Thursday, December 31, 2015

Day 5/2015 = Day 3 - Cabaran Memandu ke Milford Sound, New Zealand

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...

Bagi coretan terdahulu, jemputlah buat ulangkaji di capaiakan ini ye.  

Day 3 - Part 1.
Day 3 - Part 2.
Day 2 
Day 1
Pengalaman Memandu di New Zealand - Part 1
Pit Stop menarik sepanjang ke Milford Sound
Tips memandu dan melancong ke New Zealand

Okay, mari kita sambung PART 2 untuk hari ke-3 di New Zealand.
Part 1 - yang tak sempat-sempat sangat nak hapdet tu - korang boleh baca kat ENTRI INI:
Milford Sound - A Must Visit Place in New Zealand

Okay... Bismillahirrahmanirrahim ...

Sebagaimana yang telah kunukilkan dalam PART 1; kami bergerak meninggalkan Te Anau Top 10 Holiday Park pada pukul 7.00 pagi lebih kurang.  Kat Top 10 Holiday Park ni lah satu-satunya tempat aku jumpa masyarakat melayu paling ramai sepanjang 14 hari aku musafir di NZ dan OZ kali ini (sila kecualikan rumah sewa adik aku lah kan kan kan ... hi hi hi). Aku rasa travel agent dari Malaysia memang suka melepak tempat tu kot. Fasiliti agak okay kecuali mungkin unit motel aku je kot, toilet dia sewel sikit. Tapi not big deal lah. Hidup je sampai hari ini. Alhamdulillah.  Boleh baca review untuk Top 10 Holiday Park ni kat SINI  dan korang judge sendirilah korang nak lepak sini ke tak.  Tapi customer service dia bagus and superb. 

By the way aku rasa orang-orang kat New Zealand ni memang best lah. Dari kat airport - kastam + imigresen + hotel support semuanya memang lovely. Sampaikan adik aku kata "Negara diaorang ni mesti sejahtera dari penjenayahkan. Mesti low risk of crime" ... Abah aku TER BAWAK check in pisau yang baru dibeli kat sourvernir shop Queenstown mall tu LEPAS je untuk naik flight. Suspen betul. Memanglah device dia detect pisau tu. Dengan penuh senyumannya auntie kastam tu suruh kiteorang ke tepi and check bag encik abah satu demi satu. Barang pun dia keluarkan dengan baik-baik. Bila dia jumpa pisau tu dia senyum je and said "It's okay", lepastu dia siap tolong bungkus balik satu persatu barang letak dalam bag dan bagi je kiteorang masuk untuk boarding.  Fuhhhh ... kalau kena rampas - nanges lah kiteorang sebab pisau tu memang cantik and its a real knife.  Mungkin sebab muka kiteorang ni muka baik - baik kot tak ada potensi langsung nak buat jenayah. Alhamdulillah. 

Okay ... malam sebelum tu aku dah berulang kali pot pet pot pet; "Esok paling lambat pukul 7 mesti keluar mesti check out" ... Stress kot mak aku dibuat aku. Ha ha ha... Tapi mak aku memang best lah. Cepat betul mak aku siap. Mak ngan abah aku memang happy dan bersemangat dengan trip percutian ni. Bersyukurnya aku.  Alhamdulillah.  By de way... Kenapa kena gerak awal?

Okay aku ambik cruise pukul 10.30 pagi.  Perjalanan ke Milford tu jaraknya dalam 120km.  Haaa kalau dari segi jarak memanglah nampak macam dekat kan kan kan.  Kalau ko google kat pakcik google map ni, dengan penuh confidentnya dia calculate dalam 1jam 30 minit.
Haa ... janganlah terpedaya sangat. Di New Zealand ni ko kena tambah buffer sejam dari yang google ni calculate sebab bentuk muka bumi NZ ni yang berbukit bukau bergunung ganang bertasik etc. Jalannya dah macam ular kena palu. 

Nota: Ini merujuk kepada perjalanan ke taman negara fiordland dan milford sound ye. - jalan lain nanti aku sembang dalam entri lain... Insya Allah

Or korang pernah lalu jalan lama kat Bukit Putus tak? Haaa kalau Bukit putus tu pun korang dah rasa challenging, ini lagi teruk dari Bukit Putus tu. Seriously aku tak tipu.  Aku tanya RAMAI orang dan diaorang cakap "okay je drive nak ke milford sound ni. tak ada bahaya apalah". 
Tipu betul. hahahaha... or mungkin bagi diaorang tak scary... or mungkin juga diaorang tak nak takutkan aku. or mungkin juga time tu bukan diaorang yang memandu tapi membuta kat sebelah driver kan kan kan ... hi hi hi 
Satu-satunya manusia yang betul punya jujur dok peringat kat aku adalah MR. Ariq.  Seriously - dia adalah satu-satunya manusia yang bagitau kat aku BANYAK KALI.  Jangan lewat pergi dan balik dari milford sound sebab ada satu area tu paling bahaya dekat dengan Homer Tunnel.


The Homer Tunnel is a 1.2 km (0.75 miles) long road tunnel in the Fiordland region of the South Island of New Zealand, opened in 1954.New Zealand State Highway 94 passes through the tunnel, linking Milford Sound to Te Anau and Queenstown, by piercing the Darran Mountain range at the Homer Saddle.[1] It connects between the valley of the Hollyford River to the east and that of the Cleddau to the west.
The tunnel is straight and was originally single-lane and gravel-surfaced. The tunnel walls remain unlined granite. The east portal end is at 945 m elevation; the tunnel runs 1270 m at approximately a 1:10 gradient down to the western portal.[2] Until it was sealed and enlarged it was the longest gravel-surfaced tunnel in the world.
In 2002 a tour bus carrying tourists from Singapore caught fire inside the tunnel, halting 150 m from the eastern portal. The passengers and the bus driver had to tread through the pitch-dark and smoke-filled tunnel to safety with the help of head beams from vehicular traffic at the entrance of the eastern portal. However, two passengers got separated and made their way to the Milford end. Three people were flown to Southland Hospital and treated for smoke inhalation.[5] A satellite phone and fire extinguishers were installed in the tunnel as a result of this incident. Two tourist buses were destroyed by fire outside the tunnel in January and March 2008, though the fires were not related to the tunnel.
(Sumber: Encik Wiki bin Pedia)


Haaa... takut tak takut tak.  Honestly, nasib baik aku tak baca fakta ni sebelum aku pergi sebab aku memang tak sempat sangat nak baca. Kalau aku baca mungkin aku tak jadi pergi kot. hi hi hi... Aku adalah usha video Homer Tunnel ni kat youtube kan kan kan.  Tapi masa tu antara cuak dengan tak cuak sama banyak. Lebih kepada suspen lah sebab aku dah pernah lalu Bukit Putus tu yang bagi aku agak scary lah juga sebab masa aku lalu tu aku baru dalam 5 tahun ada lesen memandu kot. Tak otai lagi lah kiranya time tu.

