Monday, May 30, 2011

Kerana cinta bahagia

Jika ditanya tentang cinta
Macam-macamlah jawapannya
Ada cinta yang bawa ceria
Ada cinta yang sanggup merana

Sanggup berkorban apa saja
Hilang kawan hilang keluarga
Lebih baik cinta pada yang Esa

Hidup ini penuh pancaroba
Kiri kanan masalah saja
Janganlah derita kerna cinta
Kerna cinta bahagia

Kalau benar cinta itu buta
Siapakah jadi mangsanya
Kalau cinta itu cinta setia
Nangis ketawa sama hahaha

Kalau kita boleh beli cinta
Berapa pula harganya
Alangkah indah kita dicinta
Kerana hidup kita lebih bahagia
 (*_*)

Friday, May 27, 2011

Khalifah Umar Abdul Aziz (samb. Part 2)



Sambungan kisah Khalifah Umar Abdul Aziz




1. Sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah, beliau pulang ke rumahnya dengan wajah cemas dan menemui isterinya lantas berkata: " Aku kini seperti memikul gunung. Segala beban umat sudah tertanggung ke atas aku. Aku sudah tiada masa lagi untuk bersama denganmu. Sekiranya kamu tidak sanggup demikian, nyatakanlah agar aku melepaskanmu secara baik. Andainya engkau ingin terus bersamaku, maka engkau adalah sebahagian dari diriku yang turut memikul beban umat."

Menurut pengakuan isteri beliau, semenjak hari itu hingga wafatnya, tidak pernah tidur bersama dengannya.

2. Khadam (pembantu) kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz merasa hairan kerana di malam hari titisan air mata khalifah itu sering jatuh menimpanya yang tidur di pangkin bawah.

Apabila khadam itu bertanya kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz beliau menjawab, "Amanah Allah SWT yang dikurniakan kepada diriku seperti anggota tubuh, anak isteri dan sedikit harta benda. Aku cemas kalau-kalau aku tidak dapat menjawabnya di hadapan Allah SWT. Betapalah kini aku sedang memikul beban dan tanggungjawab umat Muhammad, seluruh urusan umat ini Allah SWT akan tanya kepada aku satu persatu, bolehkah aku melelapkan mata, lantaran aku menanggung segala beban umat ini."

3. Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz setiap minggu akan duduk berkumpul bersama para ulama untuk mendengar nasihat dan tarbiyah terutamanya dari kalangan ulama sufi. Kerana ulama sufi sering sahaja bercerita mengenai kehidupan akhirat. Di sini juga memperlihatkan betapa di zaman beliau para ulama sangat jujur dan berperanan mendidik masyarakat termasuk kepada pemimpin.

Suatu hari seorang ulama sufi bercerita mengenai nasib tiap-tiap khalifah sebelumnya yang diperolehi melalui mimpi. Kata ulama tersebut: "Aku melihat dalam mimpi betapa Khalifah Abu Bakar melalui Siratal Mustaqim dan beliau melepasinya. Begitu juga aku melihat giliran Khalifah Umar r.a melalui Siratal Mustaqim dan beliau melepasinya dengan selamat. Diikuti pula oleh Khalifah Uthman dan beliau juga selamat. Khalifah Ali r.a juga aku lihat selamat melepasi Siratal Mustaqim."
Sambungnya lagi: "Selepas itu aku lihat tiba pula giliran tuan untuk melalui Siratal Mustaqim..."
Tiba-tiba saja Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz berkata, "Aku bagaimana yang engkau lihat?"

Ulama sufi itu dengan tenang bercerita, "Aku lihat tuan..."

Belum habis ulama sufi itu bercerita, tiba-tiba Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz menjerit, "Allahu Akbar" lalu beliau jatuh pengsan.

Beberapa ketika selepas itu beliau kembali membuka matanya dan bertanya, " Terus ceritakan apa yang kamu lihat mengenai aku."

