Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
{1} Apabila langit terbelah
{2} Dan apabila bintang-bintang gugur bertabur.
{3} Dan Apabila lautan pecah bercampur-baur.
{4} Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan.
{5} (Setelah semuanya itu berlaku), mengetahuilah tiap-tiap diri akan apa yang telah dikerjakannya dan ditinggalkannya.
{6} Wahai Manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah?
{7} Tuhan yang telah menciptakan dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai, serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) seimbang;
{8} Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendaki-Nya, Ia menyusun kejadianmu.
{9} Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
{10} Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu.
{11} (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu).
{12} Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
{13} Sesungguhnya orang yang berbakti, tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat.
{14} Dan sesungguhnya orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang.
{15} Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan.
{16} Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
{17} Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
{18} Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
{19} (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.
Cermin mata versi koala dan buah oren versi sabun...
Alhamdulillah...
Thank you adek... for unique suggestion.
Tapi... hmmm bag fossil ili tak beli... sebab...
Weih.... Aku pun tak pergi DFO tu...
adei....
corelle... handbags.... waaaahhhh....
next time jer lah shopping...
Sambung dalam Ramadhan di Bumi Melbourne - Siri 5
(Insya Allah)
p/s: masa bagi ili hadiah ne, dan ili super duper excited dengan hadiah ne,sebenarnya aku hampir menitikkan air mata. Ili tanya kenapa? Hmmm... Pemberian yang kecil mampu buat orang gembira dan excited. Sebenarnya tak perlu bermewah-mewah dalam memberi hadiah. Apa yang penting pemberian yang diberi dengan keikhlasan, dan kasih sayang. Dan penerima yang sentiasa bersyukur dan berlapang dada dengan pemberian orang...
Allahuakbar...
Walau pun kecil, tapi ianya mampu menceriakan orang lain...
Hari ini telah pun masuk 24 Ramadhan 1433H... Lagi 6 hari untuk Ramadhan melabuhkan tirainya...
Apa score anda?
Salam aidil fitri... Mohon maaf salah dan silap yer... Penulisan yang menyinggung hati, kata2 yang menghiris kalbu, memek muka yang rasa nak kena 'pang' jer... semua lah... yang layak dimaafkan....
Semoga Allah terima amal ibadah kita... dan diberikan
SCORE A...
Gambar atas ne Ili yang ambek...masa p iftar & terawih bersama...
Dan ili gak yang upload picture ne kat blog ne,
siap bagi Deraf penulisan!!!
"Jangan lupa tulis picture by ili tau!! Hahaha!"
p/s: Siri Ramdhan di Bumi Melbourne tak siap lagi, dah nak raya... hehehe
Pelumba basikal negara; sapa lagi kalau bukan AzizulHasni Awang....telah berjaya mem booking tempat ke peringkat akhir 'keirin' olimpik 2012.... berkat doa semua rakyat malaysia...
teruskan berdoa.... Moga EMAS olimpik PERTAMA MALAYSIA menerusi azizulhasni awang.... All the best....
kenapa aku lebih menyokong beliau berbanding yang lain ??? kerana... SEMANGAT KESUKANAN BELIAU... yeah.... ingatkah anda pada insiden di Manchaster awal tahun lepas??? Insiden .... hah... susah nak jumpa atlet yang gile determine macam ne..... kaki dah tercucuk, badly injured masih blh usung basikal ke garisan penamat.... Allah......
He deserve the honour for the 1st gold medal for our beloved country.... Kalau tidak di Olimpik kali ini, mudah2 an olimpik akan datang....
Apa2 hal pun, Tya mesti nervous gile sekarang.... Harap2 semua selamat.... ameen...
Jom kita layan lagu "Hikmah Kembara" yang aku ceduk dari You Tube neh.
Versi sendiri - of course lah i tak upload kat You Tube... heheheee...
...Ayuh... kita Melihat kebesaran Tuhan...
Assalamualaikum wbt...