Daaannnn hakikat kejadian sebenar ketika aku memandu sendiri kat homer tunnel itu hari ... Ya Allah... Takutnya aku ... Seriously ... Berbanding dengan berdebarnya pengalaman 8 jam memandu tanpa henti tanpa ganti itu hari ... Memandu di Homer Tunner ni TAK KURANG NGERINYA dan buat muka aku pucat tak berdarah sebab ... Homer tunnel tu sendiri (terowong yang ditebuk dari gunung) memanglah straight, tapi jalan sebelum dan selepas tunnel tu lebih scary dari bukit putus ... bawah tu GAUNG (agaknyalah sebab aku tak berani toleh langsung). jalan dia sempit. Dia punya curve dah macam bentuk "U" yang sempit yang berulang-ulang, daaaannnn masa tu hujan agak lebat + berkabus + jalan licin.  Muka gua si Homer Tunnel tu sendiri dah menakutkan. Aku siap bayangkan scary movie - ada hantu, terowong runtuh dan sebagainya... Betul weih... aku terbayang semua tu. Memang senyappp je masa tu. Tak ada sapa berani cakap apa-apa. Kiteorang zikir je sepanjang jalan tu.
Punyalah aku cuak. aku nak menangis dan sebenarnya (yang mak ayah aku tak tau) - aku ada niat NAK PATAH BALIK ... seriously aku tak tipu... Tapi sebab dah bayar cruise tu lebih seribu harganya. Aku drive jugalah.


dah lah sharp corner. menurun / curam ke bawah pulak tu.
tambah hari hujan lagi. jalan licin. berkabus.
andddd tak ada pengadang jalan... boleh gitu?


bukti ye...
tak ada pengadang jalan...



(sumber: google)

Aku tabik lah orang-orang yang boleh bawak RV/ campervan/ motorhome kat kawasan ni.
Sebab tu lah pun 1st time kot kita nak bawak RV kan. 
Bukan biasa bawak pun kat malaysia ni ha.
Kalau aku ada rezeki pergi sini lagi ...
aku tetap TAK nak naik RV lalu kawasan ni.
time nak pergi sini kita naiklah kereta .. kecik sikit. 
Tu pun sakit perut aku bawak sebab takut... 


And the best part, adek kesayangan aku buat apa time tu? cer korang teka ... Kalau tak salah aku budak bertuah tu TIDO kat seat sebelah.  bertuah kan kan kan ... aku pun tak surelah bila aku lalu situ budak bertuah tu ada terjaga ke tidak sebab aku ; jangankan kata nak toleh sebelah, nak kedip mata 1 saat pun aku tak berani.  hwa hwa hwa.  aku memandu not more than 20km/j ... Hahahaha... Ko bayangkan sekarang... bayangkan cepat... aku paksa ni... ha ha ha... Betapa slownya aku drive kat Homer Tunnel tu. hi hi hi... Sebenarnya kalau adek bertuah aku tu bangun, aku nak suruh dia ambik video ... tapi aku rasa dia tidur time tu. Masa perjalanan balik, alhamdulillah cuaca elok ... dan adek tak tidur - so aku suruh adek rakamkan video tu - tapi hmmm boleh lah dari tak ada. Korang nak tengok tak?  SSS pinjam tolong upload kat youtube boleh tak? hi hi hi...
Tapi betapa comelnya abah aku yang hensem lagi baik itu - encik abah telah berjaya merakamkan beberapa keping gambar menggunakan henfon canggih beliau (ha ha ha canggih lah sangat angah weih ... tapi seriously camera henfon abah gambo cantik) ... walaupuan angle agak tak kena ... tapi okay lah kan dari tak ada.  Aku pun terjumpa masa godek - godek henfon abah itu hari.


yer gelap dan hujan ye anak-anak sekalian.

see memang curam dan "menurun gunung" jalan selepas keluar dari Homer Tunnel ni menuju ke Milford Sound.

Ehhh abah dapat ambik gambar salji lah.... terror lah abah...
ho ye ho ye. 
Aku tak berani pandang kiri kanan pun weih... 




Ada salji dan ada yang "batu pecah".

Haaa... above are all pictures dari encik abah.
Manakala bawah ni gambar dari pencarian di google.

Homer tunnel time winter.
Summer pun sejuk. Winter hmmm lagi lah kan.

Korang kalau TER BERIMPIAN nak datang NZ time winter dan of course lah kena drive kan, 
WAJIB lah untuk korang sewa kereta korang beserta dengan SNOW CHAINS.
Wajib tau. You could be stranded without them. SERIOUSLY.
And you'll need them to get up the ski resort roads since majority of them are gravel.
hu hu hu ...
Jalan time winter banyak belanja weih. 
Pastu kena study banyak benda especially things related to safety. 
Sebab negara kita tak ada salji. So tak tau nak jangka apa.
Spesis kampung macam aku yang tak pernah jumpa salji tebal ni, memang banyaklah benda kena study de do and don'ts kan...  
Sebab tu aku tak pernah pergi tempat bersalji tebal time winter.
Setakat winter di melbourne tu ... cehhh tak ada salji ponnn hahaha....
Salji Mt.Buller tu adek aku kata tipu je. Diaorang pump salji kat situ.
Wallahualam ... salji pun boleh pam ke? hi hi hi ... 


Kalau korang masuk time cerah mungkin macamnilah kot rupa dia.

