Terbaca catatan ini di muka buku membuatkan aku terus mengemas nak menilai untuk meminima kan item di dalam rumah dan minima kan "beban" dalam kehidupan. Semoga hisab kita semua dipermudahkan Allah kelak.
Nafsu nafsi manusia - banyak yang kita mahu tapi sebenarnya kita tak perlu.
Jom minimakan keperluan. Banyak lagi orang yang boleh kita "belanja makan" jika kita tak membazir membeli kemahuan yang bukan keperluan.
Ingat 3 mentera ni sebelum menambah "beban" !
Adakah kita PERLU
Adakah kita MAHU
Adakah kita MAMPU.
Kalau ter X salah satu, cuba tangguhkan dulu. Acapkali kita mahu dan mampu tapi kita tak perlu puan. Sebab tu PERLU berada dalam carta nombor 1.
****************************************
Faiz Mansor
24 Dec 2021 ·
Satu lagi pelajaran berharga.
Ada rumah barangnya penuh segenap sudut. Ada rumah ringkas saja isinya, cukup2 utk kegunaan harian saja.
Apabila disapu bah dan disalut lumpur, rumah yg isinya ringkas itu mudah dan cepat diuruskan. Manakala rumah yg isinya penuh, memerlukan berpuluh tenaga kerja, mengambil masa sampai berhari2 utk diselesaikan.
Di masa itu, pemilik rumah yg ringkas itu pasti berasa sgt2 bersyukur kerana dimudahkan urusan walau dlm musibah.
Begitulah AKHIRAT nanti. Mereka yg hidup sekadarnya amat mudah dan ringan hisabnya dihadapan Allah. Manakala yg mengumpul harta dan berlumba2 mengejar dunia, hisabnya AMAT BERAT (seperti beratnya lumpur), lambat dan siksa sekali kerana memakan masa ribuan tahun kerana setiap butir harta dan masa kita akan dihitung, apa tujuan harta itu dan bagaimana ia dimanfaatkan.
Bersediakah kita dgn jawapan? Kerana yg memberi jawapan di hadapan Allah itu nanti hanyalah KEBENARAN. Mustahil lagi berlaku tipu helah.
Sama2 kita dalami dan mentadabbur surah At-Takathur.
At-Takathur: 1
أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
At-Takathur: 2
حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ
Sehingga kamu masuk kubur.
Fahamilah hingga akhir ayat.
Ujian dunia ini adalah nikmat. Kerana mereka yg beriman akan benar2 diuji. Dan mereka yg beriman, ganjarannya SYURGA YG KEKAL ABADI.
****************************************
Semoga bermanfaat.