4 Sept.2017~15 Jan.2018 = 135 hari mencari cinta …
Kisah perjalanan yang membuka mata membuka hati
memberi inspirasi menginsafi diri. Kerdil sangat rasa diri.
#135harimencaricinta… aku belajar keluar dari segenap
lapisan zon selesa. Segenapnya.
Jauh dari segenap zon selesa yang aku nikmati.
Bermula dengan terpaksa keluar rumah seawal pagi,
menempuh jem yang boleh tahan membunuh kesabaran, ketiadaan parking sendiri
yang berhadapan pintu masuk (rekod 2 kali dapat saman parking), melangkah
sehala 1,168 langkah dari parking hingga ke laman pintu makmal. Tak sempat
makan, tak cukup tidur, tak faham apa yang dipelajari, tak boleh buat, blur,
menangis, bersengketa, pertuduhan yang tidak dapat diterima, pandangan yang
tidak gembira… tak cukup sabar pun iya juga. Sungguh
perjalan 135harimencaricinta ini really
hit me to the ground.
Aku
bukanlah kategori budak bijak (like my other siblings), tapi tidaklah pula
begitu bengap terutama dalam subjek matematik. Zaman “muda” dulu, matematik
adalah subjek terpaksa gemar kerana itu satu-satunya subjek yang aku boleh bawa
dengan baik, Alhamdulillah …
4th Sept. 2017 when the whole Malaysian is
on public holiday as a reward of Malaysia team successful story in KL SEA GAME
2017, after hari raya aidil adha pula tu, I need to rush back to KL from
kampong to register for my enrolment in masters program. If you follow my ig, you’ll know my craziness
during that day – datang lambat, kad matrix tak buat sebab tak tau kena buat
awal and boleh tempah online, cari fakulti tak jumpa … be just like
#kodahkenapahuda.
Seriously. Annoying.
Banyaklah benda berlaku sepanjang 135 hari ni. That really hit me to the ground. Benda yang
aku tahu, yang aku biasa buat pun tiba-tiba aku jadi blur dan tak boleh buat
dan tak boleh ingat.
Ada assignment tu patut pakai excel or spss pun dah
boleh dapat jawapan tapi sebab cikgu guna R aku pun hegeh-hegeh juga nak guna R
(ok lah belajar language baru) tapi yang hampehnya, aku obsess explore buat
benda yang aku tahu tapi guna language yang aku tak tahu menyebabkan otak aku
macam lembap nak hasilkan report yang berkualiti. Seriously.
So obsess till I can’t really understand what I learnt for my 1st
assignment. It was disaster. Bila aku
dah stabil dan waras ok lah dah bolehlah buat assignment dan faham jugalah apa
aku belajar. Until ada satu assignment aku dapat 0/10 – gile ke tak giler. She accused us for plagiarism and I went to
explain to her that I can’t accept her accusation. Paham ke idak plagiat tu apa? Plagiat tu
kalau kau copy kerja orang pastu claim tu sebagai kerja kau. Dan aku buat sendiri kot assignment tu dari
tak paham sepatah haram perihal financial term ewah dah terror sekarang. I
submit for 7 pages dengan susah payahnya. Lambat sejam pula tu. Setelah 6 – 8 kali ulang tengok movie tu aku
baru nak faham, dah tak cukup masa nak tulis. Ada 2 pages aku buat sendiri,
another 4 pages aku quote dari movie tu (with a references) and how could she
said that kiteorang buat plagiarism … Ciskot betul. Lepas aku argue dia bagilah kitaorang
3/10 which is = 0.6??? What the heck. Aku consider aku dapat 0 je lah assignment
tu.
Sampai mati kot aku ingat dituduh plagiat dan dapat
markah 0. SAMPAI MATI ingat. And I still feel hurt and pain till I write this.
Tapi lecturer tu sebenarnya ok je orang nya. Mungkin dia strict sikit but overall she is
very much ok. Even tho it still
hurt. Arghhhhh ….
Kemudian, bersengketa dengan cikgu subjek DM sebab
aku tak reti chi square algorithm. Sudahlah aku tak reti aku pergi marah dia
pula … #ifeelbad. Tapi cikgu tu pun tak
patut juga kerana membandingkan aku dengan budak 1st class
#kaudahkenapa. Sah-sahlah dia 1st
class kot. Aku ni dapat graduate degree dulu pun dah Alhamdulillah tak kisahlah
kelas apa pun. Aku kecik hati gak lah dibanding-banding gitu. Tapi the wound
heal so fast. Benda-benda yang memilukan hati ni jangan simpan lama-lama. Minta
maaf dan memaafkan lalu move on sahaja. Ewah menulis macam mudah tapi nak
melepasi fasa move on itu amatlah payah.
