Thursday, October 29, 2015

Reaksi blogger kalau harga minyak naik RM5/ liter


click pautan di atas untuk mengatahui kisah lanjut blogger "fohfular" yang ditemubual secara eksklusif oleh Wak dari edisi khas 3Lalat 2015.
#kipidap dongibup.

Monday, October 26, 2015

DUIT banyak banyak nak buat apa ...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Dah pukul 2.00 pagi... aku tak tidur lagi.
Slide ada 1 portion lagi... tak tahu nak goreng apa dah... esok bagi boss tengok... haha... agak-agak banyak ke yang kena revise... huhu... aku tak leh tidur... bag tak kemas lagi. Esok nak gerak dah. Stress nya ... boleh tak gerak pagi selasa je. Hwarghhh ngantok nyer... Dalam ting tong ni... aku teringat kawan aku FIZA pernah kongsi cerita ni. Sangat memberi hmm ... motivasi ... inspirasi ... dan sedar diri ... kesahihan citer ni aku tak pasti. Tapi aku yakin citer ni tak mustahil berlaku .. Jom baca citer ni... Mana tau kita boleh berubah jadi lebih baik dan "sedar diri" ... Insya Allah ... 

***semoga bermanfaat ye***

From FIZA ... 

Telah dikongsikan di Facebook Diana Ishak. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat menjadi tauladan dan panduan untuk kita semua.

Semalam entah macamana tiba-tiba aku teringatkan Sang Nila Utama.

Dulu aku menyampah betul kat dia. Aku rasa dia ni kalau sembang bab dunia memang payah. Nak kata dia ni ambik mudah hal dunia, tak jugak. Sebab dia bukan malas. Dia bekerja. Tapi kalau kau nak ajak bersembang pasal vacation, pasal shopping, pasal beli branded items, dia bukan orangnya.

Aku rasa life dia ni boring. Sebab dia kata dia tak pernah bawak famili dia bercuti. Dalam negara pun tak, luar negara apetah lagi. Istilah cuti adalah balik kampung.

Aku sibuk shopping periuk belanga Kenwood Tefal Noritake, dia shoppingperiuk belanga kat Padang Besaq je.

Aku shopping baju raya anak-anak kat mall, branded items, dia shopping baju sendiri kat Billion. Baju raya anak-anakkat Hari-Hari.

Aku sibuk nak upgrade rumah, pindah sana sini, renovate sana sini, tapi dia masih di rumah yang sama, dan isi rumah dia simple je.

Itu cerita 5 tahun dulu.

Selalunya dalam masa 5 tahun kebanyakan kita mesti dah upgrade lifestyle. Paling tak, mesti ada pembaharuan pada diri yang nampak di mata orang.

But not Sang Nila Utama.

Dia masih macam tu jugak. Tak kisah nak bercuti macam orang lain, tak kisah nak berbelanja macam orang lain.

Aku tau dia mampu pakai Porsche, tapi dia pilih Wish je.

Aku pernah kelebet file dalam bilik dia and terpandang kan tax dia, aku tau dia mampu beli Rolex every month. Tapi dia pakai Swatch je.

Pelik. Kedekut ke hape dia ni??

Tapi sepanjang aku kenal dia, dia sentiasa dapat apa yang kebanyakan kita semua impikan. Bezanya dia dapat dengan tak perlu bersusah.

Kebanyakan kita nak pi bercuti spendduit gila-gila.

Dia tak pernah bawak famili pi bercuti. Tapi Tuhan sentiasa aturkan dia dapat ‘bercuti’ ke tempat-tempat yang kita semua nak.

Dia pernah dihantar kendalikanproject syarikat ke Jeddah for 2 years.
Sefamili tinggal sana. Dapat buat umrah setiap minggu. Jeles!

Pastu dia handle project di UK selama setahun. Company tanggung sefamilike sana. Bercuti ke Paris, ke mana-mana di sana for free!  Jeles.

Handle project lain pulak di LA for 3months. Company nak dia concentratedengan project jadi company suruh bawak keluarga sekali ke sana, semuanya ditanggung.

Kat sana company tanggung percutian ke mana-mana dia nak pergi sebab kebetulan dia ke sana pada bulan puasa and raya (company rasa bersalah kot).

