Wednesday, March 28, 2012

Persiapan Menjadi Tetamu Allah

Assalamualaikum wbt.

Hmmm sebenarnya berkira juga nak paste entri yang satu ini.  Sebenarnya ini sekadar catatan perjalanan yang aku kongsi dengan rakan2 terdekat. Tapi memandangkan semenjak dua tiga menjak ne asyik di asak dengan soalan (macam lah saya ne ada 6th senses...hehehe)
"Huda rasa saya ne bersedia tak nak jadi tetamu Allah".
"Tapi, itu semua kan bahagian masing-masing".
"boleh tak kalau saya main pergi je bila dah cukup duit".

Hwaaa... takut betul aku yang kerdil lagi sikit ilmu ne nak jawab soalan-soalan "killer" macam ne.
Adoiya... Mana lah eden nak tau yang bertanya itu bersedia atau pun tidak. 

tapi yang bab "bahagian masing-masing"  tu aku dalam agree ada yang kurang setuju juga.
Iya lah, memang lah "bahagian masing-masing", tapi Allah juga suruh kita usaha untuk mendapatkan "bahagian yang baik". huhuhu...

Jadi, aku kongsikan kepada yang bertanya itu blog Prof. Kamil, dan Insya Allah akan kongsikan buku prof bertajuk "Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman"dengan yang bertanya.  Kat rumah aku ada 2 buah buku tu, jadi aku akan hadiah kan kepada beliau. Insya Allah.
Sebab bagi aku prof. kamil berjaya menterjemahkan term "persediaan menjadi tetamu Allah" dan "mujahadah" beliau untuk berusaha menjadi hamba yang Allah sayang dan "mendapat bahagian yang istimewa di sisi Allah".

Walaupun dah balik Makkah, aku masih mendengar audio syarah beliau dan masih menitiskan air mata ketika mendengarnya.... Allahuakbar.... Allah terlalu Pemurah.  Terlalu Penyayang.  Tinggal lagi kita sedar atau tidak hakikat tersebut. Tinggal lagi kita nak hargai atau tidak Nikmat-nikmat yang Allah dah anugerahkan pada kita selama ini....

Aku juga kongsi kan dengan beliau entri ini ''Siapa senang2 nak bagi spuloh ribu".

dan sebenarnya ketidak sempatan menghadiri kursus haji adalah bukan alasan sama sekali.  zaman IT dunia dihujung jari ini, segala telah mudah, contoh, talk Hajj Insights yang boleh di dengar menerusi HUDA TV (belum jadi tv aku yer, ne huda lain tau...hehehe)

Wallahualam... Sesungguhnya berusahalah kita semua untuk menjadi hamba yang Allah sayang...
Selamat mujahadah...

Dikongsikan sedikit cebisan catatan perjalanan saya berikut:

Jika ada yang akan berangkat menunaikan haji, saya akan pesan banyak-banyak kali, baiki kelemahan dan kekurangan diri sedari di malaysia lagi.

Istiqamah memperbaiki bukan 3 bulan sebelum pergi,tapi seawal yang mungkin. Mungkin setahun,mungkin 3 tahun, mungkin 5 dan mungkin lebih dari itu.

Yang penting apabila Allah sudah bukakan pintu hati kita untuk ke tanah suci, pada saat itu juga kita sudah mula perlu berubah.perlu mujahadah.dan perlu istiqamah.
 
Haji adalah perjalanan kita menuju Allah. Dalam rukun islam,ia merupakan rukun islam yang kelima selepas empat rukun yang lainnya iaitu:
 
Mengucap 2kalimah syahadah.
Solat 5waktu sehari semalam.
Puasa di bulan Ramadhan.
Menunaikan zakat.

Dan yang terakhir barulah menunaikan haji bagi yang mampu sampai kepadanya.
Ia perjalanan menuju Ilahi. Justeru, perjalanan menuju Pencipta kita yang Maha Agung perlu kita iringi dengan persiapan yang rapi, dengan rasa cinta yang tiada kompromi...

Perteguhkan hati dan jiwa kita dengan lafaz syahadah bukan sahaja sekadar di bibir tapi keyakinan yang sebenar-benar dihati kita agar setiap sel-sel yang ada ditubuh kita dapat kita rasai getarannya apabila kita menyebut kalimah:
"Lailahaillallah, Muhammadurrasulullah"...
 
