Saya bercuti - kerana kureng sihat!
Lokasi - UMSC Malaysia.
Saya kira amat takut kerana berasakan "masa" saya yang semakin hampir.
Tapi saya ingat pesan ayah "yang tak sakit pun Allah boleh panggil pulang, apatah lagi yang sakit ni - tak payahlah susah hati sangat. ultimately to Allah we all shall return"
Indeed.
15 Mac 2017.
Lokasi - Bali, Indonesia.
Kami menerima perkhabaran sedih yang menimpa sahabat kami
Dr. Mohd Fadzli bin Md Dazali yang meninggal dunia dikatakan akibat terjatuh ke dalam air terjun yang dalam ketika ber trekking di Bali (Berita di SINI dan SINI).
Selaku spesis yang tidak mempunyai akaun muka buku (baca sebagai FB), saya antara yang terlewat mengetahui berita ini. Itu pun mujur hudHud bertanyakan kepada mun dalam group WA kami - Group roomate masa kolej matriks dulu.
Allahuakbar.
Speechless.
Berkali-kali membaca perkhabaran ini.
Mohd Fadzli yang kami kenali ketika di kolej dulu memang sangat baik dan bijak. Arwah adalah ketua kelas Mun (MH4) dan Mun adalah roomate saya (saya di MH3). Arwah memang baik - tak ada dengar orang kata dia tak baik. Soft spoken. Selalu nampak arwah study kat cafe or library. Kalau ada yang tak faham - boleh tanya - sentiasa sudi nak membantu kawan-kawan. Ni geng-geng scorer ni - memang 4flat nye geng. Sebab itulah berjaya menjadi Doktor.
Allahuakbar.
Selepas tamat kolej - haruslah tidak bertemu lagi dengan beliau - haluan yang berbeza kan. Result saya pun macam langit dan bumi lah dengan beliau. Hihihi.
Tiba-tiba mendapat perkhabaran ini - Allahuakbar.
Terkejut bukan kepalang.
Ralit membaca komen-komen yang ditinggalkan di laman FB Medical Mythbusters Malaysia, Allahuakbar. Rasa sungguh INSAF dan Happy baca komen kisah-kisah dan kenangan gembira yang kenalan-kenalan arwah kongsikan tentang arwah. Pernah mengenali beliau secara jarak jauh (geng hayat sekolej) memang boleh terbayang-bayang tutur kata dan perilaku arwah yang digambarkan sebagai sangat baik dan cool itu.
Allahuakbar.
Saya INSAF.
Link di FB Medical Mythbusters Malaysia
Sungguh daku sangat terkesan !
Ke sederhanaan arwah. Kegembiraan mereka-mereka yang berada di sekeliling arwah ketika hayatnya. Betapa dia memudahkan urusan orang dan menggembirakan orang disekelilingnya.
Allahuakbar. Ketiadaannya seolah-olah dirasai dan ditangisi seisi alam semesta.
Ku rasakan husnulkhatimah nya arwah.
Allahuakbar.
INSAF nya saya.
Ni kalau saya telah tiada - apakah yang akan insan-insan disekeliling saya perkatakan tentang saya yang banyak dosa dan salah silap ini.
Allahuakbar.
INSAF nya saya.
Semoga Allah beri saya dan kita semua kesudahan yang baik husnul khatimah dalam hidup ini.
Semoga Allah tutup aib kita didunia, jauhi kita dari fitnah dunia, fitnah ketika hendak mati dan fitnah ketika telah mati.
Sama-samalah kita menutup aib orang lain dan berusaha - seusaha-usahanya sehabis baik untuk mujahadah menjadi baik.
Allahuakbar.
Buat sahabat kami allahyarham Dr. Mohd Fadzli bin Md Dazali,
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mu dan menerima setiap amal kebaikan mu sahabat dan menempatkan mu disisi hamba-hamba Nya yang di redhai lagi di kasihi Nya.