Dah lama dia tak menulis di blog aku, sebab dia travel sana sini – NZ, Sydney, Beijing, HK, Tokyo, Cape Town. Semua bawak famili and FREE.

Dia ‘bercuti’ ni ditanggung oleh beberapa company. Sebab 7 companyambil dia sebagai endorser dek kerana signature dia yang mahal tu.

Sampai aku cakap “You buat apa dengan duit yang banyak-banyak? Simpan ke apa?”

Dia cakap duit yang banyak, bukan untuk kita guna sewenangnya. Ambil sekadar perlu. Setakat nak beli baju, cukup baju yang selesa, yang cantik, yang kemas, yang sesuai dengan majlis. Di Billion pun ada.

Bercuti tu untuk merehatkan fikiran. Di mana-mana pun boleh. Balik kampung pun namanya bercuti.

Rumah nak cantik-cantik sangat nak tunjuk kat siapa? Nak tunjuk kat orang, hari-hari ke orang datang rumah kita? Cukup sekadar rumah sedap mata memandang kerana yang tinggal dalam tu adalah kita.

Dia perli aku “Puas ke dapat pakaihenbeg Chanel?”

Aku jawab “Puas jugak“.

Dia jawab “Sebab mahal kan? Kalau beg murah mesti tak puas. Puas bukan sebab dapat pakai tapi puas sebab tak ramai mampu beli, right?”

Terasa kena lempang dengan terompah kayu.

Ambil duit sekadar perlu. Bayar bill. Bayar hutang rumah, kereta. Belanja isi rumah. Makan sikit-sikit. Simpan sikit dalam bank. Selebihnya pulang pada yang berhak.

“Siapa?” aku tanya.

Ramai. Mak bapak. Saudara-mara yang susah. Masjid. Pusat tahfiz. Rumah anak yatim. Rumah orang tua.

Dia ajar aku.

Ada RM10000 kat tangan.

RM6k sedekah.
RM4k je kita punya.
Pandai-pandai manage dengan 4k.
Duit kalau banyak memang senang nakmanage.
Tapi kehebatan kita adalah bila kita taumanage duit yang sedikit.

Salah satu lot kedai yang dia beli, dia tak sewakan pun. Aku tanya apesal tak sewa?

Dia cakap “Saje je“. Rupanya dia belithat lot semata-mata nak jadikan surau untuk kegunaan orang ramai.

Mungkin sebab tu la hidup dia selalu dipermudahkanNYA. Dia mampu milikieverything tapi dia pilih untuk hidup sangat sederhana. Tapi dia sentiasa dapat apa yang orang lain juga nak. Bezanya, tanpa bersusah-payah.

~abes ....

psttt... wak3Lalat tanya... kalau dapat doplohnamjuta nak buat apa? Cuba baca koleksi jawapan kat blog wak3Lalat ye...
Wak deREPORTER ... pink chair...

Sunday, October 25, 2015

Ini bukan Wordless ... Ini SPEECHLESSSSS

Dah 1315hours.
Tak siap lagi.
Speechless. Clueless. 
Brainless???
Hwaaaaa .... banyak lagi tak siap.
Dah tak reti ... tak ada idea ...

Doakan saya boleh siapkan ini dengan baik dan cemerlang.
Doa kan saya boleh sampaikan benda betul dan orang faham...
Doa kan dipermudahkan urusan saya hari ni nenyiapkan slide dan paper ni...
Doakan saya boleh submit lepas Subuh pagi esok...
Doa kan lancar lidah saya untuk bentang the right thing on Wednesday ya... Insya Allah...
Rabbi Yassir wala tuassir...
Ya Allah permudahkan jangan Engkau sulitkan... Aamiin ya Rab...

Kalau aku down... ANTARA benda yang aku suka buat ... layan mentera ni...

Tidak engkau seorang.
Juang hingga titisan.
Rempuh ... tak berharapan.

Nanti aku di sana.
Di ufuk pemikiran.
Lalu... menghayatinya.

Kita laksanakan.
Mata hati yang damai.
Di sana kejujuran.

Semarak impian ... 
Segunung harap dipulang.
USAHLAH DIRAGUKAN KEUPAYAAN SENDIRI.
Hati yang membara.
Mengikutkan kata apa.
Jawapannya di sini.
Semangat kita yang hilang.
KITA CARI PULANG...