Ni dalam dia. One lane je. So ikut traffic ligth okay.
Lampu hijau baru korang jalan masuk tunnel yang macam berantu ni ye.


Errr.... sebenarnya aku nak kongsikan pit stop yang best sepanjang perjalanan aku ke Milford Sound ni. Tapi disebabkan aku ada things to do rite now, I'll continue later, Insya Allah.

Errrmmm bermanfaat tak info ni?  Korang kalau ada apa-apa nak tanya, tanyalah... nanti aku try jawab.... sebab aku memang tak reti nak menulis panduan details macam SSS ... fuhhh jauh lagi level penulisan aku nak sampai tahap boleh beri panduan kat orang... So sila tanya jika ada kemusykilan dan nanti aku cuba jawab okay. Insya Allah.

Okay... till write in again, Insya Allah.  Stay tune, stay alive, stay happy, stay healthy and stay away from masalah okay... 

@LovesNHHAS... 

Keywords:  Driving Experience at Homer Tunnel and Milford Sound New Zealand. Pengalaman Memandu di Homer Tunnel. Pengalaman Bercuti di Queenstown, New Zealand. Pengalaman Memandu di New Zealand. Tips bercuti keluar negara.

CONSIDERATIONS FOR 2016...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...

Dear my lovely readers, frens and supporter (ehhh ;-) ...

Thanx for your tremendous support for my ntah apa2 blog @hnr318.blogspot.com.
I appreciate your support and please sincerely accept my way of "giving token appreciation" n consistent doa to all of you who keep on support me - Insya Allah.
(sorry I don't have CARTA PENGKOMEN TEGAR LIST BUT I DO APPRECIATE MY READERS IN MY OWN WAY, INSYA ALLAH)
For those who received my "kiriman dari seberang"  yang tak seberapa itu ... please let me know ya as I don't know when the abam postman will post it to you due to their long leave for christmas. You know lah mat saleh kan raya sekarang ni... They put a notice "leave till 11 January 2016" ... malampau nau.
(pssst: ada 3 penerima tercicir dari kiriman sebab "your thing"  terselit kat tempat lain. Betul-betul minta maaf. Untuk 3 orang ni, nanti saya kirimkan dari malaysia ye. Jangan majuk tau tau tau. Sorry)

My apologize to all of you ; since I've missed a lot of blog walking recently due to my travelling + my sewel phone + my poor internet line and of course when I come back to my office... yeah every dream of blog walking consider less priority as the vacation left me bundle of work to look at too. :-)

Yeah by the way thanx to my team mate who carry the amanah and wasiat in a good way - Alhamdulillah. You make my life a little bit easier when I'm back. Jazakillah khayr Sister (you know who you are).

To my dear new readers.
Actually I noticed a few new readers through my comment box.  Thank you sooo much. And I notice some of new follower in my blog and ehhh tiba-tiba unfollow pulak (sedih titew tau)...
But here is an announcement - for those who drop your comment and follow my blog BUT I didn't make any visit to yours, can you help me to paste you blog url in my comment box so that I'm aware that I'm not yet visiting your blog. Again I am sorry for that since yeah... we can put the blame on age factor + phone sewel + buta IT or what ever reason it can be. ;-)

Please jot down your url(s) below, Insya Allah I'll pay a visit. Bagi link tau sebab my phone macam vengong juga if I'm using google+ tu. Not sure why.

With that ... yeah .. today is the last day of 2015 Books... Alhamdulillah, praise be to Allah for allowing us to be + to have what we are now. Please be thankful for that. We have hard time in 2015 due to financial and political issues which drag the rakyat jelata too in this crisis.  May Allah help us + bless us and make ease for us for our 2016 and future ahead.. Insya Allah.

psssttt ... Put your trust on Allah. Please keep on doa and multiply our effort Insya Allah. Soon we are all will come back to Allah and let us prepare for that.

Tak mau cakap pasal azam sebab memang tak pernah konsiten untuk berjaya pun. Hi hi hi ...

Before I end my note for year 2015 ... I would like to share this consideration notes for 2016 which I get it from my brother (macam kopipes dari warren buffet je ... hi hi hi)

Happy 2016 everyone - Insya Allah ... @Loves NHHAS...

________________________________
1. ON EARNING:
Never depend on single income. Make investment to
create a second chance.
_________________________________
2. ON SPENDING:
If you buy things you do not need, soon you will have to sell things you need.
________________________________
3. ON SAVINGS:
Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving.
________________________________
4. ON TAKING RISK:
Never test the depth of a river with both feet.
________________________________
5. ON INVESTMENT:
Do not put all eggs in one basket.
________________________________
6. ON EXPECTATIONS:
Honesty is a very expensive gift. Do not expect it from cheap people.
________________________________
7. Past is a waste paper, present is a newspaper, and future is a question paper. Come out of your past, control the present, and secure the future.
________________________________
8. When bad things happen in your life, you have three choices. You can either let it define you, let it destroy you or you can let it strengthen you.
_______________________________
9. Our eyes are in the front because it is more important to look ahead than to look backwards.
_______________________________
10. We use pencil when we were young, but now we use pens. Do you know why? Because mistakes in childhood can easily be erased, unlike now.

Have a prosperous 2016.

Thursday, December 24, 2015

Day 4/2015 = Day 2 @ Bertemu salji di Queenstown

13 December 2015 ; Day 2 @ Queenstown New Zealand ...

Bagi coretan terdahulu, jemputlah buat ulangkaji di capaiakan ini ye.  

Day 3 - Part 1.
Day 3 - Part 2.
Day 2 
Day 1
Pengalaman Memandu di New Zealand - Part 1

Sambungan ... Hari ke-2 di Queenstown.
Setelah sampai ke penginapan @Luxury Lake Suites pada jam 3.30 pagi, solat dan tdoooo Zzzzz... Bangun pagi pukul 8.00 pagi lebih kurang ... terus stress... "Alamak, pukul 10.00 pagi nak kena check out... Hwaaaa.... Dah lah bayar mahal hotel tu... tak sempat menikmati pun. Terus basuh muka gosok gigi... ambik kunci kereta dan paksa adik ikut ke Mantra Marina untuk kowtim dengan pihak hotel untuk LATE CHECK OUT WITHOUT CHARGES ...
Alhamdulillah ... aweq LLS tu memperkenankan permintaan kami - late check out at 11.30 am.  Tapi kami lewat juga ... 1200 pm +++ baru pulang kunci. Hihi... LLS tu sangat best hinggakan tak sampai hati nak check out... hi hi hi ...