Subjek paling chill dan aku rasa boleh bawa ialah
math stats computer. Nampak tak sifat bias nya aku di situ kerana ada math dan
stats lantas aku pun ter suka dan terasa gembira dan terasa boleh
melaksanakannya. Tapi Allah nak tunjukkan kat aku jangan eksyen sangat… AKU
DEMAM MASA MID TERM EXAM. Soalan subjek ni tak susah mana tapi aku langsung tak
boleh jawab. Aku ni kadang-kadang memang terbalik and I can see blank thing. I
don’t know how to explain tapi aku pernah tumbang 2 kali masa aku degree sebab
aku Nampak blank sheet, kertas tu terbalik pastu aku pun pengsan dan tak
sedarkan diri. Tapi masa degree dulu aku tak fail lah subjek yang aku pengsan
tu. Alhamdulillah. Tapi tak score lah … sayang betul.
Ok berbalik kepada subjek math stats computer ni …
aku memang tak boleh jawab langsung midterm dan markah ku sangat disaster…. Not
even half of the total mark. Dalam
sejarah lah subjek yang aku suka tapi aku tak boleh buat langsung. Dan maybe
markah aku terteruk or 2nd bottom in de class lah kot. Memang hancus … I was so down sampai tak
bercakap dengan orang selama 2 minggu. Murung giler bak ang. The cikgu gave us assignment consist of 15 marks
I think … so I plan to cover my poor result in midterm by performing in my
assignment. I did my assignment with full heart and I met her to see if that
thing ok and I can get fullmark (kira buat deraf awal – suh cikgu tengok apa
nak tambah), dan punya lah baik aku tak
minta pun belas ihsan sebab markah midterm exam aku teruk. And guess what I get?
Cikgu tu pun kecam aku sebab result mid
term aku sangat teruk. Siap aku kena
perli pasal assignment yang aku buat kononnya sepenuh hati tu dan aku sangat2
down aku nanges kot. Nape malang sangat
nasib aku masa tu…she kind of mengungkit midterm aku tak bagus and I explained
to her the root cause, tapi korang ingat dia percaya ke? Insya Allah dia tak
percaya… adalah lagi a few things yang dia argue sampai aku pun malas nak cakap
apa – aku diam je lah … biarlah …
there are things better left unsaid
and unexplained.
Tapi natijah dia … aku
keluar dari bilik dia terus down sampai rasa tak nak jejak kaki ke uni dah.
Down gilerz. Assignment dia yang aku kata nak buat sepenuh hati tu yang tinggal
sikit lagi je nak siap tu, terus aku tinggalkan dan tak buat dah sehingga
esoknya nak hantar dan aku touch up lebih kurang lalu hantar. #sisredhajelahapasahajayangsisdapat. #sistakadahatidah .
Again, cikgu ni pun baik je orangnya. Very helpful.
Mungkin dia bengang sebab dia rasa dia dah bagi soalan senang pun aku tak boleh
jawab. Betul aku admit soalan dia
sepatutnya senang dan aku boleh jawab. Tapi disebabkan aku sakit masa tu aku
baca data terbalik… I should read them column base tapi aku baca row base dan
aku salah tulis programming. Itu namanya TAKDIR.
Selepas midterm, subject tu disambung ajar oleh
pensyarah yang lain. Comel gak lah pusat
pengajian aku ni, satu subjek boleh 2 3
orang pensyarah kongsi ajar, depa bahagi ikut bab. Boleh gittew?
Hihihi… So 2nd half of the semester we’ve been taught by
cikgu lain yang sangat sangat sangat baik.
Semoga Allah merahmati Puan H dan memudahkan journey beliau to complete
her PHD in flying colors and bring benefit to the ummah as a whole.
Subjek paling susah was data science … Seriously
susah. Ngeri. Tapi subjek paling susah
tu lah tetiba aku dapat assignment semua full mark. Tak ada drama bersengketa, tak ada drama
plagiat, tapi tapi tapi … subjek tu ada
projek bernilai 30 markah, final 40 markah dan tiba2 dia ada midterm exam yang
dilakukan secara tiba2. Disebabkan
midterm tu secara tiba-tiba, maka ramai yang kantoi tak dapat markah baik. Tapi
sebab markah assignment bagus – so tak lah terjejas sangat mid term yang hampeh
tu.