Malu bertanya kawan.
Sesat cari jalan pulang.
Biar ia berkesan.
Dilubuk hati terbenam.

Good Luck Huda...
You can do this...
Biiznillah...

Thursday, October 22, 2015

Tips Kejayaan Dalam Kerjaya dan kehidupan...

5 tips DATO’ SRI AWO ; bila ditanya tips kejayaan beliau dalam dunia ekonomi, Korporat selama ini sehingga kini....;

1)   Mesti bekerja di kerjaya yang disukai

2)   Kena bekerja smart

3)   Kena mengajar diri proses pembelajaran sepanjang hayat

4)   Keredhaan dan keberkatan Ibu dan Bapa (sehingga kini IbuBapa beliau duduk sekali dengan beliau)

5)   Pilih pasangan hidup yang tepat
(ha ha this is I really agree too) ... hihihi...

Nota cik manisah : Ni kawan aku yang forward ... tak pastilah betul ke DS AWO yang cakap atau tidak... tapi aku suka pesanan-pesanan ini...
Dan DS AWO adalah orang yang sangat merendah diri... amat amat amat sangat.
Semoga Allah panjangkan usia Dato Sri dalam iman dan taat serta dipermudahkan segala urusan yang baik - baik di dunia dan akhirat. Insya Allah.

Kau mampu jadi boss (ceo, menteri, etc...)
Orang letak ko air mineral sebotol dengan gelas, ko bukak air mineral ko - ko tuang dalam gelas ko, dan ko tuang dalam gelas orang kiri dan kanan ko... supaya air tu tak membazir ...
Ini baru nama kepimpinan melalui teladan...

Acapkali ku perhatikan berlaku,  dapat air mineral 500ml semasa mesyuarat / seminar dan sebagainya ...
Kita buka, minum seteguk dan tinggalkan sahaja atas meja baki air tu... walhal baru minum seteguk...
Baru - baru ini ... errr tak lah baru sangat, dalam awal tahun 2015, aku dengan selamba bagi pesanan dihujung majlis "Tuan tuan dan puan puan , mohon pastikan air mineral tuan puan yang belum habis dibawa pulang dan tidak ditinggalkan di atas meja kerana perbuatan membazir itu adalah amat tidak wajar"....

Huhuhu...
Sebab tiap kali habis event, mesti berlambak air yang dah teguk sikit dibiarkan sahaja di atas meja... Kalau aku mampu cth.nya kereta parking dekat... memang aku kutip semua air diaorang atas meja yang berbaki tu... bubuh dlm kereta, bawak balik buat siram pokok ke, buat air basuh tangan dalam kereta ke... yang penting jangan membazir...

So please spread the message... Janganlah membazir ... Anda mampu mengubahnya. Together we can reflect the changes... towards better lives, Insya Allah ...

@LovesNhhas

Tuesday, October 20, 2015

Better Data . Better Decision . Better Lives


Happy Statistics Day.
Towards achieving Better Life through Better Data for Better Decision 


"Statistik bukan sekadar nombor. 
Statistik merupakan tunjang utama dalam penggubalan dasar dan polisi negara yang lebih tepat. 
Ini akan membawa kepada peningkatan kesejahteraan rakyat. 
Reliable statistics for A Better Life."
Selamat Menyambut Hari Statistik Sedunia, 2015.

YB Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar.




STATISTIK RASMI  membantu pembuat keputusan membangunkan dasar (informed policies)  yang memberi impak kepada berjuta-juta manusia sejagat. Sumber data yang baik, dengan sokongan responden, sound statistical methods, new and best technology serta statistik yang diperkukuhkan membolehkan keputusan yang lebih baik dibuat yang akhirnya memberi kesejahteraan hidup yang lebih baik kepada manusia. 

Statistics to measure crime rates; the number of refugees in the world; international trade and globalization; environmental-economic accounting as well as data to assess governance, peace and security are just a few of many other vital items on the busy Commission schedule.








Pencabulan kepada statistik, respond yang rendah daripada rakyat terhadap kajian, banci dan penyiasatan yang dijalankan, boleh menyebabkan keputusan yang salah diambil. Tahap terteruk yang boleh "dicapai" ialah kebankrupan sesebuah negara yang merdeka ... (mungkin Greece boleh dijadikan contoh dan iktibar? )

(of course lah selain faktor politik seperti yang sedia dimaklumi... )...

