Friday, April 24, 2009

gomenasai

entri semalam dikeluarkan.ishishish...tak elok sungguh mencemarkan blog sendiri dengan cerita-cerita negatif. perkara-perkara negatif ni tak boleh disimpan, perlu cepat-cepat diusir jauh-jauh....

-nihas (ingin senyum sentiasa)

Tuesday, April 14, 2009

hari ini

hari ini aku p kerja pukul 7.30 pagi gara-gara aku ada mesyuarat pukul 7.45 pagi. malangnya jalan jam sangat teruk, selalunya 7minit dah sampai opis tapi hari ni pukul 8 baru sampai. punya la saspen, kecut perut tak blh nk habaq, cepat2 call PA tanya boss dh sampai ker tak, nasib baik boss pun lewat, ngam2 aku sampai pukul 8, meeting start pukul 8.05 pagi (aku agak2 boss tu saja tunggu aku)...hihihi...macam masa kat U dulu, aku cukup tak suka kelas pukul 8 pagi. masaelahnya ada 1 sem tu, 1 subjet yang aku sangat tak suka sebab aku tak bijak subjek tu. lecturer paper tu adalah dekan fakulti, mmg suka buat kelas pukul 8 pagi sebab waktu tu jer dia free. aku dengan slumber rock nyer, p sound kat pa dekan supaya inform prof tu tiap kali kelas pukul 8, sila la masuk 10 minit lewat sebab aku confirm lewat. tak sangka pulak akak tu cakap betul2 kat Prof dan Prof betul2 masuk lewat 10minit tiap2 kali kelas pukul 8 pagi....thanx Prof....hihihihi...

tapi pagi tadi, tak adanya boss aku tu nak bagi chance kat aku...memang dia pun lambat sebab jalan jam teruk.

so angin boss bertiup selaju 50km/j pada awal mesyuarat dan mula menuju ke kelajuan yang lebih mantap iaitu pada kira-kira 140km/j apabila member aku ni tak memenuhi kriteria update yang dikehendaki. dan kelajuan angin boss ditingkatkan kepada 250km/j apabila masuk kitab metadata dan nasib tak baik member aku ni g publish metadata yang aku semak. padahal aku dah semak betul2 together with subject matter division, tapi boss mendakwa masih tak lengkap. siap dia ketuk2 white board tu. masaelahnya aku ni officer kecik jer, camna aku nak pertikaikan apa pengarah division lain dah putuskan...huhuhu...pastu laptop buat lawak pagi pulak, haritu anta p servise, PTM tu tak install balik pdf, dah aku nyer data2 tak boleh baca. nak kena kuar masuk ambik format lain pulak....hangin betul aku... (ni bukan kerja aku sebenarnya...stress betul buat kan kerja orang ni)....

angin bertiup dengan lebih kencang lagi bila member aku yang jadi seketariat meeting pagi ni, tak order refreshment (yang ni aku pun geram....orang datang pepagi mana sempat breakfast....huhuhuhu...blh plak tak order refreshment....pastu bla...bla...bla...bila sampai turn aku present projek, nasib baik angin kembali bertiup sepoi2 bahasa jepun....n he seems agree with my update, aku pun mengambil peluang keemasan dengan bertanyakan opinion dia berdasarkan pengalaman boss aku masa p KNSO baru2 ni...boss aku seorang yang suka share his knowledge (aku slalu curik buku dia, buat harta 2 3 bulan baru return)...so boss dengan penuh bersemangat berkongsi ilmu dia, hambik ko sampai pukul 1 tgh hari...

hwaaaa....nangis beb...dari pukul 8pagi sampai pukul 1 tgh hari tu...tak tau la kalau itu boleh dipanggil meeting...aku dah rasa macam attend kuliah statistic + kuliah database jer....

adus...n tgh hari aku tak sempat lunch sebab aku ada beberapa projek lagi yang ad hoc yang memerlukan aku duduk bermenung barang seketika bagi mencari penyelesaiannya.... huhuhuhu...missed my lunch... petang terkeja2 siapkan segala mak nenek report...sampai pukul 5, member aku anto emel "ajak makan SR"...katanya ada promotion.... apa lagi....aku mengambil peluang ini untuk p makan coklat kek kat SR berhampiran tasik berdekatan masjid.... Tapi hampeh sungguh tempat tu close at 9pm.....buzzz awal bangat tutupnya....
kiteorang yang brutal ni redah jugak nak masuk.....hahahahaha.....dapat pun....

then.....aku baru balik ni....nak zzzzzzzzzz....esok kerja....

huhuhuhu...
mudah2 an 3 projek yang sedang aku handle sekarang berjaya berjalan dengan lancar terutamanya my database....

-nihas (feel sleepy.....)