*View from LLS*

Mendung je Queenstown ... macam nak ribut pun ada ...
Tapi jiwa kental perlu meneruskan aktiviti ...
Owh yeah ... setelah minda aku waras pukul 8.00 pagi tu, maka inilah revise schedule kami di Queenstown....
Day 2 : cek out pukul 12pm - skyline queenstown - move to Te Anau for check in at Top 10 holiday park.
Day 3 : 7.00 am move to Milford Sound - cruise pukul 1030 am - 100pm. Stop by along de way for photography - blk LLS and check in again - dinner kebab halal - beli sourvernir (but something happened that nite cause us unable to eat out, so we just cook at LLS and eat there.)
Day 4 : shopping sourvernir at Queenstown mall - go to airport - return rental car - balik melbourne.

***maka tiadalah paragliding. Bungy. Shotover jet etc... huhuhu...

Pemandangan dari Queenstown skyline.

Ada luge ... (sejenis downhill ride)
Macam best tapi aku tak try sebab aku letih.


Skyline Queenstown ni kira macam benda seakan-akan wajib lah untuk korang aci cuba try test kata orang kampung aku. Korang boleh tengok pemandangan menarik seluruh bandar kecil Queenstown... Ala macam naik gondola / cable car kat Langkawi dan Genting Highland tu...

Tinggi jugalah cable car ni ... dannn naik atas tiba-tiba hujan.
Or kusangkakan hujan ; rupa-rupanya salji weih... 
Betul-betul salji.
Jakun betul semua malaysian yang ada kat situ termasuk aku...
Haha..  tapi orang lain pun sama.
Instead of lari berteduh dalam bangunan/cafe; kami dok lari keluar main salji. Hihihi... 
Gigih aku mintak tolong orang yang lalu lalang kat situ tolong ambikkan gambar tapi tak nampak sangat saljinya sebab jaket aku warna cerah dan salji nya tak lah lebat. Renyai-renyai gitu.



Tadah salji lah konon.


Kat Skyline ni juga ada small area untuk buat buat bungy jumping...
Tapi view kat bawah tak cantik sangat.
Aku sarankan kalau nak buat bungy - cari tempat yang view cantik ada tasik yang clear blue water tu. Biasanya orang akan buat kat KAWARAU BRIDGE BUNGY... haa memang cantiklah...
Boleh usha kat link BUNGY JUMPING NEW ZEALAND.
Tapi lebih baik kalau korang pergi berjalan-jalan ke town center, area Queenstown Mall untuk usha best offer package okay.


Dan... wajib gambar kat perkataan "Skyline" tu sebagai bukti dah sampai.
Namun, memandangkan aku ni driver merangkap PA puan ibu dan encik abah...so aku tak sempat nak ambil gambar diri sendiri di trademark Skyline ni.
Disebabkan baru lepas ambil kereta di tempat parking (price NZD4.40/sejam), maka aku bergambarlah dengan kereta di hadapan Skyline ni. Hihihi...

Kat Queenstown Skyline ni juga - kalau kena dengan masanya, korang bolehlah tengok Maori Culture Performance Dance (ala-ala macam cultural show kat cultural village, Sarawak tu) - tapi aku pun tak tunggu Maori Culture Show ni haritu sebab show haritu pukul 5pm ++. Aku kan rushing nak gerak ke Te Anau pulak. #Pasrah.

Owh korang boleh tengok kat LINK SKYLINE QUEENSTOWN ni ye. 

Tapi aku suggest, korang ambik tiket pakej gondola ni kat Queenstown mall je. Jangan ambik kat center skyline ni sebab lagi mahal. Kat Queenstown mall kalau korang rajin jalan usha-usha, boleh gak dapat murah NZD10 and dapat pakej naik gondola n naik luge juga. Kadang-kadang ada combine package dengan paragliding, bungy, helicopter ride, etc.
(Aku terhilangkan pulak pamphlet tu - sorry) 


Seterusnya, beli sedikit grocery, dan isi minyak dan teruskan perjalanan 
(dalam 2jam ++ kot ntah tak ingat) ... menuju ke TeAnau untuk penginapan hari ke-2.


Ada jambatan untuk meninggalkan Queenstown menuju ke TeAnau... 
Air sungai tu bersih sangat-sangat... Masya Allah.

Dalam perjalanan ke Te Anau, korang akan melalui banyak kawasan ladang yang cantik, luas berbukit bukau dan akan menelusuri Tasik Wakatipu dengan pemandangan yang sangat cantik.
Hati-hati memandu sebab jalan sempit, ada 1 lane pergi 1 lane balik je (2lane).
Nak memotong pun susah. Dan jalan raya tu ngam-ngam sebelah tasik TANPA pengadang jalan... Legend kan... hi hi hi.

Ladang yang menempatkan biri-biri boleh didapati di sepanjang perjalanan.
Tanpa pengawasan.
Aku hanya nampak biri-biri dan lembu. Langsung tak nampak ada orang yang jaga haiwan-haiwan ini.
Boleh berhenti di tepi mana-mana jalan untuk ambik gambar...cantik oooo Subhanallah.

(Nota : Istilah BOLEH BERHENTI DI TEPI MANA-MANA tu aku yang bagi - tak tau lah rules NZ merupakan satu kesalahan ke tidak, sebab aku tengok ramai je orang lain buat.  So pandai-pandailah korang ye. Jangan sampai kena saman mahupun kena lokap tau) 





Tapi sungguh tidak bersukan (read as sporting) biri-biri tersebut sebabnya elok je aku berhenti dan turun dari kereta untuk beramah mesra dan bergambar bersama, biri-biri yang asalnyal dok lepak berhampiran pagar yang berdekatan dengan jalan raya tu, terus memecut lari nun jauh ke dalam padang... ishhh nak kejar je rasa...



Haha... mungkin tuan biri-biri ni pesan "Jangan bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Nanti kena kidnap"...
Agaknyalahhhh...

Hihihi...

