sekali. Tu pun masih main tarik tali dgn mood yang tidak ada utk membuat kerja...last2 godek2 pc lama ne, jumpa la kisah2 kelakar zaman kat U dulu. Aku terjumpa satu set teka teki, siap blh ketawa sorang2 kt umah ne. Pastu tiba2 teringat kt hosmates umah lama yang sgt suka bagi aku teka teki yang mana aku ne spesis naif abis mmg 1 soalan pun takkan berjaya dapat jawab (sumpah lembab ketara aku ne). Pe lagi, aku pun terus capai h/p msg kat cikna bagi teka teki, tapi tak best sungguh sebab cik na tahu jawapannya...hihihihi...terkena lagi aku..cik na ni pun satu, pura2 la tak tau jawab....hihihihi....
Theee….sekian cerita hujung minggu aku bersama rakan2…tak ada la best sangat tapi ok la…kita kena menghargai setiap detik dalam hidup kita kerana real life is real.
Tapi aku masih terbayang2 baju batik kaler hijau dan oren yang sanga ekslusif itu pada harga 200 hinggit...mak belanja la beli baju batik sepasang lagi.....
-nihas (siapa nak hadiahkan saya baju batik...cepat angkat tangan)
What you did last weekend - Part three
Semua geng aku tidak pernah keluar hgway kearah utara kerana tiada seorang pun orang utara, so kena la aku yang guide diaorang kuar kl (kali ne aku tak sesat k…aku terer bab kluar dari pjya ne). singgah makan kat jejantas sg buluh…perh, tak pernah lagi dalam sejarah aku singgah kat jejantas tu pkl 7.50pg, tak ada parking dan orang begitu ramai sampai tak ada tempat duduk. Depa nak p makan kfc, tapi aku kn boikot semua2 kfc, mcD dan segala bagai tu, so aku ckp kat diaorang, korang p la makan, aku tapau jer la apa2 yang patut n mkn dlm kete…hihihi saja psycho diaorang… so setelah mencari2 tempat, so ada la seat utk kami ber 8.
Afta breakfast, meneruskan perjalanan ke utara sambil ber racing di hgway yang tak berapa smooth gara2 ramai sgt yang nak balik cuti skool.
Da-kck,cikna(perosak gambar),nani,mai,mila,lyn,ecah
the pengantin: kros n a.fan
jom pulang
the driver - mila F1
Semasa perjalanan pulang, dari cerita isu semasa, masuk cerita bab sejarah la yang paling tak tahan...bukan cerita pasal sejarah diri masing2, cerita mengenai sejarah melayu tau....
Cik mai dok bercerita sejarah Dang Anum dan Sultan Mahmud mangkat dijulang. Pastu abis la kuar citer parameswara, chin peng, puteri saadong dan segala bagai. Jap lagi depa suh aku citer ”weih sejarah perak mula macam mana?” kuang...kuang...aku rasa cerita yang paling terkenal ttg penentangan Datuk Maharajalela ke ats JWW Birch, tapi aku tak ingat sangat so aku just boleh pelawa depa ke pasir salak selepas ini. Hihihi...seteruk2 aku suka kenakan orang dengan kisah2 benar tapi yang bunyi macam dongeng tu, tapi aku tak berani nak tipu sejarah perjuangan bangsa, nnt kena tulah. Lgpun bagi aku ianya tak sepatutnya dijadikan bahan for jokes. Tapi mai bukan la buat jokes, mai cerita sejarah yang betul (aku rasa sama dlm buku sejarah malaysia). Kagum gak diaorang blh ingat....cayalah girls.... ”Tiada dulu tiada kini”.
(Nota: aku penah buat hosmates aku gelak sampai menangis gara2 cerita aku eksiden masa thn 2 kat U. Padahal cerita tu gile ngeri kena rempuh dgn storm masa naik moto-ngeri tak? Pastu siap kena seret lagi, sebulan aku tak blh berjalan walaupun kaki tak patah, tapi blh palk terjadi cerita lawak, aku pun confuse).hihihi. (nota lagi: sila la baca doa perjalanan.)
Kami tiba di putrajaya pada pukul 11 mlm, satu jam awal dari waktu yang dijangkakan. Thanx fren for sending me home safely....team satu lagi p holiday ke penang. Team aku tak blh sebab one of us ada hal. Balik tu, nasib baik dah singgah membersihkan diri kat hgway (1st time mandi kt hgway,hihihi) dah siap solat dan makan, balik umah cuci gigi cuci kaki, ambil wuduk dan Zzzzzz…..gudnite Malaysia.
Girls…you are the best dalam buat2 keje mengarut ne…tapi you all juga adalah kawan yang baik sebab sanggup bersusah payah demi kawan2…May Allah bless you all.