ALhamdulillah... Dah seminggu balik tanah melayu setelah bermusafir ke tanah kangaroo selama 6 hari 6 malam (walaupun tiada aku temui kangaroo di sana melainkan atas keychain dan fridge magnet....heheheee)
Betul-betul macam orang kampung masuk bandor.... (*_*). Sampai time winter. A day before arriving, temperature in Malaysia was 30degree. Sampai airport melbourne, pilot announced temperature here is 4degree... tapi 2 jam lebih Q nak melepasi imigresen aussie, tidak lah merasai kesejukannya kerana dalam airport ada warmer. Hah... cabaran bermula bila sampai rumah adek... Spesifik sikit dalam bilik adek. Sebijik duduk dalam peti ais tempat sejuk beku tu... huhuhu.... Heater bilik dia rosak. Dan aku pun tak tahu lah apsal bebudak ne tak pergi report. Gilers terseksa aku nengok adek aku dok "dalam peti ais sejuk beku" selama sampai sini. gilers kejam.... Malam.... sumpah tak boleh tidur... kesian ibu... sangat letih tapi sebab terlalu sejuk sampai tak boleh tidur...Lasty tidur bilik member dia yang heater nya hocay...
Oh yer... Jom Cerita dari awal lah...
Day 1: Tiba di Melbourne airport yang tiada ku reti nak menyebut namanya pada 19 Julai 2012 (29 Syaban 1433H). Dalam erti kata lain, lusanya puasa... Heheheeee...
Setelah beraksi selama hampir 2 jam untuk melepasi kastam dan imigresen akhirnya kami berjaya keluar... Ceh yer yer jer pakai baju tebal ingatkan 4'c tu dah beku dah... sekali.... berpeluh lagi... adalah...
(nota... tetiba time tu ter missed "bodyguard sementara" kat jakarta - yer lah, kat sini aku ngan adek kena angkut bag sendiri.... banyak dan berat pulak tu.... heheheeee)...
Tapi tak kisah lah... janji semuanya ok... Dan just nak rekod disini, imigresen aussie (at least yang aku jumpa ketika pergi dan balik), adalah yang terpaling Ok...cakap ngan kiteorang baik-baik siap boleh beramah mesra sesaat dua lagi... Tak betul isi departure card, dia suruh ketepi dengan cara baik dan datang semula ke kaunter tanpa Q semula panjang berjela...
Nota: imigresen paling kurang ajar pernah aku mengadap adalah di china... sorry to say... tapi memang biadap nak !@#^&... eeeeiiii....trip p china aku tak upload lg...sakit hati nyer pasal...hihihihi.
Ok, setelah adek buat muka toya seperti entri Ramadhan di Bumi Melbourne - siri 1, maka kiteorang pun naiklah taxi besar gedabak untuk balik ke clayton... Waaaaa.... mahal gilers... dah nak ketaq lutut nengok meter tu bergerak... So next time kalau aku g melbourne lagi hampir PASTI akan ku sewa kereta dari airport lagi...Insya Allah... ne translation license pun dah buat sebenarnya sebagai persediaan nak berjalan-jalan kat melbourne ne... tapi ibu tetiba tak bagi sewa kereta... so kenalah kami naik public transport kat sana. Reason ibu tak bagi sewa kereta ialah kerana ini 1st time aku jejak kaki kat bumi melbourne (walaupun aku dah memandu lebih dari 10 tahun....ish ish ish...), ibu masih risau untuk membenarkan aku memandu di negara orang... So sebagai anak yang solehah, kena lah taat... Tapi bila tengok bayar cab pergi balik airport jer dah menyamai sebulan saving gaji aku, maka ibu pun cakap "lain kali kita datang, kita sewa kereta jer, mama rasa angah boleh drive kat sini".... Hahahaaaa... ibu memang kelakar.... Rasa nak claim jer tambang taxi kat ibu.... hahahaaaa....memain jer.... i love you lah ibu....
ok bla...bla... naik cab, sampai umah adek seperti entri Ramadhan di Bumi Melbourne - siri 2, dah rehat sekejap dalam bilik sejuk beku tu, maka kami pun keluar semula ke pekan clayton yang ternyata seperti pekan koboi tapi tak der ar koboi bawak pistol 2 dan naik kuda... hahaha....(tapi aku dengan ibu suka jer tempat tu... peacefull in mind)....