Then sampailah kiteorang kat Te Anau.

Ketibaan kami disambut oleh bunga ros yang saaaaaangaaat banyak dan sangat lah wangi.
Buka je pintu kereta terus semerbak haruman roses.
Seriously fresh and original baq ang.


Ni rupa persekitaran Top 10 Holiday Park @Te Anau ni.


Okay ... meh nak review sikit tentang Top 10 Holiday Park at Te Anau ni.
Menurut kata laman web Top 10 Holiday Park ni di SINI :

"Te Anau Top 10 Holiday Park is committed to ensure that your stay is as comfortable as possible. We have a range of accomodation to suite EVERY BUDGET - from campervan sites and basic cabins to Luxurious motels. Our guests can enjoy on-site features sucs as free Wi-Fi, hot tub, bicycle rental and free on site car parking" . 

My personal view;
Motel Top 10 ni agak selesa lah, heater dalam bilik, ada blanket heater lagi, katil besar, ada dapur, pinggan mangkuk, stove electric - pendek kata lengkaplah dalam motel dia ni KECUALI TOILET.
Hwaaa TOILET nya agak tak best sebab kat sinki dia paip air panas dan air sejuk berasingan. Sasau tak .. macam mana nak mandi and gunakan paip air "suam" ?
Yang paip cold (sejuk tahap frozen).
Yang paip hot (panas tahap membunuh).
Memang sewel disitu.
So aku ambik wuduk kat sinki dapur sebab boleh buka both pili cold and hot dan keluar dari 1 paip je.
Mujur shower dia satu source je, tapi nak pusing tab shower tu - ko kena pusing kepala paip tu dari COLD - HOT - WARM dan nak sampai stage warm tu air menderu-deru keluar sampai banjir bilik shower.
Kesimpulannya bilik air memang agak hampeh.
Yang lain-lain okay sangat-sangat.
Owh satu lagi yang hampeh.
Yang depa dakwa FREE WI-FI tu - macam tipu je.
muahahaha... dapat free wi-fi 100mb je.
pastu dari mula aku check in sampai aku check out, aku dapat log in wi-fi tu sekali je.
Lain-lain semua promp error message.
Hampeh betul.  Tapi disebabkan tak adalah penting sangat dan tiada apa yang nak "last minute access", maka ketiadaan wi-fi tidak menjadi masalah kepada aku ketika itu...

Pekan Te Anau ni tak adalah besar sangat. Kalau korang jogging pun boleh habis dalam masa setengah jam. Makanab halal tidak kelihatan - maka silalah bawa makanan sendiri ye.
Kat sini ada subway.
Owh ya... Te Anau ni adalah TEMPAT TERAKHIR untuk korang PENUHKAN MINYAK KERETA or RV korang. Ni tempat last yang ada pump station sebelum korang gerak ke Fiordland or Milford Sound. Fiordland tu memang hutan - a.k.a Taman Negara, maka jangan berharap nak jumpa kedai runcit, pump station or wat ever.
Ingat... MESTI PENUHKAN tank kenderaan anda di Te Anau.
Sebab Te Anau - Milford = 200km +++ dan ambil masa 3 jam untuk korang bergambar di sepanjang perjalanan ke sana sebab banyak spot yang menarik untuk bergambar.
Milford - Te Anau is another 200km ++ ye.
So pastikan minyak kereta, tayar spare all are in good condition, Insya Allah ...
Depan tu tasik ye

Circle Te ANau town.
Pusing2 sini je. Tak besar mana.

kedai sourvernir. mahal. dan barang lama.


Ha... ni lah rupa bandar comel Te Anau.
Kedai sourvernir pun buruk je... haha...
Mahal ... 
Tak payah beli sini lah ...

Okay... itu jer review untuk kali ini...
Bersambung... insya Allah...
Stay tune ... stay allive ... stay healthy ...
Stay happy ... stay away from masalah hoccay...

Jumpa lagi... insya Allah...


Saturday, December 19, 2015

8 Jam tanpa henti tanpa ganti ... Pengalaman memandu Christchurch - Queenstown

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ...


Psssttt... atas faktor "penuaan" aku kena cepat-cepat update sebelum memory aku diserap oleh persekitaran ...

Okay ... Day 1 di New Zealand consider "gone" ... sebagaimana diceritakan secara ringkas dalam entri DAY 1 ini.
Tak pernah masuk dalam perancangan kali ini nak menyinggah ke Christchurch, kerana trip kami ke NZ 4 hari cuma.
Aku ni berjalan mana ada plan sangat. Rasa nak pergi ; cari tiket... kalau mampu - jalan je. Kang plan beria-ria slalunya tak jadi. NZ 4 hari ni pun tak memasal je aku plan setelah aku beli tix ke Melbourne.
 14 hari dok Melbourne - ya ampun... bosan dah tak tau nak buat apa - sebab dah pergi beberapa kali, pastu stay rumah adik kali ni kena share dengan kawan-kawan dia yang tak balik bercuti, dan ada kawan dia yang konvo sama - pun duduk situ ngan family dia - korang boleh bayang tak betapa tak comfy nya nak stay melbourne (clayton) lama-lama... hihihi ...
Maka, secara tiba-tiba aku bertanya kepada  puan ibu dan en.abah "jom pergi NZ nak tak?"
When both of them say yes ... laju je aku suruh adik tolong cari tiket flight. So yang ada tiket "agak mampu tak mampu" ... maka TER beli lah kami date 12-15Dec.
Harga jangan tanya ... memang mahal. Sebab nak dekat krismas kan... tapi itu dikira ter murah dalam kalangan yang mahal... Demi sayangnya aku pada puan ibu dan en.abah, kalau tak kali ni, tak tahu lagi bila boleh "ada jalan nak pergi NZ" ... haha... yerlah... dari mula adik blajar kat melben ni ha... en.abah dok sebut nak g NZ... aku nyaris terlupa sebab aku banyak kerja kannnn... tu pasal dah beli tix melben baru cari tix NZ ... maka tu je lah date yang aku mampu...
Adek suggest pergi direct melbourne - queenstown ... When I asked why Queenstown? Not auckland not Christchurch? Ramai-ramai depa jerit kat aku ... "lor southern lah cantik... tak blaja geografi ke? "

Hahaha ...  (Aku geografi memang lingkup sikit - walaupun exam dapat A ... ntah camno dapat A ntah... hahafal lettew).