Kesilapan merencana sesuatu dasar dan tindakan boleh memberi ancaman yang cukup besar kepada kesejahteraan sesebuah masyarakat yang bertamadun.
Contoh:  Jika terdapat sesuatu kajian berhubung "umur + taraf pendidikan + kajian pasaran buruh + lokasi" yang memerlukan maklum balas yang baik daripada responden dan pengurusan data serta analisis yang baik diperingkat organisasi - tidak dilaksanakan dengan baik, akan memberikan keputusan yang tidak tepat kepada pembuat polisi. Natijahnya - mungkin kita menyediakan graduan yang tidak bersesuaian dengan pasaran buruh yang diperlukan. Atau kita menyediakan pekerjaan di kawasan yang tidak tepat. Impaknya, ramai menganggur. Bila ramai menganggur, tiada income, tak boleh berbelanja - bagaimana ekonomi nak berkembang? Impak sosial yang lebih buruk, peningkatan kadar jenayah dikalangan masyarakat ... and de story goes on ... bla bla bla ...

Aha... mungkin data jerebu juga boleh jadi contoh... inaccurate data collection using not so called de best technology results late and bad decision (contoh argument particle measurement tu kan ;-)

Statistik adalah penting untuk era baru pembangunan and the statistical community should stands ready to take on the challenge(s).

“The data revolution is giving the world powerful tools that can help usher in a more sustainable future”
Ban Ki-moon
UN Secretary-General.

“Only National Statistical Systems can ensure a sustained flow of high quality and nationally acceptable data for policy decision making”
Stefan Schweinfest
Director, UN DESA’s Statistics Division


Statistics is the grammar of science ..



Semoga bermanfaat ...
@LovesNhhas

Sunday, October 18, 2015

Dai Pendakwah Milenia musim ke- 3

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Alhamdulillah... Syabas dan tahniah Daie Hamidah yang menjadi juara program realiti dakwah alaf baru ... Tenang je muka beliau...

Seriously ... format rancangan ni best ... Sangat menguji pengetahuan bab2 ujian "tiba-tiba" tu dan soklan cepu cemas daripada penonton...

Murabbi...(ah), mursyid, dan panel-panel juri juga sangat best dalam menilai peserta.
Kalau ada penerangan yang perlu diberikan segera ... memang Ustaz Kazim terus bangun dan explain ... contoh macam kes soalan zakat semalam. Kalau ustaz Kazim tak jelaskan semula, aku pun tak tahu tentang agihan wang zakat kalau kita nak agihkan sendiri kena tau betul-betul siapa asnafnya dan bukan semua boleh bagi pada 1 asnaf sekaligus sahaja. ***;yeah I get myself confuse now. Should futher study on this chapter. For the time being, dah ada pusat zakat tu, bayarlah terus kat pusat zakat ye. Insya Allah... lebih tersusun. 

*** IKLAN: Korang tau skuad jejak asnaf MAIWP ? Ha kalau sekitar Kolumpo ni korang ada tau asnaf or orang susah yang boleh dibantu, boleh roger diaorang. Insya Allah nanti akan dibantu.  Kalau ada masalah, let me know, I will try to help, Insya Allah. 
(Nota cik manisah : Cik manisah tak lah kerja kat MAIWP tu, tapi Insya Allah boleh diusahakan untuk dibantu kerana ... )

Namun... dalam musim akan datang, mungkin murabbi boleh latih cara penyampaian peserta kepada method "approach dakwah" ... sebab ada yang dah rupa peserta pidato ... 

(Ewahhh apsal aku dah jadi KETUA JURI ni... hihihi....) 

But thumbs up untuk dua finalis Daie Hamidah dan Daie Fuad ... memang gaya "pendakwah" bukan bawak gaya pemidato ... keduanya juga bukan calang - calang latar belakang ilmu agama nya...
Semoga istiqamah ... insya Allah ... 
Persamaan dua finalis ini ... mereka graduan dari universiti yang sama - USIM... no wonder lah hebat...  Ustaz-ustaz USIM best best... pasal tu lah anak-anak didik pun best. Insya Allah ...