Ulama sufi itu mengulangi lagi cerita mimpinya, "Apabila sampai giliran tuan, aku lihat..."

Sekali lagi Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz jatuh pengsan.

Setelah beliau kembali membuka mata dan bertanya mengenai nasib dirinya ketika melalui Siratal Mustaqim, ulama sufi itu tidak mengulangi ceritanya seperti sebelum ini. Sebaliknya ulama sufi itu menjawab dengan ringkas sahaja, "Tuan selamat."

Hari ini

Assalamualaikum....

Sebuah ingatan...

Hari ini semasa sedang siapkan laporan, dalam hati dan minda bermain-main pemikiran... macam mana nak berenti kerja ne...memang hampir putus asa kerja kat sini... dalam hati bertalu-talu diasak dengan kekesalan kenapa ...kenapa.... dan kenapa...
kenapa tak belajar rajin2...
kenapa tak pergi jadi cikgu walaupun dah dapat peluang tu...
kenapa pilih kerja ne...
banyak lah lagi kenapa...

bila dikenang-kenang... ish.... macam tak bersyukur pulak... walhal Allah dah bagi nikmat yang banyak...
Mungkin juga rasa hati yang tidak tenang dan keserabutan dalam kerja ini lantaran aku yang tidak ikhlas... lantaran kerja/ rezki yang kurang berkat? wallahualam... tak pasti dimana silapnya...

huhuhu... so sudden teringat kisah zaman belajar... macam sangat sweet...
rindunya suasana di kolej, suasana di universiti... dan tiba2 teringat akan seorang senpai di kolej yang juga merupakan seorang senpai di fakulti... perh siap ingat nama penuh senpai tu lagi...  sangat suka tengok muka akak tu sebab walaupun dia tidak dikategori cantik tahap kau boleh toleh 18 kali bila selisih dengan dia, tapi raut wajahnya mendamaikan mata yang memandang... paling tak boleh lupa, akak ne sangat aktif dengan aktiviti kolej dan dia juga seorang yang pandai...sangat...sangat...sangat pandai...
boleh tak kiteorang tengah ada aktiviti kat kolej yang memang banyak (suatu ketika dahulu) tiba-tiba aku nampak kelibat akak ne,  she is carrying calculus book.
hahaha... macam sangat comel... di tengah kesibukan beraktiviti, akak tu boleh selitkan menjawab soalan-soalan kalkulus... akak tu pernah jadi pengerusi JKM juga rasanya... memang kagum lah... boleh usung dan buat latihan kalkulus time aktiviti... haku??? duduk mengadap dengan penuh fokus pun belum tentu berjaya jawab...  itulah salah seorang senpai yang aku kagumi - kak rahifa binti ranom.  tadi aku google nama dia... hehehe... as expected she is a lecturer... dan sekarang sedang study leave... hmmm tak apalah ada peluang harap dapat jumpa orang yang hebat ini lagi...

secebis kenangan

p/s: Hari ini sedey sebab telah termarah dan terkutuk seseorang tanpa mengusul periksa dia salah atau tidak...

Thursday, May 26, 2011

All Of Us

Kita semua terlalu penting tetapi tidak
    Ramai dari kita yang faham kepentingan itu...

Ramai juga yang tahu akan statistik itu tetapi
    lebih tidak ramai yang tidak faham mengenainya...

Kita semua bekerja tetapi tidak ramai
    yang faham hakikat pekerjaan itu

Yang faham dan mengerti adalah mereka
    yang dekat dengan tuhannya

Thursday, May 19, 2011

The Best in Me the Best in You

Jadilah manusia yang tahu bersyukur dan berterima kasih.
Bersyukur kepada Allah SWT atas sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Nya,
yang menjadikan kita sebaik-baik kejadian dengan segala nikmat dan kurnia.
Harus juga jadi insan yang tahu berterima kasih,
buat insan-insan disekeliling kita...
terima kasih ibu
terima kasih ayah
terima kasih atok dan opah
terima kasih adik beradik
terima kasih guru-guru...
Pengorbanan dan kasih sayang mereka,
membolehkan kita (aku) hidup bahagia, senang dan selesa...
terima kasih rakan, teman dan sahabat,
yang menemani dan mewarnai kehidupan kita
serta dewasa bersama.