Perbaiki kualiti solat fardhu kita. Pelihara agar ianya dilakukan di awal waktu dengan penuh khusyuk dan usahakan agar dapat dilakukan secara berjemaah terutamanya Solat fardu subuh. Kalau kita dah perbaiki solat kita dari awal, solat itu akan jadi satu habit/ darah daging dan kita tidak berasa berat untuk melakukannya bahkan kita akan rasa sangat sedih dan berduka cita kalau kita tinggalkan. Contoh, di madinah, cuaca sangat sejuk kalau musim haji jatuh pada musim sejuk lah. Jadi, walaupun lantai masjid bertemu dengan tangga hotel, tapi kalau menjaga solat awal waktu dan solat di masjid itu tidak kita jadikan darah daging kita, nescaya kita akan memilih untuk solat di bilik sahaja maka terlepaslah segala kelebihan yang dijanjikan untuk bersolat di masjid nabawi/ masjidil haram, dan terlepaslah segala kelebihan solat berjemaah yang Allah janjikan.
 
Perbaiki kualiti puasa fardhu kita, belajar ganti puasa dengan segera, jangan hutang hingga ke hujung tempoh masa, bimbang kalau nyawa sudah tiada. Banyakkan puasa sunat seperti amalan Rasulullah s.a.w. . Lagipun perbanyakkan puasa sunat dapat membantu kita mendidik dan menundukkan hawa nafsu kita.
 
Persucikan harta dengan zakat. Jangan mengelat bayar zakat. Ingat!!! Dalam setiap rezeki kita, ada HAQ orang lain. Yang penting HAQ Allah. Jangan sesekali kita abaikan. Bab zakat ne ramai juga yang kurang faham dan tak berusaha nakk memahamkannnya.
 
Juga, jangan lupa Hayati dan salami, sirah rasulullah s.a.w dan para sahabat. Perjalanan dan perjuangan rasulullah s.a.w. dan para sahabat dalam memperjuangkan islam… Baca sejarah hidup rasulullah. Baca kisah hijrah rasulullah. Hayati kisah 4 khalifah agung dan pejuang-pejuang islam yang lainnya. Insya Allah, ziarah kita ke madinah dan mekah akan ada “soul” . sungguh nyata perbezaan “rasa” dan “nikmat” perjalanan antara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu.

Saat insan - insan lain merungut perjalanan dari makkah ke madinah yang jauh menaiki bas, Insaflah, Rasulullah hijrah denga sahabatnya Abu Bakar, hanya menaiki unta sahaja.  mengambil tempoh berhari-hari lamanya.  kita, sudahlah naik bas, ada aircond, ada makanan.  Lagi nak merungut.

Juga, tatkala ada insan-insan yang mengomel tentang makanan yang tidak sedap, roti yang kasar... Allah... sedarlah, rasulullah s.a.w juga makan dari roti yang tidak dikisar/ dihaluskan...

Allahuakbar.... semoga kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mempersiapkan diri menjadi tetamu Nya yang teristimewa dan mendapat "bahagian yang istimewa daripada Nya"... Insya Allah.
 
Wallahualam… sekadar peringatan untuk diri sendiri.

Monday, March 26, 2012

Buku ke-13

Assalamualaikum wbt.

Ini buku ke-13. hehehe... tapi tak baca sendirian.  Buku ne our txt book untuk kelas dengan Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (alah... penulis buku ne lah...) hehehe..
 Jom lah.. sapa nak follow kuliah beliau.... hari ahad, sebulan sekali kat Masjid Putra.  Sangat bermanfaat.



Friday, March 23, 2012

Ketibaan... Kegembiraan

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah... sungguh gembira semalam menyambut "ketibaan" buku-buku yang di nantikan...
Tadaaaa....  Akhirnya dapat juga buku Islamic Medicine - the Key to a better life.  Jauh sungguh buku ini diterbangkan daripada bumi Makkah... Harga masih dapat SR50. Waaaaahhhh... nasib baik reti segan. Kalau tak dah suruh kak nani tolong belikan 3 bijik.  Boleh bagi along satu dan hadiahkan kepada sesiapa yang "layak"... Terima kasih kak nani... the best lah akak... terima kasih jugak kat boy yang g ambik buku ne... Hehehe... terima kasih lah kat along sebab suruh pesan kat kak nani. kesimpulannya Terima kasih Allah sebab izinkan saya memiliki buku ne.  Semoga bermanfaat.