Sarjana muda dakwah dan pengurusan Islam.

Sarjana muda pengajian akidah dan agama.


Daannnn... paling best ... penaja utama ... D'Herbs Terlajak Laris ... moga murah rezeki kerana menaja rancangan sebegini...

Bak kata ustaz Hary ... #kipidap.

Wak... mana doplohnamjuta ni wak... bila nak masuk akaun bank kita... hihihi...
Boleh I jadi penaja musim ke 4 ... 

#Sekian... sembang kosong ...

Submission and patience ...

Sometimes we find ourselves at the bottom of mountains:
a mountain of sins that need to be corrected;
a mountain of things that need to be achieved;
or even a mountain of self-refinement that needs to occur.
At first, we may attempt to jump over the mega-mountains of life,
but this only causes us to fall back to where we started,
with nothing more than skinned knees and hurt palms.
This leaves us at the bottom of the mountain,
staring upward through tear-blurred eyes,
trying to figure out how we are going to make it to the out-of-sight peak.
The keys to this reoccurring dilemma are submission and patience.



READ for motivation booster

*** komen kawan - kawan dan kunjungan kawan - kawan akan dibalasi ; Insya Allah...

Need a motivation booster...

Siapa nak tolong saya siapkan jurnal...
cepat angkat tangan....

Uhukkk... apsal tiap kali kena buat jurnal rasa nak nyorok bucu katil... huhuhu...

Wish me luck ...
Doa kan saya berjaya ye kawan-kawan...
Submission date 22 Oktober 2015.
"War" date 27 Oktober 2015.


@ LovesNhhas

p.ssstt : kenapa Lindis Pass tu nampak macam donut yang kak farah buat untuk bott... donut dan gula... haha...

Monday, October 12, 2015

Tahun Baru... Envelop baru ....

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Subhanallah ... sedar tak sedar ... diam tak diam... dah masuk bab 10 tahun 2015... bab 10 ni pun dah sampai ke pertengahannya ... 
Pejam celik... pejam celik... 1436H pun dah nak berlalu... esok dah HARI TERAKHIR untuk tahun 1436 H...

Petang selasa ... 13Oct 2015 jangan lupa baca doa awal tahun dan akhir tahun ye... CLICK SINI untuk DOA

Apa pencapaian? Resolusi tahun lalu dah tertunai kah ... 

Huhu... sempena tahun baru 1437H ni... aku nak ajak korang BUKAK ENVELOPE BARU...

Korang perasan tak ... aidil adha tahun 1436H ni... harga untuk melakukan ibadah korban naik hampir sekali ganda banding tahun2 sebelum nya ...
Ramai yang saat akhir di zulkaedah dan zulhijjah tidak dapat menyertai ibadah korban tahun ini lantaran harga naik...

So sempena tahun baru lagi dua hari ni... aku nak suggest kat korang .... jomlah bukak ENVELOPE baru ... label kan...

1. Envelop Korban 1437H...
Korang letak RM2 sehari... or RM3 sehari... sampai time nak aidil adha nanti cukup lah tabungan korang... Insya Allah.

2. Envelop Sedekah Subuh...
Pernah dengar sedekah subuh? Iaitu sedekah yang korang berikan lepas solat subuh... masuk dalam envelop tu... nanti selepas 30 or 40 hari korang keluarkan dan korang beli lah makanan belanja orang miskin ke... anak yatim ke... gelandangan ke ... kan....
Boleh juga letak "tabung" ... tapi aku lebih suka guna envelop... sebab jimat space... lagi pun aku alergik tabung ni... sebab fungsi tabung adalah untuk dikorek time kecemasan... hihi...
Click n Enlarge ... sangat bermanfaat

3. Envelop kebajikan / sedekah lain...
4. Envelop belanja raya...
5. Envelop pergi Turki...
6. Envelop beli handbag ngan kasut pun aku hado...

Haha... well itu sebahagian envelope2 yang aku ada buat masa ni... Why envelope? Sebab envelope tu aku boleh label... bila aku label... aku ingat dan komited MESTI letak hari2... 

