Assalamualaikum wbt...
Hari ini.... 9 Zulhijjah 1433 H (25 Oktober 2012). Setahun yang lalu 9 Zulhijjah 1432 H (5 November 2011 - Sabtu) Allah rezekikan aku, adek, mama dan abah berada dibumi arafah untuk berwukuf. Alhamdulillah... segala puji bagi Allah... yang mengizinkan kami menjadi tetamu Nya dalam penuh kesempurnaan dan keselesaan, dan mudah-mudahan dengan penuh kesyukuran.... Ameen...
Saat dan ketika ini, sahabatku, Siti Norhudah, juga sedang berada di bumi Arafah sebagai persediaan untuk berwukuf. Semoga Allah memelihara keselamatan dirinya, diberi segala kemudahan dan diberikan haji yang mabrur... Ameen....
Juga doa aku panjatkan untuk tok ayah dan tok leha, along suriani sekeluarga serta makcik zaiton dan pakcik Zainal.... Semoga Allah memelihara keselamatan diri kalian, diberi segala kemudahan dan diberikan haji yang mabrur... Ameen....
Allahuakbar... menitis juga air mata ini mengenangkan saat2 manis setahun yang lalu... Allahuakbar.... Allah memberi begitu banyak kemudahan dan keselesaan pada kami sekeluarga.... Allahuakbar.... Moga kami menjadi hamba Nya yang bersyukur....
Ne sedang melihat lintas langsung dari masjidil haram
Subhanallah... tahun lepas, aku berada di arafah, sudah tidak ambil port perihal orang lain ... Hehehe... tak terfikir langsung nak ambil tahu apa jadi kat makkah...
Subhanallah... tahun ini, saat ini, Allah rezekikan aku untuk menonton secara langsung apa yang berlaku di sekitar masjidil haram sekarang... saat ini, 10.23 am (malaysia) = 5:19 am (makkah), mereka sedang solat subuh... Subhanallah... ramai lagi rupanya di makkah... berpakaian ihram serba putih. mengelilingi kaabah bagi menunaikan solat subuh.... mungkin selepas subuh mereka akan berangkat ke arafah... Semoga mabrur ya hajj.
5 Petang (malaysia) lebih kurang jam 1 makkah (time zohor), time wukuf, aku rasa mereka akan tukar kelambu kaabah... sebab waktu tu orang tak ramai kat masjidil haram... semoga kalau ada rezeki, aku dapat menontonnya.... Insya Allah....
hah... khemah haku, bawah sempadan sign ne lah.
belakang tu depa tgh masak.../ prepare food
ne pulak... air...
hambek ler berapa banyak nak...
tapi mango cepat benar sold out.
epal, tak best sangat... heheeee...
ne, time wukuf tengah hari...
masa nak tunggu khutbah arafah yang disampaikan oleh Dato' Sri Jamil Khir.
wukuf dengan PM tau... hehehe...
tahun ne depa wukuf dengan Agong ;-)
ne pulak, time maghrib... lepas isya' kami dah mula Q nak g mabit di muzdalifah...
sedang bertalbiah... selepas subuh.... SUBHANALLAH...
YA ALLAH, Rezekikan hamba Mu ini menjadi tetamu Mu lagi Ya Allah.
dalam penuh persediaan dan kesempurnaan... Ameen....
Labbaikallahummalabbaik...
Ya Allah HambaMu datang menyahut panggilanMu,
Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu,
hambaMu datang menyahut panggilanMu,
Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu,
hambaMu datang menyahut panggilanMu,
sesungguhnya segala pujian,
nikmat dan pemerintahan adalah KepunyaanMu tidak ada sekutu bagiMu