Juga semalam, dah dapat buku Dapur_Wawa... yang dinanti-nanti...
Rujuk entri INI
Terima kasih lah kak jijah, tolong belikan...
Semalam juga dah "habiskan" baca Dapur_wawa tu tapi tak lah baca betul2, baca laju2 seperti amalan biasa ketika membaca novel i.e. baca depan, tengah dan belakang...khatam...
tapi resepi2 yang dikepilkan, seperti panggang merah tu, rasa macam kena suruh ika madera emelkan details nya. hehehe... teruja nak cuba.

ha.... inilah buku yang tiba semalam
1. Islamic Medicine - the key to a better life (SR50 daripada Makkah)
2. Dapur Wawa (rm14.40 - daripada Jemari Seni)
3. Antara Safa dan Marwah (rm16.00 - daripada Jemari Seni)

  

Ini pulak...
koleksi buku2 yang saya ngan adek beli kat makkah semasa menunaikan fardhu haji tahun lepas.
1. Encyclopedia tu adek belikan, dia cakap boleh bagi anak2 murid angah baca. Disamping tambah ilmu mengenai islam, boleh polish English... see, bagusnya adek saya.
Semoga Allah sayang kamu adek...

ok, bagi gambar jelas sikit.
ok, 3 buku ne antara yang kami beli haritu.
yang kanan atas tu dah cakap, kirim kat kak nani minggu lepas.
ok, kita mulakan dengan yang ini:

1. Stories of the Prophets.
Harga tak ingat tapi between SR50-55 je. Biasalah, bawak adek ne selalu dapat murah.
Hehehe...
Saya sedang menelaah buku ne... sangat bermanfaat.
Kisah tentang para nabi (25 rasul) berdasarkan Al-Quran.
(kecuali nabi s.a.w, sebab kisah ttg rasulullah s.a.w. ada kitab lain yang khusus)
worth buying n reading... tapi tak habis baca lagi.
Baca kitab kena page by page, bukan macam baca novel
contoh, kalau kisah Nabi Adam a.s, akan disenaraikan semua petikan Al-quran yang bercerita mengenai Nabi Adam a.s.

Ne gambar setelah saya cabut cover dia. hehehe...


pastu, buku kat bawah ne, saya kena habis kan segera sebelum Oktober.
sebab adek nak bagi hadiah kat orang.
Huhuhu... saya terlupa buku ini bukan milik saya.
Jadi saya terlupa nak kirim kat Kak Nani haritu.
Hmmm sapa ya boleh tolong saya belikan buku ne???



buku kat bawah ne pun tengah reading...
beli kat makkah ngan adek.
tengan baca kisah PORK.
Kenapa ianya HARAM dan tak bagus...
^_^
 
 
hmmmm... bilalah saya boleh habiskan baca semua buku ne.
ini sebahagian daripada 10 12 buku kat rumah, yang baru beli dan belum habis di baca.
hehehe...
kena ambik cuti lah kalau nak baca.
tapi... kerja banyak... Huhuhu
Tak apalah.
"pelan2 kayuh, semoga sempat sampai"
Insya Allah.

Tuesday, March 20, 2012

Apa khabar sekarang?

Assalamualaikum wbt.

"apa khabar sekarang?"

hmmm... tak bagus nampaknya ekspresi kat atas ne. Huhuhu... Kalau ikutkan rasa give up, dah give up dah.  tapi putus asa tu sikap yang tak baik.  huhuhu... Pernah seorang senior cakap, "masalah tu akan datang bersama penyelesaiannya. So tak payah tension2, just follow the flow".  Hampeh.
Memanglah dia tak payah tension2 cari jalan penyelesaian sebab orang lain tolong selesaikan, lepastu dia cuci tangan dan naik pangkat.  Tinggalkan masalah tu kat orang lain.  Ha... hidup macam tu ke?

ntah lah...