Semoga diri ini menjadi hamba Nya yang bersyukur, berterima kasih,
dan membalas budi dengan hidup baik-baik disamping memanjangkan kebaikan
dengan penuh kasih sayang
dan keihklasan...
Mudah-mudahan ada insan lain yang dapat merasai nikmat ini jua...
...Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah
atas segala nikmat yang Engkau anugerahkan,
Jadikan aku tergolong dalam golongan hamba Mu yang mensyukuri nikmat Mu...
Terima kasih Ya Rasul Allah
atas petunjuk dan panduan yang engkau pimpinkan kami,
Sejahteralah ke atas mu wahai kekasih Allah...


Keutamaan Sifat Qana'ah


Kita sering dihadapkan
Dengan pelbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga Amat Menakutkan
Menghadapi Masa Depan
Seolah-olah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus...

Kalau tak dapat yang kita suka
Belajar lah untuk suka apa yang kita dapat...




Assalamualaikum wbt...
Kongsi satu pengisian yang dihantar oleh seorang senpai pagi ini...

Keutamaan Sifat Qana’ah
Penulis: Ustaz Abdullah Taslim
Artikel : muslim

Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Sungguh sangat beruntung seorang yang masuk Islam, kemudian mendapatkan rezeki yang secukupnya dan Allah menganugrahkan kepadanya sifat qana’ah (merasa cukup dan puas) dengan rezeki yang Allah berikan kepadanya”[1].

Hadits yang mulia menunjukkan besarnya keutamaan seorang muslim yang memiliki sifat qanaa’ah[2], kerana dengan itu semua dia akan meraih kebaikan dan keutamaan di dunia dan akhirat, meskipun harta yang dimilikinya sedikit[3].

Beberapa faedah penting yang terkandung dalam hadits ini:

- Erti qanaa’ah adalah merasa ridha dan cukup dengan pembagian rezeki yang Allah Ta’ala berikan[4].

- Sifat qana’ah adalah salah satu ciri yang menunjukkan kesempurnaan iman, kerana sifat ini menunjukkan keridhaan orang yang memilikinya terhadap segala ketentuan dan takdir Allah, termasuk dalam hal pembagian rezeki. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Akan merasakan kemanisan (kesempurnaan) iman, orang yang redha kepada Allah Ta’ala sebagai Rabb-nya dan islam sebagai agamanya serta (nabi) Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai rasulnya”[5].

Erti “ridha kepada Allah sebagai Rabb” adalah ridha kepada segala perintah dan larangan-Nya, kepada ketentuan dan pilihan-Nya, serta kepada apa yang diberikan dan yang tidak diberikan-Nya[6].

- Yang dimaksud dengan rezeki dalam hadits ini adalah rezeki yang diperolehi dengan usaha yang halal, kerana itulah yang dipuji dalam Islam[7].

- Erti sabda beliau: “…yang secukupnya” adalah yang sekedar memenuhi keperluan, serta tidak lebih dan tidak kurang[8], inilah kadar rezeki yang diminta oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Allah untuk keluarga beliau , sebagaimana dalam doa beliau: “Ya Allah, jadikanlah rezeki (yang Engkau limpahkan untuk) keluarga (Nabi) Muhammad (shallallahu ‘alaihi wa sallam) Quutan“[9]. Ertinya: yang sekadar dapat memenuhi keperluan hidup/seadanya[10].

- Rasululah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya kemewahan dunia (harta), akan tetapi kekayaan (yang hakiki) adalah kekayaan (kecukupan) dalam jiwa (hati)”[11].

