Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah... walaupun minggu ini dinamakan minggu kena marah... tapi yang penting aku tak rasa nak marah sangat (ada sikit jer rasa nk flying kick seseorang; dan esok sampai hujung minggu ne, seseorang itu tak ada... yeayyyy) tapi sebenarnya rasa nak flying kick itu telah pupus bila terkenangkan, siapa yang tak buat salah... yer dak... memaafkan itu lebih dekat dengan takwa... Adakalanya kita juga perlukan kemaafan dari orang lain... dan sesungguhnya Pencipta kita itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang... Kalau Yang Maha Berkuasa pun bersifat Pengampun, siapalah kita yang kerdil ne nak marah-marah dan menyimpan dendam pada orang lain. Betul tak? Kadang-kadang tanpa kita sedari, KITA lah punca kenapa orang lain naik angin dan nak marah. Jadi marilah kita sama-sama bermuhasabah memperbaiki kelemahan diri, dan bermujahadah untuk menjadi hamba Nya yang lebih baik dari hari ke hari dan mudah-mudahan kita beristiqamah... Insya Allah...
Tuh dia, panjang nya ayat. Agak-agak boleh baca senafas tak? Hehehe... ne kalau pengerusi PPJPM baca mesti dia akan cakap “kamu ne huda... selalu buat ayat panjang-panjang... tak cukup nafas saya nak baca”.... hehehe... hmm apa tah jadi dengan bulletin ya...lama dah tak dengar khabar berita...hehehe.
Hmmm... aku suka menulis, dan masa menyiapkan laporan prestasi yang lalu, baru aku perasan, semua persatuan/kelab yang aku anggotai, aku join team bulletin – ppjpm, puspanita, perkisa ... hehehe... erm dan baru-baru ne, aku dipertanggungjawabkan menulis artikel muka depan ppjpm untuk dua keluaran. Alah, jangan perasan lah pulak cik huda.... anda kena menulis sebab kebetulannya anda terlibat, dan orang lain sibuk masa tu... itu jer sebabnya... hehehehe...
Tak apalah... hakikatnya aku memang suka menulis... (agaknya)...hehehe... mungkin ini penangan semasa zaman persekolahan dahulu bermula dari darjah lima, cikgu BM (kalau tak silap namanya Cikgu Rodzidan) suka bagi dua karangan yang perlu disiapkan setiap hari...sekali lagi diulang: 2KARANGAN SEHARI... SETIAP HARI... Mula-mulanya menyampah dan menyumpah juga... tapi cikgu tu garang. Jadi kenalah juga buat. Mula-mula cincai saja menulis, lepastu buat alasan tak ada idea, jadi setiap malam sambil tersengguk-sengguk siapkan kerja sekolah yang wajib iaitu matematik dan karangan, bila aku masuk tidur, nanti abah akan semak karangan dan matematik. Matematik biasanya memang tiada masalah, tapi karangan tu, Ya Ampun, memang macam hampeh... Maka abah pun betulkan mana-mana yang patut, betulkan ayat, bagi idea atau isi yang lebih baik. Lepas tu kelam kabut lah bangun lepas subuh tu aku betulkan balik karangan tu... Bila difikir-fikirkan balik sekarang, hmmm kenapa ya aku betulkan karangan tu? Sebenarnya kalau tak betulkan pun tak apa... hantar sahajalah kerja yang cincai tu... hehehe... tapi mungkin sebab sendiri dah rasa karangan tu macam hampeh, dan rasa malu nak hantar kepada cikgu, maka aku pun betulkan. Dan rasa ayat yang abah dah modify tu macam best, rugi pulak kalau tak digunakan... hehehe... Rutin itu berlaku sehinggalah aku sekolah menengah. Erm maksudnya rutin abah semak karangan setiap kali aku ada kerja rumah karangan dan aku akan betulkan pagi-pagi sebelum ke sekolah. Tapi semasa di sekolah menengah tak adalah cikgu BM bagi karangan dua tajuk setiap hari... hehehe... tapi oh ya...
Sebelum tu, nak bagitahu, penulisan aku improve dari semasa ke semasa... dan cikgu rodzidan pernah bacakan karangan aku dalam kelas kakak-kakak dan abang-abang darjah enam sebagai karangan contoh... hahaha... cikgu kata budak darjah lima boleh tulis karangan lebih baik daripada budak darjah enam... hahaha... macam mana aku tau? Sebab cikgu baca karangan tu dalam kelas kakak aku.... hahahaha... (sambil taip ne aku pun dah senyum sampai ke telinga... sebab terkenangkan betapa lucunya insiden tu) kisahnya semasa balik sekolah, abah yang jemput macam biasa, dan dalam kereta rasanya, along bukak cerita
“
hari ini cikgu baca karangan angah dalam kelas along... cikgu puji tinggi melangit... along tahan gelak jer, sebenarnya angah copy intro karangan tu daripada surat khabar... lepastu abah yang semak bagi tambah baik...”