Tapi … ada cabaran terbesar subjek DS ialah projek
akhir. Huhuhu project tu lah sebenarnya yang menjadi titik tolak aku bangkit
dengan izin Allah. Aku tak boleh buat
langsung projek tu sebab aku guna real data from field. Aku tak reti nak handle data cleaning from scratch. I used
REAL BIG LIVE DATA FROM THE FIELD sebab dah memang nature kerja aku gitu. Kalau aku pun ikut pakai data online – apa
lah fungsinya aku datang belajar. Hahaha tapi sebenarnya memang aku tak pandai lah sebenarnya. Kalau aku pandai, bagi data apa pun patutny boleh lah survive kan. Ntahlah.
Tapi, betulkan niat; Aku belajar sebab aku nak ilmu… bukan semata-mata kerana sekeping pengiktirafan masters… tapi dah alang-alang datang belajar aku kenalah graduate masters ni or else mau menggelupur bankrupt sebab kontrak kami kalau tak lulus kena bayar panalti 100ribu. Gile perkataan 100ribu tu amat psycho untuk aku.
Tapi, betulkan niat; Aku belajar sebab aku nak ilmu… bukan semata-mata kerana sekeping pengiktirafan masters… tapi dah alang-alang datang belajar aku kenalah graduate masters ni or else mau menggelupur bankrupt sebab kontrak kami kalau tak lulus kena bayar panalti 100ribu. Gile perkataan 100ribu tu amat psycho untuk aku.
FEAR IS NOT GOOD
FOR GOOD GRADE.
WITH SUCH FEAR OF TOMORROW, HOW WILL YOU LIVE TODAY!
Boleh tengah2 study dan stress aku teringat cerita 3 idiots ni kat part ni.
Mana 1 watak aku sem 1 ni. Hahaha.
Aku minat bidang yang aku buat ni.
Tapi aku tiba-tiba tak boleh buat.
Tu yang aku teringat dialog part ni.
Kira 3 idiots ni macam filem tema lah untuk sem 1 ni.
hahaha... macam ost gittew.
Okay berbalik kepada kisah projek DS tu … aku nak
Berjaya load data pun dah satu azab… data tu besar giler. Aku ingat nak tipu lah kecikkan data tu siap2
pastu baru load. Pastu cikgu cakap … kamu load semua dan cuba kecikkan guna
software and language python ni. Which
is sapa je lah yang nak tolong aku.
Hwaaa sebab semua orang pun 1st time buat. Dah lah data tu semua dalam coding walaupun
ada attribute yang categorical tapi since dia disimpan dalam bentuk kod, aku
nak kena fikir pula macam mana nak read separate coding dictionary tu. Pastu data tu ada pemberat, dah kena fikir
macam mana nak read weighted data. Kesimpulannya memang susah. Aku nanges and
stress hari-hari rasa nak terjun bangunan.
Sampai hari nak bentang tu … slide aku apa pun tak siap. Aku buat hingga
betul2 dentingan saat akhir.
Stay kat lab sampai pukul 1 pagi. The craziest things ever. Stay up di lab ok.
Keluar pukul 1 pagi tu gelap gilerz. Dan aku parking kereta punya lah jauh.
Mujur ada Nina teman dan tolong hantar ke kereta. Aku balik pukul 1 tu sebab
aku dah tak boleh nak buka mata. Perut dah sakit (stress barangkali). Aku pesan
pada nina kejutkan aku pukul 3 pagi. Aku rasa nina tak tidur langsung
barangkali. Namun bila aku terjaga pada
jam 3.30 pagi tu aku tetap blur tak boleh buat. Aku nanges je. Aku mandi, solat
dan duduk termenung. Aku minta sungguh-sungguh pertolongan Allah. Aku dah tak tengok langsung dah projek tu
sebab aku dah tak boleh buat. Aku solat, aku ngaji betul2 aku minta agar Allah
bantu. Bantulah dengan cara apa pun asal slide aku tak kosong. Lepas solat subuh, aku pun gerak ke lab
semula. Aku text study buddy suruh datang awal – tak tau apa fungsi nak suruh
dia datang awal. Nak suruh dia tolong pun aku tak tau nak suruh dia tolong
apa. But he did come soooo early. 2nd
person to arrive at lab after me. Hihihi… itu lah hari terawal aku sampai lab. Gelap
lagi sekeliling. He sat beside me and we just do it slowly and tiba-tiba siap.
Masya Allah. Walaupun tak adalah sempurna,
tapi SIAP. Faham tak … sehingga jam 7 pagi – slide aku KOSONG … tiba2
jam 830 pagi dah siap.