Kuantiti vektor


Kerja Islam mempunyai magnitud dan arah seperti kuantiti vektor dalam subjek matematik. Tanpa berkerjasama antara satu sama lain, tanpa perancangan yang teliti dan tidak faham akan matlamat mereka, maka ia tidak akan menghasilkan apa-apa, walaupun terlalu banyak tenaga yang dicurahkan.

Jika kita masih mencari kesalahan orang lain, tidak menghargai dan menghiraukan sumbangan-sumbangan positif dan memperkecilkan pencapaian orang lain, kita tidak akan ke mana-mana. Kita mesti tinggalkan perasaan dan sikap bahawa kitalah yang selalunya betul dan yang lain selalunya salah.

Kita mesti kenal semua pekerja dalam lapangan Islam dan mencuba untuk selaraskan usaha-usaha kita.Dalam usaha penyelarasan ini pasti akan berlaku perbezaan pendapat. Sepatutnya perbezaan pendapat dianggap sebagai satu rahmat, akan tetapi yang selalu terjadi adalah sebaliknya. Kita hilang sifat toleransi. Semangat ukhuwwah menjadi kebencian. Perbezaan pendapat akhirnya membawa kepada perbezaan isi hati. Lalu bibit-bibit perpecahan pun mulai timbul. Mengapa sampai boleh jadi begini?Yang menghairankan, mengapa pula pandangan baru seringkali dipandang sebagai ancaman yang boleh merosakkan sesebuah gerakan? Kita memiliki produk yang bagus, tetapi jurujualnya tidak bagus. Kita masih menampilkan strategi pemasaran yang sama. Lalu bagaimana kita mahu membuat perubahan yang ketara dalam masyarakat?

Kita hari ini tidak cekap dalam mentafsirkan dan mengadaptasi ilmu yang kita perolehi, pelajari sama ada secara formal mahupun informal dalam konteks kehidupan yang sebenar. Kita kerap kali menjadikan perkara-perkara remeh sebagai perkara yang perlu diperbesar-besarkan.


-nihas






saat riang ria

hmmm gambar dirakamkan semasa 7 malam terakhir ramadhan 1428H, masa hari jadi adik yg ke-16. aku tak main sangat bunga api ni apatah lagi mercun...tapi seperti biasa, SKT aku adalah sebagai photographer....tak la cantik sangat gambarnya sebab tak guna SLR, ni kalau der SLR nescaya blh masuk pertandingan ni....






ada ala-ala pelancaran soyuz tak? hihihihi....nasib baik tak kena bumbung rumah.



ni satu lagi siri ala-ala nak bakar tiang rumah...


rakan sekutu 1

rakan sekutu 2

ni la master mind nyer..merangkap supplier...siap pakai helmet ni....safety first.....hihihihi...
ada 2 + 1 lagi rakan sekutu yang identitinya tidak dapat didedahkan.....hihihihi...rindunya saat main bunga api together with my beloved sisters and brothers and nephew.
sekarang my camera dah rosak flashnya...huhuhu...hanya boleh ambil gambar waktu siang dan luar bangunan...sedih sungguh. hmm nak hantar baiki tak berbaloi, so tgh membuat savings supaya boleh beli new digital SLR...huhuhu...koman-koman (piyor loghat peghak) mau dekat 3ribu ni...huhuhu....
-nihas (rasa nk mintak hantaran kawin ku sebijik digi slr, lengkap dengan lens + tripod)....





Sunday, April 12, 2009

inspire from my sis and doc hafiz, i took dis test so called istlah loghat perak yang anda faham...

results shown as below:

anda mmg perak piyor!
anda mempunyai pengetahuan luas dengan istilah2 yang digunakan diperak, anda mmg berasal dr perak kerana anda familiar dgn istilah2 yg sukar ini...dengan ini anda layak utk berkahwin dgn og paris, lambore dan kwsn2 yg sewaktu dgnnya!

mantap...tinggi peluang nak kawin orang perak ni....

hahahaha...korang mesti taktau nohin tu apa kan....
dreba plantin paling aku tak tahan.....

hahahaha......hachum...

-nihas

percaya dan yakin

salam...
setiap hari yang dilalui betul2 seumpama putaran roda. adakalanya kita gembira, ada kalanya kita berduka, adakalanya kita begitu aggresif, aktif and full of ideas and adakalanya kita a bit blur tak tahu nak buat apa. hari ini kita memberi nasihat kepada orang, kita membantu kawan2 me reload darjah motivasi mereka, esok lusa saat kita memerlukan teman berbicara, Insya Allah, Allah hadirkan teman untuk kita teman berkongsi suka duka.