Tuesday, June 2, 2009
LoVe
Love is …
Sharing stories ‘til you tire
Togetherness forever
Having someone to scratch your back
Knowing you’re never by yourself
Having someone to share your life
Hanging onto every word you say
Waiting for you to return
Sometimes you might feel that you’ll be happier alone
But it’s always nice to have someone to laze around with
Someone to think about…
Someone to care about…
Someone to share your joy…
And someone to kiss…
So take a chance
Until you have really tried
So if there’s somebody you miss
Tell them that you do
Cause there’s something only love can do…
dan sebenarnya
oh bulan
Monday, June 1, 2009
What you did last weekend - Part two
Part two
Maka esoknya, jumaat 29 mei, aku pun p la kerja...awal2 lagi kuar lif aku jumpa timbalan boss aku,
”eh bukan awak cuti ke hari ne”....
“menurut kata bos puan cuti adalah satu kelayakan dan bukannya hak ”....
”la, kesiannya awak. Habistu pergi ke tak kedah ne”...
”pergi...esok”
”tak apa...be strong”
”ok....saya kan rock”
Sambil senyum bajet comel gitu...
Hah tu baru sapaan kat lif, pastu bila aku mula wat keje and adala kat pukul 11pg, aku p kat tempat admin and submit dokumen kat PA boss, deme2 pun bertanya...
”eh, bukan cik bercuti ke hari ne”…
(nampak sgt kewujudan aku kat opis tu org tak perasan, pukul 11 baru korang perasan aku exist kat opis tu....hihihi... sbb tmpt aku plg strategic plg elit….ecece…poyor betul, sbnrnya mmg tak glamour pun.hihihihi)…
“tak jadi, di batalkan. Boleh bagi saya borang batal cuti?”
”eh...nape batal”…
Sibuk sungguh deme ne…
“khidmat untuk negara tanggungjawab bersama”
”hahahaha...kesian kat cik...tak per la esok sabtu, boleh rehat”’
”ne bukan soal rehat, saya ada urusan, sbb tu cuti...tapi tak apa la, bukan masalah besar pun....hihihihi”.....
So petang tu pun aku p la meeting dgn hati ikhlas abis. (Nota: Ikhlas abis = abis sudah keikhlasan). Ok la, tak ada isu sangat Cuma our biggest bos berpesan “make sure jangan ada kepincangan especially jemputan & protocol. Ini melibatkan imej jabatan”
Sambil memandang ke muka aku yang cute ne. Perh....
Amanat terakhir bonda maharani telah menyebabkan aku nightmare pada malam tersebut. Apa jadi? Hehehehe...
Kan dah cakap tadi, aku teramat letih dan aku memerlukan rehat yang cukup, so malam tu afta solat, aku terus syahid, mmg tak blh duduk dah pun. Dgn perut kosong nya, tp tidur itu lebih penting. Malangya tidurku tidak nyenyak kerana aku bermimpi semua pasal kerja...gila seram....sampai the worse part aku mimpi yang menyebabkan aku terus terbangun pada pukul 1 pagi (tanpa dapat tidur semula) ialah aku mimpi surat ksn, muka ksn, dewan picc, muka maharani dan surat suara wajah ksn yang berulang-ulang kali muncul. Serius beb, mimpi ne lebih ngeri dari cerita siri seram-keliwon mahupun cerita I know what you did last summer. Apa lagi terus bangun, mandi, p tunaikan tugas sebagai hamba Allah siap dapat khatam Quran lagi (mmg tinggal sikit jer lagi pun, bukan la pulak habiskan 30juzuk dalam tempoh 3jam – itu adalah mustahil bagi orang awam macam aku). Lepastu dah tak dapat tidur, aku pun p la kemas rumah yang disemakkan oleh adik aku yang baru mengangkut segala barang mak nenek dia sbb nak duduk dgn aku. Hah apa lagi aku yang baik hati ne (tak tau jumpa kat mana ntah hati yang baik itu) telah pun menjadi bibik dirumah sendiri mengemas rumah. Siap abis basuh baju, jemur baju, lipat baju, gosok baju, balut adiah (baru terhegeh2 nak balut hadiah)…pastu tiba2 pada pukul 4.30 pagi mata buat2 ala2 nak terpejam pulak dah (perkara ini telah dijangkakan). Maka aku me msg kepada semua rakyat jelata agar mereka membangunkan aku pada pukul 6pagi..jgn ada yang gatal2 kejut aku pukul 5.30 pagi. Hampehnya budak2 ne, tak call aku lgsg. ( I leave alone, so I need people to wake me up when I’m so tired, sbb takut tak sedar lgsg nak bgn solat subuh)….nasib baik mak call pukul 6.15 pg. pastu 6.30 budak2 ne dah nak bersiap dtg umah aku, hah padan muka sebab kena tunggu aku bersiap. Nasib la baik aku ne mmg dh semula jadi tak comel, jadi tak payah terhegeh-hegeh nak berlama-lama bersiap.
So kami bertolak dalam pukul 6.50 pagi (lewat 20min, seperti biasa adlh gara2 aku)…hehehehehe…
What you did last weekend - Part One.
Part One.