So hasrat hati ... nak mendarat di Queenstown... perancangan asal itinerary in brief macam ni.

Day 1 : mendarat - ambik kete - cek in hotel - rehat setengah jam - kuar g town - naik skyline - lepak makan kebab halal / subway kat town.
Day 2 : kol 7pagi cek out - gerak terus g milford sound (5jam drive direct from Queenstown) - ambik cruise pukul 230 ptg - pkl 5ptg abis cruise - gerak balik Te Anau (3jam journey termasuk stop for photography) - cek in te Anau - tdo.
Day 3 : 7 pagi - Drive balik Queenstown (3jam journey termasuk stop for photography) - cek in hotel. Rehat - g buat bungy jumping / Naik shotover jet / Buat paragliding (tengok mana sempat). - rest.
Day 4 : shoping sourvernir. Balik...

Haaaa ideal kan plan aku... gigih aku study... nanti aku nukilkan nama-nama umat yang sangat baik hati membantu aku dalam menyarankan aktiviti di NZ ni...

Namunnn... semua perancangan di NZ seperti yang aku susun penuh propa tu ...
Hancussss gara-gara flight tak boleh landing di Queenstown sebab angin terlalu kuat. Terpaksa mendarat d Christchurch... ko ingat dekat Christchurch tu? Pucat muka aku kalo toreh pun tak berdarah agaknya masa pilot cakap akan landing di Christchurch and airline tak ada plan lagi macam mana nak hantar kiteorang ke Queenstown (boleh gitu?)... gilerre betul.
Aku ingatkan dia landing kejap dan bila cuaca okay - nanti masuk balik flight - n fly back to Queenstow.... cisss jangan harap... vongok betul.
Aku sekeluarga (4 orang aje pun) antara yang last keluar flight sebab aku bawak mak aku yang bukanlah sihat sangat. Aku travel kali ni siap bawak wheelchair hokay ... #gigihTakAku ;-).
So bila kiteorang dah "cek out" clear custom n imegresen  - sampai depan airport - baru aweq jetstar tu bgtau "you only have TWO options :
1 . stay hotel n esok pagi jetstar bagi bas utk ke queenstown yang depa pun tak tau pukul berapa boleh bagi bas.
2. G lah ko sendiri ke Queenstown (sewa kete) nanti jetstar advice macam mana diaorang nak bayar ganti rugi tapi confirm bukan 100% refund.

Gile tak option dia... aku sikit lagi rasa nak lempang je aweq jetstar yang muka selamba tahap gaban tu.
Aku tau lah bukan salah dia flight tu tak boleh landing... tapi option jetstar tu macam " Whatttt.... thats de best option yang ada? "

Memandangkan tu dah petang sabtu... aku pun malas nak buat "scene" yang memang pun takkan berpihak pada aku...
Sudahlah kuar lambat... memang blank lah tak tau nak buat apa. Sebab...

Option 1 - macam sangat bangang... gone 2 hari dah trip NZ.
Tinggal Option 2 je - TAPI ... Aku tak plan duh nak drive sejauh lebih 400 km di NZ yang aku langsung TAK STUDY JALAN dari Christchurch tu... aku tanya kat aweq jetstar tu - katanya kalau biasa drive - dalam 6 jam tapi kalau tak biasa bolehlah estimate time 8 jam.
Masa aku tanya tu dah pukul 530 ptg... dan aku masa tu dah tak tidur 36 jam.
Satu-satunya manusia dalam family aku yang g NZ tu yang boleh drive pada masa tersebut ditempat tersebut nampak gayanya macam ME and ONLY ME ...
Tak ke memang aku totaly blank what to do... mmg giler...

Adek aku dengan cool nya "angah kita kena drive - ni je option yang kita ada ... hari gelap kol 9 mlm... so 8 jam... dlm pkl 1 pg kita sampai lah if drive non stop"...

Kecik beso kecik beso je aku nampak adik aku time tu... Dalam hati je aku cakap "ko cakap senanglah - yang nak drive 8 jam tu haku"...

Tapi betul juga ... mana ada pilihan lain... huhuhu... and the best part ... masa Q nak ambik kete tu ...

1. Adek aku cakap "angah, sorry - adik tertinggal driving license kat melbourne".
And I was like "huh What??? mana pergi perkataan "kita kena drive tadi... cisss ko memangggg sengaja...
Haha... kalo dia bawak lesen pun aku mmg tak bg dia drive pun... haha..  tak percaya aku weih ...

2. Dua tiga orang yang Q depan aku time tu - dimaklumkan semua big car dah tak ada (big car tu macam camry, civic, civic, etc)... yang ada yang kecik compact car je macam toyota yarris, dan corolla yang kecik tu ...
Aku yang dok dengar pasang telinga kat belakang diaorang dah rasa nak rebah dah.  Mana muat woi... mana nak letak wheelchair mak aku... bag kiteorang lagi (mujur bawak bag tak besar sangat)... tapi takkan nak suh mak abah aku riba sepanjang 8 jam tu... memang giler... aku nak nanges weih...
Mujur Allah ilhamkan aku untuk terus zikir dan doa "Ya Allah, please help me, give me the best plan as I do this for my parents for sake of You Ya Allah... rabbi yassir wala tuassir" ...

What a miracle ...
1. Aku dah booking kete online dengan Hertz, aku booking camry. Plan asal patut ambik kat Queenstown and drop pun kat airport Queenstown.  Tak ke pelik 2 3 orang depan aku "tak dapat kete",  sampai giliran aku - aku tunjuk lah print sheet yang aku booking kereta tu ... eh eh eh ... Boleh pulak si Rebecca tu cakap since aku dah booking online, so kete tu diaorang ada reserve untuk aku... tak ke lawak - aku kan booking kat Queenstown, dah kenapa Christchurch pun reserve kereta untuk aku.  Tapi, tak payah lah tanya banyak-banyak. - Dah dia kata ada tu, kita rembat jer lah kan... Hihihi... Alhamdulillah.... Muat bonet camry tu dengan semua barang kiteorang.  Tu lah first time aku drive camry (agak besar dan aku tak jumpa hand break - gile lawak... adek p tolong google "hand break kat mana" ... hahahaha.... okay, camry tak ada handbreak tau... ada leg break je... kuikuikui...