Masya Allah. Maka nikmat tuhan yang mana hendak kita
dustakan.
Alhamdulillah.
I know that my project was the worse among us all, but I manage to do it
with the real help from Allah.
Masya Allah.
Nampak tak disitu, Allah mengajar aku sesuatu.
Put your trust on Allah.
Merayu minta tolong, minta faham dengan Allah.
Bukan dengan manusia.
Sebab manusia ni cepat rasa annoying kalau kita
asyik merayu kat dia.
I don’t know how to explain this. Tapi itulah
pengajaran terbesarnya.
Dan itulah yang paling susah nak dapat. Solely put
trust on Allah. “Spend” time with Allah. Sebab kita rasa kita banyak kerja,
kita selalu lupa nak baca quran dengan sempurna. Kita rasa kita banyak lagi silibus tak cover,
so kita abaikan solat2 sunat kita… Sedangkan bukan panjangnya masa yang kita
spend untuk study tu yang menjamin kefahaman kita tapi pertolongan dan rahmat
kasih sayang Allah yang bagi kita faham.
Betul kita tetap kena berusaha tapi jangan lupa meminta pada NYA. Jangan sombong rasa Berjaya dan rasa bijak tu
sebab usaha daya kita. Sebenarnya usaha
kita secebis Cuma. Rahmat dan kasih sayang Allah yang bagi rezeki kita untuk
faham.
From that morning, I move on with a hope that Insya
Allah, I will survive for semester 1.
Dan semoga aku survive juga untuk faham dan lulus
pengajian ini pada semester 2 dan 3 dan menyiapkan capstone projek yang
bermanfaat.
Kawan-kawan semua … Doakan aku ye Huda, semoga lulus
dalam pengajian masters ku ini dengan mendapat ilmu yang berkat dan bermanfaat
untuk agama bangsa dan tanah air, Insya Allah.
Please pray for Huda.
#135harimencaricinta moga kutemui/baiki hubungan cinta dengan nya ,
cinta ilmu, cinta teman sejati susah senang sentiasa disisi, memahami erti
cinta ayahbonda dan keluarga.
Alhamdulillah ya Allah atas perjalanan
#135harimencaricinta ini.
#135harimencaricinta really hit me to the ground +
really an eye opening journey and i'm really grateful to Allah for this
journey. It’s tough and i believe it’ll getting tougher by next journey. May
Allah be with me and make it ease and bless journey for me and all of you too.
Happy inspiring and blessing day’s ahead. Insya Allah.
#135harimencaricinta ... Berehat sebentar 21hari.
Moga ada rezeki teruskan #135harimencaricinta fasa kedua.
#pray4huda
To all frens and family who stand by my side all these
135days journey ...
Yang berjaya membantu aku untuk kekal waras. Yang setia teman aku study dan sabar jawab soalan aku (yang mungkin tanya benda yang sama hampir 9000 kali), percayalah, anda membuatkan saya kekal waras dan tak terjun bangunan. Anda tahu anda siapa.
Yang berjaya membantu aku untuk kekal waras. Yang setia teman aku study dan sabar jawab soalan aku (yang mungkin tanya benda yang sama hampir 9000 kali), percayalah, anda membuatkan saya kekal waras dan tak terjun bangunan. Anda tahu anda siapa.
Buat kawan yang ada disisi teman aku pergi ngadap tasik jogging dan main beskal petang-petang, yang sanggup tadah semua kerja laraiyangbarai tu sorang-sorang sebab tak nak aku stress. Anda juga tahu anda siapa.
Buat ibuku, insan yang paling mulia yang paling memahami, yang paling mengerti. i love you so much ibu. Semoga Allah merahmati ibuku dunia dan akhirat.
Juga buat ayah yang sentiasa psycho kan aku dengan ceramah2 motivasi dan kisah inspirasi nya yang kadang-kadang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Hahaha.
i Love u babah. Terima kasih doakan angah.
Buat adik - yang melayan aku ntah apa2 ni.
Buat along yang meminjamkan aku clarity... hahaha ...
May Allah shower you with all the best things
ever and bless you all in here and hereafter.
Tengs and love to my lovely ''support system" to ensure that i keep sane.
I love you all lillahitaala. May Allah
loves us more.
WE'RE NOT DONE YET.
PLEASE BEar WITH ME AGAIN FOR SEMESTER 2 AND 3.