Yang pasti hidup perlu diteruskan.  cabaran yang datang adalah untuk diatasi. Bukan untuk ditangisi ataupun cabut lari.
semalam ex-boss offer post di institut.  Selamba jer aku jawab.  "Tawaran boss ne macam menyuruh saya keluar mulut naga masuk mulut buaya... Hahaha... "
Ntahlah.  daripada pergi institut, baik aku pergi ke division yang lebih stabil.  Aku ada satu bahagian yang aku saaaaangat nak join.  Boss nya pun dah offer aku untuk pindah division.  Tapi aku rasa bersalah kalau tinggalkan sistem ne tak siap2.  Masalahnya, memang banyak masalah, banyak lagi yang tak sempurna.  Nak faham tu dah satu masalah, nak mengatasi masalah yang timbul tu dah satu masalah.  Semua datang highlight masalah.  Tapi tak ada yang bagi cadangan menyelesaikan masalah.  Kalau ikutkan "sellfishness" macam senior tadi, aku pun dah cabut tinggalkan division ne.  Biar terkontang-kanting.  Benci betul....  Tapi nanti memalukan diri sendiri kalau orang baru yang replace menerima kesusahan akibat ketidak sempurnaan kerja yang kita tinggalkan.  Tapi mungkin juga orang baru itu boleh buat lebih baik?  hmmm ... mungkin juga kan.... tapi masalahnya, tak ada orang nak tukar ke sini. Huhuhu...
xoxo... SOS...

Hmmm... ntahlah...

Tuesday, March 13, 2012

Penawar Buat Hati

Jika ingin membaiki dunia, baiki dahulu manusia yang menghuninya.

Ubat untuk baiki manusia perlu baiki dahulu hatinya.
 
Penawar untuk memperbaiki hati harus bermula dengan memperbaiki solatnya.



Orang yang baik, kita sayangi dia.

Orang yang tidak baik, kita kasihankan dia dan doakan dia agar menjadi baik.

Orang yang sering nak “tunjuk” hebat adalah kerana dia tak hebat...


Monday, March 12, 2012

Saya tidak suka..........

Assalamualaikum wbt...

Saya tidak suka di google. Maksud saya bila NAMA saya di google. Siap taip nama penuh haku tuh.
Walau pun saya suka fungsi carian di google. Okey, itu perkara lain.
Dalam tidak 'fofular' ne pun ada juga nama ku di enjin carian pak cik google ne.
Tak suka sungguh.  Maka baru saya perasan ada sesuatu yang perlu saya delete di sini.
Maka kepada penyewa-penyewa dulang dan penanya-penanya soalan, jika ada soalan untuk diaju, sila tinggalkan emel anda di kotak pesanan.  Saya akan menghantar emel kepada anda.
Garang sangat pasal tu orang jarang komen... hehehe...

Maaf lah... ini cara saya.  Saya ada blog bukan untuk canang cerita saya pada orang. Mungkin sekali sekala itu adalah juga.  Kalau ada orang yang kenal saya yang ter ber nasib baik terjumpa blog saya, then itu ok.  Tapi kalau puposely g taip kat google complete nama saya.... SAYA TIDAK SUKA....

Mungkin akan ada yang cakap, "ek eleh, suka hati depa lah nak google, yang ko perasan sangat tu apsal".
tak kiralah, suka ke tak suka hati... yang penting SAYA TIDAK SUKA...

Kenapa saya ada blog, boleh baca di SINI.

Tuesday, March 6, 2012

Doa Minum Air Zam-Zam

...Assalamualaikum wbt...
...Kongsi ne, Doa minum air zam-zam...


... doa di snap picture daripada buku di bawah...
(tapi mungkin kena re-capture, sebab bad quality... tanwin nya tak jelas kot)

...Rindunya nak minum air zam-zam sepuas-puasnya... 

Islam dan Ahli Kitab

Good answer for a good question

“Bila nak kahwin?”

“Oder dah pengantin lelaki, tapi tak sampai lagi!”

Hmmm... can be a good answer kot next time...Boleh pinjam...Hahahaha...

Kau ingat kawin tu macam cari kerja kat jobstreet.com ke? Atau kat ruangan iklan The Star hari sabtu?
Dapat kerja, p try.  Rasa tak sesuai, resign, cari kerja lain... Waaaahhh... semudah itu ke? Kalau bab kerja, mungkin as easy as that. Tapi kalau bab kawin??? Adoiya...