(nota: abah suruh along g attachment setahun dua kat texas supaya abah boleh jadi koboi... hahaha....selamba betul... pastu aku tersedak nak bayar flight fare ke texas)....
sib baik lah adek blajar kat aussie jer, tak ler jauh sangat.... jauh tak jauh - 9 jam jugak ler duduk dalam kapal terbang.... Banyak jugak lah surah sempat khatam... Peacee(*_*)...
Nak p clayton town, kami naik bas kat U adek... kah kah kah... aku tak sampai hati nak tunjuk gambar "pintu gerbang" U adek... kang dia kecik ati lak....
walaupun dalam ranking ke-2 or 3 Top uni kat sana, tapi U dia buruk giler.... serious kalau aku, dah nangis dah... aku tak suka belajar kat tempat buruk... Hahaha.. kira pintu gerbang kat U aku ngn along blajar lagi grand lah.... aku siap cakap...
"weih, buruk gile.... abis tu konvo nak ambek gambar kat mana? tak grand lah... ne nak ambik gambar salam perantauan tak adalah pintu gerbang"....
selamba jer budak kecik tu cakap... "alah, g jer ambik gambar kat depan sky deck or tumpang jer pintu gerbang RMIT, or uni melbourne or mana2 uni lah... state library pun boleh" hahahaha....
Aku tanya dia, apsal pilih belajar kat sini? sebenarnya kata adek... Monash (ok kantoi, monash tak cantek... heheheeee)....ok ulang semula... kata adek...:
"sebenarnya monash ne tak masuk langsung dalam senarai adek nak g. sebenarnya adek ngan Afi nak g top uni kat sini i.e ANU... And the best thing is, kiteorang dah dapat tempat pun kat ANU tu... bukan senang ooo nak dapat.. senior sebelum kiteorang, sorang pun tak dapat.... tapi ntah macam mana last minute comunication break down, kiteorang tercampak kat victoria ne... Mungkin sebab nak bawak ngangah g beli limau kat vic mark kot"..... ek ele.... angah plak....
so aku tanya adek "ANU tu kat mana?"
"ANU tu kat canberra.... alah kat opis yang ngangah nak pergi tu.... nanti everytime angah ada meeting ke apa2 event kat canberra, boleh lah adek pow ngangah n merasa dok hotel"....
hahahahaaaaa..... pandai adek aku.... pastu aku tanya lagi.... "Canberra tu time winter berapa degree?"
Dan senior adek cakap, canberra is -10'c....hahahahaaaaa... (budak tu aku panggil dia gabenor sebab asal kiteorang balik keluar berjalan jer dia buat inspection "beli apa? berapa ratus habis?"... hahaha...kelakar lah si gabenor tu...
ok dengan selamba nya aku cakap, now i know why Allah sent you in vic. Kalau baru 4'c pun akak ko dah tak boleh tidur 3 hari, kalau -10'c, nescaya the next day aku dah beli tiket balik tanah melayu.... hahahaaa....
hmmm ok lah... sambung cerita nanti.... nak p ambik tempahan cookies raya I yang glamour tu.... Nak pos ke budak kecik ne lah.... eiiii...haritu tak cakap nak....Semoga selamat tiba lah kiriman cookies raya ku....ameeen....
ok sebelum berhenti siaran.... ne lah rupa pekan clayton...
ada kedai jual nasi beriyani pakistan if tak silap namanya Student Cafe... kiteorang bersantap kat situ... tapi terlupa lak nak ambik gambar.... ambik gambar pinggan jer sebab dia pakai corelle...
hahaha... jangan main... ala.... kat sana corelle murah tahap gaban... macam cap clayton kat malaysia jer... so apa heran deeee....
Ok jumpa lagi dalam catatan siri - 4....Insya Allah