hahahaha... memanglah betul aku salin mukadimah karangan tu daripada surat khabar, tapi aku tak pulak rasa benda tu salah, sebab dah aku rajin baca surat khabar, maka kebetulan tajuk karangan tu ada kena-mengena dengan berita dalam surat khabar, apa lagi, aku pun salin lah... hahahaha... tengok, darjah lima pun dah rajin membaca surat khabar... budak-budak sekarang ntah apa-apa jer yang dibaca mereka. Yang dah pasti mereka dok kelek lah handphone ke hulu ke hilir. Handphone dah tentunya jauh lebih canggih dari handphone buruk aku tu... lepastu download yang bukan-bukan... ishishish... zaman dah berubah, dunia dah maju, tapi kemajuan yang menakutkan.
Walau apapun terima kasih abah sebab bagi anak abah ne dah jadi pandai menulis dan pandai matematik... abahlah guru kami yang sebenar... cikgu kat sekolah tu sampingan jer. Tapi tetap TERIMA KASIH GURU ku yang memaksa buat karangan yang banyak setiap hari... Terima kasih juga pada guru matematik semasa darjah 6 – Cikgu Yu Tiong Seng (kalau aku tak silap lah namanya)... Ya Allah... sangat mulia guruku ini. Beliau tidak racist... beliau nak semua pelajarnya pandai matematik... setiap kali selepas peperiksaan, cikgu Yu akan belanja semua pelajar yang dapat A; nasi lemak..(sapa dapat B, melongo sajalah tengok kami tayang dapat nasi lemak sedap)heheheh. nasi lemak tu sangat sedap... walaupun kami ne hanyalah budak2 sekolah rendah, baru berumur 12 tahun, bukan ambil peduli pun nak Tanya halal haram, tapi cikgu yu sangat sensitive dengan sensitivity orang melayu dan islam, maka cikgu Yu awal-awal dah bagitahu yang beliau beli/ order nasi lemak tu dari peniaga nasi lemak – orang melayu/islam... terima kasih cikgu... i miss you a lot... really miss you cikgu... (alamak, dah masuk mode sedih)....huhuhu...
Ne sebenarnya apa kes masuk kisah zaman sekolah ne... hehehe... sebenarnya aku nak buat kerja office, ne sambil merehatkan badan setelah penat memasak, tiba-tiba rasa nak menulis... makanya, menulislah aku dengan kisah-kisah yang terbit secara spontan... sebenarnya aku nak goreng nuggets untuk students yang datang belajar kat rumah malam ne, tapi tadi masa tengah basuh pinggan, tiba2 badan rasa sakit dan tak mampu nak berdiri langsung. Itu yang cepat-cepat basuh tangan dan masuk bilik... Mujurlah semasa aku sediakan makan malam tadi aku dah buatkan air untuk budak2 tu... Kalau tak, kesian mereka... sorrylah adik2... malam ne tak ada supper, akak dah nak pengsan... aku bagi diaorang coklat – yang orang itu belikan, teh o strawberry panas (thanx to Ijan for the TEH) dan buatkan air hijau (ne si farez lah ne, masuk-masuk rumah nampak air yang adik aku minum... pastu apa lagi, bisinglah mulut dia mengomel... “
eeee cikgu minum air hijau.... air apa tu cikgu? Air minum ke water color”.... hahaha.... aku yang tengah makan kat dapur, punyalah tutup mulut tahan nak gelak... farez...farez.... banyak main budak bertuah tu...
maka sebelum aku masuk bilik, aku tanyalah, “
korang nak air apa?” selama hari ini tak pernah pun aku Tanya, aku buatkan jer air panas, sebab tak elok bagi budak2 minum air sejuk malam2... tapi tadi sebab dah dengar si farez tegur pasal air hijau, aku pun tanyalah diaorang nak air apa... hehehe... farez tak ada, dia ke tandas (tu pun rutin dia jugak tiap-tiap kali datang belajar)... so si along lah yang tolong jawab... “
saya tak kisah, air apa2 pun boleh, tapi farez nak air hijau”... heheheh... apa2 lah korang ne...
Moga korang belajar sungguh-sungguh dan menjadi generasi ISLAM yang menjunjung tinggi ajaran Allah ini dan menjadi ilmuan Islam yang memberi sumbangan buat agama, bangsa dan Negara... Insya Allah.... kakak doakan....
Ya Allah mudahkan lah urusan adik-adik kecil ku ini – along dan farez.... Ameen....Sebenarnya banyak lagi nak tulis, tapi badan sudah sangat-sangat sakit, kepala pun dah sakit balik, aku kena pen off dulu, nak rehat sekejap. Harap-harap dapat bangun jam 3pagi nanti untuk sambung buat homework... Aku gembira sangat dan bersyukur sangat-sangat, sebab akhirnya ada dalam senarai “things to do” ne yang Berjaya di slash ; bermaksud SELESAI.... Alhamdulillah....