Aku bermula sebenarnya 8 tahun dulu... dengan 2 envelope... envelop korban dan envelop shopping... hahaha... seriously...
Dulu2... aku selalu stress... time nak raya haji je menggelabah tak cukup duit or rasa ter beban nak buat korban... seba  tetiba nak keluar 3 4 ratus macam tu... "terasa" lah juga .... aishhh... back then... ada seorang auntie ni.... nasihatkan aku " huda simpan lah seringgit sehari... letak dalam tabung atau envelop tulis DUIT KORBAN... sebab kalau tak tulis... nanti merapu belanja benda lain... setahun kan ada 365hari... kalau seringgit sehari... setahu  dah dapat lebih kurang rm300 ... so boleh lah buat korban... aku pegang kata2 auntie tu... sampai hari ni... adjust accordingly ikut keadaan semasa... 

Dan envelope shopping tu wujud sebab tiap kali hujung tahun time YES aku pun mesti keluh kesah nak kuar duit nak shopping handbag ... haha time tu kan ada sale... so aku pun bukak lah envelop shopping YES...

So semua envelop2 ni ada "tuannya" so i can happily spend it when the time come tanpa rasa bersalah dan keluh kesah ...

So korang ... lets start your new envelop okay...




Semoga bermanfaat...

@LovesNhhas

Pembiayaan Bekalan Ubat dan Peralatan Perubatan untuk ...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Sukacita saya ingin menarik perhatian tuan / puan,  berhubung perkhidmatan 
PEMBIAYAAN BEKALAN UBAT & ALATAN PERUBATAN UNTUK PESARA AWAM PERSEKUTUAN.

Sebetulnya, saya pun baru tahu perkhidmatan ini ada disediakan setelah menyertai kempen "Kenali Ubat Anda" pada tahun ini.  
Why I am spreading this news, semoga ramai yang lebih tahu dan memanjangkan kepada mereka-mereka yang tidak tahu.  Kita patut menuntut hak kita untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan terbaik okay... tapi janganlah mintak sakit pulak.  Kalau boleh, biarlah sihat hingga ke akhir hayat ye.  Insya Allah...

By the way, this service called e-MASS
(Electronic Medical Automation Supply System) yang merupakan satu servis yang berfungsi sebagai 
Perantara untuk memudahkan pesara dan tanggungan yang layak mendapatkan bekalan ubat dan alatan perubatan yang tidak dapat disediakan oleh Hospital / Klinik Kerajaan.

Siapa yang layak?  ada 5 golongan PESARA Awam Persekutuan yang layak mendapatkan perkhidmatan ini ...
Jadi kalian yang mana ada parents / jiran / saudara mara yang merupakan pesara perkhidmatan awam persekutuan (ala... staff gomen -federal yang dah pencen ye) layak untuk dapatkan servis ini.

Saya tak pasti sama ada terdapat beberapa syarikat yang menguruskannya atau hanya ada 1 syarikat tunggal yang diwakilkan oleh kerajaan.  Buat masa ini yang maklumkan kat saya hari tu pengendali nya Oratis Rx Sdn. Bhd.
(jangan argue tentang kronisme or bad service, sebab saya pun tak pernah guna servis ni...)

Ada steps yang perlu kalian ikut untuk mendapatkan khidmat bekalan perubatan ini.
Boleh click brochure di bawah ni - enlarge kan, (yang dah renyuk saya kerjakan).

alternatively , boleh hubungi 
e-MASS Careline 1800-88-6627.
atau laman web : www.oratisrx.com.my

atau lebih bagus, hubungi JPA je terus - bahagian pencen
BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN 
www.jpapencen.gov.my

***Sekian dimaklumkan... Semoga bermanfaat***

p/s:  kalau ada yang pernah guna servis ni, boleh lah share pengalaman dengan kami ye.



Disclaimer: NHHAS tiada kaitan dengan syarikat yang dinyatakan, entri ini juga bukan promosi berbayar.  sekadar memanjang-manjangkan maklumat yang ditaklimatkan, kot-kot ada yang memerlukannya.

Friday, October 9, 2015

Kuala Lumpur Palestine Film Festival 2015


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh....

Jom warga Klang Valley dan semua yang mampu sampai ke film festival ini... esok dan ahad... anjuran viva palestina...

For MOVIES ... Entrance by a MINIMUM donation RM10 per movie per person.
So cheap lah ...