- Dalam hadits lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “…Redhahlah (terimalah) pembahagian yang Allah tetapkan bagimu maka kamu akan menjadi orang yang paling kaya (merasa kecukupan)”[12].

(nota: thanx cik syahron for sharing this info)

Wednesday, May 11, 2011

BuAt dAku teRseNyuM

Assalamualaikum wbt...
 Minggu lepas aku menghadiri Kursus ToT. Di akhir kursus, semua peserta perlu membuat pembentangan sebagai assessment bagi kursus tersebut. Sebenarnya daripada hari pertama aku dah set dalam fikiran untuk memilih tajuk SENYUM, kerana aku sangat suka art senyum yang dihasilkan oleh NAYZAK yang ini.



Nak jugak letak gambar yang manis ini... Juga aku teringat betapa susah rupanya manusia ne nak tersenyum sehingga pihak MAMPU terpaksa keluarkan pekeliling menyuruh kami semua senyum. siap hantar lagu Malique yang bertajuk senyum tu lagi... hehehe... CoMeL.

Aku ne tak pandai sangat bercakap. Jadi aku buat aktiviti nyanyian semasa ToT tersebut. Sebenarnya nak sampai mesej dari lirik lagu tersebut... Jenuh juga lah sahabat kesayangan aku (credit to Ani), yang teruk dikerjakan oleh aku untuk meng edit dan memotong lagu...
hmmm juga kongsi kisah tentang senyum yang aku dapat daripada NAYZAK,
i. unborn baby smile di link BBC, dan
ii. blog ne; Islam&Psychology




Sebagai tanda penghargaan kepada sahabat yang dikasihi, aku kongsikan sebahagian slide presentation tempoh hari...











See Me For Who I Am



COPY DARI NAYZAK

Open your eyes
Open your mind
Open your heart
See me for who I am

Stop gawking at my modesty
Stop staring at my clothes
Stop criticising my way of life
Believe me…
I’m happy with what I’ve chosen

Open your eyes
Open your mind
Open your heart
See me for who I am

Listen to me, hear how I speak
My lowered voice, my respectful tone
Hear my honest words ring true
Please listen…
Hear me speak the truth

Open your eyes
Open your mind
Open your heart
See me for who I am

Watching me as I walk down the street
See my lowered gaze
See my self-respect, my virtues
Please see…
My confidence in life grow

Open your eyes
Open your mind
Open your heart
See me for who I am

Can’t you see my innocence?
My simple want to live in peace
Can’t you see I don’t want a fight?
Please believe me…
When I say: “I’m happy!”

Open your eyes
Open your mind
Open your heart
See me for who I am

Please all who are listening
To this poem from the heart
Stop this foolish charade
I’m begging you…
Please see us for who we are

Open your eyes
Open your mind
Open your heart
See me for who I am

A little girl, a grown woman
The elderly lady down the street
We are all happy with our life choices
So please…
Leave us in peace

Tuesday, May 10, 2011

Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasulullah

Assalamualaikum wbt...
Waaahhhh... tak dapat tahan diri nak update blog juga... Ne semua Aizam punya pasal...
Hoccay, CikNa - kawanku yang manis dah tawaf bangunan edar kad kawin, pastu tadi afta meeting seorang lagi rakanku namanya sama dengan aku, singgah kat cubical dan menghulurkan kad jemputannya pula... Alhamdulillah... Tahniah buat rakan-rakan yang dikasihi. Moga rumah tangga yang dibina dalam redha Allah selalu...

Pastu dalam kepala aku yang memang sakit dari pagi tadi ditambah dengan bebanan kerja yang menimbun, datanglah pokcik Aizam dengan senyum lebarnya... Aku ingat dia nak bergosip pasal mesyuarat tadi... ha baru nampak dia senyum, dari pagi muka macam nak telan orang... hahaha... dah habis meeting baru boleh senyum... hah aku bukan nak cerita tentang kisah si aizam ne senyum... aku nak kisahkan diaolog senyum si aizam ne.... (hampeh punye member)...