Ramai dikalangan kita yakin PERCAYA KEPADA ALLAH, tapi dalam salah satu kelas yang aku hadiri baru2 ini, ustaz ada menyebut, tepuk dada tanyalah iman... kita kata kita percaya kepada Allah, tapi kita benar2 YAKIN KEPADA ALLAH x? sebabnya, kalau kita benar2 YAKIN KEPADA ALLAH, nesacaya kita tak berani nak langgar perintah Allah. kalau kita YAKIN KEPADA ALLAH, pasti kita yakin syurga neraka, dosa pahala itu benar sebagaimana janji Nya. dan kalau kita benar-benar ter buat salah/ dosa, hatta dosa kecil sekalipun, pasti perasaan bersalah sangat2 menyelubungi kita, lantas tanpa berlengah kita memohon ampun kepada Nya. tapi hakikatnya hari ini, adakah kita begitu?

kita tahu mengata orang tu salah, berdosa, tapi asal rasa tak puas hati je, mula la mengumpat, menyumpah seranah ataupun berkata-kata tentang perkara yang tidak baik tentang orang itu...

kita tahu tulis blog waktu kerja tu salah, tapi nak juga tulis blog time kerja...

kita tahu berdosa melengah-lengahkan waktu solat, tapi kita tetap utamakan kerja yang tiada berkesudahan...

in brief, sebenarnya banyak la yang kita tahu tak betul, tak baik, tapi kita terbuat tapi suka la buat-buat rasa tak bersalah dan terlupa nak mohon ampun kepada Allah.

Kadang2 bila kita runsing, kita lupa nak hadirkan rasa bersyukur kepada Allah atas jutaan limpahan rahmatNya kepada kita....
kita sering berasa susah hati bila kita berdoa mohon sesuatu tapi Allah tak kurnia seperti mana yang kita hajati...cuba kita perhalusi, muhasabah diri, sesungguhnya pemberian Allah itu adalah sebaik-baik kurniaan Nya....
Allah beri apa yang kita perlukan dan bukan semata-mata apa yang kita mahukan...
Kita merancang dan Allah juga punya perancangan dan sesungguhnya perancangan dan ketentuan Allah itu adalah sebaik-baik ketentuan....

Kita mohon kepada Allah diberikan kita kekuatan, dan Allah beri kita ujian/rasa susah supaya kita jadi lebih kuat dan tabah....

Aku tertarik dengan poem below, get it from somewhere (thanx to the person who gave me this)

I asked for STRENGTH...and ALLAH gave me DIFFICULTIES to make me strong
I asked for WISDOM...and ALLAH gave me PROBLEMS to solve
I asked for COURAGE...and ALLAH gave me OBSTACLES to overcome
I asked for LOVE...and ALLAH gave me TROUBLED PEOPLE to help
I asked for FAVORS...and ALLAH gave me OPPORTUNITIES

put your trust on Allah....tiada apa yang mustahil bagi Nya. Apa yang penting kita kena yakin kepada Nya...

kalau kadang2 rasa susah, runsing, cuba duduk diam-diam dan hitung balik ni'mat2 yang Allah bagi pada kita vs dengan darjah kesyukuran kita kepada Nya...rasa2nya malu nak minta apa2 lagi selain daripada minta ampun (taubat)....
wallahualam....

Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu syukurku...adalah milik Mu

-aku yang tgh ting tong...

Tuesday, April 7, 2009

Sibuk atau menyibuk?

Salam..
Rasanya dah lama tak tulis apa2 yang bermanfaat dalam blog ni. Sibuk sungguh rasanya... (tak pasti la sibuk ke, menyibuk ke, atau kelam kabut jer lebih yang sebenarnya).
baru lepas pindah rumah... di tambah dengan kerja yang agak banyak dan ad hoc, menyebabkan jadual makan dah lari sehingga jatuh sakit. tak apa sakit itu penghapus dosa, Insya Allah.

Sekadar renungan dan untuk dikongsikan bersama:

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara
bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,
kerana orang tua yang baikadalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua,
yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K :-

1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

-nihas

Monday, April 6, 2009

In brief

creative lagi inovative betul siapa yang create ni.

H.O.L.L.A.N.D Hope Our Love Lasts And Never Dies.
I.T.A.L.Y. I Trust And Love You.
L.I.B.Y.A. Love Is Beautiful; You Also.
F.R.A.N.C.E. Friendships Remain And Never Can End.
C.H.I.N.A. Come Here..... I Need Affection.
B.U.R.M.A. Between Us, Remember Me Always.
N.E.P.A.L. Never Ever Part As Lovers.
I.N.D.I.A. I Nearly Died In Adoration.
K.E.N.Y.A Keep Everything Nice, Yet Arousing.
C.A.N.A.D.A. Cute And Naughty Action that developed into attraction
K.O.R.E.A. Keep Optimistic Regardless of Every adversity.
E.G.Y.P.T. & nbsp; Everything's Great, You Pretty Thing!
M.A.N.I.L.A. May All Nights Inspire Love Always.
P.E.R.U. Phorget (Forget) Everyone... Remember Us.
T.H.A.I.L.A.N.D. Totally Happy. Always In Love And Never Dull.