Movie yang ada ...
11 am : THE WANTED 18
1  pm : FLYING PAPER
2 pm : WHERE SHOULD THE BIRDS FLY
5 pm : THE STONES CRY OUT.

Aku still kat perak... aku balik ahad...
Aku harap aku sempat untuk tayangan pukul 2pm tu... seriously nak pergi tonton... korang boleh baca sinopsis WHERE SHOULD THE BIRD S FLY kat SINI 

Nak beli DVD pun boleh...

Sebenar nya ... bukan ada tayangan filem tentang palestin je... bahkan ada macam macam aktiviti...

Kat white box ada PHOTO EXHIBITION by AL QUDS FOUNDATIOM of Malaysia.

Ada CHARITY BAZAAR...
Ada jual PALESTINIAN OLIVE OIL.
PALESTINIAN HANDMADE SOAPS.
Hand embroidery dresses. POUCHES ...
and many more...

Jom lah datang bagi sokongan ya...

Buat rakan2 kaki travel ... SSS.. SJM.. sis salbiah M.. SYM n who ever yang ada niat nak pergi al Aqsa... please consider to count me as your travel partner ya...

Owh ada jualan buku juga...
PRISONERS' DIARIES in English n Malay RM20 je.

The general's son...
Remember us...
The Battle of Justice...
(RM60)...

JOM LAH... For more info ... click HERE

semoga bermanfaat ...
@lovesNhhas

Alhamdulillah ... Thank You Allah ...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...


Alhamdulillah  ... Thank you Allah ... yang mengizinkan ini berlaku ...
Projek dan dokumentasi yang berjaya disiapkan ... dan dapat melangkah ke final ... Ya Allah ... syukur sangat. At least usaha keras mereka berhasil dengan izin Allah... Alhamdulillah...
Kejayaan ini menebus kegagalan memalukan dua tahun lalu. The taste of failure during that time wasnt awesome at all... Down sungguh... seumur hidup aku bekerja ... itu kegagalan aku yang pertama and i totaly cannot accept it... Down sungguh ... sakit hati pun ye. Haha...
Tapi... tapi... tapi... ada ibrahnya :
Its okay to fail sometime... kalau asyik success je, nanti riyak pulak. Afterall tak jejaskan apa2 sangat... reputasi je tercalar sikit.... mujur reputasi je bukan prestasi... hihihi... 


and de best part ... tak sangka pulak kegagalan submit projek 2 tahun lalu yang menyebabkan aku terpaksa tarik diri ... rupa2 nya menjadi idola kat kawan-kawan aku dari state yang nak tarik diri tahun ni.... haha... tapi diaorang tak dibenarkan tarik diri ... sorry lah korang... korang "tak cukup gagal" untuk tarik diri tu... percayalah the taste of failure tu langsung tak awesome okay... tebal nya muka aku mengarang surat tunjuk sebab menarik diri di saat akhir... (haaa ada tips nya menarik diri ni... ada timbal balik yang aku kena bagi yang orang lain tak tahu... boss aku je tahu)... huhuhu...  lagi pun apa best nya tarik diri bila dah buat half way... tak best lah tak deliver.... sampai hari ni aku sangat terkesan dengan kegagalan itu... huhuhu...

By the way; tengs to all my team mates...  yang membuat creative document... yang set up system... yang buat kajian dan analisis... yang buat montaj sampai nanges2 tak tidur malam... yang buat flow pentadbiran publication, yang cover kerja aku masa aku masuk hospital 3 kali... jazakallahukhayr all girlfrens and boyfrens in IDEA's....
Tengs boss besar sebab dengar cakap saya "if u want me to proceed to lead this group... please allow me to choose my own team ... or else we will still fail... trust me" ... alhamdulillah sib baik boss dengar dan bagi... tengs boss besar dan 2 boss sederhana besar for your tremendous support ... 
To all who have sincerely support this group in term of moral support, knowledge, and doa.... jazakallahukhayr... May Allah give us all the best rewards ever here and here after... Insya Allah ...


Selamat berjuang di pentas final... Semoga projek kecil ini memberi manfaat yang besar bukan sekadar buat projek bagi memenuhi kuota ...May Allah ease... May Allah bless us all... insya Allah...



@LovesNhhas







@lovesNhhas

Thursday, October 8, 2015