Assalamualaikum wbt....
Nak kongsi kenyataan akhbar oleh MOSTI...
Menurut kenyataan
yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia
(WMO) pada 15
April 2014, fenomena El Nino berkemungkinan besar melanda dunia pada pertengahan
tahun ini yang dijangka bermula antara
Jun dan Ogos depan, namun demikian masih terlalu awal
untuk menentukan tahap kekuatannya.
Fenomena
El
Nino kebiasaannya mula terbentuk pada pertengahan tahun, memuncak pada
penghujung tahun atau awal tahun
berikutnya
dengan tempoh hayat antara 6 hingga 18 bulan. Kali terakhir fenomena ini terjadi
adalah pada tahun 2009/2010 dengan kategori sederhana, di mana ia tidak memberi impak cuaca yang signifikan kepada negara. Manakala
El Nino pada tahap
kuat yang terakhir berlaku adalah pada tahun 1997/1998, di
mana sebahagian kawasan negara telah mengalami cuaca kering dan
panas serta dilanda
jerebu rentas sempadan
yang serius.
Impak El Nino kepada
negara secara umumnya
boleh menyebabkan
jumlah hujan diterima akan
berkurangan, terutamanya
bagi Sabah dan Sarawak. El Nino juga boleh menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan kering yang seterusnya memudahkan berlakunya kebakaran hutan yang boleh menyebabkan
kejadian jerebu
tebal merentasi sempadan
yang
akan memberi kesan terutamanya terhadap kesihatan, aktiviti luar
dan pertanian.
persediaan lebih awal yang boleh dilakukan bagi mengurangkan impak fenomena El Nino dan
cuaca panas Monsun Barat Daya ialah:
i. memastikan mempunyai simpanan
air yang mencukupi atau menyediakan
takungan air
tambahan untuk
kegunaan masing-masing seperti
kolam, perigi dan sebagainya;
ii. berjimat cermat dan mengamalkan budaya penggunaan air berhemah
mulai sekarang. Berdasarkan kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penggunaan air sehari oleh setiap rakyat Malaysia adalah amat tinggi iaitu 310 liter berbanding syor piawaian
antarabangsa PBB
iaitu 165 liter, Afrika hanya 50 liter, India 100 liter sehari, manakala Singapura 150 liter;
iii. mengambil kira perubahan
cuaca ini dalam merancang dan merangka aktiviti luar
dalam tempoh
masa berkenaan; dan
iv. menggalakkan orang ramai mempunyai simpanan
topeng
muka apabila diperlukan.
Bagi mendapatkan
maklumat lanjut berhubung
fenomena ini termasuklah
ramalan cuaca, gempa
bumi dan tsunami, sila hubungi
talian hotline
MetMalaysia 1-300-22-1MET. Perkhidmatan ini disediakan 24 jam sehari dan 7 hari seminggu atau melalui emel kepada mmd@met.gov.my. Pengguna juga boleh melayari laman sesawang
rasmi
Kementerian www@mosti.gov.my dan Jabatan Meteorologi
Malaysia www@met.gov.my.