2. Alhamdulillah aku boleh drive dan manage to reach there safely. Mood adek pun baik tak ada buat "perangai" .. memberi sokongan sebagai co-pilot yang bagus ketika aku memandu. Nampak macam aku dah lalok tu, dia sergah aku ... "angah depan tu jalan windy... angah depan tu angin lintang, angah itu angah ini ... "
Aku tak ngantok kecuali for the last 30km ... mata aku dah tak boleh nak buka.  Nak berenti tepi jalan masa tu hujan agak lebat ... gelap toksah cakap. sampai queesnown segelap-gelap alam, jalan ada kon tengah construction apa ke ntah ... gps tak boleh find ways to hotel... mmg stress giler... aku dah tak boleh fikir langsung.
Mujur adik aku ngelat dan tidur sekejap dalam perjalanan dan kepala dia macam waras sikt untuk berfikir - dia yang dok fikir celah mana nak masuk ikut logik akal.  dia punya gelap tu... signboardpun tak nampak.  Masa sampai kat bangunan opis hotel kat Mantra Marina nama tempat tu - memang GELAP, aku tak nampak langsung mana signboard office... dah lah hujan lebat... Hwaaaa  ... aku berlari dalam hujan dan gelap tu cari opis dia sebab pihak hotel tinggalkan kunci bilik dalam safeBox depan office diaorang. Perasaan masa tu ialah macam masuk Amaizing Race ... gigih memang gigih ...

Tapi apa-apa pun pengalaman itu sangat berharga - Subhanallah.  Pengalaman menyaksikan panorama alam - matahari terbenam - almost 2 hours kot nak terbenamnya, sangat lambat... unlike kat malaysia - 10 minit zasss habis dah terbenam - gabungan cahaya yang mewarnai dada langit dan muka bumi ... Masya Allah sangat cantik... (walaupun silau mata hitamku memandu)... Aku minta tolong adik ambikkan gambar... Hmmm bertuah - tak ada nya dia nak tolong.  Maka, tiadalah gambar cantik tu untuk aku kongsi dengan korang... Sorry... Cuba-cuba ingat dalam hati je lah ;-)





*** 3 keping ni hasil cedokan dari google - yang warnanya seakan-akan yang aku lihat dengan mata kasar ku sendiri ketika memandu itu.
Kombinasi warna biru + oren + kuning + turqoise + grey + dark.
Subhanallah - Sangat Indahnya... 

"Maka Nikmat Tuhan mu yang mana hendak engkau dustakan..."

Astaghfirullah aladzim 


Sampai ke Queenstown jam 3.30 pagi - dah masuk Day 2 - So plan semua berterabur ... kena susun semula ... Apa-apa pun, memandangkan aku agak kurang "waras" pukul 3 pagi tu - maka aku tidur dan hanya fikir dengan waras keesokan paginya setelah aku bangun dari tidur. (Sambung next entry, Insya Allah)

By de way,  untuk trip ke New Zealand ni, aku ingin menzahirkan sebanyak bintang dilangit, sepenuh air di lautan ucapan terima kasih buat 4 manusia penting yang banyak membantu aku buat preparation untuk itinerary ke NZ ni...

Ariq  - yang banyak bagi aku pedoman apa aktiviti yang patut dan boleh dibuat untuk short trip aku ke NZ. Yang banyak bagi advice ; banyak2 kali Ariq pesan "jangan gerak balik lambat dari Milford Sound - jalan dia bahaya kalau tak biasa " - pesanan ni amat menakutkan aku - aku suruh dia ambik video kat Homer Tunnel tu - memang scary weih (aku citer lain kali lah bila aku free ye, Insya Allah).
Aku ni ambitious sangat macam2 aktiviti nak buat kat Queenstown tu - tapi perginya 4 hari (termasuk 2 traveling days).  So Mr. Ariq ni dok pesan banyak-banyak kali "Since bawak parents, buat ikut apa diaorang larat - jangan tergesa-gesa, Ada rezeki lain kali pergi lagi" ...  Walau pun masa dia bagi advice ni dalam hati aku agak tak puas hati lah juga... hahahaha... sebabnya "ntah bila nak dapat lain kali tu pun tak tau lah" ...  tapi bila dah jadi incident "Gone Day 1" tu ... terus teringat pesanan beliau - "buat je apa yang parents mampu - ada rezeki lain kali datang lagi" ... Mentera ni memang keep me sane lah .,... seriously....
Semoga Allah gantikan dengan trip lain yang lebih baik - Insya Allah.

Azie - rakan blogger dari LIFE IS SHORT

Aku dok google tentang pengalaman orang melayu kita kat queenstown yang kot-kotlah boleh membantu preparation aku - tapi tak jumpa ... setelah godek punya godek punya godek... akhirnya termendarat kat blog Azie ni... Apa lagi - aku terus shoot mintak emel minta no henfon... Banyak giler aku message dia tanya macam-macam soalan...

Tak tahu lah aku nak zahirkan terima kasih macam mana kat both of Mr. Ariq and Azie ni
Aku doakan semoga Allah merahmati kedua-dua mereka sekeluarga dunia dan akhirat.  Dipermudahkan segala urusan yang baik-baik, Insya Allah.

Owh ya . Mr. Ariq tu offer macam-macam trip sempoi 2016 ni. Korang boleh tengok kat FB beliau ye. Aku respek satu je ngan Ariq ni - walaupun aku tak sempat ambik pakej dengan dia sebab aku dah booking macam-macam baru aku dapat contact number beliau, Lecehlah nak cancel dan buat balik. Tapi he willing to help me out with a lot of things and advice without any charges.  Memanglah kalau ikutkan itu boleh diklasifikasikan sebagai "strategi busines" , Bagi aku sikap beliau dan isteri wajar dihormati dan dipuji. Sebab sudi nak tolong walaupun aku tak commit any business deal with them.
Ada je travel agent yang SANGAT BERKIRA. Tanya sikit pun tak boleh jawab hingga kita agree nak ambik pakej diaorang dan bayar deposit. Sorry lah aku nak layan beb... Banyak lagi jalan lain dari tanya orang yang tak sudi nak jawab ...