Apa yang korang buat hujung minggu yang lepas. Hmmm mari ikuti cerita mission impossible me and the geng ttg kerja mengarut yang kami buat pada hari sabtu yang lepas. Ok on 30th adalah hari kawin kros yang diadakan dirumah ibu ayahnya di padang serai, kedah. Plan asal, kami sepatutnya bertolak pada hari Jumaat – 29 Mei pepagi time orang nak p kerja. Tapi malangnya, 2 of us ada meeting yang perlu dihadiri so the very last minute plan telah dipinda bertolak pada sabtu pagi selepas subuh dan pulang pada hari yang sama kerana mila ada hal pada hari ahad utk pulang ke melaka. (jarak umah aku – [port berkumpul] ke umah kros = 350km /one way mengambil masa 5 jam sebab jam gara2 cuti skolah yang baru bermula) dan kami (p 2 bijik kete) tapi kete kami jer yang buat misi mustahil dengan bertolak pulang ke kl pada hari yang sama. Perh tough betul la gadis2 jelita ne (ayooo…. Statement besi berani ne) . memandu dalam jarak 700km/sehari dalam tempoh 10jam. Alhamdulillah, Allah memelihara kita sepanjang perjalanan.
Actualy 3 of us termasuk aku ada meeting ad hoc pada jumaat tu, tapi aku rasa bos aku blh handle meeting tu sendiri so aku pun malas nak batalkan cuti aku yg dh aku mohon 5hari lebih awal.
Tapi aku yang baik hati tahap ntah jumpa kat mana ntah hati yang baik itu, petang khamis tu aku pun p la brief en.boss segala apa yang patut di laporkan pada mesyuarat. So sebelum aku beredar dari bilik nya, masa tu aku pun 50 50, nak bagitau ke tak, sbb instict aku mengatakan kalau aku tanya, definitely dia akan batalkan cuti aku, tapi aku tak sampai hati, sbb risau kalau jadi huru hara / ada puak2 yang dengki ngn team kami Tanya soalan2 luar alam semesta esok, dan bila mereka tiada maklumat yang tepat mereka akan decide perkara yang bukan2 menyebabkan later on aku la khadam yang terpaksa membuat perkara yang bukan2 tersebut.
(nota: walaupun plan telah ditangguhkan ke hari sabtu tapi aku perlu cuti juga pada jumaat sebab 1. aku letih gile 2 minggu ne tanpa rehat yang cukup sehingga hampir kemalangan jalan raya yang kalau betul2 kena hit haritu, sama ada mati atau cedera parah – aku tak perasan trafict lite merah dan aku telah merempuh traffic lite 4 junction, jln 4lane, yg kete korang blh pikir la laju tahap apa, pada pukul 8.00 malam dlm perjalanan ke opis semula utk siap kan kerja, dan kedua-dua kereta dari arah kiri dan kanan telah break secara mengejut termasuk aku, dan sangat tergamam dgn apa yang berlaku. Mmg begitu hampir utk kena langgar. Alhamdulillah, tak ada apa2 yang berlaku Cuma jiwa parah gara2 terkejut, tapi masih buat muka cool teruskan perjalanan ke pejabat utk siapkan kerja (mmg tak rugi sapa dapat staff macam aku- gile dedicated)
Haiiiip.... ne apsal salah isi kandungan ne. Kalau karangan espeyem dah boleh dapat 9G ne.
Berbalik kepada cerita asal...
So aku pun berkata la kat bos;
”ada apa2 lagi tak yang boss nak tahu, atau yang perlu saya sediakan sebab esok saya bercuti”.... sambil membeliakkan matanya, boss aku cakap
”siapa bagi kamu cuti esok, bukan ada mesyuarat ke esok”....
”la, bukan boss ke yang approved cuti saya”…
“Ohh cuti adalah satu kelayakan dan bukannya hak. Batalkan cuti kamu esok dan ikut saya ke mesyuarat esok”....
Geram tahap raksasa gorgon....sambil buat muka tak puas hati ....
”tapi boss....saya ada urusan esok”....
”apa urusan kamu”...
”saya nak p kedah”....
”ada apa”....
”Kenduri kawin”....
”tapi bukan kamu yang kawin kan”...
Kejam punya statement....
”ye la, bukan saya”
”jadi batalkan cuti kamu..kenduri nya hari apa?”
”sabtu”
”jadi bertolak la selepas mesyuarat”...
”ish...bos, baik boss berdoa supaya saya tak menyumbang kepada peningkatan statistik kemalangan ngeri jalan raya....saya letih ne”...
”ish...adake..batalkan cuti kamu, dan hadir mesyuarat bersama saya”....
Muka pasrah jer la aku....redha itu indah tapi bukan mudah...ingat tu murid-murid...
(nota: aku benar pasrah ne, tak der la marah kat sapa2 pun, sebab kerja tu amanah pada kita kan....ok jer, tak der rasa nk ngumpat boss ker apa ke, mmg langsung tak ada).
-nihas (samb. part2)