Dialog Aizam...
“ada 3 huda dalam HQ ne, 1 dah nak beranak, 1 dah nak kawin, yang sorang ne, apa kes tak kawin2 ne…. huhuhu… kakak kembar pun dah nak bersalin (merujuk kepada geng aku yang mukanya dikatakan sama dengan aku), kawan segosip pun dah hulur kad (merujuk kepada cik na pulak)…..”

Hehehe... gelak jer lah... nak buat apa lagi... yer dak... hehehe...
Stress ke? Rasa macam tak... Single pun best juga (*_*).

Bagi aku... macam yang di entri kan semalam, Put your trust on Allah… Kena selalu bersangka baik pada Allah…Kena pegang betul2 janji Allah sebab Allah tak pernah mungkir janji… Orang yang paling kita sayang pun sayang nya boleh berubah… tapi kasih sayang Allah tak berubah… Selangkah kita menghampiri Allah, seribu langkah Allah lebih dekat dengan kita… (ada hadis ne, nanti aku cari quote by whom, Insya Allah)…

Dan Janji Allah SWT. ; dalam surah an-nur ayat 26; “Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. Jadi bagi aku, bila lambat kawin, ini satu peluang Allah bagi supaya kita JADI BAIK…. Supaya kita dapat PASANGAN YANG BAIK juga… Allah bagi kita peluang untuk tambah ilmu… sebb bila dah kawin nanti, tanggung jawab sangat berat… pada suami, pada anak, pada keluarga… Tanggungjawab bukan sekadar sediakan makan minum, tapi sediakan ilmu, guide them to the right path… Tak payah pergi jauh, kalau ada anak perempuan, bila dah akil baligh, mereka ada masalah tentang haid yang mungkin melibatkan istahadah, fasad dan sebagainya, pasti melibatkan isu solat dan puasa juga…. Kalau anak tu tanya tentang persoalan solat dan puasa , are we ready to answer? Sedangkan solat itu tiang agama… Jadi to me, ini adalah PELUANG yang Allah bagi untuk kita jadi lebih baik dan berilmu…
Sibuk2 sangat nak cari cinta manusia tapi tak nak cari cinta Allah dan Rasul... sedangkan Rasulullah dah maklumkan, pada hari akhirat esok kita akan berada bersama orang yang kita cintai... Kalau kita cinta Allah dan Rasul, insya Allah kita boleh berada hampir dengan Allah dan Rasul.... Aku teringat kisah ne...
Ada seorang lelaki datang jumpa Rasulullah, lalu bertanya kepada Rasulullah SAW,
"When will the last Hour come, Oh Messenger of Allah?"
Lalu Rasulullah saw memberi respon: "What have you prepared for it?"
Lalu jawab orang yang bertanya itu: "I have not prepared a lot of prayer nor fasting nor charity for it, but I love Allah and His Messenger".
Kemudian Rasulullah saw menjawab, "You will be with the one you love"
(Diriwayatkan oleh Bukhari)
wallahualam...
(kalau aku salah, mohon ditegur untuk diperbetulkan...)

Dan aku teringat satu article yang pernah aku baca DISINI, tapi aku copy paste kan disini secebis tulisannya...
Tajuk artikel ne"Hook Up With Allah, and Allah will Hook You Up"
part of the article... (*_*)

Since when is our purpose in life is marriage? Where in the Qur’an does Allah ask us to change our personalities, dress style and tone down our activism in hopes of getting hitched? Nevertheless, with marriage being such a huge concern in our community, many face the temptation to change their values to find a spouse.