******************
LAgu teMA : TRY EVERYTHING
Birds don't just fly, they fall down and get up
Nobody learns without getting it wrong
Nobody learns without getting it wrong
I won't give up, no I won't give in
'Til I reach the end and then I'll start again
No, I won't leave, I wanna try everything
I wanna try even though I could fail.
'Til I reach the end and then I'll start again
No, I won't leave, I wanna try everything
I wanna try even though I could fail.
-harap tak fail-
Look how far you've come, you filled your heart with love
You've done enough, take a deep breath
Don't beat yourself up, don't need to run so fast
Sometimes we come last, but we did our best
You've done enough, take a deep breath
Don't beat yourself up, don't need to run so fast
Sometimes we come last, but we did our best
I'll keep on making those new mistakes
I'll keep on making them every day
Those new mistakes.
I'll keep on making them every day
Those new mistakes.
Sedutan yang di CnP dari fb.
Teguran dari Allah.
Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca.
Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang 'ditegur' Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anak nya mengaji.
Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji.
Kata Ustazah anak nya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di nicu selama seminggu.
Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain.
Lambat boleh bercakap.
Lamabt boleh membaca.
Lambat mengenal huruf.
Lambat membaca quran.
Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali.
Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya
" Tak mengaji kat rumah ke?"
Si anak menjawab jujur.
" Mengaji ustazah"
Lalu ustazah ini 'soal siasat' siapa emaknya.
Terkejut ustazah bila tahu ibunya adalah Ustazah Hafizah.
Jadi, bila si anak memberi tahu siapa dirinya, ustazah berasa sedikit tertekan.
Ustazah kata dia malu dan segan. Yelah, anak ustazah tapi baca quran kurang lancar.
Macam mana?
Kemudian ustazah 'push' anaknya setiap hari untuk baca quran dan ustazah menjadi garang.
Sampaikan ustazah kata anaknya menjadi takut kepadanya.
Ustazah ajar berkali kali.
Masih juga tak dapat.
Sampai ustazah jadi frust dan dia berhenti menyuruh anaknya mengaji.
Lalu ketika itu dia membuka quran dan membaca surah yang dibuka secara random.
Surah Ar Rahman
Dialah yang mengajarkan Al-Quran- Ayat 2
.
Jika kita belek tafsir quran maksud adalah
Allah sendiri yang mengajar Qur’an kepada kita, bukan orang lain.
Guru atau ustaz yang mengajar itu hanya menyampaikan sahaja. Tapi yang memberi pemahaman adalah Allah sendiri.
Akhirnya, pemahaman itu dari Allah juga. Kalau Allah tak beri, kita pun tidak dapat.
Kadang-kadang, pengajaran yang diberikan sama, tapi pemahaman anak tidak sama.
Dua orang murid duduk dalam kelas yang sama, 'follow' pembelajaran yang sama, tapi kadang kadang pemahaman mereka tidak sama.
Ini menunjukkan pemahaman itu diberikan oleh Allah.
Ini menunjukkan Allahlah sebenarnya guru yang mengajar.
Ada orang yang Allah mudahkan penerimaan ilmu, namun ada orang laluan menuju ilmu itu terasa gelap dan payah.
Jadi ustazah kata, bila dia baca surah itu dia terasa tersentak.
Bagaikan ditegur direct dengan tuhan.
Ustazah rasa bersalah kerana marah anak nya yang lambat faham bila diajar.
Ustazah rasa kesal kerana tidak meminta pertolongan dari Allah untuk memahamkan anaknya.
Kata Ustazah, dalam mengajar anak. Jangan rasa anak akan faham dengan kehebatan kita mengajar.
Tetapi semua itu atas bantuan tuhan-Dia yang memberi kefahaman kepada anak kita.
Sejak hari itu ustazah fokus kepada meminta kepada ALLAH supaya anak diberi kefahaman.
Ustazah tidak fokus untuk mengajar anak tanpa henti.
Tetapi ustazah kata ajar sedikit sedikit dan banyakkan mengadu dan memohon kepada Allah untuk kefahaman si anak.
.
Lama kelamaan anak ustazah mampu membaca quran perlahan lahan dan akhirnya sekarang dia menjadi hafiz.
Belajar sesuatu tak?
Kalau ada anak yang lambat begini jangan marah anak kerana lambat faham.
Tetapi sebaliknya mengadu lah pada Allah- Dia memberi faham.
Kita usaha untuk mengajar anak, tetapi dalam masa yang sama jangan hanya berharap kepada kekuatan diri kita sahaja untuk membuatkan anak faham.
Tetapi berharap lah pada Allah untuk membantu kita.
insyaAllah.