Sunday, May 21, 2023

Kelebihan Simpanan Emas

Emas merupakan aset yang sangat bernilai. Sejak ribuan tahun lalu, emas digunakan sebagai wang sebenar dan terbukti mengekalkan nilainya sehingga hari ini.

Emas yang paling mudah dimiliki. Tak perlu berhutang dan bayar deposit tinggi, boleh mula serendah 1 gram, guna duit poket sendiri!



Ini 1 dinar emas. Pada zaman nabi, nilai 1 dinar emas mampu membeli seekor kambing. Hari ini, 1 dinar emas bernilai sekitar RM1200, juga mampu membeli seekor kambing. Nilai emas tidak susut sejak 1400 tahun lalu.

Tidak hairanlah ianya beberapa kali disebut dalam Al-Qur'an. Tidak seperti duit ringgit, saban tahun nilainya semakin berkurang!

5 Sifat Istimewa Emas 

#1. Takat lebur (melting point) emas ialah 1,064 °C. Kebiasaannya kita membakar kek pada suhu 180°C, kek sudah cukup masak. Pada suhu ini juga duit kertas boleh terbakar dan hangus, logam timah juga boleh cair tetapi emas tidak akan terjejas pada suhu ini.

#2. Emas sukar untuk dimusnahkan. Walaupun dibakar ia tetap jadi ketulan emas semula, tidak reput, tidak busuk, tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik.

#3. Emas tiada tarikh luput. Zaman atau kerajaan telah bertukar tetapi emas terus bernilai dan diterima.

#4. Emas tidak boleh dicipta, dicetak atau dimusnahkan oleh manusia. Nilainya akan semakin meningkat kerana jumlah emas yang ada di muka bumi ini adalah terhad.

#5. Emas adalah konduktor elektrik yang sangat baik. Emas digunakan sebagai logam sentuhan dalam industri elektronik kerana ia merupakan konduktor yang baik bagi kedua-dua elektrik dan haba.

Anda ada soalan? Boleh hubungi saya https://publicgold.me/hudasani 

Dapatkan e-book percuma saya di sini : https://publicgold.me/hudasani/ebook

Tuesday, May 2, 2023

It really hurts when there is no longer hope

 ‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

‎Perginya seorang boss, seorang senior, seorang sahabat yang baik yang sangat serasi pada 10 Syawal 1444H seawal jam 0055 am tadi.

Pada tanggal 1 Mei 2023, sambutan hari pekerja, sahabat kami, boss kami, senior kami En Hamzah bin Ismail telah berehat dari penat lelah dan tekanan kerja.

Telah hilang seorang lagi boss dan kawan yang sporting dan serasi, yang kuat mengusik, suka belanja staff dan suka tolong orang. Orang yang chill dan happy, sungguh tak sangka begini kesudahannya.

Banyak kenangan baik-baik dengan Boss dan senior yang seorang ni.
- kena kunci luar bilik mesyuarat #anakbuahterjal
- pow boss makan minum macam-macam. sebab boss nak pahala kan. 
- boss back up masa perang dingin dengan boss besar no satu, sampai en hamzah nyatakan sokongan penuh untuk saya bawa diri lari g jepun.
- bagi pinjam router masa kat jepun.
- en hamzah pinjam laptop sis lebih dari satu sem untuk siapkan thesis dan assignment beliau.
- jual meja ikea kat beliau.
- tayar bengkak, tayar salah pam, salah isi minyak kereta - semua boleh tanya dia.
- baca artikel tak faham - boleh wasap dia suruh explain.
- rakan gosip yang sporting.
- rakan main game

Ya Allah - kehilangan yang sangat menyedihkan dan paling tidak disangka-sangka.
Lepas ni tak ada dah rakan gosip, mentor dan senior yang reliable untuk diharapkan.
Kesedihan paling dalam sama macam kehilangan arwah nurulhuda pada 22 Mei 2022 yang lalu.
kehilangan yang masih belum terubat, disusuli kehilangan en hamzah pula pada 1 Mei 2023.

Allahuakbar.

Ya Allah ampuni En Hamzah bin Ismail,
rahmati dia,
maafkan dia,
muliakan kematian dia,
lapangkan kubur dia,
rezekikan dia syurga tanpa hisab tanpa azab,
jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan
berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, ibunya, isterinya dan anak² nya.

Ya Allah tempatkan En Hamzah di kalangan orang-orang yang beriman dan yang Engkau kasihi.

Ameen Ya Rabb

Al-Fatihah...

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ




cukuplah kematian menjadi peringatan yang paling menginsafkan.

mari kita betulkan niat dan kerja kerana Allah utk negara yang tercinta.

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”

Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (9890) dan
al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin (3465)