Here’s an idea: Instead of working to please a potential suitor, perhaps we should first seek to please Allah, the One who sows the seed of love in our hearts and can bless us with our dream husband or dream wife.
Instead of looking for marriage at every event, let’s look for marriage in our relationship with al-Wahhab, the Giver of All. Let’s be honest. We are talking about al-Mujeeb, the Responder to Prayer. Those are amongst the Names of Allah! Allah gives and He answers!
If you are an individual who struggles to lower your gaze and protect your eyes, heart, tongue and body from falling into the haram, don’t you know that Allah will indeed reward you?
Every time you glance up and see someone you wish you could be with, turn away and in that moment ask Allah to bless you with a spouse who will be the sweetness of your eyes. Would not Allah listen to and accept your supplication to Him? How could Allah possibly not accept the supplication of His adamant worshipper who is painfully struggling to maintain his or her modesty and guard his or her chastity? The Prophet SAW has encouraged us to “Ask and you will be given…” (at-Tirmithi) Allah will give you! How could He not when you are striving only for His Sake?
In those moments in the last third of the night, in those two rakahs which you make out of pure frustration of your situation, weeping, asking Allah (subhanahu wa ta’ala – exalted is He) to answer you – do you not think Allah the Rabb al-`alameen (Lord of the Worlds) will not respond to you? Allahu Akbar (God is the Greatest), this is Allah! Without doubt Allah (subhanahu wa ta’ala) is going to answer you!
The Prophet saw relates from Allah in a hadith Qudsi: “Our Lord (glorified and exalted be He) descends each night to the earth’s sky when there remains the final third of the night, and He says: ‘Who is saying a prayer to Me that I may answer it? Who is asking something of Me that I may give it him? Who is asking forgiveness of Me that I may forgive him?’” (Bukhari)
What is hooking up with a brother or sister on gchat or facebook worth in comparison to hooking up with the One who can hook you up?
As Shaykh Muhammad Faqih once said, “Hook up with Allah, Allah will hook you up!”
Let’s hook up with salah!
Hook up with the Qur’an!
Hook up with community work for Allah’s Sake!
And have certainty that when we struggle to please Allah (subhanahu wa ta’ala), Ash-Shakoor is the Most Appreciative of our work and will undoubtedly reward us.
Artikel ditulis oleh MARYAM AMIR-EBRAHIMI . Boleh baca sambungannya di link tersebut...
Wallahualam...

Sekian, secebis pandangan buat aku bermuhasabah diri... Moga Allah beri kekuatan untuk terus berada pada jalannya dalam usaha mencari Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasulullah...