Semoga saya pulang dalam keadaan yang diredhai Allah. Dalam keadaan yang telah diampunkan segala dosa-dosaku dan ada tempatku disyurga firdaus Mu Ya Allah.
Saya mohon maaf kepada semua sahabat-sahabat, tuan/ puan yang mengenali saya jika ada sepanjang pergaulan kita ada salah silap saya pada kalian.
Mohon halalkan makan minum dan apa2 yang terambil terguna dan sebagainya.
Jika ada yang perlu dituntut - tuntutlah sekarang agar kelak bila saya telah tiada - saya tidak lagi berhutang dengan kalian. Moga-moga Allah mudahkan hisab saya dan kalian di akhirat kelak. Insya Allah.
Saya mohon maaf.
Huda Sani
Maafkan saya setulus dan seikhlas hati kalian.
"Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati."
~terbang tunduk; fyn jamal~
Kemaskini 20.3.2017
Ini foto-foto perjalanan terakhir arwah yang dikongsi kan oleh seorang sahabat baik nya di laman sosial, foto-foto ini ihsan Amirul Nazri buat semua insan yang mengenali arwah yang tidak sempat memberi penghormatan terakhir buat arwah.
Untuk para sahabat handai yang terkilan kerana tidak sempat menyambut arwah dan hadir ke majlis pengebumian atas sebab-sebab peribadi, di bawah saya kongsikan beberapa keping foto terakhir utk tujuan melepaskan rindu dan mengenangkan memori indah bersama beliau. Tiada niat lain untuk berkongsi gambar ini sekadar peluang untuk kita mengucapkan selamat tinggal dan melenyapkan rasa kesal kerana tidak mampu hadir.
Dr Hooi Ketua Jabatan Perubatan Hosp Sultanah Aminah bersama pakar lain Dr Xavier dan Timbalan Pengarah Hospital Sultanah Aminah menunggu jenazah selama beberapa jam sampai ke tengah malam dengan penuh sabar di KLIA kargo, bersama ramai kawan-kawan seperjuangan arwah yang berbilang bangsa. Tidak sedikit pun terlihat riak penat di wajah masing-masing, malah cerita-cerita mengenai kebaikan arwah saling bertukar ganti di bibir mereka.
Kami berjumpa lagi di tapak perkuburan Islam Sg Petai Melaka, turut hadir adalah Ketua Jabatan Perubatan Dada Hospital Sultanah Aminah dan Pakar Endokrin. Mereka bertolak dari Johor awal pagi lagi. Masing-masing mahu mengucapkan salam terakhir buat arwah.
Air mata yang kering sejak semalam tumpah lagi saat imam membacakan talkin. Wajah ibu dan bapa arwah yg hiba menambah lagi sayu rasa hati. Tiada ibu bapa yang patut mengebumikan anak mereka. No parents deserve to bury their children. Kawan-kawan yang berlainan agama memberikan penghormatan mengikut cara masing-masing, dengan tangisan yang mengiringi bacaan imam.
Begitulah kehilangan seorang mutiara dari hospital yang benar-benar dirasai. Hadirnya sahabat handai dan ketua-ketua beliau menandakan arwah adalah seorang individu yang sangat disayangi dan sangat dekat dihati kita. Terdetak rasa dihati apakah pemergian kita akan disambut dan ditangisi begitu ramai manusia dan rakan sekerja malah ketua sendiri. Itulah benar-benar tanda seorang manusia yang sangat banyak jasa pada jabatan, keluarga dan masyarakat.
Kami sangat berpuas hati dapat menitip kamu pergi dan dapat memberi penghormatan terakhir buatmu Fadzli. Andai kamu mampu melihat betapa ramai manusia menghantarmu ke pangkuan Tuhan, nescaya kamu bangga dengan betapa ramainya manusia yang menyayangi kamu. I guess this is really goodbye. Airmata bergenang lagi dan semoga tenanglah kamu di sana bersama roh para syuhada dan solihin.
Al-Fatihah. - Amirul Nazri