Orang bercakap tentang chemistry, orang tak pernah  jarang sebut yang Allah mendekatkan hati manusia...

Berdoalah... Semoga Allah perkenankan... Ameen...

p/s: ayat  italic di atas di copy cat dari sebuah catatan novel.  Kalau ada kesempatan akan kucari novel itu. Dah baca baru buat "bedah buku" kat sini.   Sekarang ne ada 10 buah buku kat rumah yang tak sudah-sudah lagi membacanya.  Novel tu akan jadi Q ke 11.  Tapi kalau penangannya menarik, dia macam akan melangkau tangga 1 2 atau 3. hehehe...  Sekarang tengah baca buku Stories of the Prophets (karya Ibn. Katsir), dalam bahasa omputih. Ada rezeki, nak translate dalam BM. Insya Allah... Rabbi Yassir wala Tuassir...

Monday, March 5, 2012

Jalan-jalan Cari Ilmu

menuju ke maktabah makkah al mukaramah


halaqah...
akar tradisi ilmu...
^_^


membaca itu jambatan ilmu.
...hehehe...


Sunday, March 4, 2012

DW Workshop

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah... last week Allah blessed me for datawarehouse workshop organized by MOH.
And the best part, this time no more feeling like an Allien of the week like course attended LAST YEAR.

Hmmm... untuk orang macam haku yang tak berapa nak bijak IT dizaman muda-mudi dulu, buat kerja dalam bidang ne, adalah sesuatu yang memberi tekanan.  Ingat lagi first time boss hantar g conference on cloud computing, (with all mat mat saleh there), dah lah nak menadah telinga memahamkan slang diaorang tu satu hal. nak memahamkan jargon dan terminologi yang di bahaskan tu lagi satu azab. Kalau ikutkan hati, memang aku nak lari balik jer dah time tu. Honestly sebutir hapa pun tak faham.  Sib baik g tempat best, makan best, so layan jer lah all those foods yang memang best.
 Pastu kena hantar lak g conference relates to ICT innovation in Malaysia.  Erm, masa ne macam dah ok sikitlah dengan terminology used + speakers kebanyakannya orang malaysia, walau pun menggunakan english medium, tapi still can understand.  Pastu, tunjuk terror lak, g apply kursus tentang data mart, data warehouse dan yang seantero dengannya.  Ok lah, walau pun tak lah faham sangat dan kalau buat pun belum tentu sukses, tapi cam dah cerdik skit.  And finally last week, depa hantar for this 2 days workshop. (walau pun hotel ne makan tak bes sangat), tapi manfaat ilmu yang diperolehi adalah sangat menyeronokkan. Alhamdulillah.  And for the 1st time, rasa confident boleh share knowledge and experience of development with them sebab aku dah semakin faham dengan kerja aku. Alhamdulillah... Terima kasih Allah yang menganugerahkan kefahaman ini untukku.
Moga ini menjadi salah satu ruang persediaan sebelum ke uk or nz nanti? Wallahualam.... Insya Allah.

Apa pun nampaknya jadual ku makin penuh dan padat. Masa borak2 kosong dengan malini (roomate semasa workshop haritu), terlepas cakap lak pasal kelas tambahan yang aku buat.  Hmm ada pulak akak ne dengar.  Macam berminat nak suruh kawannya hantar anak belajar.  Adoiya.... jadual aku dah penuh isnin to sunday.  Secara jujurnya tak tahu dah nak 'ambik' masa kat mana lagi.  Tapi tu lah... cuba lah dulu.... Insya Allah.  Membantu mana yang boleh.... Moga Allah mengilhamkan dan menganugerahkan segala yang baik dan terbaik supaya kita semua menjadi hamba Nya yang baik dan di sayangi Nya.... Ameen....

ok... pen off... nak masak sambal tumis udang... malam ne ada tuisyen.... Ganti kelas jumaat lepas.  Mulanya rasa malas juga nak buat sebab nak rehat.  Tapi bila teringat budak2 ne nak exam minggu depan, gagahkan lah diri ini.... Rabbi Yassir wala tuassir.....