Monday, May 9, 2011

Put TRust on Allah

Assalamualaikum wbt...
Pernah tak rasa seperti tak puas hati ja dengan orang lain... Mesti pernah atau mungkin seringkali ini terjadi. Hmmm... benar. bukan mudah nak rasa puas hati. Kadang-kadang memang panas hati juga dibuatnya, apabila kita bersusah payah atur dan uruskan sesuatu, orang lain dah lah tak bagi sumbangan tak kiralah dari aspek, idea, tenaga, wang ringgit hatta doa jauh lah sekali. tetapi ditambah pula dengan cakap-cakap belakang, tidak memberi sokongan (dah diuruskan semua, tinggal suruh pergi join sahaja pun ada yang banyak songeh nya)...
Bukan senang nak berlapang dada berhadapan dengan orang-orang sebegini. bukan mudah untuk bibir terus mengukir senyuman tatkala hati benar-benar dihiris tajam... Allahuakbar....
Sesungguhnya amat bersyukur dan gembira rasa hati tiap kali berhadapan dengan situasi sebegini, Allah ilhamkan untuk terus bersyukur dan hanya mengharap dan bergantung kepada Nya. Allah ilhamkan untuk ingat, "Kalau kita bantu mudahkan kerja orang, Insya Allah, Allah akan mudahkan urusan kita"...
Allahuakbar... terima kasih Ya Allah...
Pertolongan Allah lah yang lebih kita harapkan... betul tak? Allah MAha Berkuasa atas segala sesuatu...
Masih segar dalam ingatan kejadian hujung tahun lalu semasa ditugaskan disebuah pulau di utara tanah air. Kerja yang sepatutnya dibawah tanggungjawab pegawai lain telah diserahkan kepada aku dengan selamba yaya nya atas alasan pegawai tersebut BIZI. (ok mungkin dia beranggapan aku lah manusia terlapang dalam pejabat ini)...
Menerima tugas tersebut dengan seribu satu rasa yang amat terbeban, berdebar, tertekan dan pendek kata dengan perasaan yang amat negatif lah. Ditambah pulak pegawai yang perlu aku ganti itu memang tak berapa ngam dengan aku. Tak tahulah apa masalah dia yang sebenarnya sama ada personel atau atas urusan kerja, tapi dia adalah sangat susah untuk bekerjasama dengan aku. Dahlah aku kena siapkan kerja dia... lama kelamaan aku duduk dan berdiam diri, cuba untuk mencari dan mengutip saki baki motivasi diri, untuk redha dan ikhlas... Aku adalah seorang yang perlu ada rasa ikhlas dan redha untuk berbuat sesuatu, kalau tak memang sah confirm perkara tersebut gagal dengan teruknya. Jadi sebelum memulakan tugasan yang diberi, aku bermuhasabah, mencari keampunan dan keredhaan Allah. sehingga motivasi aku pulih dan hati aku lapang dan redha untuk meneruskan tugasan tersebut.
Kunci yang aku pegang: PUT TRUST ON ALLAH. Mintalah pertolongan dari Allah dengan jalan yang sabar dan mengerjakan solat. Jangan lupa berdoa. dan aku cuba ikhlaskan hati, dengan kata-kata "kalau kita bantu mudahkan kerja orang, nanti Allah bantu mudahkan urusan kita, Insya Allah".
Dan ternyata Allah memberi bantuan yang sangat-sangat diperlukan. dari segenap segala aspek. Terima kasih Ya Allah... Sesungguhnya hanya pada Mu aku bergantung harap.
Semoga aku menjadi hamba Mu yang sentiasa mensyukuri nikmat mu Ya Allah.... Ameen...
When recall back on those days, or even this morning when we woke up, Allahuakbar… to little we spent our time n life to thank Allah… We use to take for granted to a small thing(s) that we thought it was small … such as ability to go to toilet every morning... Hope, we’ll be thanking Allah (swt) from the bottom of our heart for all our blessings every time we raised our hands in du`a instead of asking Him for some worldly matter...
Jadi aku kongsikan satu artikel yang amat menyentuh hati aku pada hari jumaat yang lepas, boleh baca sepenuhnya di capaian INI.
Happy reading… semoga bermanfaat ya…
dan kongsi doa ini dipanjangkan oleh seorang teman yang (*_*)
Baca doa bermula “RABBI (pada baris kedua)…….sehingga habis ayat. Surah ke 46 Al Ahqaaf ayat ke 15:

Terjemahan: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

(Nota: jangan kedekut untuk doakan sejahtera buat semua yang disekeliling kita, ayah ibu, adik beradik, saudara mara, saudar seislam, bos-bos kita, pemimpin-pemimpin kita, jiran-jiran kita, rakan-rakan kita, semua lah muslimin dan muslimat saudara seislam kita...)

Tuesday, May 3, 2011

Turki,Syria,Mesir,Rusia, semuanya dalam 1 hari

...Masjid Suleyman, Turki...


...Istana Al-Hambra, Spain...


...Istana Al-Hambra, Spain...


... Rusia...



...Lupa lah pulak...


...Mesir...


... Afghanistan...


... Kubu Kota Aleppo, Syria...


... Brunei...



Assalamualaikum wbt...


Hmmm... dalam satu hari dapat melawat banyak negara... macam comel jugak kan... memandangkan kerja menimbun... memang lambat lah lagi dapat update detailsnya...jadi update gambar sahajalah....