Kalau aku tau awal, memang aku ambik service Mr. Ariq dan isteri je, Sebab setelah aku congak-congak, tak beza banyak pun. Adalah aku jimat 3 4 ratus banding booking sendiri.  Maka adalah lebih baik aku booking dengan beliau - and I'll get peace of mind tak payah fikir kan kan kan... hahahaha....
Tak apa - ada rezeki aku angkut geng puspanita lak g trip ngan beliau and his wife, Insya Allah.

Owh ya - Tengs to my buddy - NINA - si nina ni, dia lah yang nak pergi NZ saing dengan aku.  Dialah queen of de google sampai dia terjumpa Mr. Ariq - Nina siap pergi interview macam-macam kat Ariq till she satisfied and pass Ariq's number to me with message ; "Huda - yang ni paling reliable, harap dapat membantu our journey to NZ"...
Tengs Nina - Love you mmmuuuuaahhh...

Special tengs to SSS - orang yang palingggg awal kena buli dengan aku bermula dari drama beli tiket ke Melbourne... sabar sunggu SSS layan soalan vangang dari aku.
dan Sis Farah FAMF serta SEMUA yang doakan kelancaran perjalanan aku ... Banyak betul UJIAN trip kali ini.

Lepas ni .... Aku ingin berehat... Adek pun dah selamat bergraduasi - Alhamdulillah.  Dah dapat tawaran kerja - Alhamdulillah.  So from now on ... hopefully I CAN REST IN PEACE, Insya Allah.
(bunyi macam ayat orang mati je... hihihi).

Okay - tengs kepada sesiapa yang sudi baca bebelan aku ni... Kalau ada...
Saja je aku tulis untuk kenang-kenangan aku - sekali seumur hidup weih ...
Dan sapa-sapa nak travel jauh-jauh driving - korang boleh consider aku as your travelling partner lah.. Insya Allah - but this time kena share-share drive ...

Okay ... till write in again.... Stay tune, stay alive, stay healthy, stay happy and de most important thing ...  Stay away from masalah okay.... Insya Allah ...

@Lovesss ... nhhas

Tuesday, December 15, 2015

Day 5/2015 = Day 3 @ New Zealand : Milford Sound - Best Place to be

14 December 2015 (Monday)..

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ....

Salam siaran dari bumi Queenstown. 

Okay kita skip Day 2 @ Queenstown ... (kalau rajin nanti saya update) .. .Sebab saya lebih teruja untuk update trip kami ke Fiordland National Park dan Trip menaiki cruise at Milford Sound, Southern New Zealand ...


7.00 am at Te Anau Top 10 Holiday Park, before depart to Milford Sound Piopiotahi. 
Self drive by your dear Cik Manisah (bukan nama sebenar) ... hihihi...
#Dear ke?
(I'll review about this hotel later, Insya Allah).


Sepanjang perjalanan view, Subhanallah sangat cantik.
Boleh pilih mana nak berenti dan ambil gambar. 
Hati-hati memandu - jalan sempit. Tapi drivers bawak laju macam apa je.
Termasuklah Cik Manisah.

Memandangkan adik cik manisah amat bad mood pagi ini tanpa diketaui apa puncanya...
Maka en. Abah Cik Manisah terpaksa menjadi photographer, dan en.Abah sering sabotaj gambo cik manisah ...
Faveret en.abah adalah ambik gambar ntah apa-apa macam ni.
Hahahaha...

Nak dapat picture yang elok,  aku terpaksa suruh en.Abah ambik lebih dari 11 kali till aku dah malas .
"Abah, Its ok... Dah lah tu,... Jom gerak"...









Jom .... Mengembara bersama Captain Jack Sparrow.

Seriously kapal ni aku tengok oldies dari luar tapi the interior memang best dan klasik.
Deck kapal dia pun best ... 







Bersama budak yang badmood sepanjang hari ke-2 di NZ.

Sangat sejuk tapi cik manisah tak boleh pakai glove sebab susah nak ambik gambar.




#again tah apa2... Ada jari .. ada besen biru...
redha je lah ;-)






Kapal pirate of the carribean sedang menuju ke waterfall...

Dan deck tu berhenti berhampiran air terjun...
So boleh lah kita mandi di bawah splash air terjun tu.
Subhanallah best sangat ...
habis basah dslr, henfon semua habis basah demi aku yang DEGIL nak juga gambar ni.

Gambar atas n bawah ni ada amoi dari Sarawak tolong ambik.
Lensa kamera dah penuh air ...
basah lenjun beb.
Siap cakap kat abah ... 
"Ni kalau henfon ngan kamera rosak, abah ganti baru tau tau tau" ...
Motip sangat perangai aku kan ...




yeay budak ni boleh senyum juga akhirnya...

love you sister... 
owh thanx atas tajaan jacket badge color tu ...
hihihi...

Adik ... You should thanx me for this photo...
fascinating kannnn...
#modeperasan 

sapa ntah tlg kiteorg ambik kan gambar ni...
hihihi...



Tudung ditaja oleh Sis Nohas.
Baju Tajaan diri sendiri beli di Jepun.
Seluar pun tajaan diri sendiri beli kat AEON je pun...

Fiordland park / hutan or watever...








Self drive ...  ngantok betul ...
beberapa kali hampir terbabas ...

Berenti tepi jalan ... basuh muka (sejuk ditampar angin).
Minum coffee latte dan selfie ...
sebab nak tunjuk betapa laju nya angin ...

Stop kat ""look out zone"
Punyalah kuat angin, sampai kopiah abah terbang.
Instead of p tolong ambik... aku ngan puan ibu bantai gelak sepenuh hati.
sebab aku rasa lawak ... kah kah kah.
Sorry en. Abah... I love you... both ... mmuuuahhh ...


Dah balik sampai hotel ... @Queenstown ...

en.Abah kita yang hensem dan baik.
Best father ever in de world...
Love u babah ... 
tengs for all de pictures ... okay lah kan daripada tak ada ...
hahahahaha ....

....
@Lovess... nhhas

#bersambung ... Insya Allah